Kemain tau tajuk nak kronologi bagai. Hahaha.
Cakap pasal mengidam ni, ikutkan bila duduk kat negara orang ni, memang selalu bebenor mengidam itu ini tapi tapi tapi, bila pregnant ni, baru perasan yang mengidam orang pregnant ni lain sikit dari biasa.
Apapun, Alhamdulillah sebab saya punya tahap mengidam takdelah teruk sampai bila tak dapat nak makan something tu boleh sentap nak nangis bagai. Tahap mengidam saya, konsep dia cuma kalau dapat makan, syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat, takpelah. Takde rezeki. Terus automatik akan mengidam makanan lain. Gituuuuuu.
Lagipun kenalah sedar diri sikit. Dah nama duduk kat negara orang kan. Bukan semua makanan yang kita nak kita boleh dapat. So, nafsu mengidam ni pada pendapat saya, boleh dikawal sebenarnya kalau tiada pilihan. Ye tak? ;)
Anyway, makanan pertama yang saya mengidam adalah LOBSTER. Masa ni sebenarnya taktau lagi pun yang saya tengah pregnant cuma masa tu, memang apesal entah. Tekak nak sangat-sangat makan lobster tapi syaratnya nak home cooked lobster sahaja! Kedai-kedai tak main haaaaaaa.
Mujurlah kat Jeddah ni, lobster memang berlambak-lambak jual kat pasar. Kalau saiz yang kecik biasanya dijual dalam SAR60 sekilo. Kalau yang besar, dalam SAR180 macam tu kot kalau tak silap. Masa nak beli lobster tu pun pening sebab banyak sangat saiz. Taktau mana yang ok.
End up, beli sekor je. Saiz besar. Balik rumah, suami potong dua. Dia makan sebelah, saya makan sebelah. Siap semangat buat mashed potato bagai, siap ada limau potong la apa lah, tapi bila nak makannnnnnnnnn ..... ????
Terus rasa, LOBSTER BERBAU HANYIR! Apakah? Tapi makan jugaklah sebab dah teringin. Masa tu dah start rasa tekak macam loya. Tertanya juga pada diri, ni apehal aku macam nak muntah pulak ni? Tadi nak sangat, dah depan mata pastu macam tak selera pulaaaa. =_____="
Bila dapat tau dah positif pregnant tu, terus suami cakap : " Ooooooo ... patutlah ritu beriye nak lobster. Pregnant rupanya you ni. Hihihihi. "
Lepas lobster, ada satu pagi tu, masa tu weekend. Bangun-bangun tidur, tetiba telan air liur teringat lauk raya masakan emak. MASAKAN EMAK okay? Tapi apakan daya. Nangis keluar air mata darah sekalipun, mana nak dapat masakan emak masa tu jugak kan?
Jadinya, saya terus capai telefon sms emak : " Ilah nak resipi kuih kacang, rendang dengan sambal goreng semua tu. Teringin pulak. "
Then keluar bilik, terus cakap kat suami : " I nak masak lauk rayaaaaaaa! I don't care. I nak masak sekarang. ". Masuk dapur, check apa bahan yang takde. Terus suka hati arah suami pi beli bahan nak masak time tu jugak! Hahaha.
Itupun suami banyak kali tanya : " Serius ke you ni nak masak? Sekarang ni? Right now? ".
" Iyeeeeeeeeeeeeeee ... pi keluar pi beli barang cepat. Lambat beli lambat pulak I siap masak. "
Teruslah suami keluar pi beli barang. Kuikuikui.
Few days after pulak, siapa entah dok upload gambar Mee Bandung Muar kat Instagram. Teruslah diri sendiri terpengaruhhhhhhhhh! Terus masuk dapur masak sebab kebetulan semua bahan cukup. Alhamdulillah.
Dan bernasib baik, sebab nak buat Mee Bandung ni tak lama sebab saya ada paste Mee Bandung Muar. Masuk paste, masuk daging, masuk telur, masuk sayur, siappppppp!
Dan tak lama selepas tu pulak, ada satu hari tu, tengah tengok Facebook, boleh pulak ada yang upload gambar PUTU BAMBU! PUTU BAMBU okay? Kegemarannnnnnnnn dari kecik sampai dah kahwin ni.
Asal kalau pergi pasar malam, mesti beli putu bambu. Kalau tak putu bambu, saya beli putu piring. Tak kisah memana. Janji ada salah satu. Kadang-kadang, dua-dua saya beli makan sorang-sorang.
