September 9, 2013

Cerita Trimester Pertama

Cerita trimester pertama ni kiranya bermula masa baby 6 minggu. Lepas checked kat rumah positif, esoknya tu ke or 2, 3 hari lepas tu, kami pi check up kat hospital nak buat double confirmation balik.

Baby 6 minggu masa scan memang tak berapa nak jelaslah. Nampak ciput jek. Then, masa 8 minggu pi check up lagi. Nampaklah sikit. Pastu teruja bila doc bagi dengar bunyi heart beat baby. Rasa macam tak caya je tetiba kat bawah perut ada jantung lain berdegup dengan kencangnya. Hihihihi. Apapun Alhamdulillah.

Lepas dah dengar heart beat baby tu lah, baru kami percaya that we will be parents soon! Kelakar gila rasa. Kelakar sebab benda ni tak penah terpikir pun sebab lepas jumpa Dr Hamid tu, kira memang dah redha habis dah. Taknak pikir apa dah. Tup tup, rezeki sampai dah.

Bila betul-betul dah sedor diri preggy, time tu la, saya memang doa sungguh-sungguh, saya mintak kat Allah SWT, yang saya taknak mabuk teruk, taknak mengidam yang teruk-teruk. Mabuk teruk tu, taknak muntah-muntah, taknak sampai takde selera makan langsung sampai kena masuk hospital ke apa ke. Mengidam pun sama. Paham je lah. Duduk kat negara orang kot. Tak semua food Malaysia boleh dapat. Lainlah kalau western. Berlambak kat sini.

Ok. Makanan pertama yang kebetulan suami perasan yang saya ngidam adalah saya teringin nak lobster. Lobster kat sini berlambak-lambak kat Pasar Ikan. Murah pun murah cuma kena pandai pilih sebab kadang, time beli kita tengok fresh tapi bila bawak balik, busuk.

Tapi masa suami beli lobster and kami masak sendiri kat rumah, saya taktau lagi yang saya tengah preggy. Cuma yang saya ingat, masa nak grill lobster tu memang eksaited sangat. Sebab dah teringin kot. Tapi bila time nak makan tu, selera macam tetiba terbantut. Jadi rasa nak muntah bau lobster. Tapi makan jugaklah. Tapi tak berapa nak enjoy sangat.

Benda kedua saya ngidam, putu bambu. Memang teringin gilaaaaaaaaa! Tahap teringin tu memang melampau-lampau sampai saya ikhtiar sendiri cari resipi kat internet nak tengok susah ke tak nak buat putu bambu tu. Bila jumpa resipi, nak buat tu takdelah susah cuma takde acuan je. Terus frust. Huhuhu.

Tapi, nak dijadikan cerita, masa tu, ada kawan suami balik Malaysia bercuti. So, dia kirim and mintak tolong kawan dia belikan putu bambu sebungkus bawak balik Jeddah. Gigih tak gigih suamiku usahakan untuk isteri dia. Hehehe. Yang penting, bila sampai Jeddah, putu bambu tu molek lagi. Tak basi. Haruslah lepas tu, mentekedarah sampai puasssss! Siap feeling-feeling okay masa makan putu bambu tu. Kakakakaka. :p

Then, bila baby dah 10 minggu ke atas, masa tu dah start mabuk tapi mabuk yang setakat, rasa loya kat tekak tapi tak muntah, pastu kepala pening tahap rasa nak hentak kepala kat dinding. =___="

Pastu, asal tengahari jek, mulalah mata mengantukkkkkkkkkkkk macam kan tak tidor malam langsunggggg! Masa memula memang struggle gila lawan mata sebab saya memang jenis bukan tidur siang. Sebab kalau tidur siang, nanti malam susah nak tidur.

Tapi time preggy, tengahari dah mengantuk macam hape. Pastu bangun pun pukul 5 petang. Pastu malamnya tu pulak, e'eh, pukul 8 malam dah mengantuk lagi. Serius satu tahap rasa penatnya asik tidur tapi tak tidur, nanti kepala lagi sakit. 

Masa masuk bulan puasa tu, lagilahhhhhhh makin menjadi sebab tengahari dah confirm takyah masak lunch kan. Pagi tu memang tak bangun langsung lah sebab kepala pening. Kesian suami sebab masa tu dia dah start kena bangun pagi seorang diri, gosok baju sendiri, siap-siap sorang diri. Kekeke. Yang penting, dia tak lupa sebelum pi keja cium dahi isteri yang sedap tengah terbongkang tak ingat dunia. Hihihihi.

Memang suami tabah habislah sebab bila saya dah start mabuk macam tu, saya dah tak boleh nak gosok baju kerja dia. Asal gosok je pening. Even duduk pun, pening. Mujurlah suami memang pandai uruskan diri sendiri or boleh kata sebenarnya, dia gosok baju lagi cantik dari isteri gosok. Kekeke. :p

Saya siap mintak suami belikan kerusi khas untuk saya duduk especially time masak. Masak memang mencabarlah sebab kena berdiri lama kan. Alhamdulillah, sepanjang preggy ni, saya tak pening and rasa nak muntah bau bahan tumis ke apa. 

