Assalamualaikum.
Ok. Lepas entri singgah di bandar Antwerp & Brugge dulu tu yang dah basi tu, dengan taktau malunya saya nak sambung entri ke destinasi seterusnya iaitu Brusselsssss!
Kami bertolak dari Brugge pun dah senja. Sampai Brussels dah tentunya dah waktu malam. Jalan kat Brussels adalah sangat horror sebab sangat sempit! Lepas tu, banyak gila terowong. Sekejap-sekejap masuk terowong. Panic mode pun on la kan sebab Europe Roadtrip kami ni memang kami depends sepenuhnya dengan GPS yang kami bawak.
Bajet masa tu dah salah jalan ni tapi mujur betul cuma bila nak carik hotel tu memang memusing dekat 4,5 kali jugaklah sebab langsung tak nampak bangunan hotel yang kami booked tu. Lastly, suami ajak pi parking kete dulu sebab baru terpikir, jalan kat Brussels ni memang maha sempit. Takut juga kalau keta tak lepas nak masuk sampai ke area hotel kot-kot kalau hotel tu kat celah-celah lorong.
Terus lah kami parking bawah Ibis Hotel. Dah kebetulan bawah tu memang tempat parking. Alhamdulillah sebab masuk-masuk je, terus dapat parking. Dapat parked sebelah pintu nak keluar pulak tu. Tapi malang jugak sebab nak keluar pintu utama, kena angkut luggage naik tangga. Mujur saya ni jenis boleh angkat barang berat.
Bila dah keluar dari tempat parking tu, dengan malam golap gelita, dengan kedai pulak memang banyak dah tutup, kami carilah hotel. Kalau bab cari tempat ni, memang selalu gaduhlah kami lakibini sebab suami ni jenis tak suka nak tanya orang, saya ni pulak, jenis nak senang, memang direct je tanya sesiapa yang ada kat situ.
Nasib baiklah masa dah sesat-sesat nak carik hotel dengan tarik luggage berat sorang satu, saya tergerak hati nak masuk lobi hotel lain tanya the exact location hotel yang saya dah booked tu. Sampai hotel memang terbongkang je la sebab out of energy bertambah dengan sejuk dan penat. Alhamdulillah, bilik hotel memang superb dan selesa amat bagi taraf hotel bajet takat 3 star dan murah.
Esok, pepagi dalam kul 8, kami dah bersiap dan keluar untuk brisk walking kat Brussels itself.
Pemandangan waktu pagi di Brussels. Masa ni, local people semua berpusu-pusu jalan kaki ke Bruxxels Central Station. Yang kami ni terus carik tempat attraction yang pertama iaitu Grand Palace.
Kalau kot awak naik kereta masa jalan-jalan kat Europe, carilah Ibis Hotel ni kot nak parked kereta ke. Dahlah paling murah kot. Murah tak murah sangatlah kalau dah convert ke riyal. Hahaha. :p
Tak sempat nak baca kenapa pakcik monumen ni dibuat. Hehehe.
Salah satu bangunan lama yang still standing until now.
Ok. Inilah Grand Palace! Dekat je dengan hotel yang kami stay tu. Few minutes walk only. Grand Palace ni memang besooooooooooooo dan old school habis! Kamera memang tak muat nak amik dalam jarak dekat untuk orang malas macam saya, amik je. Syarat ada. Hahaha.
Pegi negara mat salleh ni, jangan terkejut pulak tengok memacam patung ada banyak kat setiap penjuru bangunan. Sana sini ada. Setiap penjuru boleh kata ada patung angel dia ke apa entah nama.
Kurang bernasib baik sebab masa kami datang ni, Grand Palace under maintenance. Nak amik gamba jadi tak cantik sebab kren sana sini. Kepuasan sangat terhad. =_=
Salah satu bangunan yang ada kat Grand Palace.
Deretan kedai-kedai yang masih kekal dengan structure bangunan lama.
Dari Grand Palace, jalan kaki takde arah tuju ke mana terus sesat jumpa gereja lama ni. Pun under maintenance jugak. =____=
So, kami jalan lagi takde arah tuju entah memana, tetiba sesat ke kedai souvenier. Nak beli fridge magnet kat Europe ni memang berkira-kira jugaklah sebab ada certain tempat, satu FM je dah sampai 25 riyal. =_____=
Selain dapat bargain FM dengan harga paling berpatutan, kami dapat jugak direction nak ke restoran-restoran Muslim yang sepenuhnya halal. So, yeayyyy! Mari pergi makan. ;)
Sebelum pi makan, singgah tempat wajib dulu beli tshirt untuk suami. ;)
Nak dijadikan cerita, rupanya deretan restoran Muslim yang halal tu just few blocks je dengan hotel yang kami stay. Hahaha. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. Ok, great!
Kami lunch kat kedai lebanese sebab kedai tu yang paling menarik.
Habis lunch konon nak terus balik hotel sebab takde aktiviti dah. Mujur suami ada ternampak smart card pasal Atom. Kami terus decided nak ke Atom tu memandangkan, Atom tu memang signature untuk negara Belgium especially di Brussels. So kalau tak pergi, kureng sikitlah. Jadinya, sebelum ke Atom, kami menghabiskan duit kat LongChamp dulu. Reason beli kat sini sebab sama je harga dengan kat Paris. Takde beza.
Lepas shopping, suami hantar barang-barang shopping kat bilik hotel dulu dan kemudian baru kami jalan kaki ke Central Station Brussels sebab nak ke Atom tu, paling mudah adalah naik underground Train.
We expected that naik underground train tu betul-betul kat Central Station ni tapi rupa-rupanya, tak pun. Kena keluar dari bangunan ni, jalan kaki ke basement bawah sebelah kiri bangunan. Kat bawah tu la segala urusan pembelian tiket. Mujur nak beli tiket tu senang, tambah pulak pakcik kaunter tiket tu sempat lagi nak buat lawak. =____=
Nak ke Atom dengan train senang cuma kena peka sebab kena tukar train kat satu station ni.
Turun je train, dah keluar dari situ terus nampak Atom ni. Even it is just a Atom macam takde benda sangat pun but at least, we arrived safely!
Dari train nak ke Atom ni, ikut je la orang jalan kaki reramai menghala ke situ. Masa ni, hujan baru nak turun sebenarnya. Hujan ke snow. Lupa. =___=
Almost near to Atom.
ATOM, Brussels!
Atom ni sebenarnya lebih kurang macam Planetarium kat Malaysia tu. Kami takat duduk luar amik gambo, masuk dalam pi duduk minum kopi je kat Cafe. Sambil mengopi sambil online sebab wifi sangatlah laju kat cafe tu. Hahaha.
Us. Masa ni dah gerak balik tapi kebuntuan keboringan sebab train yang ditunggu, tak juga kunjung tiba. Jenuh kot duduk diri duduk diri sampai ada few bebudak nakal ni, ewahhhh ... sedap-sedap je menyandar kat orang. =____=
Sampai kat train station asal tadi, terus balik hotel. Malam tu memang dah eksaited sebab we gonna heading off to Parissssssssssss!
Apapun, kalau awak pergi Brussel ni, tolong lah ... tolong jangan lupa beli dan makan waffle! Waffle kat Brussels memang sedappppppp gilaaaaaaaaaaa!
Tengok muka happy saya dapat makan waffles. Extra happy because I don't need to buy it at any waffles shop. Ini cuma waffles tepi jalan je. EUR2. Murah dan yang penting, sedapppppppp!
Sekian cerita di Brussels. Until then.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.