December 17, 2011

Kerjaya Yang Menyimpang Dari Kelulusan Universiti

Assalamualaikum.

Masa datang sini dulu, aku memang dah tahu yang kaum wanita memang agak susah sikit untuk bekerja. Lagi-lagi kalau kaum wanita yang mahu bekerja dalam bidang pembinaan.

Bukannya takde langsung! Zaman sekarang ni dah tak sama macam zaman dulu sebab kerajaan Arab Saudi memang dah buka kuota untuk kaum wanita keluar bekerja dan bina kerjaya macam kaum wanita di negara-negara yang lain.

Bila habis je belajar dan berhijrah ke sini pula, awal lagi memang aku dah sampaikan hasrat pada laki bahawasanya yang bininya ini mahu berehat di rumah dulu. Kononnya nak rehat sekejap je tapi lama kelamaan macam syok pula jadi surirumah sepenuh masa.

Bila dah setahun lebih duduk sini, laki dah mula merisik dan bertanya : " Ayang taknak cuba cari kerja ke? ". Reaksi aku? Masuk telinga kanan keluar telinga kiri! Buat-buat tak dengar. Sampailah aku sendiri bagitahu dia : " Nak duduk rumah dulu lah. Taknak kerja dulu. Nanti bila dah rasa nak kerja baru I kerja. Ok? ".

Dia angguk tanda setuju.

Penghujung tahun lepas, Mulut gatal pergi janji dengan laki : " Biebie, kalau bulan Februari, kita takde rezeki lagi which mean kalau I tak pregnant lagi, I nak cari kerjalah. " . Memang yakin habis masa tu buat perjanjian! =___=

Tup .. tup ... nak masuk tahun 2012 dah. Bulan Februari 2011 pun dah lepas. Aku masih juga di tempat yang sama dengan kerjaya yang sama iaitu surirumah sepenuh masa. Hihihi.

Aku bukannya tak pernah cuba cari kerja. Pernah je senyap-senyap, gatal-gatal tangan pergi hantar resume dekat Jeddah Private School ( JPS ). Sekejap lagi, bila pihak JPS reply dekat email dan suruh datang interview, aku menggelabah katak! 

Masa tu dalam kepala dah macam-macam pikir. Serius masa tu aku memang menggelabah habis sebab utamanya, aku adalah manusia yang tidak sukakan sesi temuduga sebab masa temuduga tu, kadang-kadang kalau emosi menggelabah katak aku tak dapat dikawal, aku boleh jadi blur dan jadi orang bangang tak tahu nak cakap dan jawab apa, bila masa temuduga.

Makanya, bila fikir dari aku terjebak dalam situasi jerut leher sendiri, aku abaikan sesi temuduga tu. T____T

Bila dah seminggu lebih tarikh temuduga tu lepas, baru aku bagitahu laki aku. Reaksi dia? Haruslah menyingaaaaaa! Hahaha. Sebab dia memang nak aku keluar cari kerja sebab dalam kepala dia, aku belajar bertahun. Bertungkus lumus nak dapatkan sijil Ijazah. Makanya dia taknak aku sia-siakan segala usaha aku bertahun tu.

Tapi masalahnyaaaa ... aku pun tak bersedia lagi!

Dahlah tetiba macam tukar kerjaya. Sepatutnya, dari kelulusan universiti yang aku dapat, aku bina kerjaya dalam bidang pembinaan tapi disebabkan duduk sini, maka peluang terhad untuk kerja di pejabat. Tapi tiba-tiba nak tukar pada bidang pendidikan pulak iaitu kerjaya sebagai seorang pendidik atau cikgu.

Tapi ... jadi cikgu kan dah dikira satu penghormatan sebab kalau ikhlas, itu boleh dijadikan bekalan ketika aku ke alam barzakh nanti. Hmmm. Itu yang selalu dia nasihat bila setiap kali aku tanya dia kenapa dia mahu aku jadi seorang pendidik baik di sini atau bila balik for good nanti.




Laki aku pulak memang suka je kalau aku jadi seorang pendidik ni. Tak kiralah cikgu sekolah atau pensyarah, janji kerjanya adalah menyampaikan ilmu untuk manusia lain, mesti dia sokong je lah 200%!

Aku ni bukan nak kata tak suka kerjaya cikgu tapiiii ... sebab aku mahukan cabaran. Sebab tu aku  mohon bidang kejuruteraan masa mahu sambung pengajian dulu. Kalau aku ni memang betul nak jadi cikgu, dari awal lagi aku dah mohon.

