Assalamualaikum.
Malam Ramadhan ketiga haritu, selesai je solat Terawih, terus laki aku ajak tempah baju thobe untuk dia gayakan Hari Raya nanti. Kesian laki aku. Satu apa pun takde lagi untuk Raya. Yang aku ni, baju kurung siap dah ada 3 pasang lagi.
Ingatkan nak belikan dia Baju Melayu, tempah dekat tailor tapi bila dia sendiri cakap, nanti dah balik Malaysia, baru dia nak beli, itu yang aku dok sakan tempah Baju Kurung sorang-sorang. Terima kasih kat Mak aku sebab dia yang tolong tukar hantarkan dekat tailor dan Baju-Baju Kurung aku dah siap pun. Inipun rasa macam nak beli lagi sebab aku takde Baju Kurung lagi untuk Majlis abang aku.
Entah berapa banyak Baju Kurung nak beli pun aku taktau. Nak cari Jubah Arab, macam susah sangat aku nak berkenan. Taktau kenapa. =_=
Ok.
Sebenarnya dah lama laki aku ni berkenan nak tempah Thobe dekat Butik Lomar. Lomar ni salah satu designer top yang memang femes untuk thobe laki kat Arab Saudi ni.
Gambar amik dari internet. Tak kuasa nak amik masa pergi tu sbb orang tengah ramai.
Eh, korang mesti tertanya-tanyakan yang Thobe tu menatang apa? Hehehe. Thobe tu Jubah Putih panjang yang selalu korang tengok orang lelaki Arab pakai tu. Haaaa ... menda tu lah. Kat sini tak panggil Jubah. Panggil Thobe.
Alkisahnya, laki ni nekad nak pergi sebab dia ada dapat voucher SR100 dari SABB dia. Jadinya, dekat voucher tu ada senarai butik-butik yang boleh guna untuk tebus guna nilai tu. Salah satu dalam list tu, butik Lomar lah.
Aku yang suggest dekat dia suruh guna untuk beli Thobe dekat Lomar memandangkan, laki punya pe'el, kalau bab nak beli barang ke, baju ke yang mahal untuk dia, memanglah dia kedek nak mati. Cuba nak beli untuk aku? Takde pun nak mikir panjang.
Nipun tempah lepas aku dah paksa banyak kali. Asyik-asyik tanya aku : " Takpe ke Biebie tempah kat Lomar? Mahal lah. ". Eeeee ... nak menyinga je aku rasa. Beli barang mahal untuk diri sendiri pun berkira. Sakit jiwa! #lappeluh
Masa pergi tu, memang ramaiiiiiiiii orang. Kat sini, kalau masuklah kedai bapak mahal mana sekalipun, orang punya ramaiiiii ... fuhhhhhhhh! Punya sibuk kalah dekat Pasar Borong. =_=
Masuk je butik, terus cari design yang laki aku nak. Sebelum datang sini, awal-awal lagi kiteorang dah check, design apa yang dorang ada. Then, laki aku berkenan satu design Thobe ni. Still simple. Jubah putih cuma dekat collar dengan hujung lengan tu, ada corak belang-belang.
Dah pilih nak warna corak belang-belang yang mana, terus laki aku cari SA. SA tu macam tak caya je laki aku ni ada duit nak beli. Siap mention harga lagi : " It is ..... Sir ". Aku senyum je dok tengok SA tu sebut harga. Kuikuikui. Ingat laki aku sengkek ke hoiiiii??? Kalau takde duit, takdelah datangggggggg! Choiiiiii ...
Ruang menunggu. Dekat lorong ke belakang butik.
Dah pilih, kena tunggu turn pulak nak ukur saiz untuk laki aku. Aku dah lah masa datang ni selekeh-selekeh dengan telekung kat luar, Abaya dekat dalam, dengan stokin, dengan selipar, dah macam bibik pun ada, dah macam orang baru balik dari Umrah pun ada. Jadinya, ada je mata yang melilau dok nengok aku je. Heh.
Ni masa amik ukuran badan. Laki aku ni kecik tapi bahu lebar, leher macam kayu balak. Eh? #larikkkk
Yelah. Kalau beli Thobe yang dah siap tu, nak pilih saiz memang susah. Nak amik S, bahu tak muat, bila amik saiz M pulak, bahu ok je tapi itupun aku rasa macam tak muat jugak, labuh pulak masalah dengan bahagian lain yang boleh buat bila dia pakai nampak sangat gedoboh. Mana macho kan pakai Thobe gedoboh-gedoboh? Tapi kalau dah terpaksa, terpaksa jugak sebat je saiz S. Kesian sebab aku tahu dia kalau pakai jadi tak selesa dekat bahu dengan leher. Ketatttttttt je. =_=
Ni dah tempah ikut saiz ni, harap-harap bila dah siap nanti, puas hati lah!
First time buat designer Thobe. Harapnya, hasilnya nanti sangatlah memuaskannnnnnnn! Kalau problem, nak pulang balik, suruh buat balik. Boleh tak macam tu? Erk.
Tempah dekat Lomar ni agak lama jugaklah nak nunggu siap. Nasib baiklah tergerak hati nak datang awal Ramadhan sebab bila bayar dekat cashier tu dan tanya bila Thobe siap, dorang cakap paling lama dalam 20 hari which mean dekat 3 minggu jugak. Flight balik Malaysia pulak, 25 Ogos. Aku doa siap sebelum tu. Kalau tak, memang lahhhhhhhhh .... ( sambung sendiri )
Ok. Sekarang persiapan raya untuk laki aku dah berjalan sikit. Thobe dah tempah. Tinggal balik Malaysia, cari Baju Melayu ikut warna Baju Kurung aku pulak. Kata lakibini kan. Pakaian kenalah sedondon. Hihihihi.
Sekian. Masalamah!
akak,nnt raya post pic akak n abgman pakai baju raya.nak tgok rupa thobe lomar nih..heheheh. ;)
ReplyDeletehei , kan ke banyak makhtat2 yg boleh tailor thobe ? hei rse rindu pulak , sye sewaktu di saudi pernah tailor thobe jugak , 3 pasang lagi ( masyaAllah 1 biru berbelang putih , 2 putih ) bas alhamdulillal 3 hari je siap , n jaitanye peh , cantik , murah pulak tu , tp mmg dlm mimpi je la nk bli lomar thobe ni ( mahal sgt !! ) , sye stakat like kt fb utk tgk design terbaru ( hanye berangan2 je bile la nk memakainye )
ReplyDeleteaku nak thobe jugak...!
ReplyDeleteaku nak thobe jugak...thobe bundle ada?..hehehehe
ReplyDeleteaku nak thobe jugak...!
ReplyDeleteaku nak thobe jugak...!
ReplyDeleteButik Lomar kat Malaysia ni kat mana Yer?
ReplyDelete