Assalamualaikum.
Duduk dekat dengan Tanah Haram ni, memang rasa bersyukur sangat-sangat tak terhingga sampai taktau nak cakap macam mana. Sebabnya, bila asal hujung minggu dah nak dekat je, kalau takde benda nak buat dekat rumah, mesti kiteorang laju je nak pergi buat Umrah.
Dari duk merayau tak tentu hala, lebih baiklah ke Makkah kan buat Umrah? Kan?
Jadinya, ada satu hujung minggu tu, seawal 3 pagi kiteorang dah bangun siap-siap nak pergi buat Umrah. Ingatkan dapatlah nak kejar solat berjemaah Subuh dekat MasjidilHaram tapiiiiii nampaknya, takde rezeki. Terpaksa berhenti dekat hentian rehat tepi highway untuk solat berjemaah dekat Masjid situ.
Sampai kat MasjidilHaram pun betul-betul dalam pukul 6 pagi macam tu. Itupun, suasana macam dah pukul 10 pagi. Sampai-sampai je, seperti biasa, terus pergi siap-siap amik wudu' dulu sebelum masuk MasjidilHaram ikut pintu Babusalam.
Kali ni pergi, tempat Tawaf memang agak ramai jugaklah orang memandangkan, waktu sekarang ni, boleh kata memang dah musim orang ramai datang menunaikan Umrah. Lagi-lagi bila dah nak dekat bulan Ramadhan ni. Ada sesiapa yang nak datang buat Umrah bulan Ramadhan nanti? ( Angkat-angkat kening. )
Kalau buat Tawaf ni, orang ramai macam mana pun, kalau niat korang betul, inshaAllah takkan terasa lama. Nanti, tau-tau je, ehhhhhh? Dah nak habis Tawaf keliling Kaabah tu. Lagi satu, bila dah ramai semacam ni, kiteorang takde lah nak berebut jugak untuk berdoa betul-betul depan Multazam juga solat sunat dekat Hijr Ismail.
Cukup sekadar berdoa dari jauh dan solat sunat dari jauh je.
Bila dah siap Tawaf, dah siap solat sunat Tawaf dan juga solat sunat berdekatan Hijr Ismail, aktiviti amik gambar menara jam ini adalah wajib sebab aku memang selalu check, jam tu dah siap ke belum. Kalau korang perasan, jam tu dah siap sepenuhnya cuma pucuk bulan sabit tu je, tinggal lagi sikit je nak disiapkan.
Nanti hujung minggu akan datang ni, aku amik gambar lagi. Tengok pucuk bulan sabit tu dah siap sepenuhnya ke belum. Sebab hujung minggu ni, inshaAllah kiteorang buat Umrah lagi. Hehehe. Alhamdulillah.
Suami terbaik di dunia dan di Akhirat. InshaAllah. Amin Ya Rabb. |
Sementara bini selesaikan segala jenis solat sunat, laki tekun membaca surah Yassin, surah As-Sajadah dan juga surah Al-Mulk.
Masa ni, dah selesai urusan Umrah. Dekat tempat nak buat Sae'i tu, Ya Allah, memang ramaiiiiiiii sangat! Nak main lari-lari bila dekat lampu hijau tu pun, tak berani. Hehehe. Nak mengadap Kaabah dekat bukit Safa pun, menguji jugak bila orang main himpit-himpit and tolak-tolak je.
Aku bukan risau diri aku tapi risau laki aku. Dia kan tak berapa stabil sangat. Nasib baik urusan Sae'i pun dipermudahkan olehNya. Alhamdulillah.
Walaupun habis je urusan Umrah, telekung aku dah bertukar dari bau Downey jadi bau masam hasil gesekan peluh orang ramai, takpelahhhhhhhhh! Janji urusan yang wajib selesai.
Bila urusan dekat MasjidilHaram dah selesai, aktiviti wajib yang seterusnya adalah makan dekat Felda D'Saji. Kali ni, rasa puas hati sangat sebab datang-datang je, dah ternampak lontongggggg!
Baru hatiku cakap kat laki aku yang aku teringin nak makan lontong. Bukan taknak buat sendiri tapi laki aku tak berapa sangat dengan lontong. Lainlah aku ni. Dah kata orang Johor kan. Orang Johor dan Lontong kan, mana boleh dipisahkan seperti Rosmah dan cincin 24 jutanya! Ehhhh??? ( Tiba-tiba )
Aku jadi tamak bila dapat makan kat Felda D'Saji ni. Mana taknya, dah order Lontong pun, aku boleh pergi order Roti Telur lagi. Lepas tu, siap ngecek-ngecek lagi Nasi Lemak yang laki aku makan.
Bukan faktor lapar tapi faktor ketamakan yang tidak dapat dibendung nafsu dalam diri. =_='
Aku kalau dah jumpa makanan sedap-sedap dan susah nak dapat macam ni, memang aku terus lupa misi keamanan aku nak kurus bila balik musim Raya nanti! Hahaha.
Habis makan, bila nak balik dan nak jalan pergi cari teksi pun dah tak larat. Terkedek-kedek jalan sambil mulut bising cakap kat laki : " Kenyangnya Biebie, kenyangnya Biebie. Tak larat nak jalan. Dukung I lah!". Hahaha.
Harap-harap, kalau Khamis ni jadi buat Umrah, menu Lontong ni ada dekat Felda D'Saji lagi. InshaAllah. Kalau ada rezeki, takkan ke mana. Kan?
Sekian. Masalamah!
akak,saya tgh angkat kening ni.hehehhe,btw cantik gak ihram abg azman,mcm ada bintik2,hehehe
ReplyDeleteTersenyum ja mas baca post ni.. akak sangat bertuah! :)
ReplyDelete@Affy : Ihram Abang Azman ni jenis kain berkualiti. Beli kat Danube. ;)
ReplyDelete@Mas : Alhamdulillah Mas. Semuanya dari DIA. ;)
INsyALLAH sy nk pergi jugA.. ALways baca blog awk tntg umrah je.. mengidam lak..hehe.. Boleh la pg sana rasa lontong tu eh.. =)
ReplyDelete@hanz :
ReplyDeleteInshaAllah. Bila dah sampai rezeki awak, mesti awak akan sampai juga. ;)
Assalamualaikum wbt,salam perkenalan :)...i'm sharing kisah yang takkan habis :)
ReplyDeleteCahaya hidupku : Wsalam. Salam ukhuwah juga. Terima kasih sudi singgah dan baca.
ReplyDelete