August 25, 2011

26 Tahun


Assalamualaikum.

Dekat seminggu lebih dah tak update blog tapi masih ada juga yang sudi singgah dan jadi follower. Terima kasih banyak ikhlas dari hati buat korang yang sudi singgah dan baca blog yang tuannya yang main suka hati update ikut mood dan rasa. Huehuehue.

Alhamdulillah. 16 Ogos haritu, genaplah umur kitew 26 tahunnnnnnnnn! Eeeeeee ... masa berjalan sangat pantas kannnnn? Rasa macam baru je jadi birthday princess masa umur setahunnnnn tu. Kuikuikui. Tau-tau jeeee, hahhh .. amik kauuuuu! Dulu kecik comel, dan sekarang? Sudah gendut tapi tetap comel dan cantikkkk! Kahkahkah.

CikDara selalu bagi aku pantun : Gendang gendut tali kecapi, neklah gendut suka hati. Ke apa entah ayat dia yang belakang.

Tapi aku selalu balas, aku cakap : " Alaaaa gendut tapi comel dan cantik okayyyyy! ". Hahahaha. Aku siap suruh dia letak nama aku NailahAzman gendut tapi comel dan sangat cantik dekat nama aku masa dia pos Kek Lapis Sarawak yang aku kirim baru-baru ni. Huahuahua. Taktaulah dia letak betul ke tak or mungkin, aku syak dia cuma letak : Nailah Genduttt! Fineeeeeeeeeeeeeeee! T____T

Ok. Masa nak sambut birthday ni, as expected memang takde surprise ke apa ke. Tapi sebulan awal aku dah aim kek aiskrim Baskin Robbin yang aku nak untuk birthday aku. Kek tu color pink. Asal pergi Baskin Robbin je, aku mesti cakap kat laki aku : " Biebie, birthday I, I nak kek ni tauuuuu! Takmau kek lainnnn.". Hehehe. Bini tak malu memang macam ni. =____='

Tapi last-last, tak dapat jugak beli kek aiskrim pink tu. Cuma dapat beli yang coklat aiskrim ni je lah sebab masa pergi tu, kek aiskrim pink tu takde. Jadi redha je lah beli yang coklat. Coklat pun, coklat lahhhhhh! Janji sodappppppp!




Kalau tahun lepas, laki aku buat surprise. Belikan aku sejambak bunga ros. Siapa kata si Azman Kamarudin yang muka serius dan garang ittew tidak romantikkk? Dia romantik okayyyyy! Tapiiiii takdelah selalu. Kalau dia nak mintak 'cekodok' malam-malam dengan hari-hari penting macam tu lah baru dia terus bertukar jadi seorang yang sangat luar biasa romantiknyewwwwwww!

Tapi untuk tahun ni, takde dah bunga-bunga bagai ni sebab aku ni memang sangatlah kurang menggemari pemberian bunga ros. Sebabbbbb pada aku sangat membazir. Bukan tahan lama pun. Baru dua tiga hari rendam, dah terus layu di tasik madu. Takmauuuuuuu! Tak suka. Jadinya memang dah warning awal : " I takmau bunga okay! ". Heh.

Sebenarnya, walaupun takde bunga atau sebarang kejutan, tapi berbulan awal dari birthday aku, dia dah belikan aku macam-macam. Laki aku kan memang pemurah dengan bini dia. Dengan diri dia sendiri je, dia berkira. Dengan aku, semua jalannnnnnnnnnnn!

Hadiah birthday, dah berkurun dapat. Dah pakai dah pun. Tapiii ... errr ... takdelah nak tunjuk. Cukup sekadar aku dengan dia je tahu apa hadiahnya. Tapi paham je lah. Perempuan suka apa? Benda tu lah yang dia belikan untuk aku. Hehehe. 


Mok pun nak makan kek jugakkkk! Hehehe.

Terima kasih daun keladi Biebie, I tau you memang baik hati dan pemurah lagiiii, jadinya tahun depan, bagilah dekat bini lagi, dah namanya rezeki. Kan? Kan? Kannnnn?

Apapun, terima kasih untuk family dan kawan-kawan, baik yang terdekat di hati atau yang paling jauh di hati atas wish dekat FB dan juga Twitter. Jenuh jugak aku nak reply satu-satu. Dekat FB sampai dua hari aku amik masa untuk reply semua wish. Orang dah wish dan mengingati birthday kita, dah kira satu rahmat. Jadinya, haruslah kita berterima kasih. Ye dok?

Paling utama, mestilah nak ucapkan syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang olehNya untuk menghirup dan menikmati kehidupan di dunia ciptaanNya ini. Dan yang pasti, semakin bertambah umur ni, maknanya, semakin dekatlah kita dengan kematian. 

Semoga dengan bertambahnya umur, Allah SWT terus tetapkan iman dan hidayahku kepadaNya sehinggalah nyawaku ditarik olehNya kembali. InshaAllah.

Oh, dan Emak kitewww masih menjuarai carta orang yang pertama wish birthday kat kitewwww. Hehehehe. Sayang Emakkk! Muah! Muah!

Sekian. Masalamahhhh!

4 comments:

  1. kak!!~selamat berumur 26tahun..ramai jugak bloggers lahir bulan Ogos ye..hehehe..

    ReplyDelete
  2. kitewww syak cik dara tulis penuh "NailahAzman gendut tapi comel dan sangat cantik" . hahahha.

    psss, len kali tunjuk sekali la hadiah tu. *mcm tahu je amende. haha


    lastly,semoga segala doa2,cita2,hasrat2,impian2 akak tercapai. insyallhhhhh. aminnn.will always pray for u kakneklah. :D

    ReplyDelete
  3. happy bday nekla!...smg makin dimurahkan rezeki...eh ingat aritu dptla tgk2 & sambar spsg ke abaya kamo, tp han kata dah slamat dah dijual...huhuhu

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...