Hujung minggu kat sini tak sama macam kat Malaysia . Kalau kat Malaysia , biasanya hari minggu jatuh hari Sabtu dan Ahad but kat sini hari Khamis dan Jumaat .
Khamis .
Biasanya hujung minggu jarang masak . Selalu makan kat luar . Kononya hubster cakap :
" Weekend for you . So , takyah susah-susah . I will treat you like a princess ! "
Kononnye lah tapi selalunya memang pun . Untung dapat suami yang selalu manjakan isteri . =_=
Tengahari tak masak .
Biebie keluar . Beli Mutton Mandy .
Sekarang dah jumpa the best Mandy in town ! Jauh jugak lah kedai tu dari rumah . Dengan nak kene redah jammed lagi . Tapi itu semua bukan halangan kalau Mandy punya pasal . Sedap woooooooo ! :)
Petang keluar . Dating pegi Jarir Mall . Bookstore . Hajat utama nak cari idaman hati yang menjadi pujaan hubby . Ada tu ada , tapi memandangkan game free yang dapat tu macam tak berapa nak memuaskan hati , terus tak jadi beli . Kesudahannya ?
Rembat novel . It is Sophie Kinsella ! Sukerrrrrrrrrrrrrrr . :)
Can You Keep A Secret ? , Twenties Girl & The Undomestic Goddes .
Pujaan hati hubster tak dapat tapi aku yang dapat idaman hati .
Panasonic Lumix .
Tak perlu yang mahal sebab dah ada yang mahal . Perlu camera compact untuk senang amik gambar kalau nak upload gambar kat blog ke . Kan ? Kan ?
Cuba tengok kat kotak tu camera aku warna ape ? Terpaksa redha sebab itu pilihan warna tukang yang membelikan dan membayarkan . Isk isk isk . =_=
Jumaat
Sepatutnya , pagi khamis tu pergi picnic tapi tangguh pagi Jumaat sebab mata tak larat nak bukak . Jadinya pagi Jumaat , lepas semayang Subuh even lepas Syuruk sekali pun , aku tak tido dah . Terus siapkan makanan nak bawak pegi picnic .
Cinta hati tak dilupa . Harus bawak . Dia tengah leka tengok keindahan laut agaknya .
Tahu je lah . Kat sini , orang perempuan memang tak boleh sebarangan nak mandi kat tempat public . Kalau memang teringin nak mandi , kene pegi private beach . Bayar dalam 100 riyal . Mahalnya ! Sanggup tak mandi laut kalau macam tu . =_=
Laki mandi sakan . Bini baca novel baru beli semalam .
Orang tengah lapa lepas bertarung dengan air laut .
Nak tahu ? Time ni , si MokMok dah macam anjing . Lidah terjelir-jelir macam anjing . Haus dan tak tahan panas agaknya . Aku da panik . Dah kelam-kabut . Takut pape jadi . Haru je nanti . Terus bawa dia masuk dalam kereta . Bila da bawak masuk kereta , terus dia sorok bawah kerusi .
Kucing mengada . Tak tahan panas . Nak aircond jugak .
Sebelum balik rumah , singgah coffee house kegemaran .
Malam , lepas Maghrib , keluar lagi . Pegi Red Sea Mall after almost one month tak pergi sejak balik cuti beraya kat Malaysia haritu . Sebenarnya lebih kepada nak survey lagi sekali idaman hati biebie sebab kat situ ade Sony Centre .
Well . Well . Nampaknya memang rezeki kami lah sebab kat kedai Sony tu ada jual pakej yang sama macam kami jumpa kat Jarir Bookstore tu . Rezeki . Rezeki . Paling suka sebab game free yang dapat , memang best ! Tak sia-sia bertekak kat Jarir semalam sebab aku tak setuju beli tapi dapat free game yang tak best and memang sah tak main . =_=
Alhamdulillah . Baru . Entertainment untuk kami berdua .
Bless . Bless . Bless . Nampaknya rumah memang dah fully furnished habis lah ! Semua dah lengkap . Dari hall depan , ke dapur , ke shower , ke toilet dan juga paling penting , tempat beradu . :)
Kiri kanan dapat free . Tengah je beli .
Sekarang ni , lakibini sibuk susun strategi macam mana nak kalahkan bigboss kat game Sonic Unleashed tu . Abis lahhhh ... =_=
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.