Umat Islam melontar sebagai salah satu dalam rukun Haji .
Salam .
Hari ni , emak dan abah aku akan kembali ke Makkah . Bila dah balik ke Makkah semula ni , bermakna mereka telah sempurna melakukan Haji . Alhamdulillah , emak aku berjaya melakukannya dengan izin Allah cuma abah sahaja yang terpaksa upah orang untuk melakukan lontaran untuknya . Islam itu indah bukan ? Islam tidak menyusahkan umatnya . Sentiasa ada jalan disebalik setiap ibadah jika keadaan tidak mengizinkan . Sigh .
Lepas emak dengan abah dah sampai Makkah nanti , dorang akan meneruskan perjalanan ke Madinah . Bila musim Haji ni dah nak berakhir , kuranglah nanti kesesakan dekat Makkah . Masa ni jugaklah , residen Saudi sahaja dibenarkan untuk menunaikan Umrah . Seronokkan ? Heh heh heh . I do really missed Makkah so much ! I really missed to see the Kaabah . ;)
Really can't wait to be there again . InshaAllah !
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.