November 27, 2012

Europe RoadTrip : Dari Jeddah ke Frankfurt dan Cologne di Jerman

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama memeram gambar, baru sekarang saya ada mood yang baik nak bercerita perihal Europe Trip saya dan suami haritu. Yeay! ;)

Bercerita pasal Europe Trip ni, sebenarnya it was unplanned trip or boleh kata, last minute punya plan. Ia terjadi apabila suami saya ni sangatlah rajin survey tiket flight. Sekali tengok punya tengok, mungkin dah kata rezeki dariNya, he found out that tiket dari Jeddah ke Frankfurt sangatlah murah tahap kebabom!

Hah, apa lagilah kan? Terus proceed. Yahooo!

Maka, bermulalah stage sakit kepala survey hotel paling murah! Kalau nak travel ni, biasanya suami akan bagi saya job which is saya kena buat itinerary dan juga budget sepanjang travel tu dan Europe trip kali ni, bukan kami berdua je tapi ada another 2 families yang buat Europe trip ni jugak tapi semua route yang berlainan.

Jadinya, kami bertiga ( sang isteri ) ni, kerap bertukar info. Selagi tak pergi lagi, selagi tu lah, adaaaaaa jeeee info yang kami bagitahu to each other especially bab hotel ni.

Plan asal, saya dan suami nak naik train je during this trip but lepas kira budget dan comparekan price naik train dengan sewa kereta, we decided to do it as a Europe Road Trip which mean, kami sewa kereta dan drive dari satu tempat ke satu tempat. Super yeayyy dan excited memandangkan this is what we love dan aktiviti yang dah lama kami tak buat together as husband and wife. Hehehe. ;)

Maka, bermulalah Europe Road Trip kami on October 24. Flight ke Frankfurt pagi. Sampai kat Frankfurt tengahari dah. Alhamdulillah, takde jetlag sebab beza masa Jeddah dengan Europe takat 1 jam je pun. Melampau sangatlah kan kalau sampai nak jetlag! Hahaha.



It is boarding time!

Sampai Frankfurt memang right on time tapi berurusan nak amik kereta sewa tu, sangatlah memakan masa. Dahlah booked kereta lain, dapat kereta lain. Booked kereta comel kecik, tetiba dapat kereta besa dan panjang. =_="

Happy at first tapi bila dah drive dan nak carik parking, serius sakit hati dan asyik nak menyumpah je sebab jalan kat Europe adalah sangat sempit dan parking pun sama sempit. Pulak tu, kat Europe kebanyakan semua pakai kereta kecik-kecik je. Disebabkan dah amik dah pun, layankan aje. Can't complaint much

Dahlah lawak masa dapat kereta tu. Dapat kereta manual. Suami ni dah bertahun tak bawak manual sejak lepas eksiden dulu sebabnya, lepas eksiden tu, terus dia beli kereta gear auto. Kat Jeddah pun, beli keta auto jugak. Makanya, what do we expect kan?

Masa kami nak naik bukit, nak keluar dari parking airport, terus mati enjin. Start enjin balik, mati lagi. Start lagi, mati lagi. Serius bengang dan terus rasa tak konfiden dengan dia.

Then, bila dah jadi macam tu, makcik tua kat belakang bawak Mercedes dah bengang. She keep nagging at the back inside her car. Bla .. bla .. bla ...

Yang kami ni :

Isteri : " Boleh ke tak ni? "
Suami : " Boleh .. boleh. "

Ok. Fine. Bagi dia try lagi ...

Shrekkk shrekkk bunyi enjin start balik but by the time tekan minyak, terus enjin mati lagi.

Isteri : " You dah kenapa? Boleh ke tak? "
Suami : " Boleh .. boleh. "

Bunyi shrekk shrekk lagi and the same thing happen again.

Isteri : " Apsal you ni? Orang kat belakang dah marahlah. "
Suami : " I nervous dah ni. " ( Muka cuak mode is on! )
Isteri : " Tu betul ke gear 1 tu? Bukan 3 ke? "
Suami : " Yelah. Ni gear 1. Betul lah ni. " ( Muka degil mode pulak is on! )

Ok. Fine. I gave him a try again but .... SAMA jeeeeeeee! Even bila saya try, then dia ajar masuk gear 1 tu pun dah rasa pelik sebab saya rasa, itu bukan gear 1 tapi gear 3 tapi disebabkan I know him so well, ok ... kita ikutkan aje kata dia.

