Assalamualaikum.
Dua tiga hari lepas, dekat Twitter ada issue pasal kononnya pada 'mereka', perempuan/wanita dekat Saudi ni hidup kena kongkong dengan segala macam peraturan yang pada mereka agak di luar batasan.
Dan harini, sekarang ni, aku nak bagi penjelasan sikit memandangkan aku sendiri tinggal dekat Saudi, berdepan dengan mereka, bergaul dengan mereka yada yada yada yada.
Apapun, aku nak cakaplah ... orang luar jangan lah SESUKA HATI nak judge perempuan/wanita Saudi ni SESUKA HATI mereka jugak. Dah lah main cakap je. Entah mana dapat bukti, entah mana dapat sumber entah, tetiba nak cakap perempuan/wanita Saudi ni hidup dalam KONGKONGAN, hidup KENA TINDAS!
Kau cakap, KAU ADA BUKTI? MANA BUKTI? Aku nak tengok? Bukan aku je, perempuan/wanita Saudi kat sini nak tengok. MANA? MANA? 0_O
Kalau kau nak cakap kau dapat SUMBER DARI MEDIA like paper, internet, tv and so on, kau ingat, sumber tu SEMUA BOLEH PERCAYA ke hah? Kau bagitahu sekarang! ( Aku tengah marah ni. MARAH! )
Banyak PERKARA yang orang MACAM KAU bangkitkan. Sekarang aku nak jawab bagi setengah perkara yang KAU BANGKITKAN tu. Meh aku jawab!
Tak Boleh Bawak Kereta
Isu ni memang PALING HOT memandangkan sekarang ni pun, community yang aku join ; Inniative Young People Group of Saudi dah keluarkan undi or like petition biar perempuan/wanita kat Saudi ni boleh memandu.
Sekarang aku nak tanya, kalau perempuan/wanita Saudi ni tak boleh nak drive kereta boleh dikatakan KETINGGALAN ZAMAN ke?
Helloooooo! Yang kau rasa susah sangat dorang tak boleh nak drive dah kenapa? Dorang tak pernah rasa susah pun? Tapi kenapa ORANG LUAR pulak sibuk-sibuk nak cakap memacam? KENAPA? Dorang bukan bodoh ok. Even tak boleh drive, dorang still boleh drive kat negara luar. Luar daripada Saudi. Kau ingat perempuan/wanita Saudi ni BONGOK sangat ke? Kau ingat dorang ni KATAK BAWAH TEMPURUNG ke hah?
Dorang takleh drive pun, dah diprovide DRIVER! Dah dikira BAGUS lah tu! Dorang ni bersyukur tahu tak sebab suami dah sediakan driver yang boleh hantar dorang mana je dorang nak pegi. PAHAM? Dorang takde nak bising sangat pun, kenapa orang luar SIBUK SEMACAM?
Petition yang dibuat untuk membenarkan perempuan/wanita Saudi ni boleh drive ni pun sebab nak memudahkan lagi bila perempuan/wanita Saudi pergi kerja sendiri memandangkan kerajaan Saudi MEMANG dah bukak peluang pada perempuan/wanita Saudi untuk BEKERJA.
Isu Dipaksa Pakai Abaya & Berniqab
Ni lagi satu ISU BONGOK NAK MAMPOS! Aku memang gelak gila bila baca ada orang cakap, mereka ni ditindas sebab DIPAKSA pakai abaya dan berniqab. Niqab ni purdah ye kengkawan.
Kau yang nak bersuara pasal isu satu ni memang TAK SEKOLAH MASA KECIK. Kalau kau bukan Islam, meh aku bagitahu.
Pemakaian abaya tu MEMANG BAGUS! Kau ingat pakai abaya hitam selubung macam tu merimaskan perempuan/wanita Saudi? Heyyyy, kau ni sekolah manalah kan? Kau datang sini lah. Aku bagi kau PAKAI ABAYA AKU. Kau rasa sendiri, PANAS KE TIDAK!
Pemakaian abaya tu bagus sebab dah TERANG LAGI NYATA pakaian tu MENUTUP AURAT! Lainlah kat negara lain termasuk negara aku sendiri, Malaysia. Pakai baju macam tak mampu. Baju tak cukup kain. Terselak sana sini. Lubang sana sini. Orang miskin pun pakai baju cukup je kain. Yang lain? =_=
Lagi satu, pasal berniqab ni. Pada kau dengan persatuan kau yang konon MEMPERJUANGKAN HAK perempuan/wanita Saudi ni aku nak bagitau. Berniqab tu SANGAT DIPANDANG TINGGI okeiii dalam Islam. Tak salah sebab itu salah satu TUNTUTAN AGAMA.
