October 15, 2012

Kenangan Menunaikan Haji

Assalamualaikum.




Ini suasana Makkah dua minggu lepas. Suami yang amik gambar ni. Masa ni saya baru lepas jumpa bekas lecturer UiTM saya di restoran Felda D'Saji.

Masa tu Makkah tak ramai orang sangat sebab food court pun banyak je meja kosong walaupun baru lepas selesai waktu solat. Pada saya, Makkah tu ramai, bila food court penuh sampai kena berebut meja. Yes, itu baru tahap ramai pada saya. Selagi meja banyak kosong dan tak perlu berebut dapatkan tempat duduk, itu belum ramai pada saya.

Sekarang ni, bila dah nak musim Haji ni, lagi ramailah kot. Pulak tu, dengar cerita, kebanyakan jemaah sesetengah negara yang diarahkan masuk ke Madinah dulu, diberi notis seminggu sebelum penerbangan bahawa dorang ni diarahkan masuk ke Makkah dulu pulak. Taktau lah pulak apesal kena macam tu.

Tapi tak kisahlah sebab MasjidilHaram pun dah besar sikit sekarang ni. Tempat solat pun dah dibesarkan sikit. Kalau bukan musim Haji, boleh lagi nak jalan lenggok suka hati buat Umrah tapi sekarang, takdelahkan. Ni pun dah 3 minggu tak ke masuk Makkah.

Mungkin lepas musim Haji, inshaAllah baru ke sana. Sekarang ni, tak rasa pulak nak ke sana sebab orang terlalu packed. Pulak ni kat sini dah kecoh pasal virus SARS tengah merebak di kalangan jemaah Haji cuma katanya, pihak goverment Saudi merahsiakan identiti pesakit tu especially pesakit tu dari negara sebab nak elakkan suasana panik di kalangan jemaah Haji lain.

So, even yang bukan kat Saudi pun, just be extra careful. Virus ni macam-macam cara boleh disebarkan. Amiklah langkah yang sepatutnya especially yang ada anak-anak kecik. Kesian sebab bebudaklah senang berjangkit dengan bermacam jenis virus yang ada ni. Ok?

Anyway, bila dah nak musim Haji ni, tetiba teringat kenangan buat Haji tahun lepas. Ramai kawan-kawan saya sebenarnya taktau yang saya dah buat Haji tahun lepas sebab saya tak upload gambar pun. 

Bukan malas tapi sebab benda-benda macam ni, pada saya, benda peribadi. Tak perlu nak dihebahkan sangat. Kot? Itu pada sayalah. Sebab buat ibadahkan. Buat ibadah ni seeloknya kalau boleh biarlah kita low profile sikit. Sebab itu urusan antara kita dengan Pencipta kita. Takut nak hebah-hebah sangat sebab takut nanti saya jatuh riak dengan ibadah saya. Huhuhu. ( Jauhkanlah sifat macam ni. )

Sebab lain, bila ada yang tau saya dah pegi buat Haji tu, ada pulak tu yang sibuk tanya : " Apsal nama tak letak pangkal Hajah kat depan? ". Ok. Seriouly saya blur bila kena tanya macam tu sebab pada saya, penting sangat ke gelaran tu? Bukan dosa pun tak letak even dah pergi sepuluh kali pun kan? Ke macam mana?

Lagi pulak, saya tengok, jemaah Saudi yang dah banyak kali buat Umrah ke Haji ke, takde pulak saya tengok dorang letak Haji/Hajah kat depan. Kan? So, tak letak pun takpe kan? Tak menyusahkan orang lain kan? Kan? Kan? So, biarlah nama saya hanya nama saya sahaja. Hehehe.

Apapun, pengalaman buat Haji tahun lepas memang paling seronok. PALING

Dahlah masa suami ajak buat Haji tu, saya panik! Like helloooo ... saya umur 30 tahun pun belum lagi masa tu. Bukan apa. Dalam kepala otak saya ni selalu setting yang orang buat Haji ni biasanya untuk orang tua sebab orang tua-tua ni biasanya, ibadah dorang dah banyak and of course, dosa pun kurang kot. Teeheehee.

Tak macam saya. Dosa bertimbun. Entah dah diampunkan ke tak. Entah ibadat diterima ke tak. Terus rasa kekurangan dalam diri dan rasa memang tak layak sangat nak buat Haji ni.

Tapiiiiii ....

