March 27, 2011

Kehidupan Di Jeddah : Perkembangan Terbaru Si Makhluk Berbulu Putih

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak buat entri pasal MAKHLUK BERBULU PUTIH aku yang sekor ni hah. Walau sekor pun, rasa macam JAGA SEPLOH EKOR kucingggg! Manja nak mamposssss kucing aku sekarang ni. Makin menjadi-jadi MANJA dia dari hari ke hari. =_=

Oh, pada yang BARU KAT SINI, meh aku kenalkan kat korang kucing aku. Nama dia, MokMok. Kucing betina ni. Garang tak bertempat. Kalau ada kucing lain nak kawan, dari jauh dia dah BERBUNYI TANDA MARAH. =_=




Ni hobi baru dia bila pindah rumah baru : TERMENUNG DEKAT BALKONI. Sampai sekarang dia still suka macam ni especially bila aku buka sliding door without bukak yang jaring sliding door.




Yang ni pun hobi baru jugak : MENGENDAP KENGKAWAN kat tong sampah depan rumah. Dia ni KEPOH NAK MAMPOS! Pantang dengar bunyi kengkawan dia kat bawah. Mesti dok nak mengendap! 

Selain tengok kengkawan, dia ni suka tengok LORI SAMPAH. Kalau lori sampah datang nak kutip sampah depan rumah, dia lah PALING LAJU pergi balkoni nak tengok LORI SAMPAH! Aku pun taktau kenapa. =_=




Yang ni ikut mood. Kalau RAJIN, dia suka dok DUDUK BERTENGGEK kat tingkap rumah.


Perkembangan terbaru yang lain pasal si MokMok ni :

  • Dia suka MINUM MILO sekarang. Kalau orang minum Milo, leka dengan cawan, dia datang pergi kat cawan, selamba je jilat minum dari cawan tu jugak. Huhuhu.
  • Berat dia sekarang dah nak dekat 4 kilo dah. Ni berat tak sunat lagi ni. Kalau dah sunat? =_=
  • Hormon NAK MENGAWAN dia semakin kronik. Bulan depan memang nak KENA HANTAR SUNAT jugak. Kesian dah tengok dia. Tak sampai hati. Sobs. T__T
  • Makin kuat makan. Biskut Royal Canin makan, makanan basah dalam tin pun makan. Makanan kesukaan dia, KAMBING
  • Sifat MANJA dia makin MENJADI. Tidur pun nak SESAMA ATAS KATIL ngan kami lakibini. Tapi tak kesahlah sebab setakat ni, kalau ehem-ehem, dia tak kacau. Elok je duduk diam-diam. Kahkahkah.
  • Awal bulan haritu, dah bawak dia jumpa Vet untuk letak UBAT KUTU. Sakit dekat mata dia pun macam dah ok sikit dari sebelum ni.
  • Lagi satu, dia ni MAKAN AISKRIM BASKIN ROBBIN! Gila kauuuu! Tension je tengok dia jilat aiskrim laju kalau letak kat sudu! =_=
  • Sekarang dia MANJA DENGAN LAKI AKU. Mengada! Dia dah kurang dengan aku maybe sebab aku suka buli dia! Hahaha.
  • Akhir sekali, dia ni sekarang, dah pandai CURIK MINUM AIR MASAK dari gelas aku. Macam Milo lah. Kang aku susah payah tuang air masak dalam gelas, kang kalau aku leka, tengok-tengok, dia tengah syok jilat minum air masak aku tuh! Blughhhhh! =_=
Haaa ... tu jelah perkembangan terbaru dia. Aku tak sabar nak tunggu dia sunat sebab nak dia lagi BERAT DAN MEMBESAR bagai johan. Nak dia besar macam MARU THE CAT! Hehehe.

Tau tak Maru The Cat? Pergi cari dekat YouTube. Kucing paling comel dan bijak yang aku pernah tengok. Kucing dari Jepun. Entah hidup lagi ke tak Si Maru tu. Huhuhu.

Sekian. Masalamah!

7 Peraturan Di Saudi Arabia Yang Orang Luar Tidak Tahu

Assalamualaikum.

Duluuuuu, sebelum nak datang Jeddah, macam-macam aku pikir. Sebabnya, kita ni BANYAK DISOGOKKAN dengan cerita juga berita-berita yang KURANG ENAK pasal Saudi Arabia ni terutamanya isu PEREMPUAN SAUDI ni kononnya macam banyak KENA TINDAS dekat negara sendiri.

Tapi bila dah datang sini, dah duduk sini, hmmmm ... apa yang boleh aku cakap, apa yang biasa kita baca atau dengar dari pihak media, BANYAK SANGAT BERCANGGAH! Maksud aku, banyak sangat yang TAK BETUL

Paling tak paham, ada setengah yang macam nak PERJUANGKAN HAK PEREMPUAN SAUDI ni, macam tak berapa NAK BERFUNGSI SANGAT sebenarnya. Sebab setakat ni, perempuan Saudi memang tak suka orang luar MASUK CAMPUR hal peribadi dorang kat sini.

Sebabnya?

Perempuan Saudi ni LEBIH SELESA dengan apa yang dah diaturkan kat negara Saudi ni dari dulu lagi. Pada dorang, takde pun RASA DITINDAS ke apa pun. Orang luar je lelebih pasal benda ni. =_=

Baiklah. 

Harini aku bukan nak cerita in detail pasal perempuan Saudi ke apa. Cerita tu aku dah pernah keluarkan dah dalam entri yang lepas-lepas. Kalau rajin, godek lah sendiri. Aku sendiri pun tak tergodek entry lelama aku ni. Hahaha.

Entri kali ni aku nak share dengan korang, tentang 7 PERATURAN DI SAUDI ARABIA YANG ORANG LUAR TAK TAHU. Peraturan yang aku nak share ni, nak kata biasa sangat pun tak, luar biasa sangat pun tak. Sekadar nak share informasi je lah. Manalah tahu kot-kot ada yang nak datang sini ke apa ke kan. Sekurang-kurangnya, korang dah tahu lah sikit-sikit pasal peraturan kat Saudi ni.


1. Perempuan Tidak Boleh Memandu

Ini PENTING ye. Lagi-lagi untuk perempuan yang manalah tahu, nak jadi nurse kat hospital sini ke, pramugari kat sini ke. Korang janganlah sesuka hati pergi drive kat sini yek? Kang KENA TANGKAP? Menjawab lah kau dalam lokap! Hehehe.

Even korang ada buat LESEN ANTARABANGSA sekali pun still tak boleh okeiii nak drive kat Saudi ni. Sila ingat. 


2. Perempuan Kalau Nak Keluar Rumah, Wajib Sarung Abaya

Haaaaa ... tahu tak ABAYA tu apa? Abaya tu, JUBAH HITAM yang biasa korang tengok minah Arab pakai tu. Kat sini dipanggil abaya. Takde istilah jubah kat sini.

