November 5, 2013

Pregnancy Update : Persiapan Barang Baby

Alhamdulillah, as for today, I am officially 33 weeks and 1 day pregnant.

Last check up 31 Oktober haritu, Alhamdulillah, baby ok, tersangatlah aktifffff. Tak pernah lagi sepanjang scan dia tidur. Selalunya time scan jek, mesti baby tengah joget-joget dengan riangnya.

Cumaaaaa ... until now, we both tak dapat tengok muka baby. Sebab sepanjang scan, walau kaki tangan menggeletis, baby tutup muka dengan tangan. Pasrah je la esok kang keluar ikut muka siapa pun. Janji sihat sejahtera.

Anyway, bila dah nak beranak ni, orang sekeliling for sure akan tanya, " Dah siap ke barang baby semua? " selain dari soalan : " Dah ready ke nak bersalin? ". Hihihi.

Baju Baby & Seangkatan

Ikutkan sebenarnya seawal dari masa baby 3 bulan lagi, kami dah start beli barang-barang baby especially baju walaupun, ada certain yang cakap, tak elok beli barang awal but pada saya, semua adalah kuasaNya. Doa dan tawakal sahaja.

Lagipun, kat sini, kebetulan masa tu start beli sebab Mothercare tengah sale menggila. Takkan nak tengok je kan? Haruslah sauk sikit masuk dalam bakul. Hehehe.

Saya ingat  lagi, first time nak beli baju tu, taktau nak beli color apa sebab jantina baby pun taktau lagi masa tu. Jadinya, nak selamat dan juga disebabkan suami suka color putih, kami banyak sauk baju putih bercorak-corak. Kiranya baby boy ke baby girl ke, dua-dua pun boleh pakai. Takde hal punya.

Cuma bila nak beli baju baby ni, payah nak terang kat suami yang baju baby ni kena beli saiz besar sikit. Tak bolehlah semua nak beli saiz yang sama je sebab baby kan cepat membesar. Sakit hati juga bila setiap kali amik saiz besar nak menjawab kat suami bila he keep asking : " Kenapa beli besar? Kesian baby nanti baju gedoboh. ". Ok. Fine. =____=

Nak puaskan hati kedua pihak, kami amiklah juga baju baby saiz utk 2.5kg - 4kg macam tu. So at least takdelah baju semua gedoboh but I always pray that baby saya debot. Kihkihkih. Jadi bila baby debot, pakai baju just fit nicely je. Hihihi.

Baju baby jangan cakaplah kan. Berlambak-lambak beli. Eksaited kan. Kahkahkah. Padahal diri sendiri gelojoh setiap kali nampak sale kat butik baju baby kegemaran sampaikan kadang kena marah dengan suami sebab tak dapat kawal diri.

But well, I just can't get enough la. Yelah kan. Tunggu lama bebenor. Selalu beli baju untuk anak-anak buah. La ni beli baju untuk anak sendiri, biarlah over sikit. Kihkihkih.

Apapun, Alhamdulillah sebab kami memang dapat jimat banyak gilaaaaaaaaaaaaa bila spend beli baby baby sebab kebanyakan kami shopping time sale tengah menggila. Memang takde langsung beli baju baby time takde sale. Membazir okay sebab baju baby memang ya ampun mahallllll tapi bila sale, ya ampunnnn murahnyaaaaaaaaaaaa!

Cuma tu la, kat sini susah bebenor nak dapat beli booties dengan mitten. So, masa balik Malaysia time raya ritu, saya memang borong beli mitten, booties ngan socks kat Malaysia. I don't go for any brand, asal cantik comel kat mata, saya sapuuuu je beli.

Benda lain yang saya beli kat Malaysia selain mittens tu semua, saya beli gak barut baby dengan kain bedung baby. Barut memang amik yang ada tali sebab senang boleh adjust ikut saiz badan baby. Bedung baby ni memang problem sebab ritu saya beli 1 pack je yang ada cop kepala mickey tu. According to some of my few friends, dorang cakap, kain tu kecik. Kalau kecik, alamatnya, bedung pakai kain batik je lah nak. Malas nak pikir or beli lain. Hihihi. Pakai je la mana yang ada.

Then, blankets & towels for baby, saya beli kat sini. Pun beli time sale. Tapi blankets & towels ni nak kata sale tu murah, tak jugak. Beli pun tak banyak. Few pieces jek. Pun colour yang universal. Tak color putih, color cream. Ada jugak sesat saya amik beli color pink. Hahahahaha. Nasib ler. Lantak situ.

