June 13, 2011

2 Tahun Selepas Peristiwa 12 June 2009


Assalamualaikum.

Rasa macam baru semalam ...
Kepala rasa pening dan tersedar dari dalam kereta dan lihat dia terbaring tak bermaya di atas jalan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat cermin kaca kereta bertaburan di atas jalan dan ada serpihan kaca yang terbenam di paha dan betis aku ...
Rasa macam baru semalam ...
Aku menjerit menangis bagaikan orang hilang akal apabila dia seperti sudah tinggal nyawa ikan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia dibawa ke dalam ambulans dan menuju ke hospital ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku diterangkan oleh doktor bahawa dia luka parah dan tangan kaki patah ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia sekali lagi di bawa naik oleh Ambulans ke hospital besar Ipoh untuk diselamatkan kerana kekurangan darah ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia seakan bertarung nyawa dan melawan segala kesakitan yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya itu ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia untuk kali ketiga dipindahkan ke hospital swasta dengan Ambulans demi nyawa dan jantung dia yang semakin berdegup perlahan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku turunkan tandatangan tanda setuju untuk dia menjalani pembedahan secepat yang mungkin ...

Dan rasa macam baru semalam ...
Aku terpaku bila disuruh oleh pakar pembedahan sama ada harus setuju untuk teruskan pembedahan atau tidak kerana nyawanya seakan hampir ke penghujungnya ...

Masih terngiang lagi : 

" Puan, jantung suami Puan semakin perlahan. Puan nak kami teruskan atau berhenti sebab peluang sekarang 50-50. "
Kalau kau tempat aku, apa kau rasa bila seakan kau kena buat keputusan dan di mana jika keputusan itu tidak memihak pada kau, kau boleh hidup dalam keadaan serba salah dalam seumur hidup?

Kau rasa nak teruskan pembedahan itu atau tidak? 0___o

Disebabkan keadaan aku pun pada masa tu boleh dikata di luar norma kawalan perasaan seorang manusia, aku terus laju menyebut " Teruskan sahaja Doktor .. " kerana aku percaya, ajal dan maut itu adalah di tangan Yang Esa dan bukannya pada sekumpulan manusia yang sedang bertungkus lumus bergelumang dengan darah orang yang aku sayang ...

Dan Alhamdulillah ... Kuasa Tuhan bila segalanya selamat!

Rasa macam baru semalam ...
Berkampung dua minggu di Hospital Fatimah, Ipoh dan selama dua minggu itulah, dua-dua terperap dalam wad tidak melihat langit, tidak melihat alam ciptaanNya, tidak melihat matahari yang sentiasa setia memancarkan cahaya buat manusia di bumi dan tidak lupa juga, tidak melihat sinaran bulan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia belajar untuk berjalan semula seperti kanak-kanak kecil yang baru mahu belajar bertatih dan memijak bumi ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia gembira dan bernyanyi riang apabila dia boleh duduk antara dua sujud kembali seperti biasa selepas beberapa bulan peristiwa 12 June 2009 itu ...

Dan rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia semakin pulih dari hari ke hari meneruskan kehidupan seperti biasa ...

Dan sekarang ...
2 tahun selepas peristiwa 12 Jun 2009 tu ...

Dia semakin sihat ...
Dia sudah jalan dengan normal ... Tidak perlu tongkat ... Tidak jalan berdengkot-dengkot ...

Alhamdulillah ...
Kerana Tuhan kurniakan dia satu perasaan semangat yang luar biasa ...
Kerana semangat itulah dia bangkit semula sehingga tahap yang aku dan dia berada sekarang ni ...
Sujud syukur dan hanya Dia sahaja yang tahu apa yang kami dah lalui ...

Buat lelaki terhebat ...
Semoga kita terus tabah dan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan yang seterusnya ...
Terima kasih sebab telah banyak berusaha dan berbuat segalanya yang terbaik dalam kehidupan kita berdua ...

I love you and you know I always do.


With love :
Wifey

7 comments:

  1. tacing la kakkkkk.huhuhu.
    doa agar both of u always happy forever.insyaallah.aminnn~ ;))

    ReplyDelete
  2. kak jie nanges....dah tak yah tanya kenapa.......masa suami kemalangan kt luar negara dulu, resahnya tak boleh ckp walau bukanlah serius spt ini...tapi waktu itu kita tak ada bersama...jauh ribu2 batu


    sambung nanges........

    ReplyDelete
  3. wuwuwuwuw. both of u are so lucky to have each other!

    *mas tgh jelez lagi ni.. haha*

    ReplyDelete
  4. Wow.. what an experience.. Fi tak dapat bygkan perasaan Nailah masa tu. Syukurlah sebab semuanya selamat dan kalian sekarang hidup sihat dan sejahtera di Jeddah.

    Fi doakan agar kalian sentiasa berada dlm peliharaan Allah dan kekal bersama hingga ke syurga. insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Serius!
    aku sedih..

    Aku Doakan Yang terbaik uNtuk kaLian,.inshaAllah..amin..

    ReplyDelete
  6. Lynn : Masa menaip entri ni pun Akak nangis. Huhuhuhu.

    Kak Jie : Huhuhuhu. Sedihhhh. T___T

    Mas : Budak ni tak sudahhhhhh! Hahaha.

    Bella : ;)

    Fifi : InshaAllah Fie. Thank youuuuu!

    Misz Ilmi : Terima kasih. InshaAllah. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...