Bila suami cakap : " Hey, kita duduk sini okay! Bila lagi kan? Kalau balik Malaysia, entah bila nak dapat buat Haji. Jom kita buat tahun ( 2011 masa tu ) ni. Nak tak? ".

Ok. Ok. Sebab suami belanja. Saya on je. Padahal dia memang selalu je belanja saya serba serbi! Hahahaha.

Orang selalu ingat, bila duduk Saudi ni, setiap tahun boleh buat Haji padahal tak pun sebenarnya melainkan kalau saya duduk Makkah. Itu cerita lain. Kalau saya betul-betul duduk area Makkah, setiap tahun memang boleh buat Haji sebab yang duduk Makkah tak perlu 'Tasreeh'. 

'Tasreeh' ni macam ID nak masuk Makkah masa musim Haji. Once dah ada 'Tasreeh' ni, automatically nama kita ada dalam sistem. Bila nama dah ada dalam sistem, orang tu cuma boleh buat Haji dalam masa 5 tahun lagi macam tu. Macam negara lain jugak. Sama.

Kalau duduk area Makkah, suka hati awak nak buat setiap tahun pun sebab awak boleh bergerak ke Mina, Arafah suka hati. Tak perlu kos apa-apa pun. Jadi saya jeles dengan Malaysian yang duduk Makkah. Yes, I really envy with them! T__T

Ok. Disebabkan buat Haji tahun lepaslah saya kenal dengan sisters saya. Ina, Haida dan Kak Rahima. 

Ina sebaya saya tapi dia dah ada anak 2. Even anak dua pun, badan dia macam anak dara. Nyampah! Haida ni pulak sepatutnya saya panggil dia kakak tapi disebabkan dia perasan nak muda macam saya dan Ina, maka dia 'arahkan' dan 'paksa' saya dengan Ina panggil dia nama sahaja. Terukkan? :p

Haida pun dah ada anak. Sorang. Kak Rahima ni pun sama. Dah ada anak sorang. Ina dengan Haida masa buat Haji sesama dengan saya, dorang lone ranger. Pergi tanpa suami sebab suami Ina, masa tu amik tugas jaga anak-anak, suami Haida pulak, tahun sebelumnya dah buat Haji makanya, giliran isteri pulak buat Haji dan dia juga amik tugas jaga anak. 

Kak Rahima paling terel! Saya cakap dia terel sebab masa buat Haji tahun lepas tu, dia tengah mengandung 4 bulan ke atas kot. Kalau tak silap. Dia buat Haji dengan suami dia. Buat Haji dengan membawa baby di dalam perut adalah bukan mudah ye? Nasib Kak Rahima steady. Itu pun, ada jugaklah sesekali dia jadi singa betina yang lapar kejap. Hahaha.

Ok.

Hari pertama nak ke bertolak ke Makkah tu, pepagi lagi, rasa dah lawak sebab the organizer sediakan breakfast untuk semua. Faham-faham jelahkan kalau dah nama pergi dengan orang-orang Arab, makanya sudah pastilah makanan pun berunsurkan Arabian food.

Kami yang Malaysian ni bajet dorang hulur sandwich tapi bila belek-belek, rupanya roti Arab dibalut-balut dan disapu dengan labneh ke apa entah. Taktaulah apa benda. Tapi color putih dan rasa masam. Pulak tu, roti tu dorang dah selet sekali dengan rempah ratus.

Kalau orang kita, rempah ratus ni biasanya untuk tumis dalam masakan. Orang Arab tak. Dorang makan macam tu pun boleh je. Rilek je. 

Jadinya, bila dah bau rempah ratus tu, memang takdelah kami semua nak makan. Semua berlakon 'buat buat makan' padahal tak makan langsung pun. Orang kiri kanan yang Arab laju je makan. Kami ni? Bau rempah ratus pun tak lalu dah. Memasing muka dah blur sebab memang dah kebulur sangat. 

Yang saya pulak jadi terpaksa makan betul-betul sebab perempuan Arab sebelah saya, asyik tanya je kenapa tak makan roti tu. Nak taknak, saya terpaksa buka dan gigit roti tu depan dia. Itupun dalam hati, saya dah doa biarlah cepat sikit gerak keluar naik bas sebab nanti saya boleh buang roti dalam mulut saya tu. Hahaha. Serius tak boleh blah makan roti dengan rempah ratus. Nak muntah belahak pun ada masa tu.