Tapi kenapa KAU DENGAN PERSATUAN kau boleh cakap berniqab ni seperti SATU PENINDASAN pada perempuan/wanita Saudi. Eeeeee, aku ni ikut hati nak je lancangkan kau kat Twitter haritu. Tapi nasib je kan. Nasib je aku ni mampu bersabar je setiap timeline kau yang MACAM HARAM dok cakap perempuan/wanita Saudi ni kena TINDAS!
Meh aku bagitau pasal berniqab ni lagi. Berniqab ni satu memang dalam tuntutan agama. Lagi satu sebab kat negara ni dah sah-sah NEGARA KERING KONTANG juga pemes dengan padang pasir yang SubhanAllah memang cantik tak hengat, jadinya dengan berniqab, dorang terlindung dari kena pasir halus yang berterbangan. Lagi-lagi bila ada ribut pasir. Itu pun sebab dorang berniqab jugak.
Lagi satu sebab, nak MELINDUNGI KULIT MUKA dari cahaya matahari yang terik. Kau tau kan kesan buruk cahaya matahari? So, jangan kau tanyalah kenapa perempuan/wanita Saudi ni CANTIK SUPER HOT GORGEOUS. Salah satunya sebab berniqab dan menutup muka mereka dari anasir yang mendatangkan keburukan kat diri sendiri. NAMPAK TAK? 0_O
Jadinya, mana yang kau kata perempuan/wanita Saudi ni DITINDAS disebabkan hanya kerana mereka keluar pakai abaya dan berniqab? MANA???!!!
Kehidupan Seharian Ditindas
Ni lagi satu isu yang BODOH gak. =_=
Segala benda nak cakap perempuan/wanita Saudi ni ditindas kan? Kau tahu tak, perempuan/wanita Saudi ni ramai gila yang EDUCATED punya orang. Bukan sebarangan. Belajar pun dekat US, UK. Reason apa lak kau cakap dorang ni kena tindas? Most of them dah ada degree, ada Master. Lagi tinggi pun ada. Kenapa nak cakap kehidupan seharian ditindas pulak? =__=
Memang ada certain things KENA CONTROL tapi kita kena pikir positif. Tak payah sibuk nak gebang sana sini nak perjuangkan hak dorang. Dorang sekarang dah boleh bersuara. If dorang nak buat something, benda tu boleh dipublickan untuk DIPERJUANGKAN. Dorang bukannya KATAK BAWAH TEMPURUNG lagi.
Perempuan/wanita Saudi sekarang DAH TAHU macam mana nak perjuangkan hak dorang. MerekaR SANGAT TAK MEMERLUKAN ORANG LUAR untuk jadi BUSYBODY tentang hal mereka.
Isu benda macam ni memang merimas perempuan/wanita Saudi sampai kebetulan semalam keluar paper kat Arab News. Aku amik keratan pasal isu ni nak bagi korang baca sendiri and bagi korang sedar yang dorang ni memang DAH ADA HAK untuk BERSUARA kat sini. Takde penindasan langsung dah!
Kesimpulannya?
Tak payah nak BUSYBODY SANGAT lah! Amik tahu hal atau masalah perempuan/wanita kat negara kau sendiri dulu then baru kau boleh nak PERJUANGKAN kat negara orang!
Ah! Aku benci dengan orang yang suka hati nak buat KESIMPULAN SENDIRI tentang kehidupan perempuan/wanita kat Saudi ni. Nasihat aku ; Sebelum kau nak judge, kau datang sini dulu. Kau tinggal sini. Kau tengok kehidupan dorang sendiri. Then, baru KAU LAYAK nak judge mereka.
Sekian. Masalamah!
Dari Jeddah :
- Harini dapat update blog sesuka hati sebab harini aku TAKYAH MASAK sebab hari Rabu biasanya laki aku memang tak balik makan tengahari sebab makan dengang geng opis!
- Nasib baik pagi tadi teringat nak message Acheeq and bagitahu kalau nak beli kurma Ajwaa, beli kat Jabl Uhud. Jangan beli kat kilang atau pasar kurma. Sebab kat Jabl Uhud murah lagipun sama je kualiti dengan kat kilang atau pasar kurma. UNTUNG BERGANDA bila dekat kilang atas pasar kurma, kurma Ajwaa dijual sampai 100 riyal sekilo! Gila MAHAL! Kat Jabl Uhud baru 50 riyal sekilo. Berbaloi-baloi. Hehehe.
Biasalah, isu mcm ni mmg suka dipolitikkan. Padahal yg tak suka itu hanya sebilangan kecil saja. Mereka tahu kebaikan menutup aurat dan berhijab tapi buat2 tak paham. Semoga mereka ini diberi petunjuk ke jalan yg benar. Amin..
ReplyDelete