Tengok gambar putu bambu tu, rasanya, itulah paling kronik sekali berbanding dengan makanan lain. Serius rasa tahap nak jugakkkkk! Tak kira. Apa nak jadi, jadilahhhhh!
Bila cakap kat suami, suami dah pening. Gelabah. Mana pulak nak cari putu bambu ni bini hoiiiiiii! Ini kat Jeddah. Bukan Malaysia. Sobsssss. T______T
Stress jugak suami masa tu sebab hari-hari buat muka seposen kat dia : " I nak putu bambuuuuuuu pleaseeeeee! I nakkkk! Tak kesian ke kat I?". Saya punya merayu nak putu bambu tu tahap saya rasa, kalau girlpren yang mintak, mau kena pelempang sedas! Hahaha. Ini nasib baik bini yang mintak.
Jadi makin kronik bila masa tu bulan puasa. Adoilahhhhh! Sampai satu tahap tu, suami cakap kat saya : " Please lah mintak food lain sayang. Jangan macam ni. Mana B nak cari putu bambu tu? ". Haaaa kesian tak? Kahkahkah.
Disebabkan nak sangat, saya ni punyalah gigih siap google resipi semua tapi even ada resipi pun, bukan boleh buat sebab acuan takde.
Until laaaaaaaa ... jeng jeng jeng ....
Suami dalam diam kirim putu bambu kat kawan opis dia yang kebetulan balik Malaysia bercuti. Kawan dia siap belikan 2 bungkus okay! Alhamdulillah, putu bambu tu tak basi pulak. Memang just nice bila makan. Padahal perjalanan putu bambu tu, jauh okay. Berejam-rejam. Dari KL ke Dubai ke Jeddah.
Bila dapat makan tu ... Allah ... rasa macam putu bambu tu lah yang paling sedap sekali dalam doniaaaaaaa ini. Kihkihkih. Terus jadi bertambah lagi sayang kat suami. Kakakaka. :p
Dan lepas tu, bermulalah misi 'Jalan-jalan Cari Makan di Malaysia' sebab suami decided this year balik beraya kat Malaysia memandang saya pregnant. Dia cakap : " Kena tunjuk perut. Kang tup tup baby keluar, orang ingat anak angkat pulok. ". Hihihihi.
This year, kami balik raya tak lama macam biasa sebab suami nak reserved cuti sikit untuk saya bersalin nanti. 3 minggu je balik.
Masa balik tu kan .. kan ... kan ... saya dah eksaited and list macam-macam kuih nak beli kat bazaar tauuuuu tapi tapi tapiiiiiiii kannnnn ... takde rezeki sebab flight dari KLIA ke Penang delayed sampai 5 jammmm! Huarghhhhhhh ... menangis meratapi nasib diri tersadai kat airport berejam-rejam sampai taktau nak buat apa. T__________T
Dah lah tengah pregnant, memang menguji kesabaran sungguh. Serius dua-dua dah basi masa tu dengan muka berminyak dengan kepenatan lagi. Dalam hati jangan cakaplah, dah menyumpah-nyumpah MAS Airline sebab sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni. Itu adalah first time.
Dahlah kami bila sampai KLIA tu, kelam kabut nak kejar flight ke Penang sebab kami ada masa 2 jam je kot. Sekali dah berkejar berlari di tepian pantai, nak sampai kat gate boarding tu, staff KLIA buat announcement flight ke Penang delayed ke pukul 4 petang. Then, bila dah nak pukul 4 petang tu, dorang buat announcement lagi flight delayed ke 5.30 petang. Pastu, delayed lagi flight ke 6.10 petang. Sakit hati tak sakit hati lah kan. Dahlah lapo. Hati memang panas jek. Nak mengamuk pun bukan boleh buat apa. Jadinya memang melanguk je lah.
Bila dah flight pun 6.10 petang, memang takdelah nak ke bazaar bagai. Naik flight pun sambung sentap sebab boleh pulak seat kami separate. Sorang depan, sorang belakang. Bongok betul staff yang bagi seat tu. Dah tau lakibini, bagi seat sebelah menyebelah. Takpun, tanyalah dulu. Ni main letak jek.
Sampai Penang, adik ipar amik kat airport. Dia siap tanya : " Kak Ilah nak pi bazaar? ". " Takmau. Takdak mood. ". Hahaha.
