September 10, 2013

Baby Said : " Assalamualaikum Madinah! "

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Lepas seminggu balik dari Makkah, kami ke Madinah pulak. Rasanya macam dah lama bebenor tak ke Madinah. Jadinya, kami ke Madinah right before jemaah Hajj masuk ke Tanah Haram.

This time pegi, saya isteri gigih buat bekalan Nasi Lemak dengan kopi as requested by suami. Alhamdulillah kami dapat gerak ikut plan kami few days before.

Keluar rumah memang early in the morning sebab nak kejarkan waktu solat Jumaat di Masjid Nabawi. Gerak dari Jeddah around 6.30 am, then Alhamdulillah dalam pukul 10.30 pagi dah sampai Madinah. 

Happy betul bila sampai tu, Madinah lengang jek. Hikhikhik. Kalau tak, selalu serabut dengan bus yang parking ikut suka tak pikir orang lain. =_="

Walaupun sampai awal, bukan boleh check in pun. So, kami just tumpang lepak kat bilik hotel Ina & Razif. This time, kami tak pergi berdua but we have another 2 families yang join sama cuma dorang tidur 2 malam while us just stay in Madinah for 1 night only.

Dannnn ... paling syukur, sebab tengahari tu finally after for almost 2 years kot been hunting Nasi Beriani kat Hotel Oberoi, kami dapat makan gak Nasi Beriani tu. Not only Nasi Beriani, roti nan pun ado. Nan cicah Butter Chicken. MashAllah, MashAllah memang sedap gila kot!

Walau harga kebabom but for me, berbaloi-baloi. Hikhikhik. Duduk negara orang, beginilah situasinya. Sometime, you have to pay extra nak dapatkan rasa sesedap macam kat Malaysia. Huhuhu. But sorry, saya eksaited dapat makan sampai lupa nak amik gambo. =__="

Perut kenyang, memasing terus balik hotel rehat before preparing ourself untuk solat Asar dan seterusnya Maghrib dan Isyak.

Sebelum masuk Masjid untuk Maghrib & Isyak, as usual, posing-posing dulu amik gambo :



And here are the pictures of Masjid Nabawi that been captured by husband for my lovely readers : 


The main gate of Masjid Nabawi : King Fahd Gate.


The beautiful gigantic umbrella.

The views of Masjid Nabawi during Maghrib :





The gigantic umbrella will be closed during Maghrib.


Near to Raudhah.


The view inside of Masjid Nabawi.


Makam Nabi Muhammad SAW. :')


This is Raudhah. Taman Syurga. Nak tau awak dah masuk Taman Syurga, awak cuma perlu tengok warna karpet sahaja. Karpet kat Raudhah warnanya hijau untuk membezakan dengan kawasan lain dalam Masjid. ;')

The views of Masjid Nabawi during at night :




Anddddd ... Alhamdulillah, Jumaat malam Sabtu tu, saya ke Raudhah together with Ina & Kak Rahima. Memula tu ingatkan kena masuk ikut turn but then, bila pintu nak ke Raudhah tu dibuka untuk jemaah perempuan, semua boleh masuk sekaligus. Lagipun jemaah tak ramai.

Dan buat pertama kalinya juga saya tengok minah-minah dan makcik-makcik Arab adalah sangat sopan santun. Beratur tunggu turn nak solat di Raudhah. Takde tolak-tolak. Itu untuk kat area yang saya solatlah sebab kat belah-belah depan, ada je yang still tolak-tolak sesama jemaah lain.

Apapun, Alhamdulillah, kami dapat solat di Raudhah. Solat di Raudhah bawak nyawa lain dalam perut lain rasanya. I keep telling my baby : " Baby, kita kat Raudhah ni. Kita solat kat Raudhah ni. Baby happy tak? ". And the response? Baby kicking. Hahahaha. Suka ya? Nanti kita datang lagi ok? ;')

Kami as usual, menyempat je amik gambo. Pulak jemaah tak ramai. Kalau ramai, takkan punya dapat bergambo macam ni. Silap-silap mau kena perambat dengan guard perempuan Masjid Nabawi. Hehehe.


Ina.


Kak Rahima. Pelik betul pic ni kecik. This pic captured using Samsung S4. Memang begini kah?

Disebabkan Ina dengan Kak Rahima memasing ada si kecik, so, masa kami pi Raudhah ni, yang para suami take over jaga bebudak dulu. Settle kami kat Raudhah, kami lepak kat cafe hotel, minum kopi and had simple dinner, then, baru para suami ke Raudhah.

