October 8, 2011

Cerita Raya Di Malaysia - Beraya Di Rumah Keluarga Sendiri

Assalamualaikum.

Kita sambung kisah beraya di Johor pulak.

Lepas dah dekat 2 minggu beraya dekat Perak, tiba masanya untuk aku lompat bintang pulak sebab nak pulang beraya jumpa keluarga tersayang terutamanya Emak Tersayang yang baik hati dari dulu sampai sekarang. :')

Perjalanan dari Bagan Serai, Perak ke Pasir Gudang, Johor memang amik masa yang lama. Seperti biasa, bila perjalanan jauh macam ni, mesti akan singgah rumah sepupu kesayangan untuk rehat dan solat sekejap. Kebetulan pula, memang ada barang yang dikirim dan nak diberi.

Gerak dari Perak awal pagi macam tu, sampai KL dah tengahari. Paham je lah. Kalau dah tengahari buta ni, memang mimpilah kan aku ke laki aku ke nak drive dengan matahari tengah sedap mencanak dekat langit. Makanya, rehat di KL sampai dah nak dekat waktu Asar. Lepas je waktu Asar, terus berdesupppp sambung perjalanan ke Johor.

Balik beraya kali ni, selain eksaited nak jumpa keluarga dan saudara-mara tersayang, lagi satu sebab lain kenapa aku eksaited adalah kerana aku nak dapat Kakak Iparrrrrr! *joget ayam*

Kawan baik kita dekat Terengganu puji Kakak Ipar kita cantikkkkkk! Memang cantik pun dan paling penting, Kakak Ipar kita bukan setakat cantik je tapi seorang yang sangat-sangat lemah lembut. Suara pun halus jeeeeee. Berbanding dengan aku niiii ... haih ... ngeri nak bandingkann! Memang jauh sangat. Macam langit dengan bumi. Hihihi.

Tapiiii ... tapiii ... tapiii ...
Dia lagi muda dari aku sebenarnya. Kalau tak silap, umur dia 23 ke 24 tahun macam tu. Tapi aku tak panggil dia Kakak lah sebab nanti kalau panggil Kakak, aku pasti aku kena penamparrrrr! Kahkahkah.

Majlis kahwin Abang aku ni adalah beberapa hari sebelum flight kami balik Jeddah semula. Ikutkan sebenarnya, sebelum ni, tarikh tiket balik Jeddah adalah 18 September dan majlis Abang aku adalah 17 September. Bagi mengelakkan untuk rasa kelam-kabut berkejar ke KLIA, laki aku yang pastinya adalah seorang suami yang baik hati dan sangat concern, telah tukar tiket balik Jeddah pada 22 September. *Terima kasih suami tercinta*

Masa balik Johor ni, sebelum sibuk dengan Majlis Nikah dan Majlis Bertandang bagai, seminggu sebelum tu, kami lakibini dah tibai pergi tengok movie puas-puas. Paling puas hati bila dapat tengok movie Johnny English - Reborn yang super lawak nak matiii pada hari pertama tayangan filem tu! Hikhikhik.




Anak-anak dara cuma yang baju kurung ungu dengan tudung hitam, baju kurung biru dengan tudung hitam dan tak lupa anak teruna adalah yang paling hujung belah kiri sekali. Selain dari itu adalah bini orang, mak-mak orang dan juga suami orang.

Masa ni semua dah ready nak pergi Masjid untuk Majlis Akad Nikah.


Ini Emak Pengantin Lelaki & Pengantin Lelaki. Sila abaikan cermin hebak dengan bingkai kaler kuning yang sebatu orang boleh nampak itu yek? =_=


Inilah kakak ipar kitewwwwwwww! *lambai-lambai*. Hi Kakak Yanie!!! Erk?

Esoknya pulak, terus Majlis untuk Pengantin. Nikah hari Jumaat, Majlis bersanding semua hari Sabtu.



Masa Majlis keesokannya tu, terpaksa bawak hantaran yang sama balik sebab masa nikah dekat Masjid, adalah sangat kelam-kabut sebab Tok Kadi nya sangat ... errr ... tidak pandai susun atur cara. =_=




Akhir sekali, mestilah ada gambar bersama pengantin kannnn? Selamat pengantin baruuuuuuuuu! Semoga berbahagia ke anak cucuuuuu ... 

Untuk habiskan entri, kita nak tempek gambar bersama-sama orang yang tersayang ...



Gambar pertama : Mestilah bersama Emak Tersayang yang sangat-sangat baik hati! :')



Gambar Kedua : Bersama sepupu kesayangan. Sepupu yang tengah hokeyyyyy! Yang paling hujung kanan adalah Makcik akuuu! Tapi dia nampak muda kan? Anak empat hokeyyyyy! 

Oh, sepupu kesayangan aku ni dah ada anak. Masa ni baru 3 bulan kot? *Yeke Naaaaa?*


Gambar terakhir? Agak-agak dengan siapaaaaa???? Cuba tekaaaaaa???? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hikhikhik.

Pastilah gambar kitewww dengan laki tercintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! *cium laki*



Laki kitew perut dah buncitsssssssssss sebab hover makan balik Malaysiaaaaaaaaaaaaaaa! Sekarang lagiiiiiillah buncitssssssss! Harap je pergi jogging lepas kerja tapi aku tengok sama jeeeeeeeeee. Takde perubahan punnn! Hahaha.

Ok. Lepas ni nak update cerita sesi PhotoShoot Raya dengan Pohon Minda pulak. Nasiblah engkau orang!

Sekarang ni aku nak tidurrrrrrrrrrr!

Sekian. Masalamah! Muahhh!

2 comments:

  1. speck ur brother sangat lah hebak. hahaha. n kakak ipar akak cantiikkk!;p


    ur mom pon nmpk mudaaa.patut la anak dia pon gojes. hikhik

    ReplyDelete
  2. spek abg nekla tu sgt mantul..hahaha ok la tu adik ipar & akak ipar samo cuns... ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...