Assalamualaikum.
Masa aku baru-baru kawan dengan laki aku dulu, aku bahasakan diri aku dengan panggilan nama : " Ilah " dan dia pulak aku panggil : " Man ".
Takdelah nak ber "Abang" bagai sebab aku ni memang jenis geli sikit nak panggil kekasih hati dengan panggilan manja sebegitu. Lagipun, aku pikir masa tu, apehal pulak kan nak panggil " Abang " ? Sedangkan aku ni dah ada Abang kandung sendiri. Hehehe.
Itu alasan utama aku dan memang aku sendiri TAK PERNAH LANGSUNG nak panggil kekasih hati dengan panggilan " Abang " . Kau pergi ah tanya bekas-bekas kekasih aku. Kebanyakannya mesti aku panggil nama singkatan jugak. Kalau tak pun, aku bahasakan " Awak " atau " Saya ". Itu dah cukup!
Aku tak ingat bila panggilan " Man " tu boleh bertukar jadi " Biebie ". Asalnya, sebenarnya panggil " B ". Lepas tu, jadi " Biebie " bila terikut wife sepupu aku panggil sepupu aku dengan " Biebie ". Bukan aku sorang je terikut. Sepupu aku yang gila lagi sorang tu pun terikut jugak panggil " Biebie ".
Sampai ke sudah, sampai sekarang ni, boleh kata, kami bertiga sahaja panggil suami masing-masing dengan panggilan " Biebie " dan tiada " Abang " . ( Sumpah aku geli nak sebut " Abang " dekat laki sendiri! =_____= )
Zaman sekarang ni ...
Bukan nak kata barulah tapi majoriti yang baru bercinta tu, dan entah belum confirm lagi pasangan tu adalah jodoh kita, boleh siap panggil " Mama " & " Papa " lagi. Kalau tak " Mama " & " Papa " , panggil " Baby " & " Bubu ". ( Huh! Aku nak taip ni pulak terasa meremang bulu roma! T_____T )
Ada yang siap tu, kalau tak panggil " Abang ", tiba-tiba boleh bertukar pulak jadi " Abam " ! Apakah? Aku yang pertama kali dengar perkataan " Abam " tu, aku ingat kependalah menatang tu. Aku sangka orang tu mungkin macam tersalah sebut ke apa ke. Rupa-rupanya, memang awak dulu pergi sekolah cikgu tak ajar sebut dan eja perkataan " Abang " dengan betul eh? Eh?
Sinis.
Suka betul kan budak-budak zaman sekarang ni mengeja dan menyebut perkataan dengan sebutan yang pelat? Kan? Kan? Kan? =____=
Rasa kasihan sungguh dekat cikgu Bahasa Melayu yang berhempas-pulas ajar anak-anak murid menyebut perkataan dengan betul sampai tergeliat agaknya tapiiiiiiiiiii, kesudahannya???? Bila anak-anak murid dah besar panjang, dah masuk Universiti pun, boleh tiba-tiba pulak jadi tak tahu nak sebut dan eja perkataan yang mudah dengan betul. T_______T
Haih.
Itu baru cerita pasal panggilan nama. Kalau ada yang lagi advance tu, siap dah berani muat naik turun gambar peribadi cium mulut dekat akaun Facebook. Paling sedih sebab, majoriti yang sikap sebegitu "berani" adalah golongan Melayu yang ternyata dan termaktub memang beragama Islam.
Amboi dikkkkkkkk! Beraninya kau kan? Orang-orang yang dah kahwin yang memang sah dan halal boleh cium mulut dan beromen pun takdelah sampai nak pos gambar sungguh mengghairahkan sampai macam tu sekali. Tahu?
" Saya tak peduli walau apa pun orang akan cakap pasal gambar ni. Yang saya tahu cuma : I LOVE YOU B! "
Ehhhhhhhhhhhhhhhh?
Perghhhhh! Ayat bukan main. Agaknya nanti, suatu hari akan datang, kalau orang macam ni sedar dan jumpa 'jalan pulang' padaNya, mesti menyesal rasa macam nak terjun KB Mall sebab pos gambar macam tu kan? Ye dok?
Masa tu lah baru nak nangis-nangis terkinja siap pergi balai polis buat report semua sebab kononnya, 'bekas teman lelaki' sebar gambar mengaibkan begitu! Padahal, masa kau tengah panas dok cium mulut berintan payung dengan dia, bangga pulak kan kau muat naik turun gambar separuh bersenggama macam tu? =____=
Aku yang dah kahwin ni pulak rasa segan tengok perangai budak-budak yang terlebih canggih sangat pada zaman teknologi ni. Sedih tapi kadangkala, aku nak tergelak pun ada. Siap ada tu, yang bercinta ada bagi warning lagi :
" You, I punya ok? I takkan benarkan sesiapapun amik You daripada I. You hak I seorang je. Orang lain tak boleh. "
Muntah! Hahahaha.
Adik-adik, nak bercinta tu tak salah. Tak harommmmmmm pun hukumnya tapi beringatlah, berpada-padalah bila bercinta tu. Janganlah melebih-lebih sangat, janganlah yakin sangat yang hubungan tu kekal selagi kau belum ada ikatan yang sah. Jangan ye adik-adik.
Sebab masa depan kita, apa yang terjadi pada masa depan kita, hanya DIA sahaja yang tahu. Ok?
Dan lagi satu, bercinta sesama manusia tu, janganlah melebihi lagi cinta kita kepada Allah. Biar cinta kepada Allah tu lebih banyak dari kekasih hati. InshaAllah berbaloi. InshaAllah kalau buat macam tu, takkan ada peristiwa terjun KB Mall lagi. Faham?
Sekian. Masalamah.
btul2.. bru brcinta dh pggil mama papa baby la apa eihh apahal kn.. kang kalu xjdi, malu je
ReplyDeletei like this entry beryberybery much!*kesian cekgu bi.hahah
ReplyDeleteanyway,betul la kak.org2 sekarang macam2 panggilan ada.yg paling geli tekak dgn panggilan 'pa' n 'ma'.sumpahhh nak muntah.hahhaha.
p/s:lynn simpan panggilan spesial utk yg spatutnya.aiceh!hahahha
Izz Zara : Papa Mama memang takleh blah ahhh!
ReplyDeleteLynn : Hahahaha. Simpan jangan tak simpan! :p
akak pernah dengar ceramah semanis kurma..seelok nya panggilan kita suami isteri sama macam bercinta baru rasa bercinta selalu...kami ayang dan sayang...so far tak pernah sasul la sbb dah terbiasa kan..
ReplyDelete@Kak Mimy : Yup. Tapi kekadang tu, budak-budak sekarang ni, over sangatttttt! Gedik. Perangai mengalahkan orang dah kahwin. =_=
ReplyDelete