Kat sini, silap haribulan kalau kau perempuan tapi KELUAR SUKA HATI pakai jeans ke apa ke, kau boleh kena tangkap and masuk lokap lah kau. Siap kena bermalam lagi. Ada berani? Hehehe.

Pada aku, bagus je peraturan yang ni. Sebab aku memang suka pakai abaya. SOPAN, TUTUP AURAT DAN TAK MENJOLOK MATA. Lagipun abaya ni banyak jenis, banyak design. Cantik-cantik. ( Senyum kat Amal )


3. Lelaki Tidak Boleh Sesuka Hati Menegur Perempuan

Kalau kat Malaysia, yang laki boleh suka hati je kan main siul-siul NAK NGORAT AWEK kan? Kat sini, jangan kata nak bersiul, once kau tengok perempuan tu dan perempuan tu TAK SELESA dan RASA TERANCAM, on the spot dia boleh panggil guard and DAKWA korang! Jangan memain ok.


4. Di Larang Ber'Dating'

Kat sini, remaja-remaja yang bercinta memang susah sangat nak jumpa tengah 'MERENDEK' kat Mall, tepi pantai, taman ke apa ke. Memang SUSAH nak jumpa. Trust me. Dorang memang tak boleh simply keluar dating macam kita-kita kat Malaysia.

Kalau ada pun, dorang bukan keluar berdua. Tapi dorang BAWAK SALAH SORANG AHLI KELUARGA masing-masing. Pernah sekali tu, rasanya aku nampak, satu couple ni, berdating tapi ayah dia ke, atuk dia ikut dari belakang. Perhatikan dari jauh. Hahaha.

Ada jugak yang berani jumpa tapi kat restoran kedai makan. Tapi still bukan berdua tapi jumpa dengan kengkawan. Yang macam tu, memang selalu ada. Tapi kalau berdua, MEMANG JARANG!


5. Lelaki Bujang Di Larang Masuk Mall Pada Hujung Minggu

Kat sini, hujung minggu hari KHAMIS dan JUMAAT dan kat sini jugak, hujung minggu adalah untuk BERSANTAI DENGAN KELUARGA. Jadinya, time hujung minggu kalau yang lelaki bujang memang tak dibenarkan masuk ke dalam Mall.

Melainkan kalau dorang datang dengan family ada mak ayah, adik beradik, baru dibenarkan masuk. Kalau datang sorang atau datang dengan kengkawan lelaki bujang yang lain, memang MINTA MAAF ye dik. Anda DILARANG MASUK ke dalam Mall. Tee hee hee.


6. Solat Tepat Pada Masanya

Kat sini, kalau MASJID DAH AZAN, yang lelaki, kene terus directly pergi solat. Takde nak TANGGUHKAN WAKTU SOLAT ke apa. TAK BOLEH! TAK BOLEH! TAK BOLEH! Kalau matawar ( polis agama ) ada, kau boleh kena tangkap!

Kalau kau tengah berniaga ke apa, kau tinggalkan aja barang kat kedai. Tak payah tutup pun takpe sebab TAKKAN ADA KECURIAN yang berlaku. Serius tak tipu!

Untungkan? Kalau kat Malaysia, kalau main tinggal je barang macam tu, tak sampai 5 minit mesti DAH LESAP semua barang KENA KEBAS! Huhuhu. 

Tapi kat sini? Takkkk!

Even kalau kau TINGGALKAN KERETA dengan kunci kat dalam and ENJIN KERETA MASIH HIDUP pun, kau tak perlu risau sebab takkan ada orang nak curi! Orang kat sini takut ohhh dengan undang-undang. Tak berani dorang! 


7. Hukum Hudud

Kat negara Saudi ni memang MELAKSANAKAN hukum Hudud. Sebab tu orang tak berani nak langgar undang-undang yang dah ditetapkan.

Sebagai contoh : Kau sanggup ke TANGAN KENA POTONG bila kau kena tangkap sebab mencuri? Sanggup? Sanggup?

Sebab tu lah macam aku cakap tadi, kalau kau berniaga, kau tinggalkan kedai macam tu pun takpe. Orang takkan berani curi. Sama jugak kalau kau tinggalkan kereta dengan enjin masih hidup. Pun takkan orang berani curi punya! Sigh.

Biasanya, hukum Hudud ni dijalankan SETIAP HARI JUMAAT. Masjid tertentu dipilih untuk laksanakan hukum Hudud ni. Siapa yang berani, boleh je tengok. Takde hal pun. Hehehe.

Ok. Dah habis!

Aku bagi 7 je sebab itu yang PALING UTAMA. Yang lain tu, biasa-biasa je lagi. Hehehe. Pada aku, ada bagusnya peraturan macam ni. Tapi ada PRO DAN KONTRA lah.

Terpulang pada akal dan fikiran kita. Maybe ada setengah cakap, KOLOT sebab buat peraturan macam ni semua tapi kalau dari SUDUT AGAMA, banyak perkara kebaikan yang datang dari keburukan. Kan? 0_o

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Harini MASAK LAUK SIMPLE je memandangkan LAKI TAK BALIK RUMAH untuk makan tengahari. Cuma masak sikit buat makan malam.
  • MokMok masih meragam. Kesian pulak tengok dia. Sampai satu tahap, badan dia menggigil sebab TAHAN NAFSU NAK MENGAWAN agaknya. Hehehe.
  • Aku HUTANG BUAT EXPENSES RUMAH dah berbulan-bulan dengan laki aku. Asyik tangguh je, macam ni lah jadinya. =_=

March 26, 2011

Makan Adalah Terapi Terbaik Di Kala Kesusahan Hati Melanda Diri


Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa ada satu hari tu korang rasa memang down sangat-sangat? Makan takde selera. Mood pun takde. Rasa sedih semacam. Rasa nak menangis. Rasa nak pergi tepi laut, lepas tu jerit kuat-kuat. Rasa macam nak terjun laut. Rasa macam NAK TERJUN BANGUNAN pun ada. Eyh? Eyh? 

Terjun bangunan tu jangan okeiii. Jangan ikut budak perempuan yang nak terjun kat KB Mall tu. Buat malu je sebab ORANG ISLAM. Itu macam nak sangat je tempah tiket pergi neraka? =_=

Hujung minggu lepas ni memang aku OUT OF NOWHERE. Memang haih ... susah nak cakap. Tapi Tuhan je tahu apa yang aku rasa. Bulan lepas aku ingat dah ok dah. Aku ingat takde dah nak rasa macam ni lagi tapi ...

Aku kan manusia biasa. Lagi-lagi, aku ni perempuan. Keras macam mana pun hati aku, kalau tetiba ada sesuatu menggangu dan berkaitan benda yang satu tu, aku memang TOTALLY OUT habissssss! Aku kalah. Memang tak boleh nak kawal langsung. Tak terdaya dah rasanya. Sedih. =_=

Disebabkan kesedihan melampau dan kononnya nak sorok dari laki dan taknak bagi dia nampak yang aku ni sedang MENGALAMI KEMURUNGAN seorang diri, aku terus bersiap keluar rumah. Sebenarnya, aku ingatkan nak duduk rumah je tapi ... =_=

Padahal, petang tu bila laki ajak nak keluar pegi entah mana entah, aku cepat je jawab : " Taknaklah! Malas! Nak duduk rumah. Malas nak keluar. " .