So, for now, baju baby memang dah lebih dari cukup. Saya cuma tinggal basuh jek. Semalam dah basuh separuh. Tunggu first trip ni kering, then baru sambung basuh lagi sebab kat sini, maklum je lah. Jemur baju pun dalam rumah. Memang tak jemur kat luar sebab nanti berpasir dan berhabuk. So nak tunggu kering, memang amik masa sikit. Lagi-lagi bila basuh semalam, perah sendiri. Memula ingat nak mesinkan aje tapi pikir, sayangnya nak spin pakai mesin. Terus gigih perah sendiri sampai sakit pinggang. Huhuhu. Demimu anak, ko keluar besok degil-degil, kau siap! Hiks.

I Choose Cloth Diaper

Ok. I know, bila cakap pasal Cloth Diaper ( CD ) ni, kebanyakannya mesti tanya : " Ada masa ke? ". Saya pilih untuk berCD sebab saya duduk rumah. Lama kot saya study pasal CD ni. Pasal buruk dan baik. Plus saya tanya kawan-kawan yang pakaikan CD kat anak dia dari baby sampai toddler.

Most of them cakap. it is worth pakaikan anak CD. Save the planet gitu. Hahaha. Plus dah bincang dengan suami. Dia pun okay kan aje walaupun sebenarnya, dia memang akan okay je memanjang kalau tanya pasal barang baby. Huhuhu.

Lagipun, masa CD start masuk Malaysia, saya memang suka gila kot. Suka at first sebab ada macam-macam corak dan warna. Tapi sebab utama nak pakai, mestilah sebab nak menyenangkan diri sendiri. Walaupun orang cakap pampers pakai buang tu lagi senang, saya pilih CD sebab in a year, boleh jimat few thousand bucks compared to pakai buang.

Tapi pilihan kat memasing lah kan. Saya tak kerja. Duduk rumah. So, saya memang banyak masa. Jadi inshaAllah memang takde masalah kat situ. Doa yang terbaik.

Untuk permulaan ni, saya beli 20 pieces CD, 40 pieces microfiber insert and 20 pieces washable liners. Semua CD saya beli brand yang sama iaitu brand Autumz. Beli kat OneBabyWorld. Jimat berganda sebab kebetulan dorang ada sale sampai penghujung Oktober haritu.




Pasal CD ni saya banyak bertanya pada blogger Fyza merangkap classmate saya jugak masa sekolah teknik dulu. Dia ni pada saya, memang otai CD la sebab dia pakaikan anak dia CD dari anak dia newborn lagi sampai anak dia umur setahun ke 2 tahun macam tu. Bila dia dah start kerja, baru dia pakaikan anak dia pampers pakai buang sebab Mak dia yang jaga. Dia jugak yang suggested beli brand Autumz sbb dia dah cuba banyak brand and Autumz is the best according to her! ;)

Ilmu berkaitan CD ni, saya memang kutip habis-habisan dari Fyza. Alhamdulillah Fyza tak kedekut. Segala pertanyaan dia jawab dengan jayanya. Hahaha. Anyway, jazakallahkhukhair Fyza! Jasamu ku kenang hingga akhir hayatku. Kihkihkih.

Harapnya, urusan berCD ni dipermudahkan. InshaAllah. Nanti kalau dah start guna, bolehlah saya share juga kat dalam blog ni inshaAllah.

Nursing / BreastFeeding

Seawal pregnant, saya gigih baca pasal breastfeeding ni. Semoga ada rezeki untuk baby breastfeed sampai umur 2 tahun inshaAllah sebab itu memang niat saya. Alhamdulillah dok sini, saya ada few sisters yang otai pasal breastfeed ni. So, banyaklah tanya-tanya kat dorang and dorang pun banyak share few tips or any article yang berkaitan.

Apapun, even nak BF baby pun, breastpump kena ada. Cerita pasal breastpump ni, memula plan nak beli Medela FreeStyle tapi lepas dengar few suggestion, disebabkan saya dok rumah jek, better saya amik yang biasa-biasa je. Pikir punya pikir, saya decided beli Medela Mini Electric.



Sebenarnya saya cari Mini Electric Plus tapi takde pulak. Yang ada, yang single ni je. Bolehlah. Janji ada. Sebab bukan nak guna selalu pun.

Settle breast pump, so sekarang ni, tinggal nak cari dan beli Medela Warmer dengan few Medela bottles jek. Saje nak beli lambat-lambat sebab nak banyak bergerak bila dah hujung-hujung ni. Hehehe.