Bila still tak boleh jugak dan kereta makin banyak menunggu kat belakang, saya suruh dia mintak tolong sesiapa yang boleh tolong drive dan bawak kereta ni naik bukit sampai atas.

And ....

Masa mamat sorang ni tolong, saya perhatikan je mamat ni masuk gear 1 dan zupppp ... naiklah kereta sewa tu ke atas!

Terus saya cakap kat suami :

Isteri : " Tadi yang you cakap tu bukan gear 1 ok? Tapi gear 3. "
Suami : " Taklah. Betul. Yang tu gear 1. "
Isteri : " Whatever lah. Dah. Jalan. Pukul berapa dah ni. Nak malam dah. "

Masa nak drive ke hotel tu, memang seriously muka suami nervous because sometime, I have to remind him to change the gear. Kira dalam kereta, kerja saya : " B, tukar gear. B, tukar gear. ". Itulah saya dok ulang berkali-kali. Hihihi.

Ok. Disebabkan ini adalah roadtrip makanya GPS adalah paling penting! Alhamdulillah, pelaburan duit suami beli GPS baru rasa sangat berbaloi bila buat Europe RoadTrip ni. The service that have been given sangatlah bombastic! Tak sesat. Langsung!

Masa dah dapat kereta tu, masuk kereta, terus set GPS ke destinasi iaitu Hotel Tourist. Alhamdulillah, jalanraya kat Frankfurt okay. Driver sangatlah okay. Orang Jerman drive sangatlah berhemah. Adalah sangat susah nak jumpa kereta yang nak belok tak bagi signal. I love Germany driver. Tak sakit jantung tengok. Tak macam kat Jeddah, asal naik kereta, terus sakit jantung. Huhuhu.

Sampai hotel, banyak kali kami pusing-pusing area situ cari parking. Bajet dapat parked dekat dengan hotel, unfortunately, hotel ni lokasi dia memang betul-betul tepi jalan. Boleh je parking tapi taknak amik risiko kereta kena langgar ke apa ke. Jadi, kami parking dekat Public Parking yang berdekatan.



Hotel Tourist.

Masuk hotel, pergi lobi, check in, mandi, solat. Habis solat, dua-dua menggelupur masak maggi. Dahlah memang dah penghujung summer and early winter, makan maggi panas-panas, memang enak! Slurp .. slurp.

Jangan taktau. Saya bawak maggi 14 packed okay? 6 maggi cup, 4 peket maggi kari, 4 peket maggi goreng. Semangat tak semangat kan sebab dah amik pengajaran dari Istanbul Trip dulu. Kuikuikui.

Settle makan, perut kenyang, tunggu waktu solat Maghrib pulak. Bila dah musim sejuk ni, malam jadi panjang. So, waktu solat pun jadi cepat. Settle solat Maghrib semua, terus siap-siap keluar balik.

Kami tak kemana pun. Cuma pusing-pusing kawasan berdekatan hotel jugak sebab hotel kami stay tu memang sangat-sangat dekat dengan Frankfurt Central Station. Keluar dari kawasan hotel, amik-amik gambar sikit, terus masuk ke dalam Frankfurt Central Station.

Dah kata main station kan, of course ramai orang dan keadaan sangat sibuk. Pusing-pusing tengok gelagat orang, survey souvenier yang boleh dibeli dannnnn ... memandangkan kami tak amik heavy dinner lagi, menujulah kami ke Markt kat dalam tu jugak.

Sebelum datang, we have been told by Cha dan Kak Rahima yang kat Markt ni ada satu restoran kebab yang sedap. Dorang cakap memang sedap gilalah kebab kat situ! Siap tunjuk gambar semua. Semangat punya pasal nak rasa kebab tu, terus cari restoran tu je. Jumpa. Terus order Oriental Kebab.


Ni la restoran dia. Oriental Restoran. InshaAllah sedap dan harga sangat berbaloi! Portion kebab yang dia bagi untuk perut kami malam tu, order satu menu je. Share berdua. Lebih dari kenyang sebab banyakkkkkkkkkkkk dia letak daging dengan salad tu.


Our first meal in Europe. Oriental Kebab. ;)

Settle makan, terus sambung pusing-pusing, amik gambar dalam Central Station tu. Sambil-sambil tu, cuci mata tengok ....


