Aktiviti suami isteri di kala hujung minggu lepas . Mendekorasi rumah yang sangat comel dan sesuai untuk kami berdua .
Disebabkan ada kesempatan dan punya rezeki lebih , kami membeli barang dekorasi untuk rumah di IKEA . Mana lagi kan ? Sebab kat Saudi Arabia ni , tak kira negeri mana pon . Like Jeddah ni , IKEA adalah kedai perabot yang paling murah kat sini di mana ia adalah tahap boleh tahan juga di negara sendiri . Nak kata murah tu , lebih kurang je harga dengan IKEA kat Malaysia tapi boleh la . Disebabkan kecintaan terhadap IKEA juga membuatkan kami suka membeli belah suka hati di sini .
Dan hasilnya ?
Rak buku dalam bilik .
Sepatutnya berhajat berkeinginan nak letak rak buku macam ni dekat dengan kepala katil tapi malangnya disebabkan tidak kena dan sakit dipandang mata , terpaksa ubah lokasi ke sebelah almari baju berdekatan dengan pintu utama masuk bilik . * Eleh , macam lah bilik tu banyak sangat pintu ! *
Lokasi seterusnya :
Dapur .
Decorate letak tempat gantung . Siap ada bakul gantung untuk letak garam , ajinomoto , lada hitam . Juga bekas pink itu tempat letak sudu garfu . Hujung tu beli penyangkut untuk sangkut senduk , gunting dan juga chopper board .
Tempat terakhir mengdekorasi minggu itu : Bilik air .
Bakul berdekatan dengan sink . Bakul untuk senang capai berus gigi , ubat gigi , pencuci muka juga solution lense aku . Oh ya , pewangi itu adalah kegunaan untuk sang suami sebelum 'termenung' dalam bilik air . Kata dia :
" Sebelum termenung lama dalam bilik air , kenelah bagi tandas wangi dulu . Baru semangat sikit ! "
Apekah ? Hmmmm . Ragam suami . Macam tu lah .
Selain bakul yang dekat dengan sinki , juga tak lupa bakul untuk shower . Buat letak , syampu , shower gel badan .
Alamak , kantoi pulak aku pakai sponge warna pink ! =_=
Terima kasih untuk tukang drill . Jasamu ku kenang . Nanti kita hias lagi rumah kita . Ok ? Lepas ni kita print gambar pulak . Lekat kat dinding . Mesti cantik kan ?
Puas . Puas . Puas . Bila rumah kami , perabot or perkakas rumah , kebanyakannya datang dari IKEA . Sungguh chic & moden . Nak tengok ? Meh datang Jeddah !
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.