October 26, 2011

Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Kelima - Proses Pendaftaran Diri


Assalamualaikum.

Tinggal dan berada dekat dengan Tanah Haram adalah sesuatu yang sangat-sangat disyukuri dari saat pertama kali menjejakkan kaki di sini dan juga masih hingga kini. Perasaannya sangat sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. 

Ada juga, kadangkala terasa seperti mimpi ...

Melihat Kaabah dengan mata sendiri, pergilah lihat Kaabah banyak mana sekalipun, hati kau akan tetap rasa sayu dan terasa kecil sebagai hambaNya. Bersyukur dengan apa yang aku kecapi masa kini. Alhamdulillah.

Aku ingat lagi, masa pertama kali menunaikan Umrah dan berpeluang melihat Kaabah dengan mata kepala aku sendiri, aku seakan bertanya pada diri sendiri : " Betul ke Kaabah depan aku ni? For real? ". T___T

Masa pertama kali itulah, sepanjang tawaf, aku dok manjang jeeeee tengok Kaabah tak berkelip, tak berkedip. Sampaikan aku cakap dekat laki aku : " Tak sangka kan kita dapat buat Umrah seawal usia macam ni. Padahal awal tahun haritu baru je I nak ajak You daftar nama dekat Tabung Haji. Tup tup, Allah dah 'hantar' kita ke sini. ". Terharu lagi. T___T


 Suasana di Padang Arafah nanti ketika waktu Wukuf.

Dan kalau tahun lepas, Mak Abah aku datang sini menunaikan Haji dan Umrah, inshaAllah tahun ni, kami berdua pula akan menyusul. Alhamdulillah di atas segala peluang dan rezeki dariNya buat kami berdua. 

InshaAllah tinggal beberapa hari lagi je untuk kami bersama-sama umat Islam yang lain dari seluruh pelusuk dunia, akan bersama-sama menunai Rukun Islam yang kelima ini.

Oh ya, walaupun kami tinggal di sini, bukan setiap tahun ya kami boleh pergi buat Hajj. Baik kami orang luar atau residen Saudi sekalipun. Peraturan baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan Saudi adalah, setiap orang hanya boleh menunaikan Hajj sekali sahaja dalam tempoh lima tahun!

Melainkan kalau kau nak buat Hajj secara 'haram' iaitu dengan pergi transport sendiri, makan sendiri, tempat tinggal sendiri. Orang  Melayu kita cakap : " Pandai-pandai hidup sendiri. ". Cara macam tu pun, boleh juga tapi kena berhati-hati jugalah sebab kalau kena tangkap ... hehehehe. 

Ikutkan sebenarnya dari tahun lepas kami nak buat Hajj. Konon nak buat sama-sama dengan Mak Abah tapi nampaknya masa tu, belum ada rezeki. Terus postpone ke tahun ni dan Alhamdulillah, perancangan nak buat Haji tahun ni akhirnya dimakbulkan olehNya.

Proses pendaftaran nak buat Haji kat sini jauh lebih mudah berbanding Malaysia. Pokok pangkalnya, kau nak dengan taknak je. Tambahan pulak, pakej Hajj dekat sini adalah serendah SAR3500 hinggalah setinggi dan semahal SAR12000 ke atas.

Dan kalau kau duduk sini, tempoh kau buat Hajj cumalah lebih kurang dalam 6 hari sahaja.

Pertama kali buat Hajj ni, kami daftar di agensi Islamic Education Foundation ( IEF ) di mana ianya diketuai oleh Dr Lamya dan dibantu oleh anak dan menantu dia.

Dapat info mengenai IEF ni pun dari Abang Nizam & Kak Sofie. Dorang dah ada pengalaman buat Haji dengan agensi IEF ni. Setakat ni, apa yang dorang cakap, servis IEF  sepanjang Hajj tu, memang sangat-sangat terbaik dan puas hati. Terima kasih buat Abang Nizam & Kak Sofie sebab banyak tolong kiteorang bagi info berkenaan Hajj ni.

Proses pendaftaran Hajj kat sini, Alhamdulillah, boleh kata sangat mudah prosedurnya. Cuma perlu isi :
  • borang Tasreeh dari Syarikat yang kita bekerja 
  • Sijil Jenis Darah & Sijil Pengesahan untuk suntikan Meningitis 
  • Salinan Iqama atau Kad Pengenalan Saudi
Bila dah cukup semua dokumen dekat atas ni, terus boleh datang pejabat agensi yang kita nak daftar tu, buat pembayaran dan selesaiiiii! Selebihnya pihak agensi yang akan uruskan.

Masa mula-mula daftar tu, macam risau jugaklah sebab kita takkan kenal sesiapa pun yang sama-sama akan buat Hajj dengan kita. Kira kita kena cari kawan baru lah tapi masa dah nak tarikh tutup pendaftaran Hajj tu, ada kawan-kawan aku dekat sini yang daftar dengan IEF jugak untuk buat Hajj. Alhamdulillah! Dalam hati sangat-sangat suka sebenarnya! Hahahaha.

InshaAllah 4 Dzulhijjah ni atau 31 Oktober, semua yang telah mendaftarkan diri dengan IEF untuk buat Hajj, kena datang pejabat IEF sebab ada taklimat dan juga untuk terima tag nama yang akan dipakai sepanjang menunaikan Hajj nanti.

Doakan semoga perjalanan kami semua termasuk seluruh umat Islam yang lain, dipermudahkan olehNya. Doa aku buat korang, semoga suatu hari nanti, korang akan menjadi tetamuNya juga nanti. InshaAllah. Banyakkan berdoa dan berusaha kepadaNya. Ok?

Sekian. Masalamah. Muah!

6 comments:

  1. "Peraturan baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan Saudi adalah, setiap orang hanya boleh menunaikan Hajj sekali sahaja dalam tempoh lima tahun!"


    baru tahuu.ingatkan org sana,boleh sesuka hati je nk buat haji evry yr.ada sekatan jugak.hmmm..
    tapi syukurla kann.akak n abgman muda2 dah boleh g byk kali tanah haram. :)

    (doadalamhati:smoga makabah lynn n of course for myself dpt jejakkan kaki ke sana time muda2 mcm ni.iA :D )

    ReplyDelete
  2. Alhmd rezki nekla n hubby..seronoknya muda2 dah dpt menunaikan rukun Islam yg ke5..kmaz ni ble lah agaknya..Smg mendapat hj mabrur & dpermudahkan segala urusan nti...amin =)

    ReplyDelete
  3. As-salam

    Seronok nya neklah dipermudahkan ...bertuah neklah n hubby..kak mimi doakan semoga mendapat haji dan hajah mabrur..seribu rahmat buat neklah dan keluarga...doakan baik baik untuk akak dan keluarga ye.

    ReplyDelete
  4. Lynn : InshaAllah ... suatu hari nanti, Lynn pasti menjadi tetamuNya. Mana tahu Lynn datang sama-sama dengan Mak Abah Lynn. Kan?

    Yang penting sentiasa berdoa, berusaha & kumpul duit!

    ReplyDelete
  5. Kak Maz : Alhamdulillah Kak Maz. Rezeki dari DIA. Terima kasih untuk semua doa. Doa Nailah semoga nanti Kak Maz sampai sini juga nanti.

    ReplyDelete
  6. Kak Mimy : Wsalam Kak. Rezeki dari Allah SWT. Semuanya di luar jangkaan. Apapun, Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan. InshaAllah Nailah akan sampaikan doa Akak.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...