Baby Travel

Benda pertama mestilah stroller. Suami adalah yang paling eksaited kalau bab stroller ni okay. Ia adalah ibarat membeli kereta untuk anak. Jadinya, disebabkan kuasa membeli barang baby yang lain adalah kuasa mutlak saya, jadinya, untuk stroller ni, memang dia berkuasa sepenuhnya.

Untuk stroller, kami survey few brand yang kami memang nak sahaja. Kami tengok model dulu then baru survey harga. Yang penting mestilah ada ciri-ciri, tayar tiga, tayar beso dan kesemua tayar boleh pam angin. =___="


Saya memula memang nak sangatttttttt dengan stroller brand Stokke sampai cakap kat suami : " Takpe. I kumpul duit yang you bagi every month, then I belilah, I bayar! " tapi bila pikir-pikir balik, harga pun boleh dapat Hamsptead LV sebijik, redho je lah. T___T

Then, kami ke butik Papas Mamas. Berkenan jugak dengan few models yang ada kat situ. Tapi hold dulu sebab nak survey brand Quinny ngan BugaBoo.

Survey punya survey, lastly, suami purchased online je stroller. Dia beli brand yang tiada langsung dalam senarai di atas. Hahahahahahaha. Dia memang berkenan sungguh dengan brand yang saya suggest lepas saya tengok stroller tu dalam FB Kak Wardina. Memang stroller tu memenuhi semua ciri-ciri dan citarasa yang dia nak. Okay.

Walau stroller yang suami beli tu gedabak dan bulky, saya sukaaaaa sebab ia adalah stroller idaman saya jugaaaaaaaaa! Hahahaha.

Untuk car seat pulak, kami beli Maxi Cosi Pebble. Itupun confuse nak amik Pebble or CabrioFix tapi sebab kebetulan pulak rezeki baby kot, kami dapat purchased Pebble dengan harga CabrioFix. Yeayyy ... jimattttt! Alhamdulillah. ;)

Settle stroller ngan car seat.

Carriers baby kami hold dulu. Nak beli lepas baby dah keluar inshaAllah.

Cot or Travel Cot?

Plan asal memang nak beli cot kecik je. Nak beli pun sebab cot yang saya berkenan tu color putih. Hahaha. Konon-konon nak matching kan lah dengan furniture dalam bilik tu ha sebab furniture dalam bilik semua color putih kecuali satu drawer ni. Even drawer untuk letak baju baby pun, kami amik color putih gak.

Tapi tapi tapi ... lepas ada bagi suggestion beli travel cot je, kami decided beli travel cot. Sebab baby kan tak semua suka tidur dalam cot. Kot kot baby saya esok keluar taknak tidur dalam travel cot ke, at least travel cot tu boleh lipat simpan bawah katil. Kalau cot kayu tu kan, kena bukak la apa la. Kan dah susah.



Lebih kurang macam ni lah rupanya. We go for Graco brand. Nak beli travel cot pun, hehehehe ... cerewet sebab saya nak color hitam. Kebanyakan yang kami jumpa semua colorful. Nasib baik jumpa jugak color hitam macam ni kat Baby R Us. Terus beli. Last piece pulak tu. Hihihi.

Ok baby. Travel cot dah ada. Nanti tinggal cari tilam je sebab bedsheet, blanket, bantal semua ada dah. Baby tidur dalam ni okay. Mahal Papa beli. Kihkihkih. :p

Diaper Baby Bag

Diaper beg ni baru haritu terkedek-kedek carik dan beli. Sebelum ni macam tak kisah sangat je sebab rasa macam tak penting. Sekali cam errr ... okay kena beli ASAP sebab kot tetiba terberanak awal ke kan. Naya je kot kena kemas barang semua last minute.

Brand first sekali saya survey adalah brand Storksak. I know this brand dari Dr Harlina. Memang banyak pattern plus beg tak rupa langsung bag baby which is bonus la kan. Tapi nak tunjuk harga beg Storksak tu kat suami ... errrrrr ... I am not dare enough! Hahahaha. Jadi, lupakan sajo wahai Nailah.

Bila dah terpaksa lupakan Storksak, terus blur taktau nak survey brand apa sebab memang zero knowledge langsung pasal diaper baby beg ni until saya tergerak hati tanya of one my sister kat sini. She suggested SkipHop punya brand sebab their bag is stroller bag! 

Stroller bag mean ....



Haaa ... beg boleh gantung cantik comel macam ni. Takdelah nak risau kot ada orang nak amik beg ke, seluk beg ke sebab statik kat handle stroller gitu.

