June 12, 2011

Jika Anda DiBeri Kuasa Untuk Memilih Destinasi Pilihan Untuk Melancong, Destinasi Mana Yang Kau Akan Pilih?


Assalamualaikum.

Harini datang semangat Power Rangers warna merah jambu sikit nak update blog sebab aku nak minta jasa baik korang untuk pilih sesuatu untuk aku. Kira aku nak minta pandangan dari koranglah. Boleh? Sebab aku tau, korang yang singgah sini semuanya punya hati yang baik. ( Ececehhhh ... dan dan je puji kan? Hahahaha. )

Baiklah. Terus kepada tujuan sebenar entri ni ..

Korang dah baca tajuk entri ni kan? Maaflah sebab aku rasa tajuk entri ni adalah yang PALING PANJANG kot sepanjang aku berblogging ni. Huhuhu. Tapi itu adalah tajuk yang terbaik untuk bagi korang lagi senang paham. Hehehe.

Ni aku nak tanya kat korang ni haaaa ...

Kalaulah korang ni kan diberi kuasa untuk pilih satu tempat untuk pergi melancong secara percuma, mana tempat yang korang MEMANG NAK SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT PERGI? ( Haaah! Sampai 4 kali aku tekankan. Itu tandanya memang tempat yang menjadi impian korang lah. )

Cuba korang bagitahu aku sikit mana korang nak pergi?

Macam aku lah, setakat ni, aku ada beberapa tempat yang aku MEMANG NAK SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT PERGI. Tapi aku tak tahulah ok ke tak. Cuba korang tengok dan bagi pandangan kat aku sikit dengan tempat yang aku dah senarai pendek ni :



1. Stonehenge dekat WiltShire, England

Aku letak tempat ni paling atas sekali sebab pada aku, tempat ni unik sebab Stonehenge ni merupakan satu binaan dari zaman dahulu kala iaitu zaman Gangsa dan Neolotik. Ia merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan yang sebenarnya lebih dikenali sebagai megalit. 

Boleh kata tempat ni memang tempat sejarah sebab dibina sekitar 3100 SM. Sebab lain aku suka tempat ni, mungkin pemandangan kat situ yang memang menarik dengan rumput hijau luas terbentang.

Untuk pengetahuan korang lah, aku dengan laki aku sebenarnya memang suka pergi tempat yang ada pemandangan cantik-cantik macam ni.


2. Venice, Itali

Kalau sebut Venice, mesti orang dah terbayang tempat yang memang glamer dengan gondola ni. Venice ni pun dikira tempat yang paling menjadi kegemaran untuk yang baru kahwin lah.

Kau jangan ingat, aku ni perasan baru kahwin pulak kan? Dokkkkkkkkkkkk! Tapi, memandangkan, aku dengan laki aku masih hidup berdua, kira logiklah jugak nak datang sini. Manalah tahukan, tetiba ada rezeki ehem kat sini, kemudian, balik ke tetiba ada nyawa dalam perut aku buatan dari Itali ke, siapa tahu kan? Hahahaha. Kuasa Allah weih, kita tak tahu. Kekekeke.

Sebab lain nak datang sini, sebab kat Venice ni banyak bangunan-bangunan yang memang old school gila dan cantik melalui senibinanya dan juga ada terusan-terusan. Bandar Venice ni dianggap bandar paling cantik di dunia ye.


3. Tokyo, Jepun

Enough said, Tokyo memang salah satu tempat pelancongan yang kau harus pergi walaupun ada wujud kegelisahan takut time kau pergi tu, tetiba ADA OMBAK JAHAT BERNAMA TSUNAMI yang suka datang membawa segala 'sampah' dari laut dalam. Huhuhuhuhu. =___=

Walaupun juga ada yang kata, JEPUN JAHAT SEBAB BERLAKU KEJAM MASA ZAMAN PERANG NENEK MOYANG kita dulu, takpelah, aku nak pergi jugak sebab setakat ni, kawan-kawan yang dah pernah pergi Jepun, semua cakap best sebab TERLALU KAGUM DENGAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI yang dorang ada.

