Assalamualaikum.
Bulan lepas akhirnya, aku berjaya MENJEJAKKAN KAKI yang gebu ini kat Doha jugak untuk berjimba bersama SEPUPU PARTNER CRIME dan lelaki kesayangannya yang bila senyum kelihatan seperti Donald Duck itu! Kekeke.
Itupun, aku KESEORANGAN je pegi. Laki mana? Laki aku terkandas dekat Jeddah gara-gara EXIT PERMIT yang tak dapat nak dikeluarkan right on time. Takpelah. Pasrah. ( padahal dah melalak malam sebelum pergi tu! T__T )
Flight dari Jeddah nak ke Doha, takdelah lama mana pun. Cuma dua jam setengah kot kalau tak silap. Itupun naik aircarft jek. Naik kapal kecik. Sebab bukan jauh mana pun. Walaupun cuma dua jam, cukup buat aku BORING TAHAP GABAN sebab taktau nak buat apa. Nak tidur pun, hati dah lembik-macam-nak-taknak-pegi sebab LAKI TERKANDAS. =_=
Sampai airport Doha dah rasa kagum sebab airport Doha nampaknya DAH CANTIK sekarang! Weehuuuuuu! Lagi pulak aku landing dekat airport yang baru. Dulu, masa transit kat Doha nak ke Dubai, mak aiiiii ... like rasa : " Ini airport ke ape ni? ". Serba serbi kekurangan. =_= . KLIA jugak THE BEST!
Sampai airport pun, hati dah berdebar sebab takut nak bayar visa guna KAD KREDIT LAKI tak lepas! Manalah tahu kan kot-kot orang tu tanya mana TUAN PUNYA KAD ke? Tak ke naya aku nanti? Dah lah aku SORANG. Tercangak-cangak pulak aku nak jawab nanti! =_=
Tapi nampaknya, TIDAK SAMA SEKALI! Hehehe. Aku berjaya membayar visa QR100 menggunakan kad kredit. Haih. Ni macam nak suruh aku JOLI SAKAN je kad kredit ni? Kahkahkah.
Untuk makluman, kalau nak datang Doha, nak bayar visa kena bayar pakai KAD KREDIT. Kalau CASH? Booo layan! Dorang tak main cash-cash ni. NO, NO, NO!
Lagi satu kan. Nak bagitau korang. Penggunaan kad kredit kat negara Arab memang senang GILA! Kau tak payah nak kena tunggu lama berkurun nak tunggu resit keluar. Tak sampai seminit dah siap! Cepat je weih. Aku first time tengok pun rasa KAGUM GILA BABS!
Kau paham je lah. Kalau kat Malaysia, nak guna kad kredit, tak macam HARAM kan? Nak tunggu scanning bagai lah, itulah ini lah. Like kau nak PEGI BERAK kejap pun sempat lagi sementara nak tunggu resit kau tu keluar dari mesin kad kredit tu. =_=
Ok.
Sampai kat airport, NA telah mintak jasa baik Kak Ijad amik aku kat airport. Kebetulan aku memang dah kenal Kak Ijad masa kat Dubai dulu. So, tak jadi hal lah nak suruh dia amik aku. Dari airport, terus Kak Ijad hantar aku pegi rumah dorang. ( Thanks Kak Ijad! )
Ini adalah lakibini yang MANIS. MANIS tak mereka? ( muntahhhh! ). Kahkahkah.
Jangan pelik kalau korang tengok NA tembun semacam sebab dia adalah tergolong dalam IBU MENGANDUNG. Sila maafkan dia ya? Kekekeke.
Bila dah sampai rumah Amad kat Doha ni, start letak je SETAPAK TAPAK KAKI kat rumah dia, automatically aktiviti makan itu adalah satu perkara yang WAJIB! Padahal dah lah tengah oh diet. Dah berminggu tak makan nasi sebelum tu tapi datang sana, mak aiiiiiii! Terpaksa juga makan. Nanti tak makan, NA kecik hati. Kita kenalah jaga perasaan IBU MENGANDUNG kan? Kahkahkah.
Jadinya, tengahari sampai kat Doha, perut aku yang buncit dan baru nak mengempis ni dah start DILAMBAKKAN dengan nasi. Nasib baiklah makan nasi beras Basmathi. So, takdelah nak risau sangat. Tahu je lah khasiat beras Basmathi ni. Hehehe. ( Padahal nak sedapkan hati sendiri. =_= )
Petang tu pulak, pulun tolong NA dengan Mak Lang buat samosa. Intinya dah ada. Cuma tinggal nak wrap jadi samosa lah. Nampaknya, saya adalah JUARA WRAP SAMOSA yang PALING CANTIK! Kekekeke.