Nasib baik, lepas sekali gigit tu, terus semua orang dah berpusu-pusu keluar naik bas. Terus saya amik tisu, luek kan balik roti dalam mulut yang saya dah gigit sikit tadi. Tak menahan betul. Pelik betul rasa, macam manalah dorang ni boleh makan roti dengan rempah ratus macam tu? Huhuhuhu.

Gerak dari Jeddah ke Mina dekat 2jam jugak. Sepanjang dalam bas saya memang tidur sebab memang mengantuk. Walau suami bising suruh zikir ke apa tapi mata memang tak boleh tahan dah. Tau-tau je dah sampai kat area Mina. Turun dari bas terus jalan kaki ke khemah.

Masa masuk khemah, saya tak jangkakan, pakej Haji saya ni mewah sangat. Tau-tau je masuk khemah, macam masuk rumah. Siap ada mini cafe kat luar tempat tidur like everytime nak makan ke, minum ke boleh pergi ambil suka hati bila-bila masa. Memang takkan kebulurlah sebab foods or drinks sentiasa di top up dari semasa ke semasa.

Pulak tu, masuk khemah tempat tidur tu, setiap sorang ada sofa bed. Sofa bed okay. Bukan tilam nipis ke apa. Pastu ada aircond semua. Serius macam pergi bercuti. Hihihi. Seronok!

Cuma yang tak seronoknya, every time nak tidur, mesti gang Egypt depan kami dok bergaduh dengan geng India belakang kami hanya sebab pasal aircond sahaja! Nasiblah kami ni jenis senang tidur. Not us but only Kak Rahima and myself. Hahaha. 

Biasanya bab tidur, saya dengan Kak Rahima adalah juara! Wakakaka. Kalau saya dengan Kak Rahima dah tidur, mesti Ina dengan Haida dok terkial-kial, terkebil-kebil mata tak boleh tidur. Hihihihi.

Kalau bab beratur nak amik makanan pulak, tak kiralah untuk breakfast ke, lunch ke, dinner ke, kami berempat sama-sama juara dari jemaah lain. 

Cakap pasal makan, makan memang heaven sebab setiap hari makan sedap-sedap. Setakat kambing tu, setiap kali makan, mesti ada kambing sampaikan balik dari Haji, tengok kambing pun dah muak. Pergi dengan organizer IEF ni, bukan cukup makan tapi terrrrrrrlebih makan sebenarnya! Hihihi.

Anyway, masa buat Haji ni, dugaan tu bermula bila nak ke Arafah. Memang sungguh-sungguh dugaan sebabnya kami kena beratur, berdiri dalam panas berjam-jam hanya untuk tunggu turn naik train! Gerak dari khemah ke Stesen Mina 1 tu, pagi buta, then, dapat masuk train dah nak ke pukul 11 pagi macam tu.

Ada je jemaah yang pengsan. Nasib baiklah Kak Rahimah yang memang tengah pregnant masa tu dah standby bawak biskut semua bagi perut tak rasa lapar dan loya. Dahlah masa tu memang tak dapat breakfast lagi okay? Memang memasing kebulur macam apa.

Sampai Arafah, dapat masuk khemah dan duduk tu, memang dah best tapi perut kruk krak kruk krak berbunyi lapar. Jap lagi, bila dapat breakfast, pulak tu, dapat roti pelik-pelik macam sebelumnya tu. Memasing dah gelak macam apa. Terus dari memang lapar betul jadi tak lapar dah. Even dalam packaging tu dorang isi macam-macam jenis roti, yang kami ni cuma boleh makan roti yg tengah-tengah ada hotdog. Itu seketul je. =_="

Selebihnya kami buang. Bukan buanglah. Kumpulkan kat tepi bagi orang-orang susah kat khemah luar. Jangan taktau, ada jemaah Haji yang datang buat Haji jalan kaki je dari satu tempat ke satu tempat. Pastu, dorang makan pun ada yang kutip makanan dari tong sampah je. Tidur pun atas selimut nipis yang dorang bentang atas jalan raya tepi-tepi jalan ataupun, tidur atas kotak. Sedih betul tengok. Terus insaf terbit dalam diri. Hihihi. 

Ok. Bila dapat breakfast seketul roti hotdog tu je, dah tengahari, memang kebulur gilaaaaaaa! Bajet lunch sampai awal. Jap lagi, dekat pukul 3 petang baru lunch sampai. Memang sebelum-sebelum tu, berzikir dan berdoa dalam kelaparan. Dapat je lunch, bukan kami serbu pun sebab nasi dalam dulang tu kuat gila bau hanyir kambing! T__T

Saya yang memang tahan hanyir kambing terus rasa nak makan nasi pun tak jadi sebab bau hanyir tu memang kuat sangat. Inikan pula, Ina yang memang tak tahan bau kambing langsung! Hahahaha.