Disebabkan kami memang tau yang kalau balik pun kami akan sangkut dengan traffic jammed kat Penang Bridge, so, kami decided berbuka puasa kat area Penang tu jugak. Pusing-pusing jugaklah cari tempat makan. Lastly, pi makan kat satu gerai ni. Bebetul kat belakang area airport Penang. Sedap tak sedap, belakang cerita. Sekarang ceritanya, perut lapo kebulur dah ni.
Terus tamak taufan halilintar tsunami datang bila kami order Siakap Steam, Kerabu Perut, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin, Sup Ekor, Telur Dadar dengan Tomyam. Abang yang amik order tu pun muka macam confident tak confident je kami order banyak. Hehehehe.
See? Habis okayyy. Makan bertiga. Puas gila rasa. Banyak-banyak macam ni, rasanya dalam RM60 kot kalau tak silap. Kira murahlah pada saya. Lepas makan, terus gerak balik kampung mertua. Dalam kereta, memang membuta lah sebab serius badan penat dengan melekit lagi. Adoilahhhh. Tapi puas sebab at least, dapat makan sebab memang mengidam nak makan lauk-lauk tu. ;)
Dan kemudian, few weeks after, lepas dah beraya kat Johor, masa on the way balik Perak dari Johor, tetiba saya teringat Nasi Lemak sedap kat Hentian R&R Tapah. Terus saya cakap kat suami : " B, nanti berhenti kat Tapah. Nak nasi lemak sedap tu. ".
Dalam pada arahkan tu, dalam hati dok doa-doa jugak mintak gerai Makcik tu bukak sebab masa balik tu raya ketiga. Risau gak kalau gerai Makcik tu tutup lagi sebab busy beraya. Nanti I is frust. Mujur sampai situ, gerai Makcik tu bukak. Terus laju pi situ order Nasi Lemak lauk Sambal Paru dengan Sambal Kerang. Sedapnyaaaaaaaaa hoiiiiiiiii! Rasanya dah bertahun kot tak makan kerang. Huhuhuhu.
Pastu kan, masa baru-baru sampai Malaysia tu kan, I is terharu sebab family mertua saya berusaha sungguh-sungguh carikan Siput Sedut. Siput Sedut ni antara makanan yang paling saya mengidam sekali lepas Putu Bambu tu. Pun sama. Selagi tak dapat, dok memekak kat suami : " I nak Siput Sedut Masak Lemak pleaseeeeeeee! ". Suami malas dah nak layan masa tu sebab bukan dia boleh buat apa. Celah mana pulak lah dia nak mencari siput sedut kat Jeddah kan?
Dia siap pujuk : " Makan lala je lah. Sejenis jugak tu. ". Boleh? Hahahaha.
Tapi bila sampai Malaysia, tengok family mertua usaha bersungguh cari, terus rasa segannya sayaaaaaa! Rasa dah menyusahkan orang pulak kena carik bagai. Pak Mertua pulok setiap pagi pi pasar pagi carik tapi takde rezeki. Dorang semua asik dok cakap : " Siput sedut takdelah Ilah. Abah pi pasar kat Bagan pun takde. ". Hah, ko tak rasa ke nak sorok muka dalam baju? Terus cakap kat suami : " Yang pi bagitau dorang napeeeee??? Sian tau. Tak baik nyusahkan orang. "
Even balik Johor pun, tak dapat-dapat jugak. Penat dok ulang alik pi KipMart apa semua, pun takde rezeki. Masa tu dah redha abis dah. Tak dapat, takpelah. Takkan nak nangis pulak kan?
Tapi bila balik Perak semula, Alhamdulillah, siput sedut berlambak-lambak kat pasar kat Ipoh. Kebetulan adik ipar sorang tu dok Ipoh. Maka kami sambil beraya, sambil makan siput sedut. Tengok dalam pic atas tu yang lauk kuning tu. Tu semua siput sedut. Memang berkilo-kilo adik ipar saya masak. Gigih ok. Terharu lebih sebab masa sampai, dia tengah gigit potong belakang siput sedut.
Masa tu memang rasa, wahhhhhhhhh ... seronoknyaaaaaa! Pulak masa tu semua adik beradik belah suami ada. Lunch ramai-ramai memang selera. Saya pulak memang diarahkan 'sedut sampai lebam'. Kahkahkah. Alhamdulillah. Another mission accomplished! ;)
Lepas sidut seput, makanan yang saya aimed dan mengidam bila balik Malaysia adalah nasi kenduri kahwin yang semestinya makan dalam suasana majlis kahwin. Gituuuuu!
