Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Boleh kata, sekarang dah genap 2 tahun setengah aku memakai hijab. Sebelum ni sememangnya aku memang seorang yang free hair dan kemudian on off memakai hijab dan akhirnya, aku berhijrah sepenuhnya untuk memakai hijab.
Awal dulu aku pakai hijab, masa on off tu memang ada unsur paksaan dari pelbagai pihak sampai buat aku jadi macam tak ikhlas untuk berhijab dan membuat aku free hair balik.
Sehinggalah akhirnya, Allah SWT tunjukkan aku, jalan mana yang harus aku pilih walaupun pada masa tu, aku akui, aku masih tidak pasti dan masih risau takut aku on & off memakai hijab macam sebelum itu.
Tapi Alhamdulillah. Aku masih istiqamah melakukannya. sehingga ke harini dan juga semoga sampai bila-bila iaitu sehingga aku kembali kepadaNya.
Mula-mula pakai hijab memang dugaan betul. Macam-macam dugaan kena tempuhi. Pernah juga ada ketika tu, aku merungut sorang diri dan terdetik dalam hati : " Eeeee ... lecehlah pakai hijab ni. Semua tak boleh. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tension betul lah macam ni! ".
Nasib baiklah punya laki yang banyak sabar dan sentiasa berfikiran positif bila aku masih dalam proses membiasakan diri dengan berhijab.
Faham je lah. Bila kita dah berhiijab ni, bukan setakat atas tiket kita sarung tudung dan kita dah dikira berhijab sepenuhnya. Sebab berhijab itu sendiri, kita kenalah sentiasa jaga semua perkara baik dari kelakuan dan pakaian.
Terutamanya pakaian.
Kau faham jelah. Kalau dah nama kau sebelum ni tak pakai hijab, dah memang sah baju kau semua mesti singkat-singkat, ketat-ketat. Baik baju, baik seluar. Sama je.
Masa baru nak biasakan diri pakai hijab sepenuhnya tu, laki aku memang pantau aku serba serbi. Paling dia peka adalah pakaian aku. Memang berbulan-bulan lah dia dok membebel dekat aku. Macam-macam aku kena tegur : " Eh, mana boleh pakai baju ni, nampak bontot!" , " Eh, mana boleh pakai seluar ni, ketat ikut bentuk kaki!" , " Eh, mana boleh pakai baju lengan pendek gini!" , takpun ... " Eh, mana boleh pakai tudung macam ni. Pakai tudung kena tutup depan. Baru betul!".
Fuhhhhhhhhh! Memang ada sampai satu tahap tu, mulut aku kalah buntut itik sebab asyik kena tegur sana sini. Sekarang aku faham dah lah kenapa dia buat semua tu. Hehehe.
Lagi satu, bila berhijab ni, banyak benda kena jaga. Semua benda lah. Lagi-lagi bila kau ada Social Network. Nak upload gambar ke, apa ke, semua tu kena amik kira.
Kerja nak buang gambar lama-lama memang amik masa. Aku sampai satu tahap, kalau malas nak remove satu-satu, memang aku delete je satu album terus! Takpun, aku privatekan je gambar tu semua.
Dan errr .. macam blog ni. Blog ni wujud masa aku belum berhijab lagi. Awal-awal dulu, aku memang dah buang semua entri yang ada gambar aku tidak berhijab dan ada juga aku terlepas pandang.
Aku bersyukur sebab Allah SWT 'utuskan' aku seorang manusia yang berhati mulia dan tulus untuk mengingatkan aku supaya buang gambar yang aku terlepas pandang. Terima kasih buat Gee. Semoga Allah SWT membalas segalanya.
Paling membahagiakan lagi, sejak kebelakangan ni, aku perasan yang ramai di kalangan kawan-kawan rapat aku berhijrah dengan memakai hijab! Allah! Rasa gembira sangat sampai tak tahu nak terangkan macam mana. Tapiii .. tahap gembira tu boleh kata kalah tahap gembira masa habis SPM dulu. Hehehe.
Mana tak gembiranya sebab yang berhijrah semua memang kawan aku jenis yang sangat-sangat enjoy sakan dengan kehidupan dorang sebelum ni. Senang cerita, kami semua sama je dulu. Enjoy tak ingat dunia, pakai baju ikut suka hati dan masa tu, pada aku, hanya pikir perihal dunia.
Langsung tak amik kisah perihal dunia kekal di sana. T____T
Bila boleh dikatakan semua sudah berhijrah dan kembali ke jalanNya, rasa macam nak jumpa semua dan peluk cium sorang-sorang sebagai tanda aku bersyukur dengan perubahan yang dilakukan dan aku adalah manusia paling gembira dengan perubahan yang mereka lakukan. T_____T
Doa aku, semoga aku, mereka dan Muslimah yang lain terus istiqamah dalam menunaikan perintahNya. Semoga kami semua terus mendapat tunjuk ajar dan sentiasa belajar untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya.
