I've been asking about what are all the effort that I did before I get pregnant.
My answer ....
.
.
.
.
.
.
1. Jumpa doktor pakar
Saya pregnant right after I went for fertility check up with Dr Hamid Arsat. Bukanlah nak cakap kalau pi jumpa Dr Hamid tu hangpa dok confirm akan pregnant. Tak okay? It is one and my last effort before I decided to stop all the fertility treatment because at one time, sure rasa penat and nak rehat.
Alhamdulillah, bila pi jumpa Dr Hamid Arsat tu, finally I know that I have cyst and PCOS. I wonder, kenapalah before ni, jumpa doctor-doktor lain dorang tak boleh nak detect PCOS? Pelik tak? Padahal doktor kot. Time check dengan Dr Hamid tu, sekejap je. Tengok ultrasound tak sampai 5 minit kot, terus dia cakap : " Awak ni ada PCOS. ".
Terus dia ajak discuss in detail kat meja dia.
And I love how Dr Hamid Arsat communicate dengan saya. Jumpa dia tak rasa macam jumpa doktor. It is like you talked with your own father. Macam cikgu pun ada. All the explanation sangatlah details sampai at one time bila tengah explained tu, he will keep asking : " Awak faham tak? ".
Macam saya, time dia explain tu, dia siap lukis-lukis okay atas kertas A4 nak bagi sampai saya faham. Memang serius macam belajo pasal medical jap dengan dia. Hihihi.
At the end of discussion, he gave some advices especially about what I eat everyday. He asked me to stop all the junk food, can food, fast food, aiskrim, chocs dan segala manisan, minuman bergas, minuman dalam kotak and etcs. And of course la akan ada : " Awak kena lose some weight and do some excercise. " and I did a minor laporoscopy operation too.
To those yang still working to conceive, nasihat saya, after a year kalau belum ada rezeki, pergilah jumpa gynea atau doktor yang pakar pasal fertility ni. Do some research please. Jangan duduk tunggu rezeki datang bergolek. Berusaha lebih sikit. Kalau duduk saje, memang tak datangkan apa-apa. Anak pun rezeki. So, nak rezeki kena usaha kan? Ye dak?
Macam kami ni, 8 orang doktor kami pi jumpa usaha buat fertility check up. Kat Malaysia 4 doktor, kat Jeddah ni sendiri 4 doktor jugak. Jenuh tu jangan cakaplah tapi pikir for the sake of family, gagahkan jugaklah hati dan sanubari even ada certain time, confirm lah rasa penat, rasa give up and rasa, malasnyaaaaaaa nak jumpa doktorrrrr! Hehehe. But we have too wahai TTC.
Sebab kita bukan macam orang lain yang gedebuk Allah SWT bagi anak. Tak. Kita ni Allah SWT sayang lebih. Sebab tu DIA uji kita dengan ujian yang satu ni.
Bila jumpa doktor ni, please jangan complaint banyak sangat. Ikut je apa dorang nak buat. Macam kami, setiap kali jumpa doktor, setiap kali tu la kena buat test yang sama. Kadang rasa macam membazir duit je tapi nak buek camno kan?
Macam haritu, sebelum decided nak jumpa dengan Doktor Hamid Arsat, kami memang consult dengan sorang doktor india Muslim kat sini. Dia kira otai la bab fertility ni. Pemes ames in Jeddah. After buat test, cucuk sana sini, lastly dia pun macam give up terus suh kami buat IUI.
Nak dijadikan cerita, masa nak buat IUI ni, amik injection dekat 10 kali kot, cucuk dekat dengan rahim tapi telur taknak besar-besar. Takat tu je. Cucuk dos tinggi pun, taknak besar jugak padahal cycles sebelum tu, telur elok je matang cantik comel.
Masa tu frust jangan cakap sebab dah eksaited kan. Tapi pikir positif je lah, I keep saying : " Agaknya nak pregnant kot nanti naturally. ". Yes, being TTCians, at one time, memang kita kena sentiasa pikir positif. Tak boleh negative sebab nanti efek kat emosi dan perasaan sendiri. Trust me. Ececeh, pandailah saya ni, padahal kekadang nangis tonggang terbalik gak. Kahkahkah.
Anyway, the last doctor yang saya jumpa kan Doktor Hamid Arsat. Nak jumpa dia pun memula tu, terus terang saya cakap yang saya taknak masa tu. Sebab utama saya taknak adalah dia doktor lelaki. Risau sangat pikir pasal aurat. Sebab doktor sebelum ni, memang semua doktor perempuan & Muslimah.