Lagi pulak, boleh dikatakan, majoriti keluarga besar aku : baik Mak aku, kakak aku, makcik-makcik aku, pakcik aku, sepupu aku, ramai je yang jadi cikgu. Baik cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah berasrama penuh, dan juga pensyarah.

Semuanya cikguuuuuu! Kalau tak cikgu, ada kerja bank, akauntan.

Lagi satu, aku ni kononnya nak pecah rekod lah jadi Jurutera tapi kesudahannya? Duduk rumah juga jadi surirumah sepenuh masa. Hahahaha.

Heyyyyy! Walau kerjaya surirumah sepenuh masa ni takde gaji tetap tapi inshaAllah, golongan kerjaya ni dapat pahala dan ganjaran yang besar dariNYA selagi dia betul-betul ikhlas menjaga suami, menghormati suami, jaga ibadah kepadaNYA. Tahu?

Ok. Sekarang ni, aku bukan tak bahagia duduk rumah. Aku suka je duduk rumah sebab walau duduk rumah, Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku dapat. Rezeki laki sentiasa murah. Kalau rezeki dia murah, mestilah rezeki untuk aku lagi melimpah ruah.

Tapi itulah. Allah SWT Maha Adil. Walau dari segi kehidupan, serba serbi cukup dan mewah tapi korang tahu je apa yang kurang. Tapi takpelah. Mungkin ada hikmah. Aku redha dan takde dah nak fikir perkara yang sama macam dulu.

Hidup kena sentiasa positif. Tak boleh nak berputus asa, sentiasa berdoa, sentiasa berusaha. Itu yang aku lakukan untuk perkara yang satu tu.

Masalah lain yang timbul sekarang ni, sejak 2, 3 minggu lepas aku bagitahu laki aku yang aku terlepas peluang untuk mohon jawatan di salah satu sekolah Antarabangsa yang berdekatan dengan rumah kami, dia pulak pergi rajin carikan kerja untuk aku melalui internet.

Nak dijadikan cerita, sekolah Antarabangsa yang sama yang aku terlepas mohon jawatan tu ada buka lagi jawatan baru yang lain. Aku dah stress gila dah ni bila setiap masa, setiap hari, benda yang sama laki aku ulang : " Ayang, update resume. Nak shopping tak? Nak setiap bulan pergi Rubaiyat tak? Nak pusing keliling dunia tak? ". Oh apakahhhhh? T_____T

Adakah itu satu ugutan? Atau harapan? 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku berkaitan hal yang satu ini. Sebab kadangkala hati aku memang berbolak balik. Kejap rasa nak kerja, kejap rasa nak duduk rumah. 

Harap-harap aku akan jumpa titik noktahnya. Mari kita tunggu ... sama ada aku akan teruskan kerjaya sebagai surirumah sepenuh masa sahaja ataupun ?

Mungkin bulan depan korang kena panggil aku : Cikgu Nailah! Kahkahkah.

Sekian. Masalamah. Muah!


5 comments:

  1. salam akak nailah.
    selamat menjadi pendidik. hihi, wish siap2 kalau betul jadi pendidik nanti. pendidik ni, ada cabarannya sendiri. mingle around with kids, mungkin boleh latih nak didik anak nanti? heee. good luck in ur future kak :)

    ReplyDelete
  2. btw, akak. doodle ni akak punya ka? izinkan untuk saya buat profile pic :)

    ReplyDelete
  3. hahaha.akak!lynn pon ada masalah gelabah katak jugak.kalau kena interview ke,presentation ke,confirmmmmm pnyakit gelabah serang.haha.

    btw,lynn doakan yg terbaik.semoga jadi the osem CIKGU NAILAH di Jeddah sana.aminnnn. ;)

    ReplyDelete
  4. Nia Ridzwan - Ehhhhh .. belum tentu lagi. Hihihi. Akak setakat nak mingle around with kids tu memang takde masalah pun sebab Akak dah ada pengalaman jaga budak-budak. Hihihi.

    Anyway thank you for the wish. InshaAllah kalau ada rezeki jadi pendidik, I will do my best!

    Anyway, the doodle is not mine! Encik Google punya. Kihkihkih.

    ReplyDelete
  5. Lynn - Kan? Akak tak suka gila dengan interview. Tapi interview je lah. Bab kalau presentation, aku sukaaa! Senyum lebar je kalau ada presentation! Hihihi.

    Shukran for the du'a. InshaAllah kalau dapat, Akak akan buat yang terbaik.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...