Assalamualaikum.
Walaupun duduk Jeddah dah nak dekat 2 tahun tapi sepanjang itulah kiteorang memang tak pernah lagi menjejakkan kaki kat Konsulat Malaysia di Jeddah.
Alasan utama sebab kiteorang takde urusan nak buat yang berkaitan dengan Konsulat. Boleh? 0_o
Bila baru-baru ni, ada officemate laki aku bagitahu Konsulat Malaysia ada buat majlis sempena pegawai Konsulat tu nak bersara, jadinya kiteorang pun pergilah.
Kira masa tu agak eksaitedlah jugak sebab kalau ada majlis begini, bolehlah tambah kenalan dengan rakyat Malaysia yang duduk Jeddah ni sebab setakat ni, kiteorang memang tak berapa kenal sangat dengan rakyat Malaysia yang lain yang duduk dekat sini.
Bukan kera sumbang tapiiiii kena paham, office laki aku sendiri, memang tak ramai rakyat Malaysia. Adalah dalam 4 orang je. Nak bandingkan dengan komuniti lain yang memang satu company tu ramaiiiiiiiiiii rakyat Malaysia, itu lain ceritalah kan.
Ok. Balik pada cerita Majlis kat Konsulat Malaysia ni.
Dah kata MAJLIS PERSARAAN kan? Jadinya kiteorang bajet, Majlis tu mesti Majlis Rasmi. Laki aku dah semangat nak pakai Baju Melayu. Siap suruh aku pakai Baju Kurung lagi!
Tapiiiiiiiiiiiiiii agaknya Tuhan tu nak tunjuk ... aku jadi macam malas tau nak pakai Baju Kurung. Bukannya apa. Sejak dah setiap kali keluar sarung Abaya, bila keluar pakai baju lain daripada Abaya, aku dah rasa lain macam. Rasa pelik. Taktaulah kenapa. =_=
So, aku cakaplah kat laki aku : " I taknaklah pakai Baju Kurung. I nak pakai Abaya. ". Entah pesal, laki aku pulak terus tak jadi pakai Baju Melayu jugak. Terus dia mintak tolong aku gosokkan seluar slack dengan kemeja dia.
Tu lagi satu pe'eel laki aku. Dia suka betul kadang-kadang keluar pakai slack dengan kemeja. Dah macam orang tua dah aku nengok. Padahal umur baru 30. Kalau orang lain sibuk nak dress up macam orang muda pakai jeans bagai tapiiiii dia pulak, nak dress up macam orang tua! Sakit jiwa betullllll!
Aku selalunya sound tepek je kat dia : " Eeeeee, you ni, suka sangatlah pakai baju macam orang tua. Entah pape je. Kata nak stylo bagai tapi dress up entah pape. Tu ke stylo? ". Hahahahaha. Hambik kauuuu! Kalau dah kena sound gitu, mesti dia terus pakai jeans dengan tshirt! Hihihihi.
Ok. Disebabkan memang baru first time nak pergi Konsulat Malaysia, kiteorang memang teragak-agak jugaklah nak cari jalan ke sana memandangkan kawasan Konsulat Malaysia adalah dekat kawasan Old Jeddah. Memang ceruk jugaklah. Dekat setengah jam kot nak sampai sana?
Terima kasih pada Google Maps yang ada dalam iPhone aku. Google Maps adalah yang terbaik berbanding GPS Azman! Hikhikhik. ( Tunduk Jepun dekat Azman. Hahahaha. )
Bila dah sampai dekat luar tu, kereta memang bersepah parking tepi kiri kanan jalan. Aku pulak agak macam dah kecut perut jugaklah sebab aku mana ada kenal sesiapa pun kan. Aku ada ajak Sheila dengan laki dia datang sekali tapiiiiii dia pulak terpaksa cancel last minute sebab dorang lakibini kena attend family party dekat Makkah.
Aku memang expect Majlis ni adalah Majlis Formal memandangkan tujuan utama Majlis ni adalah untuk meraikan Pegawai Konsulat yang nak bersara dan balik Malaysia.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ...
