July 26, 2011

Jangan Terlalu Cepat Menjatuhkan Dosa Pada Seseorang ...


Assalamualaikum.
Dekat Malaysia sekarang ni aku pasti tengah panas dengan kes Mohd Ashraff yang mohon pada mahkamah nak tukar nama dia dari nama lelaki kepada nama perempuan.

Nampaknya, kes macam ni, memang akan dan sentiasa mengundang kontroversi. Biasalah. Orang Malaysia ni, kalau bab nak cakap : " Wei, kau tak ingat dosa ke? ", memang laju je kan?

Tapi, pernah tak orang yang main suka menjatuhkan dosa ke atas seseorang ni mengkaji dulu kes macam ni??? Pernah tak? Pernah tak?




Sedih sebenarnya, bila baca dan tengok maki hamun orang dekat manusia yang memang dilahirkan khunsa sejak dari kecil ni. Ke orang yang memaki hamun tu taktau apa itu khunsa?

Macam kes Mohd Ashraff ni, apa yang aku tahu, memang sejak dilahirkan lagi, Mak Ayah dia dah cakap dekat doktor supaya lakukan ujian DNA sebab Mak Ayah dia syak yang anak yang dilahirkan itu adalah perempuan dan merasa pelik  bila doktor pula mengatakan anaknya lelaki.

Keadaan makin runsing bila anak itu besar, perwatakannya lebih kepada perempuan. Baik dari cara jalan dan juga dari segi pertumbuhan hormon di badan. Sehinggalah bila anak itu besar sendiri, secara rahsia, anak itu menjalankan ujian di Hospital Pantai dan pakar mendapati bahawa badannya & DNAnya lebih kepada perempuan dan tanpa pengetahuan Mak Ayah dia pulak, anak itu pergi ke Thailand untuk melakukan pembedahan penukaran jantina.

Jadi, di mana kesilapan dia? Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan?

Kita yang orang luar ni dan tak tahu cerita yang lagi sebetul-betulnya, elok menjadi pemerhati. Kalau memang betul dia khunsa dan korang menuduh dan melemparkan kata nista, kan free-free dah dapat dosa. Tak sedar ke semua tu?

Dan kalau iya pun, memang dia bersalah, jadi apa salahnya cakap dengan cara yang baik bukan?

Ni, aku tengok, siap salahkan Mak Ayah dia. Siap cakap, Mak Ayah dia ni tak ingat dosa ke? Eh, kau yang menuduh cakap macam-macam, kau ingat kau tak dosa? Dosanya lagi besar tahu? Dan jangan lupa, dosa sesama manusia ni tak terampun selagi kau tak memohon keampunan dari manusia itu sendiri. 

Kita tak tahu apa yang dah dilalui oleh Mak Ayah si Ashraff ni. Janganlah sewenang-wenangnya menuduh Mak Ayah dia tak ajar dan tahu erti dosa. Kalau Mak Ayah dia ni tak tahu dosa, kenapa Mak Ayah dia sendiri pernah halau si Ashraff ni keluar dari rumah? Kalau Mak Ayah dia ni tak tahu dosa, kenapa sampai Mak Ayah dia sendiri pernah sampai taknak mengaku si Ashraff itu anak dia? 

Dan kau yang menuduh dan memaki hamun, aku nak tanya, kau tahu tak dosa memaki hamun orang tanpa kau tahu cerita yang sebenarnya? Lagilahhhhhh dosa besar tahuuuuuuuu??? T_____T

Pada aku, kes Mohd Ashraff ni bukan macam kes pondan yang memang niat sebenar nak tukar jantina tu tapi ini adalah kes khunsa. 

Ingat, orang yang dilahirkan khunsa, mempunyai hak untuk memilih jantina.

Dan kau orang jangan lupa ya, arwah Yasmin Ahmad juga lebih kurang macam Mohd Ashraff ni. Masa muda, arwah adalah seorang lelaki dan sempat menjadi penyanyi. Bila dah meningkat dewasa, dia akhirnya memilih untuk menjadi seorang perempuan dan menukar namanya kepada Yasmin Ahmad dan juga, Alhamdulillah, dia bertemu jodoh dan berkahwin.

Jadinya, sebagai manusia yang beragama Islam dan Allah SWT itu yang menciptakan kita, janganlah kau jadi manusia yang main suka ringan mulut nak memaki hamun orang dan terlalu cepat menjatuhkan dosa pada seseorang.

Kot-kot kalau harini kau maki orang tu, esok umur kau tak panjangggggg? Haaaa ... jawablah kau dengan Mungkar dan Nangkir dengan apa yang kau dah buat tu. Nak menangis mintak tolong masa tu, memang boo layanlah jawabnya.

Kes macam ni seharusnya kita jadikan pengajaran dan amik iktibar dan bukaanya memuntahkan kekejian.

Sekian. Masalamah.

5 comments:

  1. haah.lynn pon tak rasa kes dia kes sesaja laki nak jadi pmpuan.more to khunsa.tu lah,hanya satu je nak cakap,kesian dgn dia.
    org2 luar nak cakap lebih2 pon tak guna.tak tahu dari awal.so,hnya doa yg tbaik.

    ReplyDelete
  2. orang yang terus menyambar 'Kau tak ingat dosa ke..?!' memang takkan menyiasat.

    yes. arwah Yasmin Hani adalah lelaki pada mulanya.

    ReplyDelete
  3. Manusia memang suka menghukum kak. Dan suka mengangkat diri mereka lebih mulia.

    Manusia juga suka menfitnah, suka menghentam.

    Semua nya akibat dari pemikiran tak matang dan tak berfikir panjang. Harap2 dijauhkan lah sikap itu dari kita. Insyallah..

    ReplyDelete
  4. yang tanya "tak tahu dosa ke?" rasanya tu okay lagi sebab dia bertanya.

    tapi yang terus memaki hina tu memang langsung tak patut.
    well, orang takkan tahu apa berlaku selagi mereka tak berada dalam situasi orang tersebut

    latest entry : Wordless Wednesday #WW4

    ReplyDelete
  5. @Lynn :

    Itulah. Kes dia memang dia dilahirkan khunsa dan Mak dia sendiri cakap yang anak dia tu perempuan masa dilahirkan tapi doktor pulak cakap lelaki.

    @Alexandria Alia :

    Yup. Orang yang cakap macam tu biasanya berada dan baca pada satu pihak je dan tidak mengkaji pada pihak yang lagi satu.

    @Masturah Idrus :

    Yup. Sifat manusia. Kalau benda macam ni, memang laju je main suka nak hukum orang. Bercakap macam dia tahu semua perkara.

    @Nur Areefah :

    Orang macam tu kena pikir dan rasa kalau dia kat dalam situasi orang tersebut.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...