Assalamualaikum.
Ini status saya di FB pagi tadi ....
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS, Luqman 31:34)
Ya Rabb Ku, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosanya, Kau terimalah segala amal ibadahnya, Kau lapangkan kuburnya, Kau permudahkanlah urusannya di alam barzakh sebelum alam kekal iaitu Akhirat. Pohonkan kami bersama-sama di JannahMu Yang Indah suatu hari nanti. InshaAllah. Amin Ya Rabb.Saya percaya harini bukan arwah seorang saja kembali kepada Pencipta kita Yang Agung. Ada lagi yang lain di luar sana. Cukupkah sudah amalan kita semua sebagai bekalan nak bertemuNya? Janji Allah pasti. Kita semua bakal jenazah kelak. Semoga kita semua sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik disisiNya. Sentiasalah mengingati kematian kerana dari situ akan timbul satu keinsafan.Salam takziah buat diri dan seluruh ahli keluarga besar kesayangan saya terutamanya buat Cik Jah & Shukri atas pemergian Pak Ngah saya : Allahyarham Mohd Salleh Bin Sajadi. Doa kami dari sini semoga dipermudahkan segala urusan pengkebumian di Malaysia. InshaAllah.
Sebenarnya pagi tadi, pepagi Subuh saya terbangun sebab suami bangun untuk Subuh. Rutin harian, setiap kali saya bangun dari tidur, saya mesti nak check phone, nak tengok sama ada saya ada terima sebarang sms dari sesiapa.
Dan pagi tadi, dengan mengantuk-mengantuk, saya baca sms dari Emak. Takde hal penting sangat pun. Sms biasa-biasa je sebab lately ni , susahnya nak telefon Mak sendiri. Line telefon Mak saya memanjang problem. Tak taulah salahkan line telefon yang Mak saya guna atau telefon yang dia guna. Wallahualam.
Bila da reply sms, dalam 2,3 minit tu, Mak saya hantar lagi sms dengan khabar berita pemergian arwah Pak Ngah saya. Bila duduk jauh beribu batu dari keluarga, terima berita kematian macam ni bukanlah saya suka sangat sebenarnya sebabnya, saya jauhhhhh!
Even ada tiket flight sekali pun, bukan senang nak balik macam tu sebab nak keluar dari Kingdom Saudi ni, saya kena ada Exit Visa. Sementelah pulak, Exit Visa tu suami kena buat. Apa urusan sekalipun, memang suami kena buat. Saya memang tak boleh nak memandai-mandai.
Sedih sebab tahun ni saya kehilangan dua orang ahli keluarga besar saya.
Sebelum raya haritu, Nenek saya dan sekarang Pak Ngah saya pula. T____T
Terkejut sebab Pak Ngah baru sihat sebenarnya. Haritu masuk hospital kejap tapi tak lama pun, lepas tu dah discharged. Last telefon Mak saya, pun Mak saya cakap arwah dah sihat. Dah ok macam biasa. Ni tetiba pulak pergi tanpa sakit apa pun.
Apapun, Alhamdulillah, jenazah dapat diuruskan secepatnya. Syukur sebab semua selesai dengan baik. Nampaknya, kalau balik Malaysia hujung tahun ni, sedihlah saya. Tak sempat nak jumpa arwah Pak Ngah saya. Nasib baik masa raya haritu sempat Skype sekejap, dapat cakap sekejap.
Dan pagi tadi, bila bangun tidur, saya cakap kat suami :
" Biebie, kalau I meninggal dulu, Biebie terus kebumikan I tau. Jangan tunggu sesiapa. I taknak you tangguhkan urusan pengkebumian i. Lepas tu, lagi satu, kalau I meninggal, Biebie ampunkan dosa I tau. "
Suami mulanya ketawa lepas tu tetiba sentap menangis keluar air mata. Kata dia :
" Mestilah I ampunkan. You isteri I kan. "
Ok. Lega.
Bila dah kahwin ni, saya selalu mengingatkan diri, kalau teringat je pasal kematian ni, mesti nak pesan suami macam tu. Manalah tau kot-kot ke kan. Hmmm.
Pada kawan-kawan di FB, terima kasih atas doa kalian. Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT.
Dari Jeddah : Ada hikmah rupanya kenapa saya akan ke Makkah sekejap lagi. Mungkin Allah SWT mahu saya dan suami berdoa depan Kaabah atas pemergian arwah Pak Ngah saya. SubhanAllah. Alhamdulillah. ;')
Sekian. Ma'asalamah!
Innalillahiwainnailaihi rojiun...
ReplyDeleteTakziah buat keluarga Allahyarham Pak Ngah Nailah tu.
Mati itu tk menunggu sakit, tk menunggu usia tua, tak mnunggu sedia atau tk sedia.
*Acikpun kehilangan suami dgn keadaan yg tk diduga...seploh tahun yg lalu..tanpa sakit..tanpa sebarang tanda. Tanpa sebarang kata pesanan. Perginya dalam tidur, tidurnya yang tak bangun2 lagi. Al fatihah buat arwah2 yang telah pergi mendahului kita. Yg mati kita doakan. Yang hidup, perbanyakkan bekalan untuk ke sana. Moga hidup kita,mati kita, dalam keredhoan Allah sentiasa...aamiin.
Jangan lupa doakan acik sama di hadapan Kaabah itu...
takziah kakak.takziah buat keluarga pak ngah akak.huhuhu.
ReplyDeletesemoga ditempatkan di kalangan orang yg beriman...
lately x dak kesmpatan nk follow blog ni..apa2pun salm takziah buat nailah ..dri Dia kita dtg dari Dia jgak kita kembali.. sama2 sedekah kan al-Fatihah...
ReplyDeleteInnalillah hi wainna ila hirojiun,
ReplyDeletetakziah sis.. Kematian mmg semakin menghampiri kita. cuma masa nya belum tahu bila
takziah kak.moga arwah dicucuri rahmat.
ReplyDelete