So, bila nak pi jumpa Doktor Hamid tu, saya asik dok la cakap kat suami : " Habislah aurat I nanti. Confirm dia selak-selak punya. Yada yada yada .... " until lah, after refused nak jumpa tu, saya tergerak hati tanya beberapa individu yang arif ilmu agama ni. Most of them, bagitahu saya. Hukumnya rukhsah dan atas sebab perubatan. So, takde masalah kat situ. Yang penting, Allah SWT tahu niat utama kita untuk apa.
Bila dah dengar macam tu, barulah saya setuju. So, masa balik Malaysia bulan Januari haritu, sampai je Malaysia, terus pi klinik dia kat Bukit Damansara. Patient yang datang kat klinik dia, jangan cakaplah. Punyalah ramaiiiii sampai memang kena berdiri atau duduk kat tangga. Alhamdulillah kami punya appointment dapat awal atas bantuan abang ipar dan biras saya.
Nasihat saya, kalau serius nak mintak nasihat atau buat fertility check up dengan Doktor Hamid Arsat, better call dan buat appointment. Kalau walk in, memang susah nak dapat jumpa. Lagi satu, untuk kita yang perempuan, time buat ultrasound jangan risau pikir aurat sebab yang selak baju kita tu bukan Dr Hamid tapi menantu perempuan dia. She is a doctor too. So, aurat terjaga kat situ. Dr Hamid cuma tengok kat screen sahaja. Ok?
Nak pergi jumpa doktor lain pun boleh. Takde masalah. Hak masing-masing. Tapi please at least jumpa doktor sebab saya percaya, ada setengah daripada kita cukup fobia dengan doktor. Takutlah apalah. Belajarlah untuk tekadkan hati buang rasa takut berhadapan dengan doktor tu. Ok?
2. Tambahkan Amal Ibadah
Banyakkan buat solat-solat sunat. Yang utamanya Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Taubat & Solat Tahajjud. Jangan give up bab tambah amal ibadah ni sebab kadang, pada sayalah, Allah SWT sengaja bagi kita ujian macam ni sebab DIA nak kita sentiasa ingat kat DIA, dekatkan diri pada DIA, pulak tu, kita ni dah nama manusia biasa. Memang manusia yang sentiasa banyak dosa. So, kenalah bersihkan hati, bersihkan dosa sebab kita takkan tahu kita ni dosa banyak mana, level kita tahap mana di sisiNya. Kan?
Banyak mengaji dan berzikir pun iye jugak. Macam saya, kadang on off jugak. Korang jangan ingat saya ni all the time tekun buat semua ni. Saya pun manusia biasa jugak. Kadang kalau mood tak berapa, tinggal jugak. Especially bila baru habis period. Huhuhu. So, janganlah ikut saya. Lebih istikhomah, lagi bagus. Kan?
Untuk saya yang duduk dekat dengan Makkah ni, kami kan selalu ke Makkah. Kalau tak buat Umrah, kami solat jemaah atau buat Tawaf Sunat. So, kalau buat Tawaf Sunat tu, selalunya lah, saya memang niat untuk dapatkan baby. Suami pun sama. Kadang kalau sedih pikir pasal baby pun, kami ke Makkah je lah buat Tawaf Sunat bagi menghilang duka lara di hati. Syukur Alhamdulillah sebab Allah SWT bagi kami dekat dengan RumahNya.
Saya ingat lagi ada 2 orang individu ni. Mereka orang yang saya sangat respect dalam hidup saya. Dua-dua selalu cakap kat saya dan nasihat saya. Dorang cakap : " Jangan sedih takde anak. Tak baik. Macam tak redha jadinya dengan ujian Allah SWT. Selalu lah ucap Alhamdulillah sebab sekurangnya, awak tu, Allah SWT bagi dekat dengan Kaabah. Orang lain ada tak? ". Terus insaf okayyyy? Sobs. T___T
Jadinya, kat sini perbaiki diri kita disisiNya. InshaAllah, nanti ada ganjaranNya.
Oh, sebum terlupa, banyakkan jugak bersedekah. Please jangan kedekut nak bersedekah dengan amount yang banyakkkkkk! Please please please. Allah SWT dah janji, kalau kita banyak bersedekah, takkan jatuh miskin kita ni. Makin murah rezeki ado. Rajin-rajinlah bersedekah.
Tak semestinya dalam wang ringgit okay? Sedekah makanan pun boleh, sedekah Quran dan sejadah kat Masjid boleh, sedekah bagi makan kat kucing atau anjing jalan pun boleh, dan bermacam lagilah cara untuk bersedekah. Yang penting, niat dalam hati buat kerana Lillahhitaala. ;)
3. Jaga Makan
Jaga makan ni maksudnya, tolong tolong tolong berhenti makan yang merepek-repek. Saya lepas kena 'hentam' dengan Dr Hamid, terus insaf sampailah sekarang. Hahaha. Alhamdulillah sebab lepas jumpa dia, memang insaf terus tak makan benda merepek dah.
