Assalamualaikum.
Aku ni memang bukan jenis orang yang takut hospital, doktor, jarum dan sebagainya. Aku suka je pergi hospital tapi kalau pergi hospital dan berdepan dengan seorang doktor yang memang sumpah kedekut nak senyum dengan pesakit dia, memang boleh buat kita yang sakit ni jadi makin sakit!
Macam baru-baru ni, aku pergi hospital. Berdepanlah dengan sorang doktor ni. Kat sini, kalau kau perempuan, memang kau akan dapat doktor perempuan dan jugalah sebaliknya. Takdelah kalau kau perempuan, kau berangan doktor yang rawat kau tu adalah doktor handsome macam Dr Sheikh Muzaphar tu. Menangislah macam mana pun, takkan dapat selagi kau perempuan! Hehehe.
Cerita pasal doktor yang tak reti nak senyum ni. Dah dekat 3 kali aku jumpa dengan dia pun, macam tu jugak muka dia. Muka ketattttttttttttttt je memanjang. Nak kata pesakit dia ramai, takdelah jugak. Pesakit yang masuk bilik dia pun setiap setengah jam. Setiap kali pesakit keluar dari bilik dia, memang dia akan rehat dalam 15 minit macam tu sebelum dia panggil pesakit dia yang seterusnya.
Jadi apa masalahnya?
Takkan takde pesakit pun kau nak stress kan? Etika kedoktoran kau mana? Aku tengok, dengan semua pesakit kau, kau masam muka. Sampai pesakit kau nak jumpa kau pun macam ralat je sebab tengok muka kau ketat tanpa sebab.
Lainlahkan kalau kau pakai niqab ke apa. Yelah jugak kalau kau nak buat muka ketat sebab memang setiap pesakit kau takkan nampak raut wajah kau. Tapiiii, ini elok je memang pesakit akan tengok muka kau.
Jadi, apa salahnya kau senyum kan? Mahal sangat ke senyuman kau tu? Kau tahu tak, kalau muka kau senyum, sedikit sebanyak dah boleh mengurangkan rasa sakit sikit dekat setiap pesakit kau? Ke memang kau taktau?
Pada akulah, aku lagi prefer doktor yang memang jenis muka garang dan serius dari doktor yang muka ketat dan kau sebagai pesakit rasa macam nak pergi dekat doktor kau tu dan tarik pipi dia, biar dia senyum manis sikit. =_='
Ingat ye, muka garang dan serius dengan muka ketat adalah berbeza ye.
Sejuknya hati kalau semua doktor dekat semua hospital di dunia senyum manis macam doktor ni. Kan? Barulah pesakit semua cepat sembuh. Ye tak?
Lagipun kan, dalam agama Islam itu sendiri menyatakan bahawa senyum itu adalah satu sedekah. Nampak tak? Sedekah tak semestinya kau hulur duit atau barang. Tapi kalau kau bagi senyuman ikhlas dekat orang pun kau boleh dapat pahala senang-senang je. Takkan itupun taknak kot?
Tak kisahlah kau kerja doktor ke, kerja pegawai bank dekat kaunter tu ke, pelayan restoran ke, cashier ke, apa ke, janji kalau kerja kau tu melibatkan pihak yang bergelar pesakit, pelanggan kau, tolonglah ringan mulut senyum dekat dorang. Ok?
InshaAllah kalau kau ikhlas sedekah senyum, kerja kau akan dipermudahkan.
Ataupun ... mungkin agaknya aku kena bukak lagu M. Daud Kilau yang ada lirik pasal senyum tu :
" Senyumlah .. senyumlah .. wahai cik molek ... senyumlah .. senyumlah .. wahai cik molek.. ". Hehehe.
Sekian. Masalamah.
Dari Jeddah :
- Nampaknya, aku pulak akan stress sebab aku akan berdepan lagi dengan doktor muka ketat tak reti nak senyum tu hari Khamis akan datang ni! Arghhhhhhhh! Tolonggggggggggggggg!
saya komen entri ini dengan senyuman tulusssss dari hatiiii.hikhikhik ;)
ReplyDeletekalau senyum tu,dari nak marah tak jadi nak marah.senyum itu menawan :D
ReplyDeleteAssalamualaikum ilah..
ReplyDeletehehehe.. aduh mmg parah kalu jumpa doc mcm tu. yang ala mama bosan . heheh tapi kan ilah.. kite g hospital sini.. masa tu sakit kepala,sebab dapat painful sinus.doctor lelaki,,, hehehehe.
@lynn : Akak tak suka sebenarnya dgn orang yg kedek sangat nak senyum ni. Huhuhuhu.
ReplyDelete@FarhaniMazlan : Betul tu. Senyum itu juga sedekah.
@NorAbdullah : Wsalam. Mmg sakit hati kalau berdepan dgn Mama Bosan. Hahaha.
hehehe...muka ketat..
ReplyDeleteLenkali time dah siap check up semua, sbelum keluar bilik ck kat doc "Doc, kalau senyum mesti lagi cantik" terus nyanyi lagu "senyum" utk dia. ala..dia faham tak Melayu? ekeke
sekilass.com
Booty Martinez :
ReplyDeleteConfirmlah dia tak paham Melayuuu! Hahahaha.