Brand SkipHop ni pun banyak pilihan corak dan design. Paling penting, banyak compartment. So, senang sikit nak seluk-seluk. Ingat nak beli yang flip ada cover tapi memikirkan saya ni adalah pemalas kejap-kejap nak bukak cover, jadinya ... saya amik yang ini ....


Skip Hop Duo Sequins Essential Diaper Baby Bag

Masa nak beli tu kan, memula sedih sebab pergi Mothercare dekat Red Sea cari brand ni, memang takde langsung. Dah give up ni. Tapi lepas tu ajak suami pi Mothercare dekat Tahlia Street nak check kot ada ke kan.

Sampai kat rak, buntang mata tengok beg ni berlambak-lambak kat rak diaper baby bag. Kihkihkih. Terus hatiku gumbira tak terkata.

Tapi tapi tapi ... suami masa tu bila saya tanya : " Ok ke. ". Dia jawab ok. Then, tengok muka dia macam redho tak redho je tengok harga. Hahahahaha. Bila nak turun bawah nak bayar beg ni, saya tanya dia : " Mahal ke B? ". Terus laju dia jawab : " Agaklah. ". Jujur terus kau! Kahkahkah. 

Tapi disebabkan saya nak, saya ler membayornya. Nak puaskan hati sendiri kan. Suami tengokkan aje sebab dia tau pe'el bini dia. Jenis kalau nak, nak jugak. Pedulik apa kalau orang lain cakap mahal ke apa ke. Kuikuikui.

Malam tu saya memang tidur dalam senyuman sebab dapat diaper baby bag idaman. Hahaha. Kemain tau baby. Ini kalau tak kenang jasa ni, memang aku lepukkan aje! =____="

Haaaaa ... itu je lah cerita persiapan baby saya. Apapun, terima kasih daun keladi kat suami sebab dia memang work hard cari duit untuk memenuhi keperluan baby dan jugak memenuhi tuntutan nafsu bini dia bila membeli barang baby. Harapnya kami sentiasa terus dimurahkan rezeki inshaAllah.

Ok baby. Jangan lupa pesan Mami : " Sila keluar awal okay? ". Keluar awal tu mean after 36 weeks okay? I just can't wait to gomol, gigit and kissing you like crazy. After this, takyah susah-susah dah nak cubit gigit gomol anak orang. I have my own. Huhuhu.

Till then!

8 comments:

  1. complete neklah...ready fizikal n mental ye...seronok wehh baca kisah org beli barang baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Complete tak complete sangat lah. Ni pun rasa macam ada banyak je lagi tak beli. Kihkihkih. Takpe. Neklah doakan Fayel dapat adik nanti inshaAllah. ;)

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segalanya utk Nailah..tak lama dah kan..

    ReplyDelete
  3. eh nailah, same la, i use medela mini-e 2..hee..cume skang da berpaling tadah gune rumble tuff..tp medela 2 snang nak angkut g memane, kecik n blh gune bateri..

    ReplyDelete
  4. Smoga dpermudahkan semuanya.. insyaallah baby jd anak yg baik

    ReplyDelete
  5. me pun beriya nak guna CD mase pgnant, beli byk2 gila, now fahim dah 6months CD belum muat2 sbb pinggang die ramping sgt -_- hahaha..tapi sbb i hantar die ke taska so diorg taknak CD2 ni -_- jd kena gak guna disposable diaper tu pun alhamdulillah fahim ok dgn brand yg murah2 je, pastu kat rumah kalau weekend i akan pakaikan die CD tapi sometimes the CDs that i bought smua menyebabkan die bocor astu basah tilam and etc -_- maybe i yg bongoks tak pakaikan dgn betul. but anyway sbb u dok umah mmg sangat-sangat patut guna CD, i sokong! hehee
    Mini Electric takde 2 phase suction tu tapi if okay dgn u, mini-electric tu dah cukup baik. i need the 2phase suction (nanti u dah bersalin u will know what i mean) sbb nak trigger Let-Down reflex is not easy. Tapi kalau u tak kerja, direct-feed je senang cuma breastpump ni mmg perlu sbb baru2 bersalin nnt susu kdg2 berlambak2 so baby minum sikit je yg lebih2 tu sape plak nak kasi minum? :P tu yg mmg perlu gak breastpump ni..bagus la u dah beli. Happy preparation Nailah!! seronoknyeeeeeeeeeee :D

    ReplyDelete
  6. hehe I know tuan blog dah beranak dah pun *Alhamdulillah*. Tapi I agreed to most of your point. Lepastu melting2 je tgk stokke xplory. Tapi mak dia kereta pun takde, baik beli kereta mak dulu haha

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...