Masa jumpa Dr Hamid, suami sempat report kat Dr Hamid, bagitau yang saya ni suka bebenorlah makan aiskrim lah, coklat lah, kek la, biskut lah dan yang seangkatan dengannya. So, masa tu, Dr Hamid straight je cakap : " Nak baby tak? Nak baby tak? Nak baby, amalkan pemakanan yang sihat. Tinggalkan makanan yang tak bagus tu semua. Banyakkan makan sayur, ulam-ulam dan senam. "
Jadinya, since Januari tu lah, saya avoid dengan foods yang merepek meraban tu. Memang dugaan untuk saya yang pecinta aiskrim dan kek ni. Syahdu okayyyyy??? Setiap kali lalu Cheese Factory je, menangis sentap. Setiap kali lalu Baskin Robbin ke, Marble Slab ke, menangis sentap lagi. Tapi takpelah. Masa tu memang dah nekad sangat-sangat.
Selain dari junkfood, kami avoid makan seafood jugak. Kalau dulu setiap kali hujung minggu je, selain daging dengan ayam, mesti seafood benda wajib kami kena beli. Bila dah nekad nak pantang tu, sebulan sekali je kot baru kami makan seafood. Ada jugak sebulan tu langsung kami tak makan seafood.
Tapi berbaloi ok pantang makanan tu semua sebab berat badan pun turun. Badan pun rasa ringan. Maybe berat badan turun jugak sebab faktor amik Herbalife. Tapi tapi tapi ... saya makan Herbalife tu sekejap je okay atas sebab-sebab tertentu. Rasa sebulan lebih je consume, pastu dengan sendirinya saya nak stop sebab ... errr ... ada baca blog Kevin Zahri pasal keburukan Herbalife ni. Hehehe. No offense okay?
So, TTCians, makan makanan yang sihat, dan rajinkanlah angkat bontot tu pi buat exercise. Buat setengah jam je pun okay. Macam saya ritu, selain tekad nak hidup lebih sihat, saya juga tekad nak turunkan berat badan, so saya pi exercise kat cross trainer saya, buat 10km per session. Gigih tak gigih? Hehehe.
4. Amik Supplement
Supplement yang saya amik dan tak pernah berhenti amik adalah folic acid. Dari sebelum kahwin sampailah dah 6 bulan pregnant ni, saya still makan folic acid tu. Ada jugak at one time, stop. Pastu saya makan balik bila memikirkan tentang kebaikan folic acid ni.
Selain folic acid, saya consume Vitamin C, Vitamin B-Complex dengan Multivitamin. Macam-macam brand saya makan. Tak tentu jugak. Saya cari dan beli kat farmasi je. Cuma few months before pregnant tu, saya consume Multivitamin dari Shaklee dan juga saya cuba consume GLA dari Shaklee jugak. Mungkin korang boleh cuba consume GLA ni especially untuk sesiapa yang problem dengan hormon.
Macam saya, even PCOS pun dan even period still on time every month, still rasa hormon tak betul sebab saya ni jenis kalau mood tak baik, period taknak keluar. So, bila amik GLA ni, Alhamdulillah, getting better. Emo emo pun, period smooth jeeeeeeee. Hahahahaha. :p
Lagipun, I did some research yang GLA ni boleh membantu jugak untuk pregnant. Dah kata TTC kan, selagi apa produk orang cakap bagus untuk pregnant, selagi tu la saya akan cuba. Never give up, never say no!
Other than that, saya makan madu Sidr, minyak kelapa dara dan juga cuka epal almost everyday. Walaupun seperti biasa ada ngelat tak makan, tapi saya cuba buat yang terbaik. Macam madu tu, jangan cakaplah, memang kita dah tau khasiatnya. Minyak kelapa dara pulak, memang bagus untuk kesihatan especially untuk kulit dan dalaman.
Kalau sesiapa follow facebook Dr Hamid Arsat, dia pun pernah post pasal khasiat dan kebaikan Minyak Kelapa Dara ni. Haaaa ... so, amalkan makan sehari 1 sudu dah cukup. Makan seawal pagi atau sebelum tidur.
Cakap pasal cuka epal, kita selalu biasa dengar orang cakap cuka ni sangatlah tak bagus untuk orang perempuan kan? Padahal hakikatnya, cuka adalah salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW. Kalau dah Rasulullah SAW sendiri amalkan makan setiap hari, for sure la benda tu sangat baik untuk kita kan? Jadinya, sebab itulah saya amalkan makan cuka jugak. Cuka epal ni walaupun rasa perit pahit kat tekak tapi untuk kesihatan, daku telankan sajo! Hihihi.