Jadinya, bila dapat jemputan walimah Munirah kat Shah Alam, terus eksaited gila okay! Dah meleleh-leleh ayaq lioq nak makan nasi kenduri. Even tak preggy pun, memang mengidam nasi kenduri kahwin sebab rasanya sejak duduk Jeddah, memang tak merasa dah nasi kenduri.
Nikmat gilaaaaaa bila dapat makannnnnn! Senyum-senyum masa amik nasi kenduri ni plus MashaAllah, nasi kat walimah Mun ni memang sedap gilosssssssssssssss! Memula tu konon nak share dengan suami. Sekali tak cukup. Kakaka. Saya suh suami pi makan soto sebab saya nak habiskan nasi kenduri tu. Kihkihkih.
Dan ini adalah yang terakhir sekali saya mengidam. Itupun almost lupa nak makan. Mujur sehari sebelum tu saya teringat. Terus cakap kat Mak saya : " Ilah nak makan kat restoran tepi laut tu lah. "
Nama restoran tu sebenarnya Restoran Rahmat. Kat Kampung Pasir Putih. Menu tengahari dia simple jek tapi memang mavelessssss sebab main course adalah ...
Ikan Siakap digoreng garing!
Ikan siakap ni makan cicah sambal kicap taruk bawang dengan cili potong perah limau. Sedap gilaaaaaaaa lah pada tekak saya sebab saya memang suka lauk simple-simple macam ni. Pulak tu, lauk sampingan adalah Sambal Bilis Petai, Udang Goreng Garing, Sambal Tempe dengan Sayur.
Makan 4 orang tapi kami order ikan siakap ni 2 ekor. Mak saya dah risau takut tak habis padahal dia taktau, anak dia ni champion bab makan ikan! Licinnnnn okayyyyyyy! Pulak tu makan tepi laut. Memang syok habisssss!
Sekian cerita mengidam saya dari trimester pertama sampai terimester kedua. Makanan lain yang saya mengidam yang takde dalam gambar adalah Laksa Johor masakan emak tapi tak puas kot makan. Nanti kalau Mak datang sini, nak suruh Mak buat lagi. Paling terharu masa nak balik Jeddah tu, gigih Mak saya bangun pagi buta masakkan lauk-lauk raya! Semangat okayyy! Hihihi. Terima kasih Mak!
Apapun memang syukur sebab dapat makan apa yang teringin sangat. Harap sampai nak bersalin nanti, janganlah tekak nak makanan yang bukan-bukan. Sekarang ni boleh kata, fasa mengidam ni dah turun dengan mendadak. Hehehe.
Anyway, before tu, saya ada korek few pics dari masa 3 months preggie sampai ke 6 months.
13 weeks / 3 month . Masa ni suami bawak cuti tidur kat Makkah.
20 weeks / 5 month. Masa ni betul-betul baru touch down KLIA. Masa ni lah sebelum kejadian terkandas berejam-rejam kat KLIA tu. Perut dah nampak. Gelabah jugak masa ni cari baju yang sesuai. Suami baik belanja ittew maxi dress. Hihihi.
24 weeks / 6 month. Masa ni buat Umrah after cuti lamaaaaaaaa dari buat Umrah atas faktor kesihatan. Seronok sangat sebab masa ni, jemaah tak ramai. Syukur sebab finally dapat bawak baby buat Umrah jugak. Niat saya, semoga sebelum bersalin, selepas jemaah Hajj semua dah balik, saya nak buat Umrah lagi. Moga ada rezeki buat kami inshaAllah.
Ok. Tu jek. Till then!
salam akk mana ek dapat paste mee bandung muar tu?nk jugak hhuhuh
ReplyDeleteWsalam. Akak beli dari kawan Akak. Hehehe. Tak pernah tanya pulak dia beli dari siapa tapi selalunya kalau balik Malaysia memang wajib kirim kat dia.
Deletesalam perkenalan dari ida
ReplyDeletejemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no422
Wsalam. Salam ukhwah Ida.
