October 23, 2012

Surah Al-Baqarah Ayat 158 Juzuk 2

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian yang saya dapat semalam dari tafsir Quran.




Ayat kat atas ni sangatlah familiar dalam kehidupan seharian saya sebab setiap kali Umrah, setiap kali nak buat Sae'i, ayat kat atas ni lah yang harus saya baca ketika setiap kali mendaki bukit Safa atau bukit Marwah.

7 kali pusingan, sebanyak 7 kali jugaklah kena baca ayat sama.

Pada yang pernah buat Umrah atau Haji, ingat lagi tak ayat kat atas ni? ;)

Dan semalam dari tafsir, ia menerangkan bahawa ayat ini diturunkan oleh Allah SWT selepas umat Islam pada zaman Nabi dulu ragu-ragu nak buat Sae'i kat tempat Sae'i tu. 

Sebabnya????? 

Sebabnya, tempat Sae'i itu adalah bekas tempat orang-orang kafir menyembah berhala.

Jadinyaaaaaa ... nak elak rasa ragu-ragu umat Islam nak buat ibadah masa tu, maka Allah SWT pun, turunkanlah ayat ini supaya umat Islam masa tu tidak ragu-ragu lagi.

See. Allah SWT bersifat Ya Rahman dan Ya Rahim kan pada hambaNya? ;)

Sebelum ni, masa buat Sae'i tu, tak penah pun saya nak pikir asal-usul tempat Sae'i tu tempat apa. Rupa-rupanya, tempat orang-orang kafir sembah berhala zaman Nabi dulu.

Yes. You can say me jakun sebab baru tahu. It is ok. Saya tulis kat sini sebab saya rasa benda tu menarik untuk dikongsi bersama.

Cakap pasal tempat Sae'i ....

Tempat Sae'i sekarang dah jauh lebih moden dan selesa berbanding 10 tahun dulu. Sekarang siap dah ada tempat Sae'i yang beraircond. Sunyi dan tak ramai orang buat Sae'i kat kat tempat beraircond tu kalau bukan musim Hajj atau Umrah.

Kalau macam sekarang ni, for sure lah ramai kan sebab perjalanan Haji pun lagi beberapa hari je. Makkah dah packed sangat kalah tin sardin. 

Kita sama-samalah berdoa agar semua jemaah selamat dan dipermudahkan segala urusan Hajj. Semoga juga mereka semua mendapatkan Haji yang mabrur. InshaAllah. ;)

Anyway, kalau awak semua ada banyak masa, paksa diri untuk rajin bertadarus dan juga bertadabur dengan Quran. Kalau yang takde masa tuuuuuu ... sila silalah, cari dan curik masa untuk baca tafsir Quran. 

Kalau taknak baca banyak, dapat baca sikit pun, jadilahhhh! Pun dapat pahala. Tapi jangan tak baca langsung sampai Quran tu berhabuk-habuk kat rak atau dalam lemari atau dalam laci. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri sebab kadang-kadang, saya pun leka juga especially bila 'cuti panjang'.

Baca Quran. Jangan lupa okay? Sebab, banyakkkkkkk sangat cerita-cerita menarik di dalam Quran tu. Antara kita nak tahu dengan tak je.

Saya pun ni, baru rajinkan diri nak menghayati makna di sebalik ayat-ayat Quran. Sebelum-sebelum ni, sekadar baca sahaja. Huhuhu.

Ok. Jom kita rajinkan diri bertadarus dan bertadabur dengan kitab Allah SWT!

Sekian. Ma'asalamah!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...