Malamnya pulak, dorang dah hangkut aku pegi rumah Abang Jamal & Kak Elis. Abang Jamal ni, Singaporean. Kak Elis pulak Indonesian. Dorang ada ANAK BUJANG INSTANT yang dah gabak dan umur sebaya Kak Elis kot. Hahaha.
Sampai rumah dorang, ape lagi lah kan kalau tak AKTIVITI MELANTAK NASI sampai LEBAM! Memacam lauk ada. Lauk banyak sangat sampai aku BOLEH LUPA nak amik lauk Sambal Goreng sebenarnya. Bukan TAK MAKAN tapi LUPA. =_=
Tau-tau je, nasi dah hais makan dan tetiba orang tegur : " Eyh, Ilah tak makan Sambal Goreng ke? ". Tak sempat nak jawab sambil tersengih, dah ada orang perli aku, : " Dah duduk Arab, mana pandai dah makan Sambal Goreng! ". FINE! =_=
Sebelum balik, sempat lagi mintak Kak Elis resipi air yang SEDAP GILA! Sedap weih sebab kordial air tu, kite boleh buat sendiri kat rumah. Cuma banyak guna lemon dengan oren je. Kat sini aku takde nak kedek beli lemon sebab lemon MURAH GILA! Murah sampai aku basuh ikan, sotong, udang, daging pun pakai lemon derrrr! Orang beli lemon buat minum, buat hiasan, buat masak. Tapi aku buat lemon untuk basuh bahan basah. Hehehehe.
Esoknya tu, seawal pagi dah bangun sebab nak pegi breakfast dengan Abang Jamal & Kak Elis. Tapi disebabkan dah keluar awal sangat, jadinya singgah Corniche. Aku ingat Corniche ni dekat Saudi je ada tapi dekat Doha pun ada jugak.
Konon-konon kat Corniche nak JALAN TEPI LAUT tapi kesudahannya? Terjebak membeli ikan-ikan fresh kat tepi laut tu ha. MEMANG FRESH SUNGGUH! Dapat tangkap dari laut, terus bawak naik atas. Murah pun murah. Lebih kurang harga kat Jeddah tapi seperti biasalah. Duduk kat negara kering kontang ni, kalau pegi pasar ikan ke, tempat jual ikan ke, mesti korang akan jumpa ikan yang PELIK! Ikan WARNA-WARNI. Ikan BERMACAM RUPA. =_=
Paling kelakar, siap ada jual IKAN SEDUT SAMPAH tu. Korang tau tak ikan mana aku cakap ni? 0_O. Alahhhh ikan yang biasanya kita letak dalam akuarium kaler hitam tu. Kalau kita beli sebab nak suruh ikan tu BERSIHKAN AKUARIUM tapi kat sini, orang buat jual. ( Kembang tekak kejap. =_= )
Kesudahan kat pasar tepi laut ni, balik dengan ketam beberapa ekor, ikan hamour dengan ikan selar kuning yang besar tu.
LA dan NA.
Lepas dah terjebak beli barang basah dengan TAK SENGAJA, barulah semua terhegeh-hegeh pegi CentrePoint nak breakfast and jumpa Abang Jamal & Kak Elis. Amad bawak breakfast kat Coffee Bean. Sedap jugak waffle kat Coffee Bean ni. Sedap! Yang penting, aku KENYANG! Alhamdulillah. Hehehe.
Breakfast yang patutnya ada 7 orang jadi kami berlima je sebab Abang Jamal & Kak Elis dah terlajak ke CarreFour beli groceries. Huhuhu.
Dan selama kat Doha, kerja aku memang MAKAN dan MAKAN dan MAKAN dan MAKAN je memanjang. Kesian kat diri sendiri tapi apo nak buek? Rezeki jangan ditolak, MUSUH jangan dicari. Tee hee.
Nanti aku update lagi cerita kat Doha yang mana akhirnya, aku dapat jugak main ATV yang memang dah lama aku nak main. Hehehe.
Sekian. Masalamah!
Dari Jeddah :
- Selamat MENUNAIKAN UMRAH buat kengkawan : Shida, Fatin, Acheeq. Juga buat Auntie & Uncle. Ada rezeki kita jumpa kat Makkah ya?
- Selamat PENGANTIN BARU buat teman baik. Nampaknya bulan MAC adalah bulan MENGAWAN untuk mereka : Shima & Idham, Paan & Siti ( Sori sangat wak sebab I couln't make it for you. ), Nisah & Udin, Ain & Raja juga Nieza & Azmy. Ralatnya tak dapat pergi. =_=
- Semoga juga NADRA ARYSSA JAUZA cepat sembuh dari demam! Get well soon cutie. Don't you be so worry Allen. Jauza is a SUPERGIRL! InshaAllah.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.