August 8, 2011

Bila Suami Suka Ke Dapur ...


Assalamualaikum.

Dapat seorang suami yang suka dan pandai memasak adalah satu bonus untuk para isteri. Alhamdulillah sebab aku adalah salah seorang isteri yang dikira bertuah punya suami yang sangat-sangat tidak kekok bila berada di dapur.

Boleh kata, dia sebenarnya teror masak dari aku. Aku banyak belajar masak dari dia lah. Macam masak kari. Dulu aku memang tahap blur nak masak kari. Sampailah dia ajar aku satu per satu step nak masak kari tu macam mana dan sekaranggggg??? Aku dah master masak kari memandang dia ni memang hantu kari! 

Jadinya bila kerap  masak, kau automatik akan jadi teror dan masakan kau akan mesti jadi sedap punyalahhhh! Hehehe.

Laki aku ni, disebabkan dia memang suka masak dan sangat suka ke dapur, boleh kata, setiap hujung minggu tu, memang dia tolong aku masak. Takpun, dia je lah masak kat dapur seorang diri.

Sebabnya, kekadang, kalau sama-sama dekat dapur, mulut bisingggggg. Gaduh je. Kang dia buat macam ni, aku punya style lain, nanti dia sibuk je tanya kenapa macam ni? Kenapa tak macam tu? #lappeluh

Aku ni dahlah pantang kalau orang dok menyebok dengan kerja yang aku buat! Kang tak memasal ada pulak sesi baling pinggan, ketuk senduk kat dapur. =____=

Ni bulan Ramadhan ni, biasalah kan. Akan terjadi akan mengidam macam-macam makanan. Laki aku ni, biasanya, kalau dia nak kan sesuatu makanan tu, kalau dia taknak buat sendiri, dia request kat aku, then aku mestilah masakkan untuk dia.

Kalau dia terlebih rajin, dia yang akan sukarela masuk dapur, bertukang klentang klentung dekat dapur sorang-sorang.

Macam haritu, beberapa hari sebelum Ramadhan, dia teringin nak ayam panggang. Kau orang tahu macam mana dia boleh teringin nak ayam panggang?

Tu haaaaa ... alkisahnya, masa tu beli barang dapur kat Panda Hypermarket. Pe'el kiteorang, sebelum pergi bayar barang-barang dekat cashier, kiteorang mesti nak pergi dekat tempat barang-barang elektronik. Saja je menengok-nengok barang apa yang ada.

Jap lagi, bila dah habis tengok, lalu dekat tempat oven microwave. Dan dan tu lah, dekat kotak oven microwave tu ada gambar segeduk ayam panggang! Laki aku boleh pulak feeling-feeling tengok gambar ayam tu, then sengih-sengih panggil aku ...

Laki : " Ayang, biebie nak buat Ayam Pangganglah, boleh tak? " Sambil cakap dengan aku tu, mata dia dok tengok gambar ayam panggang dekat kotak oven tu.

Aku : " Bila nak buat? Harini? ".
Laki : " Yelah. Teringin. Biar Biebie yang buat. Ayang tengok-tengok je Biebie buat. "
Aku : " Suka hatilah lakiiiiiiii ... "

Terus laki aku jalan laju dengan semangat pergi bahagian jual ayam mentah. Sengih-sengih datang kat aku dapat beli ayam ... =____=

Balik rumah, terus masuk dapur, perap ayam semua, then bakar ...



Dan inilah hasilnya ...
Buat Ayam Panggang ni, tak susah pun. Kau orang campak-campak je bahan macam lada hitam, tomato, cili kering yang di blender tu, madu, bawang merah & putih and segala bahan lain yang korang rasa boleh campak. Kena kreatif bila masak ni. Tak semestinya kena sejibik sejiban ikut resipi. Pusing-pusing resipi pun takpe. Hasil tetap memberangsangkan!

Dah sudah teringin nak makan Ayam Panggang ni, waktu puasa Ramadhan ke 5 tu, dia mengidam nak Lamb Chop pulak! Dah sudahhhh ...

Kali ni jadi mengidam hanya keranaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... ?????

Masa tu nak pergi Lomar - Thoube Designer ( Nanti aku buat entri pasal ni. ). Nak buat thoube dia lah. Pergi pulak dekat branch Avenue Star tu. Sebelum nak sampai ke Lomar tu, mesti akan lalu SteakHouse. 

SteakHouse ni pulak memang port kiteorang makan kalau dia memang nak LambChop. Tapi kali ni, dia taknak makan dekat SteakHouse sebab dia tergerak hati nak buat HomeMade LambChop!

Dah bertahun duduk Jeddah, untuk pertama kali kiteorang beli daging lamb yang dah disiap potong-potong untuk buat LambChop. Satu bekas tu, harganya dalam 50 riyal. Adalah dalam 15 ketul. Kalau makan dekat SteakHouse, 5 ketul dalam 70 riyal. Berbaloi bukan buat sendiri? #angkatkening

Nak buat HomeMade LambChop ni lebih kurang sama dengan Ayam Panggang tadi. Cuma kali ni, kiteorang marinate dengan daun mint sekali dan juga letak habbatus sauda. 

Urusan memerap daging ni, kalau lagi lama kau orang perap, lagi sedappppppppppp!!! Nak bakar LambChop ni pun, tak lama. Dalam setengah jam je berbanding dengan panggang ayam.

Hasilnyaaaaaaaaaaaaa????

.
.
.
.
.
.
.
.


Sedap sehingga menjilat jariiiiiiiii!
Yang syoknya kalau buat sendiri ni, kau boleh makan dengan style macam orang kebulur which mean, kau boleh korek-korek, gigit-gigit daging lamb tu sampai licinnnnnnnnnnnnnnn! Tak payah nak malu if ada orang tengok ke apa sebab kau cuma makan dengan laki atau bini kau dan juga dengan seisi keluarga kau yang lain! Heh.

Lepas ni, aku taktau pulak, laki aku nak mengidam dan masak apa. Orang lelaki ni, kalau pe'el mengidam dah datang, kalah mengidam ibu yang mengandung tahu?

Apapun, selamat berbuka puasa dan selamat menunaikan solat terawih semuaaaaaa!

Sekian. Masalamah!

6 comments:

  1. perghhh.nk cari laki pndai msk jugaklah.teeeheee.syaratnya reti bt sambal belacan.aci tak?LOL.

    ReplyDelete
  2. perghh...sodap nya lamb chop tu...nekla...share la resepi...hehehe...

    ReplyDelete
  3. *tgh bayangkan kekecohan dapur bila kakneklahh + abgman beradu tenaga dan suura.hahah.

    p/s:nasib baik entri ni dibaca time malam.kalau siang........

    ReplyDelete
  4. nyummeehhh!

    memang bonus abis lah dapat laki terer masak.

    *garu2 kepala yg tak gatal n tengah pikir acane nak suruh encik H rajen masuk dapo*

    ReplyDelete
  5. bestkan kita ..husben pandai masak..heheh..betul kalau dia masak jgn nyebok sekali konpom gaduh..hihi

    ReplyDelete
  6. sama ngan ein blajar msk kari from my hubby gak.. dia yg byk ajar masak.. but kalo dia masak mmg ein xkacau nya.. baik ein tgk tv.. nnati ada je yg xkena.. hehehhe...

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...