Pastriesssssss!

Mash'Allah, tengok pastries kat Europe ni, memang terliur. Macam-macam pesen ada, macam-macam perisa ada. Disebabkan saya sangat suka pretzel, memang hunting pretzel je lah walaupun baru lepas makan kebab. Perut dah sendat, dah buncit pun, gigih sumbatkan pretzel letak butter.

Tak rugi jadi tamak sebab sedappppppppp! Nyum nyum. Hiks. ;)

Selain geram tengok pastries, geram jugak tengok ...


Fresh flowerssssss!

Again. Mash'Allah! Too beautiful. Bau bunga fresh flower ni memang mendamaikan jiwa. I love them. Sejak kawin, selalu pesan kat suami : " B, kalau kita ada rumah, I nak letak fresh flowers dalam semua pasu I okay? ". Hihihi. Mengada. :p

Puas pusing-pusing, terus balik hotel semula. Tidur.

First night was like a nightmare sebab nak tunggu Subuh punyalah lambattttttttttttttt! Siang kat Frankfurt waktu Subuh around 7am. Kami termangu dalam bilik pagi tu tak tau nak buat apa sebab ikutkan itinerary yang saya dah buat, kami nak check out seawal mungkin sebab nak berjalan around Frankfurt city dan juga tengok Romerberg buildings.

Even tidur pun, kejap kejap tengok jam, kejap kejap tengok jam. Apehal la tak siang-siang ni? =_=". Dekat pukul 8am, barulah matahari memunculkan diri di bumi Frankfurt. Terus mandi, bersiap, turun bawah untuk breakfast dulu, then naik bilik balik, amik beg, check out, letak beg dalam kereta dan kami jalan kaki ke destinasi yang ingin di tuju.

Pada saya, bandar Frankfurt sangat cantik, bersih dan tenang. Bandar dia still ada traffic jammed tapi takdelah sibuk sangat macam Kolumpo atau Jeddah. Still under control. Buildings lama kat Frankfurt, jangan cakaplah. Semua cantik-cantik. Saya kerap ternganga mulut sebab terlebih menghayati the architecture of the old buildings

Kami jalan kaki ke Romerberg ni adalah dalam 10 ke 15 minit. Sepatutnya, jalan ke situ dekat je tapi kami terlebih pandai dan terlebih confident pegi ikut jalan jauh. Hahaha. Tapi tak kisahlah. Janji sampai kat destinasi. Itupun, mujur juga, saya ringan mulut bertanya sebab masa tu rasa macam dah jauh sangat berjalan tapi tak sampai-sampai. 

Rupanya, bila dah tanya tu, Romerberg buildings tu, kami kena jalan kaki depan sikit je lagi, dah sampai dah. Hihihi.


Romerberg Buildings. Saya panggil ini patern bangunan lego sebab squares macam tu kat facade bumbung dia.


Another one. Yang ni berdepan dengan bangunan kat atas tadi. Tengok in real life, memang cantik Romerberg buildings ni. I love how the Germany government maintain kan this buildings. I said this because, bangunan ni, facade dia yang lama, dalam dia baru according to what my husband said

Betul lah tu sebab saya ada juga belajar dulu, how they construct and maintain the facade of the building. Jangan tanya kenapa kerajaaan Malaysia tak buat macam ni sebab kos dia terlalu tinggi. Mungkin PM Najib rasa rugi buat macam ni, tapi tak rugi jika spend almost half million just to fulfill kehendak his wife yang mahu beg Hermes special edition. Eh? :p ( Statement berani mati. Hahahaha. )

Selesai cuci mata kat Romerberg ni, terus jalan kaki balik ke tempat parking kereta dekat dengan hotel tu. On the way nak balik tu, lalu kat satu streets yang penuh dengan restoran jual kebab. Kami singgah, beli buat bekal for lunch for our next journey.


Banyak sangat pilihan. Yang penting, halal. 


Dan tak lupa juga, salad. 