Masak still okay lagi cuma sekejap-sekejap kena duduk. Kadang, basuh pinggan pun duduk. Siang ikan pun duduk tapi lama-lama tu, suami yang buat kerja tu semua. Hihihi. Jazakallahkhukhair suami. ;)

Tapi masa bulan puasa, boleh kata saya memang out terus. Kesian kat suami sebab balik kerja, terus kena masuk dapur masak untuk lauk berbuka. Memang penat la dia tapi nak buek camno? Dah takde pilihan sebab sepanjang preggy ni, tekak saya memang nak Malaysian food je atau home cooked food. Lepas tu, nak pedas-pedas. Kalau tak pedas, nanti saya amik cili padi buat ulam. 

Kalau makan kat luar tu bukan tak boleh, boleh je tapi nanti memula je, beriye tengok menu semua benda nak makan tapi bila food sampai, 2, 3 kali je lah saya cuit. Pastu saya rasa dah kenyang. Hehehe.

Apapun, sepanjang trimester pertama ni, berat bukan je tak naik malah turun berkilo-kilo. Paling banyak turun adalah sebanyak 5 kilo. Paling banyak naik semula pun setakat 500g. Pastu, tak lama tu, mesti akan turun 2-3 kilo balik. 

Berat badan ni tak jadi isu untuk doktor kat sini. Sebab gynae saya bagitau, as long as baby dalam perut growing, it was okay. So, ok je lah. Tak semua doktor ada pendapat yang sama. Ok?

Other than that, disebabkan saya memang ada asthma, masa 10 minggu ke atas lah, saya dah start asthma teruk. Memula tu, memang mati-mati saya ingat sebab saya salah makan ke apa ke, takpun sebab tidur pakai aircond dan sebagainya. Tapi bila refer kat sorang sister ni dan kebetulan memang dia doktor, so, dia pun cakap, time preggy ni memang struggle sikitlah untuk pesakit asthma.

Ada sampai satu tahap, serius rasa tak tahan. Nak bernafas pun rasa macam separuh nyawa sampaikan ada few weeks, saya surrender amik steroid. Nak amik steroid ni satu hal kena pakai aerochamber. Dah ke hulur ke hilir bawak menatang gabak tu sana sini. Jangan taktau, nak amik steroid dengan ventolin pun saya malu nak buat depan suami. Suami selalu kena marah kalau dia curik-curik tengok. Kakakaka. 

Disebabkan asthma ni lah, sampai sekarang ni, saya memang jaga makan betul-betul. Food yang memang pesakit asthma tak boleh makan, memang saya avoid. Cuma bila kalau teringin je, saya makan jugak. Tapi sikit je. Huhuhu. Terpaksa. Redha je lah. Walau kadang terlajak tapi saya still beringat-ingat for my own sake.

Alhamdulillah, perjalanan trimester pertama saya berakhir few weeks before saya bercuti balik beraya kat Malaysia haritu. Nak lepaskan trimester pertama tu, macam-macam saya pikir sebab time trimester pertama kan risiko sangat tinggi. Anything could happen. 

Memang doa je la selalu dalam hati mintak Allah SWT panjangkan umur baby sampai selamat lahir ke dunia dan membesar menjadi anak yang soleh atau solehah.

Alhamdulillah, segalanya dimakbulkan. Bila nak masuk trimester kedua, eksaited dah sebab pertamanya, nak balik Malaysia. Bila balik Malaysia, memang dah siap listdown food apa saya nak makan. Keduanya sebab tak sabo nak rasa baby moving and kicking. 

Itu nanti saya sambung kemudian ye? InshaAllah.

Teruskan berdoa untuk kami semoga segalanya dipermudahkan ya? Till then. 

7 comments:

  1. Seronok baca pengalaman nailah,smg Allah permudahkan dan selamat semuanya. Semoga Allah beri rezeki itu pada kami yg masih menanti jua...amin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Jazakallahkhukhair atas doa. Doa saya mudah2an lepas ni, kawan-kawan TTC lain pulak menyusul untuk rasa pengalaman macam ni. Teruskan berdoa dan berjuangggggggg! ;)

      Delete
  2. Will always doa for you kakak! ;)
    Muchos love! <3

    ReplyDelete
  3. sgt cemburu awak yang berada di sana...:)
    doakan saya ke sana juga ya..inshaallah...
    satu hari nanti..kami suami isteri sedang usahakan..

    jaga baby elok2 tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Semoga nanti awak sampai sini juga. Ameen!

      Delete
  4. kak nailah,
    iqah pon sama! suami belikan kerusi letak kat dapur, untuk dia menunggu dan iqah duduk time masak. hehe

    iqah pon dah 8 weeks. :D

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...