Manalah tahu, aku boleh borong kamera comel Mini Instax lepas tu jual kat korang yang nak sangat tapi tak dapat tu! Bhahahahaha. ( Kejam gila statement aku! Kuikuikui. )


4. Kepulauan Maldives, Lautan Hindi

Ni lagi satu destinasi yang boleh buat aku gila sebab tengok laut dia yang jernihhhhh, Ya Allah sabar jelah aku! Rasa macam kalau terjun laut terus dari chalet yang sewa tu, macam taknak naik bilik dah je. Rasa nak tidur dan romen dalam laut macam filem Leornardo tu je. Kahkahkah.

Aku baru je survey Maldives ni bulan lepas. Saja je survey nak tengok kalau pergi dari Saudi ni murah ke mahal. Hehehe. Hasilnya? Boleh kata MURAHHHHH

Alaaaa tapi kalau pergi sini, kesian la kat aku sebab aku tak boleh nak pakai pakaian 2 keping tu. Mampus aku kang kena seksa dalam neraka! Tak memasal je. Hikhikhik.

Paling tidak pun, kalau nak pakai sangat, dalam bilik je lah kot? Tapi kang kalau asyik pakai dalam bilik pakaian 2 keping tu, kang memanjang DUDUK DALAM BILIK PULAK KAN

Dahhhhhhh rugi kat situ! Hahahaha.


5. Paris, Perancis

Aku letak Paris ni pilihan paling akhir sekali sebab pemerintah negara dia dah MENINDAS SECARA TERANGAN TERHADAP KAUM WANITA YANG MEMAKAI HIJAB ATAU NIQAB. Which is, AKU MEMANG TAK SUKA DAN SETUJU dan membuatkan nafsu aku nak membeli belah di Kota Paris menjadi pudar dari hari ke hari. =___=

Tapi takpelah, aku nak pergi jugak sebab selain nak membeli belah, pastilah aku nak tengok sendiri kemeriahan bandar Paris yang katanya meriah dengan cahaya lampu macam kat Bandar Tokyo jugak. Heh. 

Lagi-lagi, mestilah nak pergi amik gambar dekat Menara Eiffel ni. Tengok dalam gambar dah cantik. Apatah kalau pergi dan tengok sendiri. Kan?

Ok. Setakat ni, 5 tempat ni je yang aku pilih. Pada korang, dalam 5 tempat ni, yang mana korang rasa best sekali dan aku dengan laki aku patut pilih dan pergi tempat tu? Cuba pilihkan untuk aku sikit. Aku nak tengok korang banyak pilih yang mana. Ok?

Apapun, aku ucapkan terima kasih dulu pada yang sudi bagi pandangan kat aku. Nanti aku update lagi pasal ni. Hehehe.

Sekian. Masalamah!

7 comments:

  1. kalau tak diberi pilihan,NAK SEMUA!
    kalau kena buat pilihan antara tmpt yg akak nyatakan,i choose itali.nak suasan yg romantik+old school gitu.haha~

    ReplyDelete
  2. maldives la...tak semesti pakai bikini...pakai je apa kamu mau janji bercuti..memang maldives tu murah la berbanding yang lain

    ReplyDelete
  3. salam sis. kalau saya stonehenge la. memang view dia breathtaking gila. awesomeee. green grass dia best. best pegi time sunny! phew :D

    ReplyDelete
  4. aaa...Pergi semua la! kih2..buat tour. Kalau suruh pilih satu venice la..Baru rasa macam baru kahwin sikit.

    ReplyDelete
  5. Buat semua yang bagi pendapat, daku pilih dah pilih VENICEEE! Hehehehe. Terima kasih atas semua pandangan & pilihan! ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...