August 7, 2011

Peritnya Putus Cinta ...


Assalamualaikum.

Aku harini aktif semacam dekat Burung Biru. Dari pagi sampailah ke malam sampailah ke saat aku sedang menaip untuk entri ini. Oh, aku sedang mengibarkan bendera Jepun ketika ini. Sebab itu sibuk menggalak berkicau di Burung Biru seharian suntuk. 'Cuti Khas' macam ni je lah yang dapat buat aku mengadap laptop tanpa henti. Kalau tak, jangan harap! Heh.

Berkicau malam ni di Burung Biru adalah sangat seronok. Macam-macam perkara yang dibualkan. Walaupun memang ramai di antara mereka yang aku belum pernah jumpa tapi dunia maya mengatasi segalanya! 

Tengah syok berkicau, tiba-tiba boleh pulak bercerita tentang perasaan bila putus cinta dengan seorang pemilik blog yang ... errr ... Ok. Pada aku, dia seorang blogger yang penuh ilmu. Aku hormat dengan ilmu yang dia ada. Pasal agama, sains dan juga tentang kehidupan. Walaupun dia masih muda tapi pengalaman dia pada aku cukup luas dan sangat cantik diterjemahkan pada setiap entri dia diblog.

Simpati sungguh aku pada dia bila dia menyatakan yang dia baru sahaja kecundang dengan cinta yang sudah dibaja selama 6 tahun! 

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Sakitnya jiwa sebab aku pernah berada di tempat yang dia berada sekarang ini.

Cuma aku kecundang dengan cinta yang aku sudah bajai selama 7 tahun! 7 tahun okay! Bukan 7 hari, 7 minggu atau 7 bulan sekalipun tapi ini cinta yang berusia selama 7 tahun. Cinta yang dibaja sejak aku dari sekolah menengah lagi sampailah aku sambung belajar hingga ke peringkat Diploma. ( Ok. Padan muka aku sebab siapa suruh bercinta masa masih  mentah budak sekolah lagi kan? =_=' )

Siapa yang bercinta lama macam tu, bila terputus dan hubungan tu hancur berkecai dan tak boleh nak diselamatkan akan rasa seperti orang bodoh dan seakan membuang masa! Seriussssssssssss!

Paling perit dan pedih, mestilah bila dah putus tu, nak buang dan padam segala kenangan atau memori daun pisang blablablabla adalah sangat perit dan sangat susah dan sangat-sangat mengambil masa yang lama untuk kita betul-betul buang dia dari hati dan seterusnya dari hidup kita.

Aku dulu dekat dua tahun jugaklah cuba merawat bahagian hati yang dah dirosakkan, dirobekkan dengan sesuka hati. Tambah pula, nak terima orang lain, jadi ragu-ragu dan seterusnya takut dikecewakan sekali lagi. Serik tau tak? ( Fuhhhh ... aku tak harap dia baca blog aku. Kalau dia baca pun .. errr ... errr ... )

Tapi kan, kita sebagai umat Islam dan hamba kepadaNya, kita harus terima Qada' dan Qadar dan percaya bahawa setiap jodoh kita sudah ditetapkan olehNya. Kan?

Sesungguhnya benar bahawa perancangan Allah SWT itu adalah jauh lebih baik dari perancangan kita sebagai manusia. Sesungguhnya, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk kita. DIA memang Maha Mengetahui segalanya bukan sahaja dari segi alam semesta tapi juga setiap perjalanan hidup hambaNya.

Alhamdulillah, akhirnya, segalanya kesakitan yang aku rasa diberikan kebahagiaan yang aku doa akan berakhir hingga ke Syurga. 

Bertemu dengan lelaki yang akhirnya menjadi suami pada usia aku yang masih muda adalah di luar jangkaan aku sendiri. Aku menjadi sangat positif bila berada bersamanya. Ehemmmmmmmmmm.

Dan, kata-kata " Lepaskanlah orang yang kau cintai jika dia lebih bahagia bersama orang lain " adalah benar belaka kerana hingga saat ini, ketika ini, kebahagiaan yang diberikan olehNya adalah sangat nikmat rasanya. 

Doa aku buat teman atau 'adik' itu ...

Semoga kau cepat sembuh dari kelukaan yang kau alami sekarang ini. Biarlah kau menangis sekarang dan tidak menangis di kemudian hari. Aku berharap, mimpi kau untuk bersama gadis dan tinggal di bumi padang pasir ini akan dimakbulkan olehNya. InshaAllah.

Buat yang sedang dan masih asyik dibuai angin cinta, jangan terlalu leka. Terutama kaum sejenis aku. Jangan kerana cinta, kau bagi segalanya. Jangan kerana cinta kau pada manusia, kau membelakangkan cinta kau pada Yang Esa.

Dan tak lupa pada yang cinta pada kaum sejenis, jika pegangan hidup kau adalah agama Islam dan Tuhan kau adalah Allah SWT Yang Satu, kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya cinta sebegitu adalah dilaknat dan sangat dimurkai olehNya. Semoga kau diberikan hidayah dan kembali kepada jalanNya. InshaAllah. 

Sekian. Masalamah.

9 comments:

  1. Hwaaaa sedihnya. Rara yang 4 tahun then putus pun sedih apalagi dia 6 tahun :'(

    ReplyDelete
  2. hooooo.semoga dia tabah menghadapi keadaan.sy pun xleh nk ckp lbih jgk.tkut tjadi dkt diri sndiri satu hari nnti.apa pun Allah knows best, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. same goes to me..7thun and now sedang mengubati hati.hehehe

    ReplyDelete
  4. lama tu kakkk.6/7 tahun bcinta.takleh bayang perasaan nak ubati hati yg dah dirobek tu.hukhuk..

    (i keep praying utk tak bcintancintun sebelum sampai waktu.aminnn) =)

    ReplyDelete
  5. putus cinta mmg sgt sakit =(

    nailah,profile tu nailah piccy tu piccy nailah ke?

    nailah bile nk juak coach online lak?hehe

    ReplyDelete
  6. Rara :

    Hmmm. Memang pun. Sedih. Amik masa nak lupa semua.

    Sizuka :

    Naaaa ... Akak selalu doakan kebahagiaan Izzati dengan Mr K. InshaAllah kekal hingga ke jinjang pelamin. Eceh.

    Farhani Mazlan :

    Kesiannya. Sabar je lah. Ada hikmah tu.

    Lynn :

    Tak habis-habis dengan cintancintun sebelum masanya tu. Hehehe.

    Rara :

    Profile tu gambar Nailah lah Rara. Hehehehe.

    ReplyDelete
  7. bestnya post anda :)
    suka saya membaca nya ^^
    harap saya akan jumpa bakal suami dan tinggal di padang pasir jugaks :)

    ReplyDelete
  8. salam..
    kak nailah,bole sy b'kongsi n mminta nsht dr akak? klu akak xkeberatan thru email =) sy fairuz/f/kl

    ReplyDelete
  9. Fairuz - Wsalam. Boleh. Email akak : nornailah.hussin@gmail.com. InshaAllah Akak cuba mana yang boleh.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...