Assalamualaikum.
Pernah tak korang rasa ada satu hari tu korang rasa memang down sangat-sangat? Makan takde selera. Mood pun takde. Rasa sedih semacam. Rasa nak menangis. Rasa nak pergi tepi laut, lepas tu jerit kuat-kuat. Rasa macam nak terjun laut. Rasa macam NAK TERJUN BANGUNAN pun ada. Eyh? Eyh?
Terjun bangunan tu jangan okeiii. Jangan ikut budak perempuan yang nak terjun kat KB Mall tu. Buat malu je sebab ORANG ISLAM. Itu macam nak sangat je tempah tiket pergi neraka? =_=
Hujung minggu lepas ni memang aku OUT OF NOWHERE. Memang haih ... susah nak cakap. Tapi Tuhan je tahu apa yang aku rasa. Bulan lepas aku ingat dah ok dah. Aku ingat takde dah nak rasa macam ni lagi tapi ...
Aku kan manusia biasa. Lagi-lagi, aku ni perempuan. Keras macam mana pun hati aku, kalau tetiba ada sesuatu menggangu dan berkaitan benda yang satu tu, aku memang TOTALLY OUT habissssss! Aku kalah. Memang tak boleh nak kawal langsung. Tak terdaya dah rasanya. Sedih. =_=
Disebabkan kesedihan melampau dan kononnya nak sorok dari laki dan taknak bagi dia nampak yang aku ni sedang MENGALAMI KEMURUNGAN seorang diri, aku terus bersiap keluar rumah. Sebenarnya, aku ingatkan nak duduk rumah je tapi ... =_=
Padahal, petang tu bila laki ajak nak keluar pegi entah mana entah, aku cepat je jawab : " Taknaklah! Malas! Nak duduk rumah. Malas nak keluar. " .
Tapi ...
Pikir punya pikir, tak boleh jadi ahhhhhhh! Kang aku pulak haru kat dalam bilik air sorang-sorang MENGATASI NASIB DIRI juga MENGENANG PERASAAN YANG TAK BEST ni.
Memula laki ajak aku pegi DATING TEPI PANTAI tapi angin kuat betul lah kat Corniche! Dah lah sejuk. Cuaca bumi sekarang memang pelik lah wei! Sepatutnya kan, sekarang ni dah musim panas tau tak? Tapi kat sini?
Sejuk kauuuuu! Asal malam je, suhu mesti bawah 25 gitu. Pelik tak? 0_o
Bila dah keluar tu, dalam kereta terus aku cakap kat laki aku : " I nak makan banyak-banyak. Nak aiskrim. Nak coklat. Nak sushi. Sebab I tengah sedih. " .
Laki aku mestilah tahu KENAPA AKU SEDIH tapi aku tak boleh lah nak share dengan korang kenapa aku down macam ni sekali. Hehehe. Cukuplah laki aku tahu. Laki aku tu lagi satu, bagus. Dia kalau aku tengah sedih ke apa, selalunya dia tahulah punca aku sedih. Tak perlu nak susah-susah bagitau dia kenapa aku sedih. Mesti dia DAPAT TEKA SENDIRI. Hehehe.
Sampai je Corniche, terus pergi Sushi Yoshi. Dah setahun kat Jeddah, aku BELUM PERNAH JUMPA lagi sushi yang sedap macam Sushi King kat Malaysia and ....
Yesssssssssss!!! This is the best sushi so far yang aku rasa sedap! Patutlah ramai je aku tengok orang dok KELUAR MASUK kat Sushi Yoshi ni. Selalu je datang area sini tapi aku tak pernah terdetik pun nak cuba beli and makan sushi kat Sushi Yoshi ni.
Sekali dah beli and makan, hambekkkkkk!!! KURANG DARI 15 MINIT kot, aku dah mentekadarah pelahap sushi ni sorang-sorang. Maaf ye, laki aku BUKAN PECINTA SUSHI macam aku. Dia tak makan sushi. Dia cakap : " Sushi busuk lahhh! Bau hanyirrrr! Tak mau! " .
Mimpi lah weih NAK AJAR dia makan sushi kalau dah bau pun dia taknak! Memang hampagas betullllll! Tak syokkkkk!
( Dearie Shela, balik nanti makan sushi jommmmmmmm???? Hehehe. Tapi nak homemade punya macam steamboat haritu. Bolehhhhh???? Kuikuikui. )
Dah puas makan sushi, aku pergi Baskin Robbin pulak. Amik 3 scoop aiskrim. Jamoca, Pralines & Butter Pecan. Aku makan lagiiiiiii!
Aku kalau tengah tak betul, macam ni lah. Mesti nak cari aiskrim, coklat. Ni tambah sushi sebab memang teringin. Tu pun, lepas dah makan aiskrim, dalam kereta aku SAMBUNG MAKAN COKLAT pulak. Makan snickers.
Aaaahhhh, aku tak peduli lah dengan program diet aku bila time macam ni! Lantak pi lahhhhhh! Janji aku DAPAT LEPASKAN kesedihan dan kemurungan di hati.
Apa pun, pada aku, apa yang berlaku, apa pun dugaan yang aku harungi sekarang ni, AKU BERSYUKUR sebab aku masih ada orang sekeliling setia di sisi. Paling utama, mestilah laki sendiri. Dia rajin melayan bini yang BANYAK SONGEH ni. Hehehe.
Senyuman ini IKHLAS sebab hujung minggu dipenuhi aktiviti makan makanan kegemaran.
Sekian. Masalamah.
Dari Jeddah :
- Kena iron baju kerja laki untuk STOK SEMINGGU.
- Gembira sebab RAMBUT SEMAKIN PANJANG. Balik raya nanti, mesti lagi panjang! Hoyeahhhh!
Assalamualaikum..
ReplyDeleteJangan dilayan sangat kesedihan itu. Cari le cari yang terbaik untuk menghilangkannya. Apa pun ceria2 selalu yea.
heavennye dapat makan banyak :)
ReplyDeleteheavennye dapat makan banyak :)
ReplyDeleteKak Sam - Emo kejap je ni. Maklum lah. Kata perempuan kan? Hehehe. Dah dapat makan sushi, aiskrim & coklat, kira ok dah la ni. Hehehe.
ReplyDeleteNadzirah - Hehehe. Alhamdulillah. Rezeki. Nape? Nadzirah takleh makan bebanyak ke? Diet eh?
wah .. homemade sushi? macam terbaekk jek cadangan tuh.. =P
ReplyDeleteDearie - Buatlah sayangggggggggg! I balik I tuntut homemade sushi sylah othman tauuuuuuuuu!
ReplyDelete