Saya ni tak berapa sangat dengan salad tapi sepanjang trip ni, berebut-berebut dengan suami bila makan salad ni. Hahaha. Mengada lebih. :p

Alhamdulillah, nak cari makanan halal kat bandar Frankfurt ni, tak susah. Senang je cuma jangan pelik bila tengok some of the restaurant ada jual liqour, beer sekali. Itu normal. Taknak komen sangat. Hiks. ;)

Sampai parking, terus set route ke next destination pulak iaitu Cologne! Tersedak jugak suami bayar parking sebab kena EUR24. Mahal nak mampus! Hahaha. :p


Drive dari bandar Frankfurt nak ke bandar Cologne amik masa dalam 2 jam - 189km. Highway Europe ni lebih kurang macam PLUS and I think, PLUS much wayyyyyyyy better than Europe punya highway

Highway kat Europe ni, ada R&R macam PLUS jugak. Public toilet semua ada. Bersyukurlah kita semua sebab kerajaan mampu sediakan highway yang ada public toilet yang bersih dan selesa. Public toilet kat sepanjang highway ni, busuk dan kotor gila hoiiii! Stress saya dibuatnya. T_T



Suami. Dia yang drive sepanjang trip ni. Janji saya hanya tinggal janji sebab ternyata kemalasan saya untuk drive pada waktu sekarang adalah tidak dapat dibendung sama sekali. Ini padahnya bila duduk kat negara yang mana, kerajaannya tak membenarkan perempuan bawak kereta. Alasan terbaik. Hahaha.

Syukur juga sebab sepanjang trip ini, saya tak tidur langsung! Kalau tak, asal naik kereta je, mengantuk. Asal naik kereta je, pening dan nak tidur. Asal naik kerete je, mulalah nak berdengkur. Tapi during this trip, gigih teman suami drive. Almaklumlah, saya kan mesin bercakap dia. :p

Sampai Cologne, terus ke destinasi pertama iaitu Cologne Dome!


Menatang ni, serius besarrrrrrr like Hogwarts! Masa sampai sini je, bila nampak bangunan ni, I was like .... " what the ....... ". Very surprised sebab tak sangka bangunan ni segabak-gabaknya! Dengan struktur bangunan yang too complicated.

Tapi ... still cantik!


Bangunan ni sekarang dah jadi Cologne Main Central Station. Sebab tu orang ramai bersepah duduk kat tangga macam tu because some of them, ada yang tunggu train and ada jugak yang saje duduk lepak situ, borak-borak.


Part of the building that under construction.


Main entrance.

Kami tak naik sampai atas pun sebab tangga dia agak banyak dan tinggi dan saya kena pikir suami. Hihihi. Jadinya, kami tengok dan amik gambar dari bawah je.

Selesai kat situ, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu ...


Hard Rock Cafe!

Suami saya ni dari sebelum kahwin, dia memang hantu dengan baju Hard Rock ni. Masa saya buat itinerary trip ni, tak terpikir langsung pun pasal Hard Rock ni sampailah dia sendiri request kat saya : " Sayang, biebie nak pergi Hard Rock kat Cologne, Amsterdam, Brussels and Paris okay? ". Ok suami. Saya menurut perintah! 

Nak cari Hard Rock Cologne ni bukan senang. Jauh gila jalan sampai dah nak sesat. Tanya orang kat tepi-tepi jalan, semua taktau speaking. Cakap macam ayam itik pun, still tak paham. Even sebut Hard Rock Cafe pun, semua geleng kepala. Fine!

Kami almost patah balik but luckily, jumpa juga after tercangak-cangak kat area Hard Rock ni. Hehehe.


Suamilah paling happy sebab dapat tambah koleksi baju. Dia je beli. Saya tak beli pun sebab pikir memang tak pakai. Setakat tshirt beratus ni pakai kat rumah, buat apa kan? Baik saya beli lain. Hehehe. Jadinya, suami belikan saya fridge magnet. Baru fair square dan dua-dua happy. Yeayyy!

Selesai shopping, jalan kaki ke tempat parking dan kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam, Netherlands!

Sepatutnya, kalau ikut itinerary, lepas pergi Hard Rock Cologne ni, kami ke Museum Coklat berdekatan tapi apakan dayaku, masa tu dah pukul 5 petang. Suasana pun dah gelap, kedai banyak dah tutup. Maka dengan berat hati, saya cancel pegi Museum Coklat tu. Tiada rezeki. T___T

Ok. Nanti bersambung di Netherlands pula ...

Jaga diri semua. Semoga sentiasa dalam redha Allah SWT. Barakallahummafikum.

Sekian. Ma'asalamah!

2 comments:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...