Assalamualaikum.
Bila dah lama sangat tak update blog ni, saya memang terus jadi tengok blog sendiri pun rasa boring. Masa tu lah nanti, sibuk konon nak tukar template lah, design lah , itulah inilah. Konon macam nak dapatkan semangat balik nak update tu.
Tapi ....
Puihhhhh!
Takde maknanyalah sebab sekarang perangai malas memang pada level yang tinggi. Jadi lupakan saja niat nak blog berwajah baru.
Kalau baru pun, sikit je. Saya cuma tukar side bar ke belah kiri dan font tajuk entri. Khalas! ( Khalas ni bahasa Arab. Dalam bahasa Melayu, maknanya Selesai. )
Ok.
Niat nak update entri perihal trip ke Europe pun tak berupdate sampai sekarang sebab haritu, saya upload gambar kat Facebook pun, dekat seminggu baru settle semua. Seminggu ok? Sebabnya saya jenuh nak memilih. Pulak tu, pic dari 4 sumber ; kamera compact saya, dslr suami, iphone saya dan juga suami. Jenuh.
Pulak, biasalah, Europekan lawa. So, semua pic lawa-lawa. Masuk dalam bakul, angkat sendiri ok? Hahaha. Tapi tak semua saya upload. Kebanyakan upload gambar view je. Gambar kami berdua or kami sendiri, saya masukkan sikit-sikit buat tatapan omak tersayang. Hihihi.
Anyway, few weeks left before saya dan suami celebrate anniversary yang ke 4 tahun! Yahoooo! Sekejap je dah 4 tahun. Tak sangka boleh pergi sejauh ni sebab kami pun manusia normal juga. Ada turun naik in our marriage.
Gaduh nangis, sepak terajang ( Itu saya ye. Bukan suami. Boleh? ) itu kira seperti angin bayu dibawa lalu. Baik saya atau suami, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Contohnya macam kalau bab makan.
Saya suka tempoyak. Walaupun suami orang Perak, dia tak suka tempoyak! Stress tak? =_=". First time saya jumpa orang Perak yang tak makan tempoyak. Ni Perak murtad ke apa ni? Huhuhuhu.
Tempoyak tak makan tapi buah durian tu, kemain dia makan kan?
Tahun lepas, masa nak balik Jeddah, Mak Mertua saya dah siap-siap buatkan saya tempoyak satu balang kecik, siap buat extra suruh bagi Mak saya.
Bila bawak balik Jeddah, setiap kali kalau saya nak makan tempoyak tu, suami suka buat muka 'busuk'. Pastu dok ulang cakap : " Eeeeee ... busuklah benda ni. Letak jauh-jauh. ". Stress haku! Nak makan pun jadi tak feel sangat dah.
Padahal, pada saya, tempoyak tu ... fuhhhhhh ... sedap habis! Lagi-lagi bila makan lauk asam pedas dengan tempoyak ... sedap tak terkata! Rindu nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak. Anyone yang baik hati tak, nak masakkan untuk saya lauk tu? Hihihihi. ;)
Itu bab tempoyak.
Kalau on his side pulak ...
Suami saya ni memang sangatlah suka minum air panas. Dalam sehari tu, lebih dari 5 kali saya kena buatkan air panas untuk dia. Tak kiralah air kopi ke, teh ke, apa sahaja! Janji air panas.
Jadinya, duduk dekat sini, memang heavenlah untuk dia sebab kat sini, dekat tepi-tepi jalan, dekat highway, mesti bersepah kiosk jual kopi.
Siapa pernah datang sini, mungkin pernah dengar kopi Arab kot?
Kopi Arab ni, kopi campur rempah ratus. Boleh bayangkan tak, kopi campur kayu manis, ketumbar and so on? I am not so sure rempah ratus yang digunakan tu yang mana satu tapi seangkatanlah.
Suami saya ni, takdelah nak dikatakan selalu minum Kopi Arab ni. Sekali sekala je. Tapi dia paling suka, Kopi Arab dari Barney.