Tapi ...

Pikir punya pikir, tak boleh jadi ahhhhhhh! Kang aku pulak haru kat dalam bilik air sorang-sorang MENGATASI NASIB DIRI juga MENGENANG PERASAAN YANG TAK BEST ni. 

Memula laki ajak aku pegi DATING TEPI PANTAI tapi angin kuat betul lah kat Corniche! Dah lah sejuk. Cuaca bumi sekarang memang pelik lah wei! Sepatutnya kan, sekarang ni dah musim panas tau tak? Tapi kat sini?

Sejuk kauuuuu! Asal malam je, suhu mesti bawah 25 gitu. Pelik tak? 0_o

Bila dah keluar tu, dalam kereta terus aku cakap kat laki aku : " I nak makan banyak-banyak. Nak aiskrim. Nak coklat. Nak sushi. Sebab I tengah sedih. " .

Laki aku mestilah tahu KENAPA AKU SEDIH tapi aku tak boleh lah nak share dengan korang kenapa aku down macam ni sekali. Hehehe. Cukuplah laki aku tahu. Laki aku tu lagi satu, bagus. Dia kalau aku tengah sedih ke apa, selalunya dia tahulah punca aku sedih. Tak perlu nak susah-susah bagitau dia kenapa aku sedih. Mesti dia DAPAT TEKA SENDIRI. Hehehe.

Sampai je Corniche, terus pergi Sushi Yoshi. Dah setahun kat Jeddah, aku BELUM PERNAH JUMPA lagi sushi yang sedap macam Sushi King kat Malaysia and ....




Yesssssssssss!!! This is the best sushi so far yang aku rasa sedap! Patutlah ramai je aku tengok orang dok KELUAR MASUK kat Sushi Yoshi ni. Selalu je datang area sini tapi aku tak pernah terdetik pun nak cuba beli and makan sushi kat Sushi Yoshi ni. 

Sekali dah beli and makan, hambekkkkkk!!! KURANG DARI 15 MINIT kot, aku dah mentekadarah pelahap sushi ni sorang-sorang. Maaf ye, laki aku BUKAN PECINTA SUSHI macam aku. Dia tak makan sushi. Dia cakap : " Sushi busuk lahhh! Bau hanyirrrr! Tak mau! " .

Mimpi lah weih NAK AJAR dia makan sushi kalau dah bau pun dia taknak! Memang hampagas betullllll! Tak syokkkkk! 

( Dearie Shela, balik nanti makan sushi jommmmmmmm???? Hehehe. Tapi nak homemade punya macam steamboat haritu. Bolehhhhh???? Kuikuikui. )

Dah puas makan sushi, aku pergi Baskin Robbin pulak. Amik 3 scoop aiskrim. Jamoca, Pralines & Butter Pecan. Aku makan lagiiiiiii! 

Aku kalau tengah tak betul, macam ni lah. Mesti nak cari aiskrim, coklat. Ni tambah sushi sebab memang teringin. Tu pun, lepas dah makan aiskrim, dalam kereta aku SAMBUNG MAKAN COKLAT pulak. Makan snickers. 

Aaaahhhh, aku tak peduli lah dengan program diet aku bila time macam ni! Lantak pi lahhhhhh! Janji aku DAPAT LEPASKAN kesedihan dan kemurungan di hati.

Apa pun, pada aku, apa yang berlaku, apa pun dugaan yang aku harungi sekarang ni, AKU BERSYUKUR sebab aku masih ada orang sekeliling setia di sisi. Paling utama, mestilah laki sendiri. Dia rajin melayan bini yang BANYAK SONGEH ni. Hehehe.




Senyuman ini IKHLAS sebab hujung minggu dipenuhi aktiviti makan makanan kegemaran.

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • Kena iron baju kerja laki untuk STOK SEMINGGU.
  • Gembira sebab RAMBUT SEMAKIN PANJANG. Balik raya nanti, mesti lagi panjang! Hoyeahhhh!

Kehidupan Di Jeddah : Mengidam Bebola Daging IKEA

Assalamualaikum.

Ada sesiapa yang BELUM PERNAH MAKAN bebola daging IKEA kat sini? Ada tak? Kalau korang belum pernah rasa, kalau turun KL tu, ada kesempatan, pergi lah weih rasa bebola daging kegilaan ramai ni! Sana sini dah orang cakap pasal bebola daging ni. Bukan bebudak je suka. Budak yang dah tua bangka pun suka jugak macam aku ni ha. =_=

Nasib baiklah kat Jeddah ni ada IKEA. At first aku memang TAK MENGHARAP SANGAT ada bebola daging macam ni kat IKEA Jeddah. Sebabnya, kalau IKEA kat Malaysia kan, keluar je dari tempat bayar barang tu, dah boleh nampak ORANG BERATUR PANJANG nak beli karipap sedap tu kan? 

Kat sini, ingatkan ada karipap tu jugak lah kan? Tapi ... harapan lah sebab IKEA sini ganti karipap sedap tu dengan KEBAB! Kebab tu boleh tahan lah. Tapi saiz kecik je lah. Boleh lah buat alas perut ke ape ke. Itu yang aku tak harap menu yang sama kat food court dia. 

Aku ingatkan bebola daging ni takde kat IKEA sini tapi nasib baik naik tangga laju-laju ( eskalator lah! ) tu, dah NAMPAK SIGNBOARD TERPAMPANG bebola daging yang sedap menelan air liur tu kat tepi tangga. Hehehe. 

Lagi menggembirakan bila datang sini, dapat menikmati bebola daging yang sedap ni dengan cinta hati yang semestinya adalah TUKANG BAYAR MAKANAN yang aku beli. Hahaha. Boleh makan sesuka hati. TAK PERLU RISAU duit cukup ke tak sebab tukang bayar peribadi setakat memang sentiasa murah rezeki. Kan Biebie? Hehehe.

Nak dijadikan cerita, aku memang dah lama MENGIDAM TAHAP GABAN sebenarnya nak makan bebola daging sedap ni. Konon NAK BUAT SENDIRI kat rumah sebab nak buat sendiri bukan susah pun sebenarnya tapi aku kan mengalami masalah 'remembering disorder'. Hahaha. 

Kalau pergi Panda, asik dok lupa je, asik dok tertinggal je nak beli daging hancur. Dua tiga kali, dua tiga minggu pergi Panda pun, ASIK LUPA. Padahal sebelum keluar rumah tu memang dah ingat dah. Tapi bila dah sampai Panda? Harammmm! Apa pun tak ingat! =_=

Sudahnya?