Jangan taktau, orang Arab kat sini suka cuka ni especially jeruk. Sebab tengok makanan yang dorang jual la buat saya terpikir : " Kenapa orang cakap cuka ni tak bagus sedangkan orang Arab ni, setiap hari mentekadarah jeruk. Buah zaitun jeruklah, timun jeruk dan sebagainya. Dorang tetap subur melahirkan zuriat-zuriat. ". Think about it. ;)
5. Pedulik Apa Orang Cakap
Sepanjang 4 tahun TTC ni, macam-macam kata nista orang saya dapat free.
Pernah sekali balik raya, orang cakap straight kat saya :
" Tak pregnant lagi? Dah 3 tahun kahwin tak pregnant-pregnant? Sepatutnya dah 3 tahun kahwin ni, dah 3 orang anak tau! Apalahhhhh! ". Cakap dengan rasa takde serba salah.
Apa saya buat masa tu?
Tahan rasa sedih dalam hati dengan sebaik mungkin, masuk kereta, terus menangis okay? Sedih gila rasa. Rasa macam loser gila bila orang cakap macam tu. But, takpelah. Mulut orang kan. Mana kita boleh tutup.
Pernah juga orang cakap dan tanya :
" Ko ni mandul ke apa? Tak pegi jumpa doktor ke check ko mandul ke apa? "
Cakap tu macamlah dia tau apa yang kami dah usahakan selama ni. Ye tak? Masa tu sedih tapi masa tu fasa dah boleh kawal emosi dengan lebih baik. So, saya diamkan diri dan senyum jek. Seperti biasa, mulut orang kita takkan boleh tutup.
Paling akhir yang saya terima, masa kami dok travel ke Europe haritu. Elok je ada manusia-manusia ni, dah takde benda nak cakap kot, dorang cakap kat saya :
" Amboiiiii ... banyaknya duit pegi Europe???? Baiklah kau guna duit pi melancong sana sini tu buat IVF ke apa. Ada jugak faedahnya dari bawak jalan-jalan. Membazir tau tak? "
Haaaa ... yang tu paling nak gelaklah sebab cara cakap tu pada saya, lebih kepada bau-bau cemburu sebab dorang tak dapat pi Europe agaknya macam kami. Hikhikhikhik. Jealous much maybe? :p
Saya diam jugaklah macam biasa sebab memang lepas 2 years TTC, saya da set dalam kepala, mulut orang ni kita takkan boleh tutup, so biarkan je.
Pikir yang positif. Pikir yang Allah SWT sengaja melewatkan rezeki anak untuk kita sebab DIA nak kita ada lebih banyak masa untuk berdua, pi jalan-jalan, pi dating selalu. Ye tak?
Sebab tu, masuk tahun kedua, lepas pulak kebetulan kami dah selesai dengan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan Hajj, kami dok sakan pi jalan sana sini. Sekejap ke Istanbul, sekejap ke Europe. Ni pun, mujur pregnant, kalau tak dah lepas ke Itali agaknya. Alhamdulillah memang murah rezeki bila bab nak berjalan sana sini. Syukur sangat.
So, korang kalau ada rezeki, rajinlah bawak diri pi honeymoon sebanyak mungkin sebab bila dah ada anak nanti, situasi dah tak sama. Sementara tengah berdua ni lah, kita boleh honeymoon puas-puas bagai takde kesudahan dan juga spend time sebaiknya dengan pasangan kita.
Honeymoon tu tak semestinya kena pi oversea. Kat Malaysia itself banyak tempat-tempat best. Go and have fun with your loved one! InshaAllah tak rugi dan rasa menyesal. ;)
Ok. Itu sahaja rasanya usaha saya sepanjang saya TTC. Apapun, kita jangan pernah merasa penat dengan usaha kita terutama sekali penat dalam berdoa kepadaNya. Lagipun, hanya DIA yang tahu bilakah yang terbaik untuk kita ada zuriat sendiri.
Kadang kita je rasa kita dah ready nak ada anak padahal ikutkan sebenarnya kita tak ready tapi kita langsung tak realize benda tu. Sebab tu, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita sebab Allah SWT adalah sebaik-sebaik pengatur kehidupan kita. Jadi, jangan sesekali kita rasa asik nak queries je kenapa Allah SWT tak bagi anak etcs.
Always have faith towards Allah SWT. Never give up. Keep du'a dan praying. Selalu cakap pada diri : " InshaAllah nanti aku jadi Ummi, Mummy, Mama, Ibu, Mak jugak one fine day. ". Ok?
Hugs and kisses.