Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Akhirnya berjaya jugak buatkan suami Nasi Lemak. Janji nak buatkan Nasi Lemak untuk suami dah lama. Dah berkurun abad. Harini baru dapat buat.
Berkurun sebab diakui saya adalah isteri yang tak berapa rajin ( baca : malas nak mampuih ) nak buat heavy breakfast sebab suami sendiri, kadang kalau makan heavy sangat, mulalah perut dia memulas-mulas keluar masuk tandas. Dari dia derita gitu, baik jadi malas buat breakfast. Kuikuikui. Alasan tak? :p
Harini buat pun sebab bila saya dah janji nak buatkan tapi tak buat-buat, tak tertunai-tunaikan niat tu, kang sampai berkurun abad jugaklah dia dok mengungkit. Macam ritu, janji nak buat hari Khamis tapi sudahnya, terbongkang dan tewas.
Bila tak buat, bangun-bangun dari tidur, dengan muka sembrono dok perli, " Eeeee ... B kenyanglah makan nasi lemak berpinggan-pinggan pagi tadi. Sedap betul you masak. " ... cakap sambil muka senyum dan juga muka mintak lempang. Hahahaha.
Jadinya sebelum dia mengungkit untuk seribu kali, maka pagi tadi gigihkan jugak diri ini buat Nasi Lemak. Extra rajin sebab siap sempat lagi googled cara nak buat Ayam Goreng Berempah. Hahaha. Kemain, kemain.
Lagi super duper extra rajin dan lagi dikira isteri sangat rajin ( baca : malas tahap kronik ) bila, cakap kat suami, " Nasi Lemak ni untuk lunch dengan dinner sekali okay? Tak kuasa nak masak banyak kali. " ... hahahahahaha. Nasib badan dapat isteri begini tapi Alhamdulillah sebab suami saya ni tak cerewet. Dia makan sajo without complaint. That is why I love you extra much more suami. :p
Ni dok tengah pikir esok nak buat apa pulak. Thinking of nak bakar roti and sapu nutella je. Hari-hari makan berat kang, bila gemok, kang diri ini juga dipersalahkan. Huhuhu.
Selamat berhujung minggu!
sedapnya nasi lemakk..
ReplyDelete385
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/