Khamis lepas, apa lagi lah kan? Kasi serbu la IKEA. Lagi pulak kebetulan, kami lakibini memang dah lama tak datang IKEA. Alasan basi nak datang IKEA : Bolehlah SURVEY HARGA barang nak beli. Kuikuikui.

Sampai je IKEA, terus menuju ke food court. Takde nak cakap banyak lah kan kalau dah kata memang dah mengidam tahap gaban. 




Salmon, Mashed Potato & Gravy.




Bebola daging 10 ketul & Kentang Goreng.


Ini baru menu aku sorang. Iye! Aku sorang je makan tapi DUA PINGGAN! Satu ikan salmon dengan mashed potato with gravy tu ha. Lagi satu bebola daging 10 ketul dengan kentang goreng. 

Ahhhh .. aku kalau datang IKEA, memang TAMAK! Takde nak share-share dengan laki aku. Hehehe. Sendiri-sendiri lah makan tapi soal bayaran, tetap laki aku yang bayar. Kahkahkah.




Roasted Beef, Mashed Potato & Gravy.


Laki aku pulak, kalau datang makan kat IKEA, memang dia suka makan benda beef ni. Sebab like steak. Dia kan PENGGEMAR SETIA STEAK. Lagi-lagi kalau Lamb Chop. Eyh, Lamb Chop tu steak ke? 0_o




Tukang layan, tukang bayar, tukang habiskan makanan.


Lepas dah kenyang makan tu, solat and baru window shopping dalam IKEA. Ingatkan nak survey barang yang nak dibeli tapi biasalahkan. Hasutan syaitonnnn itu sentiasa ada. Huhuhu.

Terus lakibini terlajak beli karpet lah, frame gambar lah, jam dinding lah, tupperware lah and benda yang paling aku suka sekali ialah ...




Japanese Bamboo!

Wehoooooo! Finally dapat jugak beli POKOK KECIK macam ni and LETAK DALAM RUMAH! Aku suka je pokok-pokok kecik macam ni letak kat dalam or luar rumah tapi korang kena paham jugak yang aku sekarang ni duduk kat negara yang panas. Huhuhuhu. 

Tapi aku serius JAKUN sebab aku ingatkan Japanes Bamboo ni POKOK PLASTIK tau! Rupanya pokok ni pokok hidup. Sadis betul aku rasa. Nasib baik lah kahwin dengan pecinta alam semulajadi kehidupan pokok-pokok di dunia ni. Kekeke.

Terima kasih daun keladi untuk laki sebab SUDI BELANJA makan sedap sampai dua pinggan juga belikan bini pokok Japanese Bamboo yang cantik itu siap dengan pasu cantik juga batu-batu cantik. Hehehe. Sayang biebie lebih-lebih ok? Hohohoho. 0_o

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • MokMok masih MERAGAM. Musim mengawan Mok belum hilang.
  • Kenyang MENTEKEDARAH Baskin Robbin hingga licin satu mangkuk seorang diri. Tahniah sebab berjaya MENTERNAK LEMAK lagi dan lagi. Huhuhuhu. T__T

7 Alasan Untuk Tidak Memakai Hijab Yang Biasa Kita Dengar

Assalamualaikum.

Harini aku nak kongsi dengan korang, 7 ALASAN yang biasanya korang atau kita AKAN DENGAR untuk MUSLIMAH TAKNAK PAKAI HIJAB. Alasan ni memang common sangatlah. Jawapan standard. 0_o

1. Belum Benar-Benar Yakin Dengan Fungsi atau Kegunaan Hijab

Kau tanya DUA PERSOALAN ini pada diri kau sendiri :

" Apakah kau benar-benar percaya, yakin dan mengakui akan kebenaran agama Islam? "

Bila orang tanya macam ni, mesti kau laju je akan cakap ; " Ya. " dan kemudian MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH yang menunjukkan kau taat pada akidahnya dan juga Nabi Muhammad SAW yang menyatakan pula taat pada syariahnya. Dengan begitu yakin, kau akan cakap yang kau paham akan Islam serta seluruh hukumNya.

Cuba kau tanya lagi pada diri kau sendiri :

" Bukan ke pakai hijab tu salah satu hukum dalam Islam? "

Dan kau still akan jawab ; 

" Iye sebab dalam Al-Quran pun ada cakap. Sunnah Nabi pun ada cakap macam tu jugak yang Muslimah kena pakai hijab! ".

Jadinya, KESIMPULAN kat sini : Kau percaya akan Islam. Kau yakin akan Islam tapi kenapa tak ikut dan laksana perintahNya juga meninggalkan apa yang dilarangNya? .


2. Aku Tahu Pakai Hijab Tu Wajib Tapi Mak Aku Tak Bagilah! Kang Kalau Aku Tak Dengar Cakap Mak Aku, Aku Boleh Masuk Neraka Ohhhh!

Rasulullah SAW dalam nasihatnya yang sangat bijaksana :

Tiada kepatuhan kepada suatu ciptaan di atas kepatuhan kepada Allah SWT. (H.R.Ahmad)

Dalam Islam memang lagi terang dan nyata yang kita kena HORMAT ORANG TUA kita. Even kalau kita NAIK SUARA SIKIT pun kita dah dikira ANAK DURHAKA. Huhuhu. Sebab tu wujudnya pepatah : SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU.

Dalam Al-Quran pun ada menyatakan :

Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu. ( Surah An-Nisa Ayat 36 )

Tapi bila kita tak patuh pada orang tua kita untuk MENJALANKAN PERINTAH Allah SWT, tak semestinya kita boleh buat sesuka malah kita kena terus hormat. Like buruk perangai macam mana pun orang tua kita, kita tetap kena ada RASA HORMAT pada mereka.

Allah SWT berfirman :

Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik

KESIMPULANNYA : Mana mungkin kita patuh pada meraka namun melanggar perintah Allah SWT yang menciptakan kita dan orang tua kita?


3. Kedudukan & Keadaan Sekeliling Yang Tak Membolehkan Aku Pakai Hijab

Sebagai wanita Muslim, kita memang TIDAK DIBOLEHKAN untuk MENINGGALKAN RUMAH TANPA MENUTUPI AURAT DENGAN HIJAB dan wajib untuk kita tahu perkara tu. 

Bukankah Allah SWT telah berfirman :

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya ( Surah An-Nahl Ayat 43 )

Paling tidak pun, belajarlah untuk mengetahui HIKMAH MENUTUP AURAT. Memang Allah SWT dah perintah, wanita Islam bila keluar je dari rumah, kena TUTUP AURAT DENGAN HIJAB

Kita kena cari kesenangan dari Allah SWT sentiasa dan bukannya kejahatan yang ditimbulkan oleh Syaitan semata.

Ingatlah, bila kita benar jujur dan tulus dalam buat sesuatu dan juga berusaha, kita akan sentiasa rasa kebaikan sentiasa datang dalam hidup kita malah Allah SWT akan MEMPERMUDAHKAN SEGALANYA bila kita berdepan dengan masalah atau dugaan.