Bau kopi Arab ni ....... ok, pada saya, unacceptable! Taktau nak explain bau dia macam mana. Tapi kalau suami drive thru beli dan letak dalam kereta, it could make me nak muntah dan sesak nafas. Serius memang tak boleh blah dengan bau kopi Arab ni! I don't know why. T___T
But because of sayang, sometimes, I am trying so hard untuk tahan bau kopi Arab ni but still, it will end up like this :
Suami : " You ok ke? "
Isteri : " Ok je. " ( Padahal dok menahan nafas )
Suami : " Serius ni? "
Isteri : " Yes I am! " ( Cakap sambil beso kan mata sebab dia suka tanya banyak kali. )
Then ... bila dah jalan, suddenly, I will scream ( Not too loud. Sikit je. Haha. ) at him :
Isteri : " Cepatlah minummmmm! Tak tahan dah ni. Nak muntah dah ni. Kang I muntah dalam kereta you ni kang, apapun tak dapat kang. "
Suami : " Ok. Ok. I minum sekarang! I habiskan. Tahan sikit. Jangan muntah! " ( Terus kelam kabut minum sambil drive. Bukan sebab lain pun, sebab taknak kereta dia kotor. )
Hahaha. Itu satu contoh yang boleh dibagi. Banyak lagi benda yang dia suka dan saya tak suka. Vice versa. But yeah, marriage tu kan untuk saling complete each other.
But in certain things, we do love the same thing. Like shopping.
Kalau cerita pasal shopping, suami lagi 10 kali over dari saya sebenarnya! Like example, masa pergi Europe haritu :
Suami : " Kita nak jalan je eh. Takde nak shopping eh. "
Isteri : " Ok. Apa-apa je. " ( Padahal malas nak layan sebenarnya because I know nanti at the end jadi lain. )
Tup tup .. pergi outlet. Pegi butik feveret dia, ewah ewah ... syoknya shopping! Dia siap rambang mata taktau nak pilih yang mana. Sekejap nak yang ini, sekejap kang : " Sayang, I nak yang tu lah tapi takde saiz I, tapi lawa, camne ni? ". Serius malas nak layan dan rasa nak lempang dia time tu jugak! Hahaha.
Tapi biasanya, bila dia dah ada barang kat tangan hasil shopping, dia tak pernah lupa saya. Nanti lepas-lepas tu, mesti dia akan tanya : " Kita cari barang you pulak okay? ".
Perangai dia kalau dia ada beli barang, mesti saya pun ada jugak. Fair square. Kalau takde, nanti kadang dia jadi tak best, tak sedap hati. Kadang je lah. Tak selalu pun. Hahahaha.
Ni bila dah nak anniversary, haritu dia dah siap-siap tanya :
Suami : " Sayang, nanti surveylah hotel dekat Makkah. Kita celebrate dekat Makkah okay? "
Isteri : " Ok. I nak Pakej Honeymoon dekat hotel ******* eh? "
Suami : " Hah? "
Isteri : " Apesal? "
Suami : " Hmm ... kalau tetiba you 'cuti' ke, macam mana? " ( Dan dan lah tetiba ingat hari period isteri. Hahahaha. )
Isteri : " Ala ... kalau I cuti, kita postpone bulan depan. Tak semestinya kena celebrate bulan depan kan? Kan? Kan? Kan? " ( Buat muka jahat angkat kening tengok suami )
Suami : " Fine. " ( Muka bengang is on! Hahaha. )
Ikutkan sebenarnya, takde nak mintak apapun. Tapi saya paling suka, kalau celebrate tu, kami dapat ke Makkah atau ke Madinah. Itu biasanya yang kami buat sejak duduk sini. Alhamdulillah dan rasa syukur sangat sebab dapat celebrate hari-hari bermakna ni kat tempat yang paling mulia di dunia! ;)
Ok. Got to go now. Nanti saya cerita-cerita lagi.
Sekian. Ma'asalamah!
comelnya header...^_^
ReplyDelete