October 8, 2011

Cerita Raya Di Malaysia - Beraya Di Rumah Mertua


Assalamualaikum.

*tutup muka tembammm bam bam kitewww dulu*
Maluuuuuuuu sebab kitewwwwww baru nak update cerita Raya di Malaysia tumpah tanah darahku. Hewhewhew. 

Padahal Raya dah habis hoiiiiiii! T___T . *muka mintak lempang*

Ok. *nada serius*

Tahun ni memang giliran menyambut lebaran di rumah mertua. *laki lompat bintang tanda suka*. Kiteorang lakibini memang takde masalah lah kan bab balik kampung ke apa ke sebab setakat ni, sejak kahwin, memang masih dalam jadual. Ikut giliran. Tukar-tukar.
Kalau tahun lepas dah beraya dekat rumah family aku dekat Johor, tahun ni haruslah menyambut lebaran di Perak pulak. Iye. Laki kitewww orang Perak. Perak dekat Bagan Serai. Bagan Serai dekat Parit Mentara 3. *penerangan yang panjang dan ikhlas*. Ada sesiapa dari Bagan Serai kewww kat sini? Hewhewhew..

Ni aku nak cerita apa bezanya beraya dekat Johor dengan beraya dekat Perak.
Pertamanya, dekat Johor, kalau Hari Raya Pertama, juadahnya adalah sangat banyakkkkkkkkk! Ketupat, Nasi Impit, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Kari Ayam, Sayur Sambal Goreng, Rendang Ayam atau Daging adalah antara menu wajib kami kat Johor. 

Justeru itu, bila dah kahwin dan beraya dekat Perak, aku adalah orang yang paling sedih sebab kebanyakan menu itu semua tidak ada di rumah mertuakuuuuuuuu! T___T

Ini adalah kerana, menu di Perak ketika Hari Raya Pertama cumalah Laksa / Bihun Sup atau seangkatan dan juga Nasi Impit beserta Rendang Daging sahaja.

Engkau orang kena paham ye. Aku ni memang suka makan juadah Raya yang sedap-sedap itu. Lagi bertambah sedap bila juadah semua adalah dari hasil air tangan Emak Tersayanggggggg. 

Jadinya bila setiap kali giliran beraya di rumah mentua, aku akan jadi orang yang paling redha sekali bila mana aku tak dapat mentekedarah juadah yang boleh aku dapati bila beraya di Johorrrrr! =___=

Tapi bila dah nak masuk 3 tahun perkahwinan ni, aku tak kisahlah kan mana-mana pun. Apa makanan pun, janjinya dapat menyambut Hari Lebaran bersama-sama orang yang kita sayang. Kan? Kan? *angguk kepala*

Hari Raya Pertama adalah mesti yang paling meriah dari Hari Raya Kedua dan seterusnya sebab pada akulah, Hari Raya Pertama adalah Hari Raya yang orang paling beriyeeeee sekali menyambutnya!

Selain meriah dengan juadah makanan-makanan enak sehingga menjijih air liur di tepi bibir, perkara lain yang meriah adalah mesti ada sesi bermaafan. 

Err ... err ... percaya tak bahawasanya aku boleh pulak terlupa nak pohon ampun maaf dipinta dengan laki sendiri????!!!! *tampar diri sendiri*

Dah petang baru teringat. Itupun laki yang bagitahu. Ampun dan maaf wahai suami. Panjang umur Lebaran tahun depan I mohon ampun cium tangan kaki You ok? I janji. *calit jari kelingking, calit mulut. Ehhh?*

Ok. Selain meriah dengan sesi mohon ampun dan maaf, perkara lain yang meriah mestilah apabila semua orang jadi jakun dengan kamera. 

Disebabkan tahun ni beraya memang lengkap semuanya di mana anak-anak dan menantu-menantu kepada En. Kamarudin & Puan Kamariah ada sama, jadinya konon nak lah kan amik gambar cukup korum.

Tapi apakan daya bila tiba masa nak tangkap gambar tu. boleh pulak Abang Ipar aku dengan Adik Ipar aku yang lelaki tu dah hilang pergi beraya dulu. Walau kami dah tunggu lebih dari setengah jam, mereka tak muncul-muncul, makanya terpaksalah juga tangkap gambar dengan tidak cukup ahli keluargaaaaaaa ... =___=




Meh kitewww kenalkan mereka-mereka yang ada di dalam gambar ...

Kitewww mula dari yang duduk dekat kerusi lah ... kitewww mula dari belah kanan lah ...

Yang paling kanan sekali adalah Biras saya merangkap adik ipar laki kitewww, merangkap suami kepada adik laki kitewww. Yang disebelah dia mestilah Bapak Mertuaku diikuti Ibu Mertuaku dan ...

Ehhhh? Lakiiiiiii ... mengapa ekauuuu tutup matoooooooo niiiii??? Adoiiii ... dia ni memang suka merosakkan gambar lahhhhhhhhhhhh! Ni memang nak kena jerit ni tauuuuu!!!