Tapi disebabkan kami sedar tak boleh tak makan sebab jauh lagi perjalanan haritu, kami makan juga. Itupun selow melow godek nasi. Nasib baik masa tu ada sos cili yang boleh kurangkan bau hanyir tu. So, kami berempat makan nasi, tuang sos cili, makan. Berulang sampai kenyang sebab kalau tak letak sos cili dalam satu suapan nasi tu, memang tak tertelan kat tekak ni ha. Hihihi.

Selesai makan, terus sambung beribadah balik sampailah ke Maghrib. By Maghrib tu sepatutnya, semua dah kena gerak ke Muzdalifah tapi sekali lagi, disebabkan masa tu jemaah yang lain out of control kat stesen Arafah, sampai ke pukul 10.30 malam, rombongan jemaah kami tak lepas-lepas naik train.

Memasing dah susah hati tapi tak boleh nak buat apa. Benda dah jadi. Polis pun tak dapat nak kontrol sangat. Kami terpaksa patah balik ke khemah semula. Nak taknak, kami juga terpaksa solat Isyak kat Arafah sebab dalam keadaan darurat. Lepas solat, kami patah balik ke stesen train Arafah dan dapat naik train pun dah nak tengah malam.

Sampai Muzdalifah, tempat yang memang disediakan khas untuk jemaah rombongan kami pulak tak boleh digunakan sebab katanya kat situ terlalu banyak batu besar-besar dan kat lereng bukit. Jadinya, organizer dinasihatkan bawak jemaah kat area yg landai je. Terus semua lepak kat depan stesen Muzdalifah sampai ke pagi. 

Then, sebelum Subuh, dah gerak naik train ke Jamrah Aqabah sebab nak kena buat lontaran pertama. Masa nak naik train tu lah, terpisah dengan Ina dengan Haida. Entah mana-mana dorang terselit sebab mak budak dua orang tu kan, badan memasing keding. So, bila kena tolak sikit, terus melayang masuk dalam train. Hihihi. 

Memang terus tak jumpa dorang walaupun dah sampai kat Jamrah. Kami jumpa balik bila kat khemah! Hahaha.

Masa dah sampai Jamrah tu kan, seriously ni saya dah kekurangan tenaga. Tambah pulak, disebabkan berhimpit, saya jadi semput. Dahlah memang saya ni asthmatic. Out of energy terus. Jalan kaki nak melontar pun dah selow melow. Masuk nak melontar tu semangat kejap. Bila jalan kaki nak naik train balik ke Mina, ya Rabbiiiii ....... punyalah jauhhhh siap berbukit-bukit lagi. Rasa nak menangis. T__T

Tapi rasa kesian kat diri terus hilang bila tengok Kak Rahima yang tengah pregnant tu. Lagi kesiannnn! Kami siap berhenti-henti rehat kat tepi tembok. Bila dah sampai dan terus naik train, jalan kaki sampai ke khemah dan nak tahalul tu, kami buat yang dan je. 

Disebabkan terlalu penat dan nak 'bebas' sikit dari ihram, tahalul / potong rambut pun jadi senget benget! Konon nak mandi terus pun, tak jadi sebab bila nampak sofabed, memasing terus bummmmmm tak sedarkan diri. Esok paginya bangun, baru kami mandi. Terus rasa puas mandi sebab dapat dah pakai syampu wangi dan sabun wangi. Hihihi.

Dugaan masa buat Haji ni datang lagi untuk kesekian kali pada hari terakhir kami di Tanah Haram.

Pagi terakhir tu, semua kena bangun awal sebab memasing dah kena packed beg dan masukkan dalam bas. Settle packed, pukul 8 pagi macam tu gerak ke Jamrah lagi untuk lontaran ketiga.

Kes yang sama macam kat Arafah. Sampai pukul 10 pagi, kami semua tak dapat-dapat naik train. Sudahnya, terpaksa patah balik ke khemah di Mina semula dan kami diarahkan berkumpul semula untuk naik train selepas selesai solat Zuhur.

Ok. Bila pergi lepas Zuhur ni, untuk saya adalah sangat berisiko sebab satunya, saya ni asthmatic. Bila panas, asthma saya boleh jadi lebih teruk dari biasa. Keduanya, bila panas, hidung saya mudah berdarah.

