March 24, 2013

'Blind Date' Di Makkah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Akhirnya saya bersua muka bertentang mata berpeluk cium juga dengan Ina. Kenal thru email, seterusnya blog dan juga Facebook. Ina ni of course blogger gak iaitu pemilik blog : Cik Kaki Suka Berjalan .

Kami janji nak jumpa lepas selesai solat Isyak tapi tapi tapiiiiii ... Makkah pulak jammed teruk malam tu. Saya dan suami stucked sampai berejam-rejam dalam kereta. Stucked sampai saya sendiri rasa pening dan nak muntah. Boleh bayangkan tak jammed dia macam mana? =______=

Padahal keluar rumah elok je keluar awal. Tapi bila sampai je Makkah, tu diaaaa ... jammed tak hengat. Mujurlah kat sini, boleh solat kat memana. So, takde nak risau sangat. Saya risau juga malam tu sebab Ina dengan Achik tunggu lamaaaaaaaaaaaaa. Kesian. T___T

Mujurlah dorang dapat duduk kat meja sebab kalau datang weekend, memang manusia amatlah ramaiiiiiiiiiii kat Makkah. Ikut nasib sebenarnya nak dapat meja kat food court. Alhamdulillah rezeki dorang dapat meja dan dapat duduk sementara tunggu kami sampai. Hewhewhew.


Saya dan Ina. Masa ni memasing perut dah kenyang sebab atas permintaan orang KL ni, dorang nak kami belanja makan Nasi Arab. So, bila sampai kat food court tu, terus suami pi beli Nasi Arab. Alhamdulillah, tetamu-tetamu Allah SWT ni kata sedap! Ikutkan sebenarnya kalau kat sini, pegi memana kedai pun, pada saya Nasi Arab tak kisahlah apa jenis sekalipun, memang sedap dan inshaAllah tak mengecewakan.

First time jumpa, borak sampai pukul 1 pagi macam tak ingat nak balik. Kalau saya bukan waktu bulan tengah mengambang, boleh juga menyambung qiamulai sampai Subuh tapi apakan daya, saya masih 'cuti'. =_____=


Sambung bergambar kat bawah berhadapan MasjidilHaram sebab bila amik gambo kat food court ZamZam Tower tu, Achik cakap macam amik gambo dalam KLCC. Fine! =____=


Tak lupa, the husbands. Sama kecik tapi Achik of course tinggi lagi lah.


Lastly, mestilah ada pic pasangan bahagia ni. Ina dan Achik.

Kalau tak silap saya, dorang gerak dari Makkah balik ke Malaysia harini tapi tak direct ke KL la sebab dorang akan singgah berjalan kat Oman sehari sebelum pulang ke Malaysia. 

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan, juga semoga segala ibadah diterimaNya dan juga semoga mereka mendapat Umrah yang mabrur. InshaAllah. Amin. Amin. Semoga ukhuwah ni kekal sampai ke SyurgaNya. Nanti datang lagi okay?

Panjang umur, ada rezeki nanti Neklah dengan Man datang rumah korang kat KL pulak ye? Hewhewhew. :p

4 comments:

  1. Nailah, tolong carikan orang jeddah sorang. hahahaha!!! seronok betol tengok asik pegi mekah selalu. jelesnyaaaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak nak orang yang macam mana? Saya carikan calon bebudak uni Makkah or Madinah, awak nak tak? Hahaha. :p

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah kak. Tak dapat jumpa kat Malaysia, akhirnya jumpa kat bumi barakah.

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...