Bila masuk je pagar depan tu ... yang ada cumalah pemandangan ini ...
.
.
.
.
.
.
.
Iya. Pemandangan sekumpulan lelaki tengah meriah main sepak takraw. Baik belah pandangan kanan aku ...
Dan juga belah kiri aku ...
Bila masuk dan tengok orang lelaki sibuk main takraw, aku dah berkata dalam hati : " Aik? Ini ke Majlis Persaraan? Begini rupanya? 0_o ".
Oooooo ... baru aku tahu. Majlis Persaraan formal sekarang ada orang main takraw eh? Lepas tu, Majlis Persaraan anda diharuskan membayar segala makanan jika anda mahu makan. Macam tu eh? Dah tu, duit peruntukan yang memang dah dibudgetkan untuk buat macam-macam Majlis tu, macam mana pulak eh? Orang-orang kat Konsulat Malaysia buat apa dengan duit tu? Joli sakan eh? Ehhhhhhhhhhhhh? #TerasaKe
Yang paling ketara dan paling sedih, kalau sekalipun kau buat cincai boncai majlis ni asal syarat kau buat, janganlah dengan sesama rakyat Malaysia pun nak menyombonggggggggggggggg! Apa? Kau pikir, kau ada kena mengena dengan Datuk Matuk Malaysia, kau nak orang tunduk hormat dekat kau ke? Hellooooooooooooooooooooo ... kata 1Malaysia????? Phuiiiiiiii!
Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnyaaaaaaaaaa ...
Kau tengok gambar atas tu. Ada bangunan putih tu kan. Kau bayangkanlah .. sepatutnya dekat Majlis macam ni lah, sesama rakyat Malaysia harus ramah tamah sesama rakyat Malaysia tak kira kau pegang status apa sekali pun.
Tapi ini takkkkkkk ...
Masa Majlis ni, belah kanan bangunan, golongan Mak-Mak Datin denga Sanggul Toncet bagai atas kepala duduk situ manakala, kami yang golongan sederhana ni, duduk berkumpul belah kiri.
Paling jadi masalah, bila kedudukan gerai-gerai jual makanan pun berpisah. Jadinya, bila kiteorang golongan sederhana ni nak pergi beli Nasi Lemak, terpaksa lintas dekat group Mak-Mak Datin yang tengok orang macam tak pernah tengok orang dan aku seperti rasa nak cucuk je mata-mata yang bajet nak pandang orang atas bawah macam tu!
Apa? Apa? Kau pikirrrrrrrrrr orang macam kami ni tak mampu ke nak beli bag designer macam kau orang bawak tu? Ehhhh? ( Tiba-tiba )
Nak peramah dengan golongan Mak-Mak Datin ni pun tak jadi kalau muka masing-masing, agaknya berat make up kot sampai susah sangat nak senyum manis dekat orang lain. =_=
Sudahnya, masing-masing buat hal sendiri. Tak meriah langsung sebenarnya Majlis yang Konsulat Malaysia buat ni. Memang ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat KOMPLAIN!
Manalah tak komplain?
Nak makan, makanan kena beli. Kalau dah kata, Majlis Persaraan kan ... bukan ke memang dah kerja Konsulat sediakan makanan? Lepas tu, sebenarnya bukan Majlis Persaraan pun. Sepatutnya Konsulat kena tukar nama Majlis Persaraan tu jadi Majlis Bazaar Jual Makanan Malaysia dan juga Majlis Sukaneka untuk kaum lelaki. T____T
Ahhhhhhhhhhhhhhhhh .. memang boringlahhhhhhhhh! Kalau tahu Majlis boring macam tu, memang aku tak pergilahhhhhhhh!
Tapiii kang kalau tak pergi time tu, takdelah aku kenal dengan Majidah & Kak Sofie! Hehehe. Si Majidah ni kenal aku dari Sheila. Nasib baiklah dia tu ringan mulut tegur aku dulu masa aku tengah tercangak duduk sorang-sorang dekat tembok batu tunggu laki aku habis solat Maghrib.
