August 8, 2011

Tidak Teruja Untuk Balik Ke Malaysia Lagi ....

Assalamualaikum.

Tak macam tahun sebelumnya, sebulan sebelum tarikh tiket nak balik Malaysia, aku dah sibuk menghitung hari bagai, kira lagi berapa hari nak balik Malaysia ...

Tak macam tahun sebelumnya, bila dah nak balik Malaysia tu, mood nak shopping barang bagai memang sangatlah aku teruja. Rasa selagi tak balik tu lah, selagi tu nak bershopping. Ada sahaja barang yang mahu dibeli ...

Tak macam tahun sebelumnya, bila dah nak balik Malaysia tu, status aku dekat Facebook memanjang je status mengira lagi berapa hari nak balik ...

Tapi tahun ni, mana semua mood tu pergiiiiiiiiiiiii? #amektisukesatairmata

Bila laki ajak pergi shopping ...

Aku jawab : " Alaaa ... malaslah. Takde mood lah. Lain kali je lah eh? Hari lain ... "

Aku punya lain kali tu, sampai ke sudah, sampai ke harini, aku tak beli apa pun barang lagi. Apatah lagi barang-barang yang dikirim sanak saudara. =_=

Bila laki ajak pergi beli buah tangan macam kurma dengan kekacang dekat Souq ...

Aku jawab : " Taknaklah. Nak balik. Mengantuk. Nak rehat. "

Selalunya, kalau bulan Ramadhan ni, aktiviti ni semua bermula selepas selesai urusan solat Terawih di Masjid. Sebab bulan Ramadhan ni, tak perlu risau kedai akan tutup seawal jam 10 ke apa sebab kedai kebanyakannya pun beroperasi selepas selesai Terawih jugak dan berakhir pada waktu sahur nanti.

Sekarang ni, makin dekat nak balik, makin jadi sedih pulak. Pernah satu hari tu, aku nangis. Punyalah over menangis hanyalah kerana ...

.
.
.
.
.
.
.
.




Iye. Si Mok ni.

Balik nanti, dekat 4 minggu kena tinggalkan dia seorang diri dekat rumah. Kesian dia.

Dahlah dia ni manja berdengung. Tidur pun sama-sama atas katil dengan kiteorang. Kadang-kadang, bila nak makan pun, suruh duduk dekat dengan dia teman dia makan. Kadang-kadang juga, kalau masa gedik melampau dia datang, dia pandai mengiau mintak dukung nak tengok ke luar tingkap juga mintak nak keluar pergi 'memburu' dekat luar rumah. T_____T

Bukan taknak hantar dekat Vet suruh jaga ke apa tapi kena tahu ye, kucing yang memang tidak pernah dihantar ke Vet for hostel service, risiko untuk kucing jatuh sakit dan putus selera makan adalah sangat tinggi. Tak sampai hati bila pikir, misalannya kalau hantar dia ke hostel vet, bila nak amik dia balik nanti, dia kurus kering tidak bermaya. T_____T

Tambahan lagi, kos dekat sini sehari untuk Hostel Service adalah 50 riyal untuk sehari. Aku balik Malaysia, adalah dekat 30 hari. Jadinya, cuba kau orang amik kalkulator dan kira untuk aku berapa aku harus kena bayar semata untuk servis hostel tu? Menangis nak bayar. Kalau hantar dan amik, dia sihat dan makin gemuk, takpelah jugak. 

Kalau sakit dan kurus kering? Mahu menangis aku tengok Mok aku macam tu! Membazir dah duit aku yang kosnya sama dengan harga bag Coach sebijik. Ehhhh? #amektisulagi

Sejak nak balik ni, dari sebulan lepas lah, setiap masa baik aku ke laki aku, selalu cakap dan pesan macam-macam dekat dia ...

" Mok, Mummy dengan Papa balik Malaysia, Mok makan tau. Minum air. Nanti Mummy letak biskut Mok yang sedap tu banyak-banyak dalam bekas Mok okay? Air pun sama. "

" Mok, bila Mummy dengan Papa balik Malaysia, Mok jangan tunggu tau. Mummy dengan Papa balik lamaaaaaaaa. Berminggu-minggu. Tak payah tunggu depan pintu tau. "

" Mok, nanti Mummy dengan Papa balik, Mummy sediakan tempat tidur empuk untuk Mok, tempat Mok main-main, tempat Mok boleh panjat tengok dekat tingkap, bukak langsir bagi angin masuk. Ok?."

Dan macam-macam lagi pesanan lain ...

Walaupun dia hanya seekor kucing, percayalah bahawa jika kita selalu bercakap dengan binatang peliharaan kita, dia boleh paham apa yang kita cakap.

Sedih. Sedih. Sedihhhhhhhhhhh ... nanti rindu nak cium-cium, nak gomol-gomol, nak buli dia ... T_____T

Aku ni macam ginilah. Ini lah payahnya kalau bela kucing. Bila jadi keadaan macam ni, emosi aku jadi kacau bilau. Sesungguhnya aku memang pecinta kucing dan juga binatang lain. 

Aku percaya, semuanya inshaAllah akan jadi baik. Aku percaya Mok boleh hidup berdikari walaupun dia memang kucing yang manja berdengung dan aku ada Tuhan aku yang satu, Allah SWT yang sentiasa boleh melindungi dia sewaktu ketiadaan kami berdua nanti. InshaAllah.

Mok, you can do it!

Sekian. Masalamah!

5 comments:

  1. go go Mok!*walaupun sy takut kucing.hehe*

    ReplyDelete
  2. boleh paham ur feeling kak.dah dok biasa gomol2 dia,nak tggl si mok sebulan mmg susah la.bukannye kejap tu.emmm,chaiyo mok!chaiyo mummy and papa mok! ;)

    ReplyDelete
  3. alololololoh..... shomel nye mok ni!!

    gerams tau!

    ReplyDelete
  4. sdih nya nk tinggal kan kitty lelame.. msti dia sdih.. sob sob sob

    ReplyDelete
  5. sabar je la.....sape yg jaga dia sepanjang ko balik raya kang

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...