Allah SWT telah berfirman :

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkakannya. ( Surah At-Talaq Ayat 2-3 )

KEDUDUKAN DAN KEHORMATAN adalah suatu perkara yang ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak bergantung pada kemewahan pakaian yang kita ada, warna yang pakaian yang kita pakai atau bila kita dress up mengikut trend masa kini. Kehormatan dan kedudukan lebih kepada bila kita BERSIKAP PATUH pada Allah SWT dan Rasul-Nya SAW dan bergantung pada hukum Allah SWT yang murni.

Dengarkanlah kalimat Allah SWT :

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. ( Surah Al-Hujurat Ayat 13 )

KESIMPULANNYA : Lakukanlah sesuatu dengan mencari kesenangan dan keredhaan Allah SWT dan beRIkan harga yang sedikit pada benda-benda mahal yang dapat menjerumuskanmu ke arah yang tidak baik.


4. Cuaca Kat Tempat Aku Panas, Aku Tak Tahan Kalau Pakai Hijab, Rimas!

Allah SWT memberikan perumpaan dengan mengatakan :

Api neraka jahanam itu lebih lebih sangat panasnya jikalau mereka mengetahui ( Surah At-Taubah Ayat 81 )

Macam mana kita boleh nak cakap KAT DUNIA NI PANAS BERBANDING NERAKA JAHANAM? Sebenarya semua tu hanyalah dari hasutan syaitan semata. Dah kata syaitan ni tugas dia memang nak SESATKAN MANUSIA kan? Jadinya, kita kenalah bebaskan diri kita dari tergoda dengan godaan syaitan dan kita pikir positif yang panasnya matahari tu SEBAGAI ANUGERAH dariNya dan bukan kita tengok SEBAGAI KESENGSARAAN pada kita dari memakai hijab. 

Kita kena ingat bahawa hukuman dari Allah SWT JAUH LEBIH BERAT dari apa yang kita rasakan kat dunia ni. Kembalilah pada hukum Allah SWT dan berlindunglah dari hukumanNya.

KESIMPULANNYA : Syurga yang Allah SWT janjikan penuh dengan cubaan dan ujian tapi jalan menuju ke Neraka penuh dengan kesenangan, nafsu dan kenikmatan.


5. Aku Takut Kalau Aku Pakai Hijab Sekarang, Nanti Aku Bukak Balik Sebab Aku Tengok Ramai Dah Macam Tu!

Rasulullah SAW bersabda :

Perbuatan yang paling dicintai Allah SWT adalah perbuatan mulia yang terus menerus, yang mungkin orang lain anggap kecil.

Kenapa kita tak lihat alasan mereka yang dibuat-buat untuk tanggal hijab balik ni DENGAN MENJAUHI dari mereka? Bukan cakap taknak kawan dah tapi jauhkan kengkawan macam ni. Memang tak baik untuk diri sendiri. Kengkawan yang berpikiran macam ni memang susah sikit lah.

KESIMPULANNYA : Bila kau dah memegang teguh petunjuk dan merasakan manisnya keimanan, kau tidak akan meninggalkan sekali pun perintah Allah SWT setelah kau melaksanakannya.


6. Aku Tahu Pakai Hijab Tu Wajib Tapi Nanti Aku Pakai Lah Bila Dah Sampai Seru Atau Dah Dapat Petunjuk DariNya.

Apa yang LANGKAH YANG KAU BUAT selama kau nak tunggu seru, hidayah atau petunjuk dari Allah SWT seperti yang kau cakap tu? 

Kita kena ingat, kalau kita nak sesuatu, kita mesti berusaha. Contoh macam kalau kita sakit dan kita nak baik, kita kena makan ubat. Habis tu macam mana seru tu nak datang kalau kita sendiri tak berusaha ke arahnya?

KESIMPULANNYA : Apabila kau benar-benar serius dalam mencari atau pun menunggu petunjuk dari Allah SWT, kau pasti akan melakukan jalan-jalan menuju pencarian itu.


7. Belum Masa Lagi Untuk Aku Pakai Hijab Sebab AKu Still Muda Lagi. Nanti Dah Tua, Aku Pakai Lah. Takpun Bila Aku Balik Dari Buat Haji.

Sebagai orang Islam, kita kena ingat yang MALAIKAT KEMATIAN tu selalu je dok jenguk kita, tengok apa kita buat, Malaikat tu tunggu je kita sentiasa atas apa yang telah diperintah Allah SWT. Lagipun, mati ni tak kira kita tua ke, muda ke, sihat ke, sakit ke, ataupun bila diri kita dah penuh buat dosa dan kesilapan.

Allah SWT bersabda :

Tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukkannya ( Surah Al-An'aam Ayat 7:34 )

Sepatutnya, yang lebih harus, sebagai umat Islam kita kenalah sentiasa berlumba-lumba dalam menurut perintah Allah SWT :

Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumimu ( Surah Al-Hadid 57:21 )

Ingatlah, memakai hijab di usia muda akan MEMUDAHKAN LAGI PERJALANAN KITA kepadaNya kerana Allah SWT akan tanya kat kita kat Padang Masyar nanti apa yang kita buat semasa usia muda kita malah setiap waktu dalam hidup kita, Allah SWT akan tanya.

KESIMPULANNYA : Berhentilah menetapkan kegiatanmu di masa datang kerana tak seorang pun yang dapat menjamin kehidupannya hingga esok hari.


Kesimpulan

Bila tubuh badan kita dipertonton kepada bukan muhrim dengan rambut yang cantik, pakaian yang ketat yang tunjuk setiap inci tubuh, juga pakaian yang menunjukkan keindahan kaki kita, semua ini hanya MEMBANGKITKAN AMARAH Allah SWT dan dalam masa yang masa MENYENANGKAN SYAITAN!

Bila setiap waktu kita habiskan dengan perkara macam ni akan terus membuatkan diri kita semakin jauh dari Allah SWT dan semakin membawa kita lebih dekat kepada syaitan. Setiap waktu, KUTUKAN DAN KEMARAHAN akan menuju kepada kita DARI SYURGA hingga kita benar-benar BERTAUBAT.

Ingatlah, setiap hari, setiap masa, akan membawa kita SEMAKIN DEKAT KEPADA KEMATIAN.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada Hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan di dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain dari kesenangan yang memperdayakan . ( Surah Ali Imrah Ayat 3:185 )

Naikilah 'kereta' untuk mengejar ketinggalan sebelum 'kereta' itu yang akan bawak kita ke kubur. Renung dan dekat diri kepada Tuhan, apa yang terjadi hari ini sebelum esok datang. Fikirkanlah benda ni semua sebelum semuanya terlambat.

Ingatlah, hidup ini bukan sekadar permainan ...

Sekian. Masalamah!