Disebabkan tiada pilihan, redah juga dan seperti saya jangka, sampai kat Jamrah dengan cuaca panas terik tu, hidung saya berdarah. Nasib baik dah standby tisu awal. Alhamdulillah, asthma tak menyerang sebab saya dah minum air banyak-banyak sebelum tu. ;)

Bila dah selesai melontar, naik train semula dan balik ke Mina, sampai Mina terus naik bas untuk gerak ke MasjidilHaram untuk selesaikan Tawaf dan Saei pulak.

Alhamdulillah dapat keluar dari sempadan Mina tu sebelum Maghrib. Bila dah nak sampai MasjidilHaram tu, kami sangkut kat satu terowong. Masa sampai tu, dekat pukul 7 petang. Bila turun bus, kami diberitahu yang bas kami ni tak boleh masuk sampai ke MasjdilHaram. Kena naik bus yang disediakan khas untuk ke kawasan berdekatan.

Ok. Kami tunggu.

Tunggu punya tunggu, tak dapat-dapat naik bas. Last-last, kami yang Malaysian ni dengan few Egyptians decided nak jalan kaki sepanjang terowong tu.

Saya pikir banyak kali jugak sebelum nak decide tu sebab asthmatic macam saya bukan mudah. Pulak tu, sistem pengudaraan dalam terowong adalah sangat berisiko untuk saya. 

Tapiiiiiii disebabkan hati meronta nak cepat settlekan urusan Haji, saya jalan kaki jugak! Jauh jugaklah. Dekat 2km atau lebih tapi less than 5km lah pastinya. Sampai kat penghujung terowong sebelah sana, kami terus jalan kaki lagi ke MasjidilHaram sebab tak jauh dah bila dah kat situ.

Bila nak masuk dalam Masjid tu, problem pulak sebab orang terlalu ramai sampai ada adegan tolak menolak, raba meraba. Dah lebihlah kan? Lepas tu, kena pikir gak dengan keadaan Kak Rahima yang tengah pregnant. Terus kami masuk ke dalam Safa Tower dan solat Maghrib kat dalam bangunan tu. Siap solat Isyak terus!

Settle solat, kami keluar dari Safa Tower dan try nak masuk ke dalam MasjidilHaram. Pun tak boleh sebabnya banyak pintu masuk tutup. Alasannya nak lepaskan orang dalam Masjid keluar dulu. Berejam-rejam kami tunggu. Cilok punya cilok pun still tak dapat nak masuk. =_='

Dekat 2jam berusaha, baru kami dapat masuk Masjid! Phewwwwww .....~

Bila dah masuk Masjid, dugaan lagi bila kami tengok Masjid sangat packed untuk buat Tawaf. Bayangkanlah, nak Tawaf tu sampai ke dalam-dalam Masjid penuh. Berlapis-lapis sampai ke tempat solat!

Masa ni dah terpaksa separate dengan Kak Rahima and her husband sebab masa tu, she really out of energy. Paham jelah bila dah bawak budak dalam perut. Yang tak bawak budak dalam perut pun dah mengah-mengah, inikan pulak yang bawak budak!

Jadinya tinggal kami berempat. Saya, suami, Ina dengan Haida.

Dannnn ... kami decided buat Tawaf kat tingkat dua. Seksa okay. Nak menangis rasanya sebab nak siapkan tawaf 7 kali keliling Kaabah tu, kami amik masa dekat 3jam! Berhimpit-himpit, bergesel-gesel tu jangan cakaplah. Memang tak boleh nak buat apa dah.

Itupun, kami ada berhenti rehat sekejap, minum air, pastu sambung Tawaf balik. Dua kali rehat rasanya sebab suami saya kan kaki dia tak berapa sihat sangat. Huhuhu.

Settle Tawaf, terus naik tingkat atas sekali untuk buat Saei pulak. Masa Saei ni, jangan cakaplah. Tapak kaki memang dah terlalu sakit sangat! Jalan pun dah terhuyung hayang. Serius kami takde gambar kenangan beramai-ramai masa Saei ni sebab nak keluarkan kamera pun takde hati langsung!

Yang kami pikir ..... " Nak balik, nak balik, nak balik, nak rehattttt! " Hahaha. :p

Alhamdulillah, masa nak siapkan Saei tak lama sebab orang tak penuh macam masa tawaf. Masa berjalan langkah-langkah terakhir nak habis Saei tu, rasa macam dah terawang-awangan sebab tak percaya dah complete urusan Haji saya, suami dan sisters yang lain.

