October 11, 2011

Cerita Raya Di Malaysia - Photoshoot Raya bersama Pohon Minda

Assalamualaikum.

Kembali ke siaran asal iaitu entri berkaitan sambutan Hari Raya di Malaysiaaaaaa! Selagi aku tak habis cerita pasal Raya ni, selagi tu lah engkau orang kena mengadap cerita Raya aku ni. Chill ok! Chilllllllll ~

Tapi, inshaAllah, lepas habis cerita niiii, aku nak up entri pasal komuniti yang aku baru join dekat Jeddah ni! Memang best gilakkk tapi tunggu dulu eh? 0_o #calitjarikelingking

Ok.

Sebelum balik Malaysia untuk sambut Hari Raya haritu, mak aku awal-awal dah pesan : " Tema tahun ni warna peach atau oren ok? Sebab tahun ni nak buat photoshoot Raya kalau jadi! "

Aku ni kan kalau bab shopping kain pasang ni memanglah aku sukaaaaaa! Laju je dok membeliiiii! Tapi tahun ni aku memang semangat lain macam lah nak buat baju kurung. 

Mana taknya, ada sepasang kain baju kurung aku tu, aku siap beli kat  Doha lagi masa aku pergi melawat sepupu-sepupu gonjeng aku dekat sana. Bila dia balik Malaysia, aku kirim je kain tu kat dia dan suruh dia pos kat mak aku. Kemudian, tugas mak aku pulak hantar pergi tailor. Bila baju dah siap, aku mintak tolong mak aku lagi untuk pos semua baju-baju kurung ke rumah adik ipar aku dekat Penang memandangkan tahun ni beraya di Perak.

Alhamdulillah, setakat ni, semua baju-baju tu aku memang puas hati sangat-sangattttt! :D

Bila dah balik Malaysia, dah puas pung pang pung pang beraya dekat Perak, dan balik beraya dekat Johor, aku tengok Mak aku macam takde nak update dengan aku pasal photoshoot sampai laki aku sendiri tanya aku : " Ayang, kata nak amik gambar ramai-ramai. Tak jadi ke?. ".

Laki aku pulak yang macam eksaited kan? Padahal kalau bab amik gambar ni, biasanya aku yang teruja lebih tapi kali ni, dia pulak yang teruja lebih. Apakah? =_=

Tapi beberapa hari lepas laki aku dok tanya tu, tetiba dia cakap kat aku : " Ayang, photoshoot jadi! Abah cakap malam ni!. "

Haaaa  kauuuuuu! Haruslah aku gelabah kan sebab hari yang buat photoshoot tu, esoknya tu aku dah nak gerak balik KL. Kira macam agak busy jugaklah nak packing barang semua. 

Nak taknak, kena jugaklah kan?

Makanya, petang tu, Mak aku dah sibuk-sibuk dekat dapur. Mak buat pudding je memandangkan Kakak dengan Abang Ipar aku pun nak sponsor Pizza masa photoshoot malam tu nanti.

Tapi photoshoot buat kat rumah je. Tak buat kat studio pun.

Masa dah petang tu, Mak aku cakap cameraman si Fizi tu datang lepas Maghrib. Aku pulak memang jenis suka lengah-lengahkan masa sebab pikir banyak masa lagi. Kejap lagi, sebelum Maghrib, Fizi dah terpacak depan pagar rumahhhhh!

Haruslah seisi rumah kelam kabut bersiap kannnnn? Aku ni jangan cakaplahhhh! Dah kelam kabut gosok baju kurung dengan baju melayu laki aku bagaiiii. Gila stresssssss aku bila jadi macam tu! =_=

Kesian dekat Fizi lah sebab menunggu agak lama dekat bawah. Kakak, Abang Ipar dengan anak-anak dia pun sampai lambat jugak sebab dok menunggu order pizza tak siap-siap. Nasib baiklah Fizi tu kira kawan baik Kakak aku masa sekolah. Jadinya dia takdelah kisah sangat plus dia pun sibuk nak setting lighting semua dekat living hall.

Cerita pasal photoshoot ni, aku sekarang ni agak dah jadi kurang bernafsu nak bergambar. Sejak-sejak kahwin dengan orang yang memang expert dengan camera bagak tu, aku terus jadi menyampah dengan kameraaaa! Gila sadissssss! T____T

Sebab tu lah aku memang dah jarang nak upload gambar sendiri plussss perempuan kan memang tak elok nak exposekan diri dengan dunia tanpa sempadan ni. #terasasendiri

Jom tengok hasil tembakan Fizi dari Pohon Minda. Oh yaaa! Fizi adalah photog masa aku kahwin dulu. Dia dengan adik dia memang sangat-sangat berbakattt! Hasil kerja dia semua memang cantik gilaaaaa! Sesiapa yang dekat area Pasir Gudang ke, Johor Bahru ke, kalau kahwin, boleh amik dia! Gua gerenti lu puas hati punyalahhhh! ;D

Pose pertama ( Ramai-ramai ) :










Pose kedua ( Berpasangan - Duduk atas kerusi ) :









Eh? Eh? Ehemmmmmm. 

Gambar tuan blog kena letak 2 kepingggg! Lagi-lagi bila posing drama lebih camni. Hahaha. Dan aku memang sangat suka gambar ni sebab laki I senyum lebar hokayyyy! Kau ingat senang ke nak suruh dia senyum macam ni??? Susah ok!!!

Itupun, masa photoshoot ni, Fizi banyak kali tegur dia : " Bang, mata jangan macam tidur bang. " , " Bang, senyum banggg! Jangan kelat je muka. ". =_=

Pose ketiga ( Berpasangan jugak tapi berdiri ) :







Ada 30 keping sebenarnya gambar yang diambil tapi aku letak yang terbaik je lah. Gambar yang terpilih untuk diframe pun aku tak pasti Fizi pilih yang mana.

Seronok bila buat photoshoot macam ni dan dalam masa yang sama, sedih jugak sebab sebenarnya tak cukup korum. Anak buah aku lagi sorang tak dapat nak join photoshoot ni sebab dia dah balik matrik masa ni. 

InshaAllah tahun depan kalau panjang umur dan ada rezeki, mungkin Kakak boleh joinnnn. ;')

Sekian. Masalamah! Muah!

1 comment:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...