July 19, 2011

Perginya Menghadap Illahi ...


Assalamualaikum.

Tengah malam tadi, dalam pukul 1 pagi macam tu, masa tu, aku baru je nak baring dan letakkan kepala atas bantal, jap lagi, tetiba aku dapat mesej dari Mak aku bagitahu yang Nenek aku dah meninggal dalam pukul 4 pagi waktu Malaysia.




Nenek adalah Emak kepada Emak aku. Nenek aku sebenarnya ada angin ahmar. Dah berpuluh tahun menghidap penyakit tu. Lepas lama terlantar hospital, bila bawa balik rumah, dia boleh berjalan sikit-sikit. Cuma mandi ke, atau sebahagian kerja yang lain, memang memerlukan bantuan orang lain.

Arwah Nenek aku tu, Pak Ngah dengan Ucu aku yang sama-sama jaga dekat Johor. Adik-beradik lain pun jaga jugak. Sekali sekala, memang pergi rumah Nenek lah sebab adik-beradik Emak aku kebanyakannya memang duduk Johor jugak. Johor Bahru. Cuma Makcik aku sorang sesat tinggal dekat Kuala Lumpur.

Setiap kali Raya, kiteorang yang memang duduk Johor Bahru ni memang tak rasa suasana balik kampung ke, duduk rumah papan ke, apa ke sebab rumah arwah Nenek tu dah renovate jadi rumah batu. Memang rumah moden. Sebab tu bila kahwin dengan laki aku, aku agak jakun sikit dengan suasana balik kampung bila setiap kali musim Raya! Sebab rumah Mertua aku macam rumah orang kampung lain. Separuh batu, separuh papan.

Balik pada cerita Nenek aku, cucu-cucu kebanyakannya lagi rapat dengan arwah Atuk aku. Arwah Atuk dah lama meninggal. Dalam tahun 2005 kalau aku tak silap. Memang tak sangka arwah Atuk pergi seawal waktu tu sebab ikutkan arwah Atuk aku memang sihat. Takde sakit apa pun.
Puncanya, cuma arwah Atuk jatuh dalam bilik air, demam panas dan meninggal. Aku ingat lagi, masa nak kapankan arwah Atuk tu, baik cucu-cucu ke, anak-anak ke, menantu-menantu Atuk ke, semua nangis tak ingat dunia. Teresak-esak sampai terhenjut-henjut bahu macam Fe Mau tu. Hikhikhik.

Ni Nenek dah meninggal, baik Emak atau Abah aku, dua-dua dah yatim piatu lah. Aku kira ada Nenek dengan Atuk lagi lah sebab belah keluarga laki aku, dua-dua masih ada lagi. Tinggal dekat Trolak. Itupun kiteorang jarang jumpa. Dah kata kalau laki aku cucu dia sendiri pun jarang jumpa, apatah lagi aku ni. Hehehe.

Kalau balik Raya pun bila duduk Jeddah ni, kekadang sempat jumpa, kekadang tu memang tak menyempat nak jumpa. Cuma dapat kirimkan salam je pada dorang. =____='

Apapun, bila aku bangun pagi tadi, Nenek dah selamat dikebumikan. Rasanya lepas waktu Subuh. Makcik aku yang tinggal dekat Kuala Lumpur tu memang tak dan nak jumpa dan tengok jenazah Nenek sebab Ayah dah cakap awal-awal suruh kebumikan je awal. 

Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa Nenek aku. Semoga roh Nenek aku tenang di sana. InshaAllah.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Setiap kali berita kematian yang aku terima buat aku jadi takut sendiri dengan kematian aku pada bila-bila sahaja tanpa kita tahu bila dan di mana. Bersediakah kita untuk mati? Sudah terampunkah dosa kita padaNya? Sudah cukup ke amalan kita? Sudah bersedia sepenuhnya kah kita untuk menghadap Pencipta kita yang Satu itu? Buat kawan-kawan, andai aku ada tersalah kata, aku mohon maaf ya. Buat semua, sama-samalah kita sentiasa mencari keredhaanNya sebelum kita dipanggil DIA.

7 comments:

  1. Salam Takziah...

    Smga ROHnya dicucuri rahmat...
    Smg Ia tenang di sana

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. takziah neklah atas kehilangan nenda tercinta...ALFATIHAH

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..
    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan insan2 yang beriman.. insyaallah..

    ReplyDelete
  4. takziah kakneklah.
    lin pon dah takda atoknenek both side mak abah.since 2007,beraya tanpa atoknenek.memang lain feeling takda atoknenek.huhu.nak je rasa pinjam atoknenek sesapa time raya.huhuhuu..

    ReplyDelete
  5. salam takziah akak dan keluarga.

    hem. hari tu baru ja pergi teman nenek tidur dekat rumah auntie. tetiba teringat kat nenek. dah makan ubat belum. dah makan belum. dapat tak dia nak tengok cerita indon nikita dia tuh. :(

    ReplyDelete
  6. @amaniammar : Terima kasih. InshaAllah.

    @Kak Mimy : Terima kasih Kak!

    @eizawahidah : Terima kasih juga.

    @lynn : Thanks Lynn. Pergi lah pinjam atuknenek orang. Itupun kalau dorang nak bagi pinjam. Hehehe.

    @rara : Thank you. ;)

    @masturahidrus : Terima kasih Mas. Kirim salam Nenek Mas ye.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...