Actually, it is like my dream come true and I bet, semua orang mengimpikan untuk ke RumahNya.

Sejujurnya, saya tak pernah termimpi boleh buat Haji dalam usia yang boleh dikira muda. Heh. Tambah pulak, diberi peluang untuk tinggal dan memahami budaya bangsa Nabi-Nabi yang agung buat saya rasa, saya kira ini adalah peluang yang diberi sekali seumur hidup!

Saya ingat lagi, sebelum suami dapat offer kerja kat sini, saya ada ajak dia pergi Tabung Haji untuk daftar buat Haji. Tup tup, Allah SWT perkenankan doa saya! Bukan takat buat Haji tapi lebih dari tu. SubhanAllah. Hari-hari nak ucap syukur pun rasanya tak terbalas dengan pemberian rezeki dari Tuhan yang sangat nikmat ni.

Harapnya, rezeki sentiasa kekal di sini sebab walaupun, orang cakap kehidupan saya seperti 'katak bawah tempurung', saya suka je kat sini. 

Walau tak boleh kerja ...
Walau tak boleh keluar sesuka hati ...
Walau takde wayang ...
Walau takde itu ini ...

Saya suka je sebab walau takde semua tu, saya boleh sentiasa berkunjung ke RumahNya. Itu lebih buat saya happy! Kan?

Pada yang usia masih muda, masih sihat, kuat kudratnya juga mampu, kumpul lah duit, buat Umrah / Haji. Time sihat dan muda ni lah kena rebut peluang macam ni. Tengok orang-orang tua yang datang sini buat Umrah / Haji memang buat saya tacing sebab saya kesian. Saya memang cepat kesian pun kat orang. Hihihi.

Tapi tengok dorang datang, jalan terbongkok-bongkok, jalan bertongkat atau berkerusi roda, buat diri jadi insaf. Sekejap. Lepas tu tak sedor diri. Boleh tak macam tu? =_=

Anyway, saya berdoa moga diberi kesempatan untuk buat Haji lagi pada masa akan datang. Saya doakan juga moga semua orang boleh datang sini untuk buat Umrah / Haji suatu hari nanti! InshaAllah. Silalah berusaha ke arah itu okay? 

Apapun, saya happy dengan pengalaman yang dapat saya 'kutip' masa buat Haji tahun lepas. Walaupun secara amnya, memenatkan but at the end of the day, rasa nikmat yang best sangattttt! 

Buat parents yang dah kat sini untuk melaksanakan ibadah Haji, semoga mereka semua selamat pergi dan kembali ke pangkuan keluarga. Juga semoga urusan mereka dipermudahkan olehNya! 

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97) 
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَكَ 
Labbai kallahumma labbaik, Labbaikala sharikala kalabbaik, Innalhamda wanni'mata laka walmulk, La sharikalak 
Hambamu datang menyambut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu

Sekian. Ma'asalamah!

6 comments:

  1. Teringat masa buat umrah bulan April. Mmg dream come true utk ke sana..dipermudahkan, Alhamdulillah. Now, nak pergi lagi insya allah. Mmg envy tau dgn org2 yg duduk Makkah/Jeddah ni.. anytime boleh pergi. Nak apply kerja situ lah. Jd cleaner Masjidil Haram pun rasa betapa nikmat nya dorang2 kan. hmmm.. Rindu sgt2!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.....moga kan tiba giliranku kelak...aamiin.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ilah..doakan kami pula kesana ye..teringin sgt2! =)

    ReplyDelete
  4. datang lagi..sambung baca...semalam baca sekerat, trus komen. Hari ni baru habis baca..hehe..
    Insaf juga dan amat berharap moga dapat menunaikan Haji dalam usia yang masih gagah berani. Tk mo la gi taim udah bongkok2 pakai tongkat...pakai wheelchair...
    Moga Allah makbulkan sebelum tarikan nafasku yg terakhir...aamin.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya..
    Insya Allah ada rezeki saya nnt utk buat haji dalam waktu yg sihat ni.

    ReplyDelete
  6. salam,mak saya sedang menunaikan haji di tanah suci mekah... sedikit sebanyak apa yang awak tulis buat saya faham apa yang mak saya telah lakukan... nice blog,suka sangat baca blog awak... x pernah jemu utk baca walaupun panjang mana pun u tilis... i really2 like it.... salam perkenalan ya ukhti... ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...