Kak Sofie ni pulak, isteri Abang Nizam. Abang Nizam tu officemate laki aku. Bila dah kenal dan jumpa Kak Sofie ni, jeng jeng jeng ... aku suka tahap menggilaaaaaaaaa!
Sebab????
Kak Sofie gila handbag jugak macam aku! Bhahahahahaha. Siap sempat lagi pesan kat aku : " Coach ada SALE! Hujung bulan ni end of sale. Pergilah shoppinggggggggggggg dan borongggggggggggg!!! ". Kahkahkah. Rosak! Rosak!
Haruslah dua tiga hari lepas tu, aku pergi serbu butik Coach kan? Heeeeeeeeeeeee~.
Kak Sofie ni nasib baiklah peramah. Sangat friendly. Dah ada anak sorang tapi badan kurus slim gila. =_= ( Ilah nak bagi lemak Ilah dekat Kak Sofie lah, nak takkkkkkkk???? )
Kiteorang lepak dekat Konsulat ni agak lama jugaklah. Bukan tengok orang main takraw pun tapi kami borak sesama sendiri. Aku leka borak dengan Kak Sofie. Yang geng lelaki leka berborak dengan Haji Karim ke apa nama entah yang datang dari Makkah. Haji Karim tu dah dekat 50 tahun dah duduk dekat Makkah. Lama gila ok?
Hahhhh, Haji Karim tu sendiri cakap, dalam banyak-banyak pegawai Konsulat yang berkhidmat, yang nak bersara nilah yang PALING TERUK SEKALI!!!
See? See?
Dia siap cakap, Konsulat yang nak bersara tu paling malas sekali nak buat Majlis! Alasan pegawai Konsulat tu sebab dia cakap, Majlis-Majlis ni mengganggu kehidupan peribadi dia.
Helloooooooooooooooooo ... cakap je lah kau malas kan? BENGONG! Memang patut kau berambus balik Malaysia sebab majoriti rakyat Malaysia yang duduk sini memang tak suka kau dan memang kau tak menyumbang dan memberi perkhidmatan yang bagus pun sepanjang kau jadi Pegawai Konsulat Malaysia dekat Jeddah ni! Paham?
Tak sabar nak tunggu Pegawai Konsulat Malaysia yang baru sebab ada yang cakap, Pegawai Konsulat baru ni memang jauh lebih bagusssssssss. Yang penting, Pegawai Konsulat baru tu sangat rajin buat macam-macam aktiviti untuk rakyat Malaysia.
Apapun, aku cuma puas hati bab makan sebab walaupun makan kena beli, tapiii sekurang-kurangnya, dapatlah minum Cendol, makan Laksam, makan kuih Apam dan juga kuih Puteri. Alhamdulillah.
Ok. Kita tunggu dan tengok jelah Pegawai Konsulat Malaysia yang baru nanti. Harap-harap, bukan indah khabar dari rupa.
Sekian. Masalamah.
agak kelakar bc story u.nasib tak pakai baju kurung,kalau pakai ntah lah kan.
ReplyDeletebese lah tu babe,mak mak datin mmg akan buat hal sendiri.ala ala gitu.
uhuuu.ini entri berunsur emo nih.
ReplyDeleteawal2 baca mmg igtkan majlis ni formal habis.sekali tgok gambar,hmmmmm....
mak-mak datin toncet tu jeles dgn akak la tu.lebih jelitaaa dari merekamereka.tu yg pandang smcm tu.hahah
n last,semoga peg yg baru ni lebih bagus drpd biasa. ;)
assalamualaikum.. wah wah.. emo nye ilah, heheh seb baikla aku g party kat mekah .. hehehe.. gile boring.. makan bayo lak tuh..=)sabo jela,,, sempoott!!! hehehehe
ReplyDelete@Rara : Hahaha. Kalau pakai baju kurung, I memang tak masuklahhhhhh kawasan konsulat tu. Hikhikhik.
ReplyDelete@Lynn : Itulah. Harap-harap, yang baru ni much more better. InshaAllah.
@Sheila : Memang emo punggggg! Harussss! Tak rugi tak pergi. :p