March 25, 2011

Dunia Semakin Gila : Menukar Muka Kepada Muka Anjing

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama aku dapat email dari Jannah pasal benda ni. Tapi baru je rasa nak share dengan korang. Sebab aku asyik dok pikir je pasal laki ni. Sebab aku pelik macam mana lah dia boleh sampai jauh sangat berpikiran NAK UBAH KEJADIAN Allah SWT yang dah cukup sempurna untuk dia sampai macam ni sekali. =_=

Selalunyakan orang buat pembedahan plastik sebab nak hidung lah, nak tulang pipi naik lah, nak bibir seksi macam Angelina Jolie la kan? And so on la kan? Tapi mamat dari Brazil ni konon macam nak lain dari yang lain and maybe instead of macam NAK CIPTA REKOD DUNIA la sebab buat benda macam ni. 0_o

Nak tau apa laki ni buat? Dia tukar muka dia yang pada aku, memang handsome la ... dari muka manusia kepada MUKA ANJING atau manusia berkepala anjing! T_T

Lelaki ni bukan cut off kepala dia and ganti dengan kepala anjing. NOOOOO! But dia LEKATKAN MUKA ANJING tu dekat seluruh muka dia. Meh tengok ...




Ni wajah SEMPURNA dia sebagai seorang MANUSIA. Ensem je. Ye dok?




Get ready untuk buat pembedahan.




Ni KEPALA ANJING yang dia nak gunakan.




Memula doktor BUAT KENING dulu by put some bulu-bulu dekat mata anjing tu and letak kat bahagian mata dia. Atas bawah lak tu!




Then cantumkan TELINGA ANJING dekat bahagian belakang telinga dia.


The NEXT? Part ni yang paling aku tengok rasa nak MUNTAH tanpa ada sindrom IBU MENGANDUNG! Hehehe.





Tengok? Nak lekat mulut anjing dekat mulut dia. Siap ada SALUR TIUB lagi. Maybe nak memudahkan dia makan kot lepas dah buat KERJA GILA ni kot?





Jahit bahagian mulut anjing dan cantum ke hidung laki tu.





Dah siap cantum, kena ikat dulu. Konon nak bagi fixed betul lah like macam the real anjing!


Nak tengok RESULT TERAKHIR macam rupa laki tu after dah lekat sebahagian muka anjing?





Astagfirullah Al-Azimmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

Aku memang MENGUCAP PANJANG tengok apa yang laki ni buat. Macam mana lah kan dia boleh terpikir nak buat kerja gila ni? Agaknya memang DUNIA DAH NAK KIAMAT kot? 

Aku taktau macam mana laki ni survive. Entah boleh ke MAKAN DENGAN MULUT ANJING dah lekat dengan mulut dia. Entah BOLEH BERNAFAS ke tak bila mulut anjing tu dah lekat tutup hidung dia? Tsk tsk tsk. T_T

Paling sadis, ada ke PEREMPUAN NAK BOYFRIEND MACAM NI? Kalau ada, gua memang SALUTE ah! Agaknya macam mana DORANG CIUM MOLOT ek? Euwwwwwwwwwwwwww!

Heiii, apalah nak jadi? Dunia oh dunia. Jadi manusia tu, tolonglah BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN Allah SWT. Nak kata muka cacat tapi muka sempurna habis! Haih. =_=

Nasib baiklah kau tu kafir. Lantak kau lah labu. Huhuhu.

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • Harini aku buat NASI LEMAK Sambal Sotong dengan Ikan Bilis goreng. Sementara ada lagi DAUN PANDAN, pulun buat Nasi Lemak je lah setiap hujung minggu.
  • Alhamdulillah, aku dah tak kempunan MEATBALLS IKEA lagi. Semalam dah makan. Will update about it kejap lagi buat tatapan orang yang berada di Terengganu. Kekeke.

March 23, 2011

Hijab Adalah Untuk Menutup Aurat Dan Bukannya Untuk Fesyen!

Assalamualaikum.

Dua tiga hari lepas KECOH KEJAP dunia blog dengan Twitter, bila blog gosip BeautifulNara dok buat entry perihal fesyen tudung Yuna yang baru.

Terus-terang aku bagitahu, sebelum aku tengok kat blog BeautifulNara gambar-gambar Yuna dengan fesyen tudung baru dia tu, aku dah tengok gambar-gambar tu semua DEKAT BLOG ORANG LAIN. Orang tu pun KURANG SENANG jugak dengan fesyen tudung Yuna.

Yang jadi aku tak paham tu, kenapa bila BLOG GOSIP buat entry pasal fesyen tudung terbaru Yuna tu, some of peminat Yuna or some of hijabster yang memang admire gila kat Yuna ni, like MELETUP MERUAP kalah gunung berapi? Why? Bila blog orang lain buat entry macam tu, takde pulak orang tu kena serang? Why? 0_o

Pada aku, entry tu takdelah macam nak menghina ke, ape ke, pada aku, itu memang SATU TEGURAN. Teguran KE ARAH KEBAIKAN. Apa yang salahnya? Sebab itu blog gosip artis semata dan bukan blog dari ustaz atau ulama'? Macam tu? =_=

Cuma salahnya, entry tu sepatutnya, RUANGAN KOMEN tu tak payah lah nak diadakan. Paham je lah. Benda macam ni memang membuatkan orang cepat nak maki atau mengutuk. Komen-komen tu yang mungkin buat Yuna jadi frust dan merajuk sampai privatekan Tumblr dia terus!

Aku mengakulah, aku suka Yuna. But not because of HER FASHION tapi MUZIK dia. Tapi aku TAKDELAH ADDICTED sangat. Masih tahap biasa-biasa lagi. Tapi sebenarnya, dia menyanyi tu pun dah dikira salah jugak. 

Sebabnya?

Sebab SUARA PEREMPUAN kan dikira SALAH SATU AURAT yang patut kita jaga. Betul tak?

Ala .. rilek lah. Rilek derrr. Itu pendapat aku. Jangan lah BUAT MUKA lagi kalau kot iye pun korang peminat kipas susah mati Yuna. But chill lah! Chill mannnn! Hehehe.

Kita kan negara demokrasi. Negara bebas bersuara. Semua orang ada pendapat masing-masing. Kan? Kan? So, kena hormatlah. Rilek sudah. Jangan nak emo emo. Kalau nak emo, PERGI MAIN JAUH-JAUH. Tak payah nak mengadap baca entry aku ni. Hehehe.



Haaaa, macam ni baru tutup aurat dengan betul!

ISU PASAL AURAT ni aku rasa MEMANG TAKKAN HABIS sebab apa yang aku boleh nampak, fesyen hijab sekarang ni MAKIN LAMA MAKIN PELIK MAKIN JELIK. Seriusss! Aku tengok pun aku boleh gelak dan rasa geli. Entah apa-apa fesyen hijab lah yang ada sekarang ni. Ada setengah fesyen hijab tu MEMANG MENGARUT habis!

