June 7, 2011

Dari Dapur Jeddah : Resipi Sheperd Pie


Assalamualaikum.

Harini nak kongsi dengan kau orang resipi senang dan mudah. Siapa yang suka makan kentang, cheese juga daging, boleh lah cuba buat benda ni. Hehehe.

Aku dapat resipi ni dari anak Amy Search si Nabila Huda tu. Minah tu aku tengok selalu sangat tweet pasal Sheperd Pie ni. Jadinya aku suruh dia bagi resipi ni. Dari personally, boleh pulak minah ni rajin tweet tengah malam buta bagi resipi ni dekat follower dia. =____=

Nasib baik kebetulan masa tu aku memang tengah online. Apa yang dia tweet, sejibik sejiban aku taip dalam note iPhone aku. Hehehe.

Meh kita tengok bahan-bahan & cara-cara nak buatnya ...

Bahan-bahan :
  • Daging Cincang
  • Sebiji Bawang Besar ( Dipotong dadu. Nak guna bawang merah pun boleh. Takde masalah ye. )
  • 5 biji bawang putih ( Diketuk )
  • Halia ( Dihiris nipis )
  • Cili Padi ( Ikut tahap kepedasan yang anda mahu. )
  • Serbuk Lada Hitam ( Pun ikut tahap pijar yang anda mahu. )
  • 4 biji Ubi Kentang
  • Susu Segar
  • Mentega
  • Garam
  • Mozarella Cheese

Cara-cara nak buat :
  1. Rebus ubi kentang sampai lembut. Kemudian, lenyekkan ubi kentang bersama-sama dengan susu segar dan mentega. Putar kentang sehingga kentang lenyek itu tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sederhana sahaja. 
  2. Bila kentang sudah siap, ketepikan.
  3. Tumis bawang besar yang telah dipotong dadu dan halia yang telah dihiris nipis. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Masukkan daging. Goreng dan gaul sama rata bersama bawang dan halia yang telah ditumis tadi.
  5. Kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi. Juga serbuk lada hitam dan cili padi yang telah dipotong kecil. Gaul sama rata lagi.
  6. Masak sehingga daging hancur tadi sudah betul masak dan sehingga daging itu hilang bau hanyirnya.
  7. Pastikan juga daging yang dimasak itu tidak kering di dalam kuali.
  8. Bila daging dah siap, tutup api dan masukkan daging ke dalam bekas yang sesuai atau bekas yang boleh dimasak di dalam ketuhar.
  9. Ratakan daging di dalam bekas itu.
  10. Kemudian, tuang pula kentang putar tadi di atas lapisan daging. Ratakan supaya lapisan daging ditutupi sepenuhnya oleh lapisan kentang putar.
  11. Akhir sekali, tabur Mozarella Cheese di atas lapisan kentang putar tadi. Boleh tabur sebanyak mana yang anda suka.
  12. Bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama setengah jam atau sehingga cheese di atas hangus sedikit.
  13. Potong dan hidangkan!


Tengok? Aku tabur sebanyak mungkin! Hehehe.

Sheperd Pie sedang dibakar di dalam ketuhar

Ohhhhhh, sedapnyaaaaaaaa!

Ohhh, sebelum tu ... harini baru aku tahu yang kalau nak lagi sedap kentang putar tu, putar dengan letak sebiji telur. Itu kata anak kacukan Melayu Mat Salleh yang sorang ni.

Selamat mencuba!

Sekian. Masalamah!

1 comment:

  1. baca sambil berimaginasi!giloss laaa.kecur liur.recipe saved!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...