March 31, 2013

Europe RoadTrip : Hari Kedua Di Paris

Assalamualaikum.

Ok. Sambung lagi cerita Europe RoadTrip. Hehehe.

Hari kedua kat Paris, pepagi dah bangun sebab tuan rumah pun dah bangun dan masak untuk tetamu. Maka tetamu pun kenalah bangunkan? Takkan nak membongkang pulak kan. Hehehe. Sementara saya dan Kak Ayu bertukang siapkan sarapan kat dapur, suami bawak bebudak ... eh tak ... bebudak ni bawak suami jalan-jalan tepi sungai kat belakang rumah dorang.


3 beradik. Dari kanan, si bongsu, Ayeesha, tengah, Danish dan paling hujung stylo mylo tentunya si Kakak, Ain.

Pertama kali jumpa Ain, memang tabik spring toink toink dengar dia cakap France! SubhanAllah! Gila punya fasih okay dengan bunyi idgham semua. Hahaha. Masa dorang keluar ni, suami cerita, Ain yang tukang translate kan apa yang sorang local ni cakap kat dorang. Well done Ain! Membesar jadi anak yang bijak kebanggan Mama dan Papa okay?


Dorang adik beradik ni sangatlah baikkkkkkk! Mash'Allah sungguh baik. Saling protect to each other especially kat si adik yang bongsu tu. Jalan pun pegang tangan sesama. Gaduh tu biasalah tapi nak jumpa adik beradik yang baik macam ni, terus terang saya cakap, memang sungguh saya susah nak jumpa yang baik gini. ;)

Lepas dorang dah puas jalan-jalan tepi sungai ni, balik, sarapan dan bersiap untuk keluar. Memang semua saya angkut ajak pi jalan sama sebab macam agak kecuakan jugak nak pergi berdua. Kang ada tercangak-cangak kat train. Hehehe.

That day, Due jadi tourist guide memandangkan dia dah bertahun duduk kat Paris ni. Due ni orang kelantan. Dah kahwin dan ada anak comel nama Iris. Wife dia pun cantik nama Lynn. Both husband and wife Mash'Allah sangat baik jugak. Alhamdulillah dapat kenal orang baik-baik kat Paris ni. Hiks. ;)

Dari rumah Kak Ayu kat Choisy Le Roi tu, kami memula naik bas ke train station. Then, dari train station Choisy, terus ke Notre Dame.


Sungai Seine.


Notre Dame.


Sampai sini, bebudak dengan Mak-Mak budak sibuk entertain burung merpati. Kuikuikui. 


Dari Notre Dame, naik train ke Arch De Triomphe.

Arch De Triomphe ni boleh naik sampai ke atas tu tapi kami tak naik pun. Takat amik gambar kat bawah je. 


The ladies and the kids. Masa ni baru lepas tengok street show.

Dari Arch De Triomphe ni, jalan kaki ke Champ Elysee. Pergi Champ Elysee ni bukan eksaited nak pi LV ke apa tapi eksaited sebab Due berjaya carik macaroon Pierre Hermes! Best gilaaaaaa dan happy sangat! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ;)


Sebelum beli, posing kat poster pun boleh! :p


Champ Elysee. Agak sibuk jugak traffic kat sini. Mujur pakai public transport je. Kalau tak pening juga.


Orang cakap kalau pergi Paris, pergi Champ Elysee sebab ada butik pertama LV kat sini. Ok. So, disebabkan orang dah cakap macam tu, maka kami pun pi jugak! Hahahaha. Butik LV ni memang besor. Siap ada pak guard okay! Suami siap kena tegur sebab amik gambo. Hehehe.

Dan percayalah yang saya tak shopping pun kat sini! Orang macam saya mana mampu pakai LV. Saya mampu pakai LV dari Petaling Street sajo. :p


Kalau sebelum tu dah singgah beli macaroon Pierre Hermes, haruslah singgah pi beli macaroon kat Laduree jugak! Wajib ni. Tak beli LV pun takpe, janji beli macaroon kat Pierre Hermes dengan Laduree! Hahaha. 