Dalam Quran kan memang dah TERANG LAGI NYATA menyatakan bahawa, orang perempuan Islam memang kena tutup aurat. WAJIB! Takde alasan apa sekalipun once kau DAH CUKUP AKIL BALIGH! Alasan tak sampai seru ke, tak sampai hidayah ke, itu DAH TAK BOLEH PAKAI. Simpan je alasan tu semua.

Kalau nak TUNGGU SERU tu pulak, sampai bila? Kau lupa ajal maut tu tak kira masa? Contoh kau kata esok nak pakai hijab lah, kejap lagi ... setengah jam tu Allah SWT dah tarik nyawa kau! Camno tu? Meraung lah dalam kubur panggil mak ayah camne sekalipun takkan buat kau terlepas dari TANGGUNG SEKSA DOSA tak pakai tudung. Tak takut ke? Tak terpikir ke semua tu? Tak ingat mati ke? =_=

Yes, memanglah kubur masing-masing. Yes, memang itu urusan kau dengan Allah SWT tapi kalau dah perintah dariNya pun kau dah taknak ikut, macam mana?

Then, kau cakap pakai tudung kena kerana Allah SWT, kena ikhlas lah. Soalnya sekarang, benda tu memang wajib. Pokok pangkalnya memang pada hati kita. Kalau hati kita memang kita DAH SET NAK TUTUP AURAT, automatically kita akan jadi ikhlas nak tutup aurat. Tak payahnya derr nak tunggu ikhlas tu datang. Sendiri mau ingat lah kan?

Macam sekarang ni, sepatutnya hijab tu TUJUAN UTAMA untuk MENUTUP AURAT DARI BUKAN MUHRIM dan juga pakai hijab tu adalah sebagai tanggungjawab kita pada Allah SWT tapi setengah tu, aku tengok, pakai hijab sebab nak fesyen! Pebenda tu?

Kau tahu kenapa kau PAKAI HIJAB tapi kau still TAK DIKIRA MENUTUP AURAT

PAKAI HIJAB TAPI BAJU KETAT. Agaklah kan kalau 'nasi lemak' kau tu semahal sampai 10 ringgit pun. Tapi beragaklah kan. Macam lah kau sorang je ada 'nasi lemak' mahal macam tu kan?

Then, PAKAI HIJAB TAPI SELUAR KETAT nak mampus kalah sarung nangka! Aku rasa, sarung nangka pun longgar lagi kot dari seluar dengan baju kau tu. Baju budak kecik pun longgar lagi dari baju kau tahu? =_=

Takpun, pakai hijab tapi ... mak aiii ... nampak leher lah, seluar singkat nampak alur tabung boleh masuk duit duploh sen lah. 0_o

Adoiilahhh, tak segan ke? Tak segan ke dengan orang yang tak pakai hijab? Manalah bebudak yang free hair tak dok cakap yang setengah perempuan pakai hijab ni, perangainya tak semenggah dari dorang yang free hair! Kau nampak tak kat situ? Nampak tak?

Aku bukan nak kata aku ni dah baik sangat ke apa ke, yeye ke, tapi kita sesama Islam ni kenalah SALING MENGINGATKAN sesama Islam. Tak kira di kalangan lelaki atau perempuan. Jadinya, janganlah NAK SENTAP SANGAT kalau orang tegur kau untuk MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK di masa akan datang. Tak salah kan? Aku pun still dalam proses belajar untuk menjadi Muslim yang lebih baik lagi.



Aku suka Yuna yang dulu. Lebih sopan. Muka pun nerd je.
( Siapa setuju, korek hidung sekarang! Kahkahkah. )

Pendapat aku, hijabster termasuk diri aku, tak payah lah nak jadikan Yuna ni role model korang untuk berhijab. Memang tak sesuai. Banyak lagi hijabster kat luar tu yang boleh korang jadikan role model. Tak semestinya artis. Sebab seperti kata Wardina : " Golongan artis memang sangatlah TAK SESUAI dijadikan role model! ". Tak nampak lagi?

Dalam dunia blog ni, ramai je hijabster yang berfesyen dengan menutup aurat dengan sepenuhnya mengikut syariat Islam. Bersepah je. Baiklah korang jadikan dorang tu idola. Jauh lebih baik dari golongan artis ni.

Aku suka je tengok hijabster yang mampu berfesyen tapi dengan syarat, memang betul tutup aurat like the siblings AishahAmin, FatimahAmin, MaryamAmin and KhadijahAmin. Dorang adik beradik ni memang aku respek gila-gila lah sebab fesyen dorang still menutup aurat : PAKAI TUDUNG COVER DADA, BAJU LONGGAR, SELUAR LONGGAR. Itu barulah betul nak dijadikan role model bagi kita-kita yang hijabster ni.

Apapun, sesungguhnya ... aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang umat Islam faham, sebagaimana yang kita paham. Sebaliknya, apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami BATASAN AURAT YANG SEBENARNYA baik dari segi KEHIDUPAN KHUSUS dan juga KEHIDUPAN UMUM menurut syarak yang telah DITETAPKAN oleh Allah SWT.

Selain dari tu, kena ingat jugak, MENUTUP AURAT ni hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu untuk MENDAPATKAN KEREDHAAN Allah SWT semata-mata dan bukannya atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Pesanan aku :

If you love YOUR PRIVACY SO MUCH, don't you EVER upload your PERSONAL PHOTOS in whatever blog, website or your social networking. Kena ingat, dunia internet ni, dunia TANPA SEMPADAN. Berhati-hatilah.


Sekian. Masalamah!

#Supermoon Di Jeddah

Assalamualaikum.

19 Mac haritu, bangun pagi bila aku bukak Twitter, tetiba keluar #supermoon as a TREND KAT TWITTER. Aku ingat kepebendalah menatang supermoon tu. Sekali je, tanya punya tanya, aku dapat tau, on that night akan berlaku kejadian like BULAN akan jadi NAMPAK LEBIH BESAR sebab jarak bulan sangat DEKAT DENGAN BUMI.

Disebabkan eksaited dan sangat jakun, aku yeye lah punya tak sabar NAK TUNGGU MALAM sebab nak tengok supermoon tu. Sekali je ... malam tu, tunggu punya tunggu ... aku memang TAK NAMPAK LANGSUNG bulan! Jenuh aku jenguk dari tingkap bilik aku dengan tingkap bilik lagi satu. 

Bila jenguk dari balkoni rumah pun aku memang tak nampak langsung supermoon ni! Memang frust lah. Bikin PANAS HATI je bila tengok timeline Twitter orang lain dok kagum tengok bulan cantik gila. Memang hampagas lah kan! =_=

Tup tup ...

Esoknya tu, kami lakibini keluar makan. Sebab laki aku NAK BELANJA KAWAN OPIS dia. Kebetulan kawan dia tu baru sampai Jeddah. Dorang lama dah kenal since kat Dubai. Now, keja sesama dekat opis sini. 

Dalam keta nak ke restoran makan tu, tetiba laki aku cakap : " Ayang, tu bulan cantik tu! ". Terus laju je mata aku tengok langit and ...

