Assalamualaikum .
Untuk yang tak berapa nak tahu , memang tak tahu or memang sengaja taknak tahu ataupun tak tahu langsung apa istimewanya tarikh hari ni ... meh aku bagitahu !
Hari ni ikut kalendar bulan Islam adalah 1 Zulhijjah 1431 . Tahun ni kita sambut bulan Zulhijjah bermula tarikh hari ni iaitu 7 November 2010 . ( ehem . ehem . untungnya you celebrate besday pada bulan macam ni . :) )
Biasanya kalau bulan Zulhijjah ni , paling tidak pun kita akan tahu bahawa bulan ni lah akan ramai orang pergi menunaikan Haji di Makkah Al-Mukarramah . Takpun , ada yang buat amal ibadat dengan mengadakan amalan berkorban pada Hari Raya Haji nanti . Kan ? Itu je biasanya kita tahu kan ?
Tapi sebenarnya banyakkkkkk amalan lain yang kita boleh lakukan untuk menyambut bulan Zulhijjah ni . Antaranya adalah berpuasa dari 1 Zulhijjah sampailah ke 9 Zulhijjah . 10 Zulhijjah tu lah akan adanya qurban . ( semoga Allah beri kami rezeki untuk membuat qurban bersama suatu hari nanti . InshaALLAH . ;) )
Nabi Muhammad SAW bersabda :
Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini ( yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10 ) . Sahabat bertanya : " Walaupun jihad Fisabilillah ya Rasullullah ? . Lalu , jawab Rasullullah : " Walaupun jihad Fisabillillah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali ( habis hartanya dan mati ) .
Pahala berpuasa dari 1 Zulhijjah sampailah ke 9 Zulhijjah adalah berbeza-beza :
- 1 Zulhijah
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah . Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu , diampuni Allah akan dosanya . ( aku tak dapat puasa hari ni . Cuti . Esok IshaALLAH . :) )
- 2 Zulhijjah
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah . Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun .
- 3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah . Barangsiapa berpuasa pada hari itu , diperkenankan Allah segala doanya .
- 4 Zulhijjah
Nabi Isa a.s telah dilahirkan . Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu , terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari Akhirat kelak , ia akan tergolong bersama dengan orang-orang yang terhormat .
- 5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s dilahirkan . Barngsiapa yang berpuasa pada hari itu , terlepas ia dari sifat munafik serta siksa kubur .
- 6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-nabiNya . Barangsiapa berpuasa pada hari itu , ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab .
- 7 Zulhijjah
Pintu neraka Jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah . Barangsiapa berpuasa pada hari itu , dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan .
- 8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail . Seharian ia berfikir , apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan ? Hari itu telah dinamakan dengan dari 'Tarwiya' ( hari berfikir-fikir ) . Barangsiapa berpuasa pada hari itu , ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya . Hanya Allah yang mengetahui .
- 9 Zulhijjah
Turun ayat terakhir kepada Rasullullah SAW yang tersebut dalam Surah Al-Ma'idah , ayat 3 . Menurut sejarah Islam , 81 hari selepas ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah , Baginda pun wafat . Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya dan bukannya dari syaitan . Justeru hari itu dinamakan hari 'Arafah' ( hari tahu ) . Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu , akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu atau setahun yang akan datang .
- 10 Zulhijjah
Adalah Hari Raya Aidul Adha ( Korban ) . Dinamakan juga hari 'Nahar' ( menyembelih ) . Barangsiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban , maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya . Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu , maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Jabl Uhud yang terdapat di Madinah .
Selain daripada berpuasa pada tarikh tertentu ni , kita boleh menambahkan amal ibadah kita dari segi berzikir , solat sunat , membaca Al-Quran dan sebagainya . Lebih kurang sama macam kita celebrate bulan Ramadhan lah . Banyak kelebihan juga pahala yang kita akan dapat jika mengamalkannya . Ok ?
Sesunggunhya yang BAIK itu datang dari ALLAH dan yang TIDAK BAIK itu datangnya dari dalam diri kita sendiri .
Selamat menyambut bulan Zulhijjah dan menambah amal ibadah ! Massalamah . ;)
mlm ac mizal cam hapa ...nasib la dia guna artis je as promo...banned MLM
ReplyDeletetau xpe .
ReplyDeleteramai macam dah nak wat report sbb ckp ac mizal tipu orang .
mcm gelang die jual tu ...
orang ade bukti yg die beli kat US xsmpi pun 100 ringgit .
tp die bwk balik Malaysia jual 1k !