Dorang pi Raudhah pun almost midnight. So, I end up, tidur kat biliklah! Apa lagi. Kekekeke.


Hi suami comel. Suami comel di Raudhah. Kemain muka suci murni. Kekekeke.

Esoknya tu, kami memasing gerak balik Jeddah after solat Zuhr dannnnnn hari tu jugak, dah ada jemaah Hajj dari Malaysia yang baru sampai. Kami selamat sampai Jeddah right before Maghrib! 

Anyway, jazakallahkhukhair suami bawak pi Madinah! Kesian suami, balik Jeddah tu, pening kepala but he has to drive jugak sebab perempuan kan tak boleh nak drive kat sini. Balik rumah, terus belahak muntah. Terus terbongkang atas katil but Alhamdulillah, the next day, he was ok.

Till then. Semoga korang semua nanti sampai ke sini inshaAllah. Ameen! Ameen!

21 comments:

  1. Best yeeeee dan it's so beautiful in there. Hope one day ada rezeki pergi sana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Alhamdulillah. InshaAllah nanti awak sampai sini juga one fine day!

      Delete
  2. untung nya baby teman parent dia gi solat raudhah...aunty jeles ok baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dariNya. InshaAllah nanti rezeki Auntie pulak ye? ;)

      Delete
  3. bila lah i nk sampai sana kan~ tiap kali tgk.sayu je hati.mungkin x cukup lg ilmu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah one fine day Rara. Nak datang sini tak semestinya cukup ilmu. Ilmu agama, ilmu Allah ni sampai hujung nyawa pun kita takkan boleh habis belajar. Doa banyak-banyak moga dimurahkan rezeki untuk datang ke sini inshaAllah. ;)

      Delete
  4. bestnyaa.....life dekat sana...tringin sangat klu dapat tgl kat sana..huhuhu pe kan daya..klu de rezeki ada laa...klu ada org bawakkan tuk stay kat sana..mmg eyra org yg plg bertuah laa...hummm asa best n aman...je tgk kak nailah tgl sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki dariNya. Memang seronok sangat duduk sini. InshaAllah nanti Eyra sampai sini. ;)

      Delete
  5. Rasa sebak each time fikir mengenai Makkah..semoga murah rezeki dan boleh & nak g sana..mudah-mudahan Allah perkenan. Nailah please pray for me too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah mudah2an nanti awak sampai sini inshaAllah. ;)

      Delete
  6. Seronoknya.i rindu sangat2 sini.insyaallah nak repeat next year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tahun depan kalau awak datang, bolehlah roger2 saya. ;)

      Delete
    2. Insyaallah. Ada rezeki saya kesana saya rojer awak k.

      Delete
  7. ilah..doakan..nak juge pegi sane..

    untung baby dlm perut 2...blom lahir da dpt g sane..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah mudah2an. Boleh jmpa kat sini. Rezeki dariNya. ;)

      Delete
  8. MasyaAllah seronoknya.. teringin sangat nak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah suatu hari nanti mesti Mama Leen sampai sini juga. Teruskan berdoa dan berusaha!

      Delete
  9. Assalamualaikum...
    Baru discover blog ni n tgh explore..Masya Allah seronoknya tgk kamu..terus share yang indah-indah begini ye..Insya Allah ada rezeki dpt bertandang..Tgk mcm ni pun seronok apatah lagi kalau kat sana..Terima kasih sekali lagi utk perkongsian dan Salam Ukhwah Lillahi Taala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.

      Alhamdulillah semua ini rezeki dariNya. Saya doakan semoga Lynda menjadi tetamuNya suatu hari nanti ameennn! Salam ukhwah buat Lynda juga. ;)

      Delete
  10. salam perkenalan..
    sy tgh cari2 info kehidupan di arab saudi..memandangkn en hubby sgt2 teruja nk g kja kat sana..kdg2 sy rasa takut plak sbb di sana pompan x bebas drive sorg2 g mall ke shopping2 ke..sy kna byk baca blog awak seblm keputusan dibuat..

    yg pasti husband sy nk g sana bkn sbb gaji semata2, tapi dia nk wat haji tanpa quota, nk kerap solat di masjidilharam & nk blaja bahasa arab..In shaa Allah, klo Allah izinkan kami berhijrah..

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...