Memang serius nampak jelas gila bulan! Memang NAMPAK BESAR lah DARI KEBIASAANNYA. Even lambat sehari dapat tengok supermoon tapi aku serius memang happy gila sebab DAPAT TENGOK dengan MATA KEPALA SENDIRI kejadian supermoon ni.

Konon, dari dalam kereta nak amik lah kan supermoon dan dan tu jugak tapi apalah sangat nak dapat kalau setakat pakai kamera telepon! Ye dok? Last-last, balik dari makan tu, aku suruh laki aku amik supermoon pakai kamera canggih dia!

Yelah. Kamera dia tu, harap je canggih tapi BUKAN DIA SELALU GUNA pun sejak aku jadi kurang nak bergambar lagi dah! Dah jemu. Hahaha.

Lama jugaklah laki aku dok snap snap supermoon dari balkoni rumah. Tapi kira ok lah kan dari tak dapat tangkap langsung kejadian supermoon ni. Ye dok?







Kalau korang tengok bebetul, dari KEJADIAN SUPERMOON ni, bulan memang jelas SOLID gila! Lepas tu siap JELAS NAMPAK like ada 'peta-peta' kat PERMUKAAN BULAN tu. Kan? 0_o ( Nampak ke? Hehehe. )

Kuasa Allah SWT kan? Kejadian macam ni memang nampak jelas, Allah SWT BERKUASA KE ATAS SEGALANYA. DIA mampu buat apa sahaja ke atas setiap ciptaanNya. 

Malam tu, memang aku TIDUR LENA sebab finally dapat lihat kejadian alam ni secara live. Kehkehkeh.


Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Harini cuma makan MAGGI KARI letak cili padi, telur dengan udang. Memang menyelerakan lah sebab kebetulan memang teringat maggi. Masuk dapur terus masak. Lagipun, harini tak perlu masak sebab laki aku makan kat luar.
  • Musim MENGAWAN MokMok dah datang. Dua tiga hari ni memang terpaksa tadah and tahan telinga dengar dia buat suara nak mengawan. =_=
  • Aku mengidam nak makan IKEA meatball, salmon and mashed potato lah! Agak-agak, dapat makan tak menda tu semua malam ni? T__T

March 20, 2011

13 Rahsia Di Sebalik As-Solat

Assalamualaikum.

Solat seperti yang kita tahu, adalah TIANG AGAMA. Kalau kau tak solat, mean TIANG KAU RAPUH. TIANG KAU RUNTUH! Solat ni jugak perkara pertama sekali yang akan DIHISAB bila kau dah kat ALAM BARZAKH nanti.

Aku bukan nak kata, solat aku dah bagus. Tidak. Tapi setakat ni, Alhamdulillah, solat aku dah teratur. Tak sama dah masa ZAMAN KEJAHILAN aku dulu. T__T

Aku tak malu ah nak ngaku yang dulu, aku memang SELALU SKIP SOLAT. Cuma sejak kahwin, benda tu BERUBAH. Mungkin itu hikmah dariNya.

Selalunya, kita asyik baca or dengar pasal dosa setiap kali kita TINGGALKAN WAKTU SOLAT kan? Tapi harini, aku nak kongsi 13 RAHSIA DI SEBALIK SOLAT. Benda ni aku dapat dari laki aku. Laki aku dapat pun sebab ada orang email kat dia. Jadinya, aku KONGSI dengan korang. 

13 rahsia di sebalik solat ni, pada aku sebagai PERINGATAN bagi dah memang dah tahu dan juga bagi PANDUAN pada yang baru tahu. Aku dalam golongan baru tahu sebab sebelum ni, aku memang BELUM PERNAH BACA lagi 13 rahsia di sebalik solat ni. Huhuhu. =_=

  1. Niat Solat - MEMELIHARA TAUBAT kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri betul - Ketika mati, dapat MELUASKAN tempat kita di dalam KUBUR.
  3. Takbir-ratul Ihram - Sebagai PELITA yang MENERANGI kita di dalam KUBUR.
  4. Al-Fatihah - Sebagai PAKAIAN yang INDAH-INDAH di dalam KUBUR.
  5. Ruqu' - Sebagai TIKAR di dalam KUBUR.
  6. Iktidal - Akan MEMBERI MINUMAN AIR dari TELAGA AL-KAUTSAR ketika di dalam KUBUR.
  7. Sujud - MEMAGAR kita ketika hendak MENYEBERANGI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM.
  8. Duduk Antara Dua Sujud - Akan MENAUNG panji-panji NABI kita di dalam KUBUR.
  9. Duduk Antara Dua Sujud ( Akhir ) - Menjadi KENDERAAN ketika kita di PADANG MASYAR.
  10. Tahhiyat Akhir - Sebagai PENJAWAB bagi SOALAN yang dikemukakan oleh MUNKAR & NANKIR di dalam KUBUR.
  11. Selawat Nabi - Sebagai PENDINDING API NERAKA di dalam KUBUR.
  12. Salam - MEMELIHARA kita di dalam KUBUR.
  13. Tertib - Akan PERTEMUAN kita dengan Allah SWT.

Tengok? SubhanAllah. Sesungguhnya apa yang datang dariNya itu adalah YANG TERBAIK buat kita. Jadinya jangan jadikan alasan apa sekali pun untuk kita tinggal solat. Tak baik. Hidup kalau nak sentiasa berkat, kita kena patuh perintahNya dan tinggalkan apa yang dilarang olehNya.

Janganlah amik mudah perkara macam ni. Memang sangat tak bagus untuk minda, rohani dan jiwa kita sendiri. Sebab solat, juga berzikir kepadaNya adalah UBAT YANG TERBAIK untuk segala penyakit baik dari segi penyakit dalam atau spiritual.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah SAW bersabda :

Senarai di atas adalah SALAH SATU SEBAB mengapa ORANG YAHUDI atau ORANG KAFIR tidak sukakan ANGKA 13 dan juga HARI JUMAAT. Itulah sebab mengapa mereka MENCIPTA CERITA yang BEGITU SERAM sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang PERASAN!





Solat lah kalau korang nak HIDUP BAHAGIA baik di dunia dan juga di akhirat. Juga seperti apa yang selalu kita nampak di surau atau kawasan kubur :

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Semoga solat kita semua diterima olehNya. Buat yang SELALU TINGGAL SOLAT atau TAK PERNAH LANGSUNG untuk bersolat, solat lah! Takutkan lah azab dariNya. Buat SEBELUM TERLAMBAT. Nanti dah PUTUS NYAWA kau dari badan, TIADA MAAF BAGIMU!

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Aku dah habis juga berjaya tengok drama Samson & Delaila sampai episod 21. Nak tengok drama Trilogi Cinta tapi episod berterabur lak!
  • Will have NASI BERIANI untuk MAKAN MALAM nanti. Erk?
  • MokMok MERAGAM harini. Langsung tak tidur dari pagi. Ni dah nak Maghrib, baru nak tidur. =_=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...