Assalamualaikum.
Ada sesiapa yang BELUM PERNAH MAKAN bebola daging IKEA kat sini? Ada tak? Kalau korang belum pernah rasa, kalau turun KL tu, ada kesempatan, pergi lah weih rasa bebola daging kegilaan ramai ni! Sana sini dah orang cakap pasal bebola daging ni. Bukan bebudak je suka. Budak yang dah tua bangka pun suka jugak macam aku ni ha. =_=
Nasib baiklah kat Jeddah ni ada IKEA. At first aku memang TAK MENGHARAP SANGAT ada bebola daging macam ni kat IKEA Jeddah. Sebabnya, kalau IKEA kat Malaysia kan, keluar je dari tempat bayar barang tu, dah boleh nampak ORANG BERATUR PANJANG nak beli karipap sedap tu kan?
Kat sini, ingatkan ada karipap tu jugak lah kan? Tapi ... harapan lah sebab IKEA sini ganti karipap sedap tu dengan KEBAB! Kebab tu boleh tahan lah. Tapi saiz kecik je lah. Boleh lah buat alas perut ke ape ke. Itu yang aku tak harap menu yang sama kat food court dia.
Aku ingatkan bebola daging ni takde kat IKEA sini tapi nasib baik naik tangga laju-laju ( eskalator lah! ) tu, dah NAMPAK SIGNBOARD TERPAMPANG bebola daging yang sedap menelan air liur tu kat tepi tangga. Hehehe.
Lagi menggembirakan bila datang sini, dapat menikmati bebola daging yang sedap ni dengan cinta hati yang semestinya adalah TUKANG BAYAR MAKANAN yang aku beli. Hahaha. Boleh makan sesuka hati. TAK PERLU RISAU duit cukup ke tak sebab tukang bayar peribadi setakat memang sentiasa murah rezeki. Kan Biebie? Hehehe.
Nak dijadikan cerita, aku memang dah lama MENGIDAM TAHAP GABAN sebenarnya nak makan bebola daging sedap ni. Konon NAK BUAT SENDIRI kat rumah sebab nak buat sendiri bukan susah pun sebenarnya tapi aku kan mengalami masalah 'remembering disorder'. Hahaha.
Kalau pergi Panda, asik dok lupa je, asik dok tertinggal je nak beli daging hancur. Dua tiga kali, dua tiga minggu pergi Panda pun, ASIK LUPA. Padahal sebelum keluar rumah tu memang dah ingat dah. Tapi bila dah sampai Panda? Harammmm! Apa pun tak ingat! =_=
Sudahnya?
Khamis lepas, apa lagi lah kan? Kasi serbu la IKEA. Lagi pulak kebetulan, kami lakibini memang dah lama tak datang IKEA. Alasan basi nak datang IKEA : Bolehlah SURVEY HARGA barang nak beli. Kuikuikui.
Sampai je IKEA, terus menuju ke food court. Takde nak cakap banyak lah kan kalau dah kata memang dah mengidam tahap gaban.
Salmon, Mashed Potato & Gravy.
Bebola daging 10 ketul & Kentang Goreng.
Ini baru menu aku sorang. Iye! Aku sorang je makan tapi DUA PINGGAN! Satu ikan salmon dengan mashed potato with gravy tu ha. Lagi satu bebola daging 10 ketul dengan kentang goreng.
Ahhhh .. aku kalau datang IKEA, memang TAMAK! Takde nak share-share dengan laki aku. Hehehe. Sendiri-sendiri lah makan tapi soal bayaran, tetap laki aku yang bayar. Kahkahkah.
Roasted Beef, Mashed Potato & Gravy.
Laki aku pulak, kalau datang makan kat IKEA, memang dia suka makan benda beef ni. Sebab like steak. Dia kan PENGGEMAR SETIA STEAK. Lagi-lagi kalau Lamb Chop. Eyh, Lamb Chop tu steak ke? 0_o
Tukang layan, tukang bayar, tukang habiskan makanan.
Lepas dah kenyang makan tu, solat and baru window shopping dalam IKEA. Ingatkan nak survey barang yang nak dibeli tapi biasalahkan. Hasutan syaitonnnn itu sentiasa ada. Huhuhu.
Terus lakibini terlajak beli karpet lah, frame gambar lah, jam dinding lah, tupperware lah and benda yang paling aku suka sekali ialah ...
Japanese Bamboo!
Wehoooooo! Finally dapat jugak beli POKOK KECIK macam ni and LETAK DALAM RUMAH! Aku suka je pokok-pokok kecik macam ni letak kat dalam or luar rumah tapi korang kena paham jugak yang aku sekarang ni duduk kat negara yang panas. Huhuhuhu.
Tapi aku serius JAKUN sebab aku ingatkan Japanes Bamboo ni POKOK PLASTIK tau! Rupanya pokok ni pokok hidup. Sadis betul aku rasa. Nasib baik lah kahwin dengan pecinta alam semulajadi kehidupan pokok-pokok di dunia ni. Kekeke.
Terima kasih daun keladi untuk laki sebab SUDI BELANJA makan sedap sampai dua pinggan juga belikan bini pokok Japanese Bamboo yang cantik itu siap dengan pasu cantik juga batu-batu cantik. Hehehe. Sayang biebie lebih-lebih ok? Hohohoho. 0_o
Sekian. Masalamah.
Dari Jeddah :
- MokMok masih MERAGAM. Musim mengawan Mok belum hilang.
- Kenyang MENTEKEDARAH Baskin Robbin hingga licin satu mangkuk seorang diri. Tahniah sebab berjaya MENTERNAK LEMAK lagi dan lagi. Huhuhuhu. T__T
mcm nama perabot je bebola daging tuh
ReplyDeleterose - nama perabot? hmm. mentanglah makan pun dekat IKEA, nama pun sampai dah jadi macam nama perabot eh? Hehehe.
ReplyDelete