DeleteDik, mmg kronologi sungguh...akak yg x de pape ni pun ngidam tgk gambo and baca ur entry nih. hehehehe... siput sedut...siput sedut...lamo sungguh tak makan! :-)
ReplyDeleteHahaha. Apa lagi, kasi carik itu seput sedut laaaaa! Saya ni payahhhh duduk jauh. Nasib ritu dpt. Alhamdulillah rezeki. ;)
DeleteSalam. Amboiiii...seronok entri ni. Saya yg tak mengidam ni pun, jadi mengidam tgk putu bambu, siput sedut...alahaiii. Hmm....rasa nk memesan adik ipar di sg buloh beli putu bambu kat sana. Btw, best entri ni.
ReplyDeleteWsalam Shikin. Ibu mengandung ngidam, gini ler jadinya. Untunglah boleh selalu makan putu bambu. Saya ni setahun sekali belum tentu tau. :p
Deletehahahaha! agak banyakkkkkk jugak la mengidam u nih! huhuhu...i tak ingat i mengidam ape, i rase sikit je kot, bole kire dengan jari. i slalunye lapar dari mengidam, lapar yang bole makan ape2 pun. yang i ingat i ade mengidam asam pedas yang mak angkat i masak kat johor - so mmg pegi la johor semata2 nak makan asam pedas die, then marrybrown! tapi tak jumpa, a&w je pun jadilah. pastu nasik ayam, nasik kenduri tu mmg i pernah gak. skali dpt jemputan, hepi gile, bile smpai kenduri, org tu buat nasik putih jek! kecewa rasa nak marah pengantin tu! hahahahaha....lepastu gigih cari nasik beryani sbb takdpt nasik kenduri kawin. pastu kuih cara berlauk tu, ha dah tu je i mengidam. takleh kalahkan u :P ehehehe
ReplyDeleteHahahaha. Banyak dan kadang rasa seksa gila ngidam makanan yang ada kat Malaysia jek. Nasib badan. Nasiblah I jenis takde nak sedih sangat. Mana yang ada je lah. Nangis bukan dapat apa pun. Ye dak? Hihihihi.
Delete" Kena tunjuk perut. Kang tup tup baby keluar, orang ingat anak angkat pulok. " <---- tak menahan ayat abg man! hahahhaha
ReplyDeletelatest pic takde ke kak? aaaa mesti comeyyyy je ummi niii. nak nengok! ;ppp
btw,semoga hasrat nak perform umrah before bersalin tercapai. insyaAllahhhhhhh.. ;)
No latest pic la sayang. Serius mood ke laut. Kihkihkih. Nanti kalau ada inshaAllah Akak update. ;)
Deletebest kan jd preggy woman.. nak je Alhamdulillah dapat.. =).. smg nekla slamat bsalin nti.. n smg bb n mamanya sihat sokmo.. tk care dear..
ReplyDeleteJazakallahkhukhair atas doa Kak Maz. ;)
Deletetiap kali sy tingat mekah madinah mesti klik blog awak hihihi...da pregnant eik!! beshnyerrrrrr... tahniah.. jgn makan banyak sangat tau, kang nk ligan anak susah hihihi.. ai lap babiesssss... muahhhhh.. (sebenarnya sy jeles ngan org pegnan neh sebb bole makan mcm2 lepas pegnen takleh dah kena diet haha)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tak makan banyak pun. So far berat pun naik bape kg jek.
Deletetiap kali sy tingat mekah madinah sure klik blog awak.. tup tup da pegnen.. tahniahhhhhhh... ai lap babies... ppssstttt jgn makan banyak sangat tau masa pegnen neh nnt nak ligan baby syusah haha (sebenornya jeles org pengen bole makan pueh2 lepas banak kena diet hahahah)
ReplyDeleteSalam akakkk...Tahhniiaahhh yea bakal jadi ibu, dah lama tak jenguk blog akak ni, tengok2 dah berisi...Sangat2 seronok untuk akak...Bes baca blog akak....
ReplyDeleteWsalam. Jazakallahkhukhair Fatin! Jaga diri ya. ;)
Deletetahniah Nailah!!! baru tahu sebenarnya.hehehe! baby girl ke tu?
ReplyDeleteJazakallahkhukhair Lizz! Baby kena tunggu keluar dulu la baru tahu girl ke boy. :p
Deletesalam perkenalan.. wow sedapnya semua tu.. alahai...
ReplyDeleteSalam ukhwah Jue. ;)
Deletetaste food kita lebih kurang. haha. nasib kita sama..kt uk ni nk cr putu bambu kt mana..(sekarang tengah craving tempeh \. redho je tempeh rm 30 dua bgkus)
ReplyDelete