Masa pi ni, kat Laduree punyalah ramaiiiiiiiiiiiiiiii gilaaaaaaaaaa orang! Jenuh beratur nak tunggu turn satu hal, hati dalam ni pulak membuak-buak tengok desert yang sangatlah tempting kat Laduree ni. Macam saya cakap, orang macam saya mana mampu kan nak beli yang mahal sangat ni, so mampu tengok dan telan air liur sajo! :p


Then, dari Champ Elysee, kami naik bas dan turun dekat Place De La Concorde. Kami tak pergi too close sangat. Tengok dari jauh je.


Dekat Place de la Concorde ni boleh nampak Eiffel Tower! Eksaited sebab dapat tengok in real life juga akhirnya! Sebelum ni, tengok kat gambar je. Hewhewhew. I am a happy wife! ;)


Dari Place de la Concorde, kami jalan kaki ke Tuileries Garden. Sebab kami ke sini adalah nak ke Museum Du Louvre. Siapa tengok drama 'Mimpi Sampai Ke Bintang', mesti sangat familiar dengan tempat ni. ;)


Another Arch de Triomphe kat penghujung area Tuileries Garden.


Then, dari situ dah boleh nampak Museum de Louvre! Eksaited jugakkkkkk sebab sebelum ni asik tengok dalam movie je. Kali ni dah ada depan mata! Hehehe.

Masa kat sini lah, kami dok borong beli keychain dengan monument kecik Eiffel Tower sebab kami dapat bargain dengan harga yang tersangatlah murahhhhhhh! Alhamdulillah rezeki. ;)


Museum de Louvre.

Kami masuk dalam. Boleh masuk sebab kat dalam tu ada banyak kedai jual souvenier and all. Kalau nak tengok Monalisa, of course kena bayar ticket tapi kami takde masuk sampai ke dalam pun sebab we don't know how to appreciate drawing Monalisa tu! Hahaha. Rasa cam takde apa pun Monalisa tu. Nothing special. Maka janganlah membazir duit if you are not so into drawing art. Hikhikhik. :p

Dari Museum de Louvre tu, kami naik train menuju ke another satu tempat wajib pergi lagi satu ni iaitu ....


Hard Rock Cafe Paris semestinya!

Kat sini pastinya beli tshirt sebab suami adalah pengumpul tegar tshirt Hard Rock Cafe dari zaman sebelum dia kenal dengan saya lagi.

Dan itulah our last location. Kaki memasing pun dah penat dan dalam masa yang sama, dah petang nak ke senja. Jadi, marilah pulang ke sangkar. 


Paris pun jammed okay macam KL. Jangan ingat KL je jammed teruk. Europe pun samaaaaaaa! =___=


Sempat posing kat tengah-tengah train track. Yang tudung purple tu Kak Ayu, yang dukung baby tu Lynn. Not so baby lah sebab Iris dah setahun lebih. Hehehe. Yang laki pakai sweater hitam tu semestinya our tourist guide of the day, Due! Suami takde semestinya sebab dia tukang amik gambo! ;)


Sampai rumah terus semua serbu nak merasa macaroon oghang kaya ni. Apa yang saya boleh cakap, kalau ikut tekak dan citarasa saya, macaroon Pierre Hermes jauh lebih sedappppppppppp dari macaroon Laduree! Not only me, yang lain pun cakap macam tu. Fine. Kak Ayu, pos macaroon Pierre Hermes ke sini pleaseeeee! ( Telan air liur banyak kali) :p


Dan kebetulan malam tu adalah malam Halloween. So, adalah anak-anak jiran Kak Ayu datang rumah Kak Ayu to celebrate it. Not celebrate lah. Sebab Halloween ni, bebudak just datang rumah jiran dan jiran tu bagilah gula-gula ke, coklat ke atau apa saja. So, Kak Ayu memang dah prepared gula-gula awal lagi. Dorang datang, just bagi je and I snapped some pictures of them pakai costume hantu semua.

The end of the second day in Paris! Hari ketiga esoknya tu adalah hari saya berjumpa dengan Mickey Mouseeeeeeee! Nanti saya sambung lagi okay? Nak pi solat Asar. Dah masuk waktu. ;)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...