Assalamualaikum.
Harini perginya lagi seorang ulama yang terkenal di Malaysia iaitu Tuan Guru Dato Haji Abdul Hamid Al-Jarumi.
Saya bukan nak bercerita lanjut perihal ulama ni cuma bila tadi ternampak gambar ni kat FB, terus rasa ..... Ya Allah , SubhanAllah ... tengoklah muka ulama ni.
Walau dah pergi menghadap Illahi tapi tengok macam tidur lena yang panjang je. Macam takde ada apa. Muka pun tak pucat macam jenazah yang kita biasa tengok. Serius menenangkan jiwa dan terus meninggalkan kesan dalam diri sendiri.
Seronok kan pergi macam ni? InshaAllah ulama ini mati dalam keadaan Husnul Khatimah semestinya iaitu mati dalam keadaan yang sangat diredhai Allah SWT. SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah.
Bila tengok gambar orang meninggal sana sini, tanya pada diri, pernah kita ni bersedia untuk mati? Pernah tak kita pikir, bila-bila pun kita boleh mati. Entah-entah kejap lagi kot, Malaikat Maut datang menjenguk kita. Siapa tahu kan? Sebab setiap manusia takkan pernah tahu bila ajalnya akan tiba.
T___________T
Bak kata Hilal Asyraf, " Jom menjadi hamba! "
Bak kata Prof Dr Muhaya, " Jom kita sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri supaya kita menjadi hamba Allah SWT yang baik setiap hari dari sebelumnya. "
Oleh sebab itu, mari kita menjadi hamba Allah SWT yang soleh, solehah yang sentiasa beri manfaat pada sesiapa sahaja terutama PenciptaNya. Ingat, ajal tak tunggu kita okay? Kita takkan pernah boleh cakap kat Malaikat Maut, " Cabut nyawa saya lagi sebulan dua ke tahun depan ke, boleh tak? " ... okay?
Kalau sesiapa yang masih di takuk lama, berubahlah. Kembali pada jalanNya. Cari redhaNya. SesungguhNya, saya pun masih dan inshaAllah akan sentiasa untuk memperbaiki diri terutama perihal ibadah dan dosa pun banyak menggunung ni. Tskkkk. T_______T
Semoga Allah SWT redha pada kita semua. InshaAllah. Amin. Amin.
Ya Allah subhanallah. memang sperti tidurr yg lena. Moga Allah sntiasa merahmati dan memberkati beliau :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Memang sangat tenang tengok muka ulama-ulama yang pergi kembali pulang ke pangkuanNya.
Delete