Eh? Eh? Patutlah laki aku tutup mata sebab Bapak Borek, Anak Rintik! Cuba engkau orang tengok mata Bapa Mertua kitewww??? Tutup jugakkkk. Haih lah bapak dengan anak niiii ... T____T

Seterusnya ... mestilah diperkenal kepada engkau orang yang duduk di bawah. Disebabkan yang duduk di bawah dan belah kanan adalah bini-bini orang, aku perkenalkan dari kirilah sebab dari kiri adalah masih anak dara sunti dan masih sendiri kot? Hihihi.

Yang paling kiri ittewww mestilah Adik Ipar aku. Adik Ipar yang bongsu. Sebelah dia Adik Ipar jugak dan sebelah pun masih Adik Ipar ( yang pangku budak ). Dan budak kecik itu adalah Haziq ye tapi kami panggil dia Kojik. Nakal dan petahhh!

Engkau orang nampak tak yang Adik-adik Ipar aku semua kecil comel molek belaka tapi tiba-tiba je datang spesies Giant entah dari mana duduk sebelah dorang amik gambar. T____T

Sebelah aku pulak adalah Biras aku merangkap Kakak Ipar kepada mereka. Biras aku pun kira kecik jugaklah.

Aku je spesies paling godang ye dalam family ni. =___=

Berikut adalah gambar candid ye memandangkan tahun ni tak perlu pakai set masa untuk kamera. Cuma pakai remote control je. Aku tak sangka betul yang kamera pun ada remote control. Aku ingatkan tv dengan dvd player etc sajeee yang ada remote control! Hebakkkk ... hebakkkk zaman sekaranggg ni ...



Ini adalah pose bebas dan pose aku adalah pose nak korek hidung ye. =__=


Pose ceria dari kami di Hari Raya Pertamaaaaaa!!!


Ahli-ahli keluarga yang perempuan. Ibu Mertua tiada sebab dah bergegas ke dapur nak sediakan makanan & minuman buat tetamu. Kami yang anak-anak dan menantu ni je yang tak reti nak bergegas ke dapur jugak sebab sibuk nak amik gambarrrr!

Tahun ni memang lama dekat rumah mertua. Dekat 2 minggu jugak sebab kami lakibini balik dalam 4 minggu. Jadinya bahagikan 2 minggu dekat Perak dan 2 minggu dekat Johor. Dan sebab lain untuk stay lama di Perak adalah tiada masa untuk ulang-alik dari Utara ke Selatan dan Selatan ke Utara kembali.

Sebelum pulang ke Johor untuk beraya dengan keluarga aku yang tersayang pulak *yeayyyy. Aku pulak lompat bintang tanda suka.*, aku sempat lagi paksa adik-adik ipar aku curik masa untuk mandi-manda dekat air terjunnnnn!

Almaklumlah kannnn ... seingat aku lah, dah berkurun jugaklah aku tak mandi air terjun. Last time aku mandi air terjun, aku rasa adalah 5 ke 10 tahun yang lepassss! 

Jadinyaaa, bagi tidak mahu menghampakan Kakak Ipar yang spesies Giant ni, mereka pun dengan baik hati bawak aku mandi-manda dekat Air Terjun dekat dengan Tasik Taiping. Nama tempat tu aku taktau. Aku lupa pulak nak tanya. *sengih-sengih*. Hewhewhew.



Cuba teka kitewww yang manewww??? *angkat kening banyak kali*

Mandi air terjun kat sini pada aku seronok jeeeeeeeeeeeeee!!! Cuma yang tak seronoknya bila kami tengah syok-syok mandi-manda main air semua, tetiba boleh pulak ada 2,3 pasang couple datang dan beromen-romen dekat air dan celah-celah batu depan orang ramai. Bolehhhhhh???

Yang perempuan siap muka dah stim-stim okeiiiii like hellooooooo ... aku yang dah kahwin ni pun takde nak tergedik-gedik dengan laki okeiiii masa mandi-manda tu. Ikut rasa hati, nak je aku sounddddd tapi memandangkan suara perempuan itu salah satu aurat dalam Islam, dan juga aku adalah bini orang, aku taknaklah merempan terjerit-jerit sound anak muda-mudi yang memang tak tahu malu beromen depan orangggg! 

Nasib kau baik wahai adik-adik sebab aku takde nak amik gambar engkau orang. Kalau aku amik dan aku letak kat sini, memang naya je kauuuuuuu kan???

Moralnya dekat sini : Kalau kau nak stim-stim sampai mata kau terpejam-pejam macam orang hisap dadah dah high, baik kau pergi jumpa tok kadi dik! Berdosa tahuuuu! Allah marahhhhhhhh tahuuuu!!!

Ok. Nanti kitewww sambung cerita raya di Johor pula.

Sekian. Masalamah! Muahhh!

2 comments:

  1. -gambar abgman dan bapanya sungguhhh comellll.hikhikhik...
    -pose ceria mmg cool laaa. kojik tu pandai pose!comel sangatttttt.
    -tak ketinggalannn,heroin utama yang paling gojes dan CERIA sekaliiii di pagi raya. haha. nice lahhhh.. ;p

    psss,dah lama jugak tak g waterfall.huhu

    ReplyDelete
  2. dah besar dah haziq... bestnya mandi air terjun..nyaman...erk tp tercemar la plak..huhuh

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...