Dan juga semoga segala dosa kami diampunkan olehNya, taubat kami diterima dan juga Iman, Hidayah & Taqwa kami terus kekal kepadaNya. InshaAllah.
Buat kawan Muslimah lain yang masih belum berhijab, aku doakan semoga Allah SWT tunjukkan kalian jalan kebenaran dan juga semoga kalian sendiri mencari kebenaran yang sangat indah dariNya.
Ingatlah bahawa, kita yang diciptakan olehNya adalah secantik-cantik, seindah-indah ciptaanNya dan adalah lebih cantik apabila segala keindahan itu dilindungi dari menjadi pemandangan bukan Mahram kita.
Terutamanya buat Muslimah yang sudah bergelar isteri. Jangan lupa bahawa, sayang pada suami bukan sahaja melalui kata-kata ataupun apa sahaja yang kita buat untuk dia tapi ia akan lebih indah lagi bila kita melindungi suami kita dari 'tercampak' ke dalam Neraka Jahanam.
Tunaikanlah perintahNya. Sesungguhnya, Islam itu adalah cara hidup yang paling indah dan sentiasalah kita untuk berusaha ke Syurga Allah SWT dan bercita-cita mahu menjadi bidadari Syurga. InshaAllah.
Sekian. Masalamah! Muah!
Alhamdulillah, untunglah bila dapat suami yg ingin bercinta hingga ke syurga.
ReplyDeleteTapi keadaan org sekeliling saya lain pulak, lepas kahwin lagi syok free hair. Dok post gambar jalan2 dgn suami la semua, rasa sedih pulak. Macam suami tu lagi merosakkan isteri, sepatutnya membimbing ke arah kebaikan. Yang dulu cantik bertudung, kini tanpa segan silu letak gambar free hair je kat fb. Kalau camtu, baik takyah kawen je rasa haha.
ps: bukan sorg, ada la 3 4 org. kecewa
Affan - Dua-dua mahu merasai nikmat hidup di Syurga, maka dua-dua kenalah berusaha untuk mengejarnya. Alhamdulillah dapat suami yang membimbimg ke jalan yang benar.
ReplyDeleteErrr .. ingatlah, my friends je macam tu, rupanya ada lagi orang lain yang macam tu. ( Kes sebelum kahwin elok molek pakai tudung, lepas kahwin? Hehehe. )
Alhamdulillah ada yang pakai tudung balik. Ada yang .. hmmm paham sendiri je lah. Kadang rasa nak je tanya, dorang ni kenapa sebenarnya bila lepas kahwin gitu.
Tapi ada yang bagi alasan : " Tak puas enjoy before kahwin! " Erk?
nice one :)
ReplyDeletealhamdulillah kak nailah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...smoga perubahan tu akan mndapat ganjaran dari Allah....
ReplyDeletep/s : Allah Maha Kuasa... ^_^
Alhamdulillah.smoga akak istiqamah.
ReplyDelete#nak tambah skit.kalo akak nak fokus utk tudung.istilah yg lbih spesifik ialah khimar.hijab tu merangkumi segala sesuatu yg menjadi pemisah antara lelaki dan perempuan termasuk jilbab dan khimar tdi.jilbab pulak baju labuh ,longgar dan menjulur ke bawah seperti jubah.sama mcm baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang mengikut syarat yg ditetap kan oleh islam.:)
assalamualaikum...
ReplyDeletetetiba rasa apa yg awk tulis ni mewakili saya... semoga saya juga diberi kekuatan utk terus istiqamah...
nway salam kenal dari saya Cik Kaki yg sebenarnya adalah puan. ;)
Maryam - Thanks! Sekadar berkongsi pengalaman hidup. ;)
ReplyDeleteRedBirdFe - Alhamdulillah. Akak memang rasa bersyukur sangat sebab dapat melakukan penghijrahan lebih awal dari yang dijangkakan. ;)
ReplyDeleteCkin Kembaq - InshaAllah. Shukran. DIA Lebih Maha Mengetahui segalanya. ;)
ReplyDeleteRemaja kreatif - InshaAllah. Shukran brother! Thanks for the info. ;)
ReplyDeleteInaAchik - Alhamdulillah. InshaAllah penghijrahan ini mendapatkan satu ketenangan yang sangat indahhhh dalam hidup kita.
ReplyDeleteSemoga terus istiqamah. Selalu panjatkan doa agar Allah SWT tetapkan hati kita untuk terus kekal dengan perintahNYA.
Salam ukhuwah juga buat Cik Kaki.