February 24, 2013

Busy Entertain Jemaah Umrah

Assalamualaikum.

Hahaha. Tajuk kemain macam apa. =__=

Padahal bukan busy mana pun. Busy yang boleh dikawal lagi walau adakala rasa badan flat gila tak bermaya. Huhuhu.

Macam hari Jumaat baru-baru ini, sedap betul bila dapat tidur terbongkang, pukul 11 pagi baru bangun sebab suami requested nak makan nasi before dia pergi solat Jumaat. Itupun sebab after solat Jumaat, dia nak terus pi office sebab ada kerja yang dia nak buat. Ok. Saya isteri yang cuba menurut perintah. :p

Anyway .....

Alhamdulillah, finally mertua saya sampai juga ke Rumah Allah SWT. Impian menjadi kenyataan gitu sebab since kami duduk sini, memang Mertua saya dok tanya bilalah dapat pergi. Sementelah pulak, kami diberi visa khas kalau nak bawak masuk parents. Parents sahaja dapat visa khas. Yang lain, tidak dibenarkan sama sekali.

Memula plan memang nak bawak thru family visa tapi disebabkan Mertua saya belum berani lagi nak datang berdua sendiri, maka dorang pi dengan travel agency dulu. Motifnya nak suruh dorang belajar dan tengok macam mana nak check in luggage, nak amik luggage semua dan sebagainya.

InshaAllah hujung tahun, ada rezeki, boleh dorang pi sendiri. Dua belah pihak parents, kami akan usaha nak bawak by the end of this year. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. InshaAllah. Amin. Aminnnn.


Merujuk pada gambar di atas ; Masa ni kiranya hari pertama Mertua kat Makkah. Sampai Makkahnya, malam sebelum tu, sampai-sampai, terus buat Umrah, lepas Subuh baru semua pi check in hotel. Alhamdulillah sebab dapat hotel yang sangatlahhhhh dekat iaitu Hotel Hilton. Tak sampai 10 tapak dah sampai MasjidilHaram. SubhanAllah, syukur Alhamdulillah. Nampaknya Allah SWT permudahkan urusan Mertua saya sepanjang di bumi barakah ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! Happy to maxxxxxxxxxx tahu? ;)


Then, hujung minggu tu pulak, hari Khamis, disebabkan off day untuk suami, maka kami pun ke Makkah seawal pagi sebab nak bawak Mertua jalan-jalan kat Jeddah. Kami dok pelawa suruh tidur rumah tapi malam tu pulak, katanya dorang ada kenduri doa selamat kat hotel. 

So, pergi Makkah, amik Mak, Mak Tam dengan Along bawak round pi Jeddah. Yang lelaki taknak ikut sebab katanya taknak tinggal solat kat MasjidilHaram. Plus Abah cakap, nanti nak datang lagi, inshaAllah. Hehehe. Aminnnn!

Sampai Jeddah, terus bawak pi solat Zuhur kat Masjid Terapung. Walaupunnnnnnnn ... saya ni dah bertahun duduk Jeddah, itu adalah pertama kali saya solat di Masjid Terapung! Hihihi. Sebelum ni setakat lalu je. Tak pernah singgah solat pun sebab selalunya bila ziarah tu, bukan waktu solat.

Sebelum solat tu, kami sempat lagi layan makan bakso tepi jalan. Ada makcik Indonesia ni jual. Masha'Allah, sedapppppppp sangat baksonya! Lagi sedap dari bakso yang kami makan kat Balad. InshaAllah ada rezeki, nak pi makan lagi. Extra sedap sebab murah. 5 riyal sajo. Sukaaaaa! ;)

Selesai kat Masjid Terapung, bawak pi lunch pulak kat Thai Garden. Alhamdulillah, semua enjoy foods kat situ. Semoga makin murah rezeki suami saya sebab belanja family makang, makang! Hewhewhew. 

Bila perut dah kenyang, barulah kami bawak balik rumah. Mak Mertua saya adalah sangat eksaited okay jumpa anak-anak bulu kesayangan saya! Dari mula sampai rumah, sampailah nak balik, kerja dok gomol bebudak 2 ekor tu jek. Kihkihkih. Mujurlah anak-anak bulu tu kalau family, dorang ok. Dok luar je. Puaslah semua dok main-main dengan anak-anak bulu kami. ;)

Kami solat Asar kat rumah sebelum keluar untuk ke Makkah hantar dorang balik hotel semula. Budget macam kami boleh sampai before solat Maghrib tapi Makkah pulak sesak macam hapaaaaaaaaa! Kesian suami stucked sorang-sorang dalam kereta sebab nak tunggu polis bukak jalan nak ke tempat parking kat Safa Tower.

Kami pulak, pi solat jemaah dulu kat MasjidilHaram sebab suami turunkan kami kat area escalator nak ke Haram. Dekat nak waktu solat Isyak baru suami dapat masuk ke tempat parking.

Kat Makkah ni, kalau datang clash dengan waktu solat, memang gitu ler jadinya sebab polis banyak tutup jalan nak ke arah MasjidilHaram. Nak taknak, terpaksa tunggu dan bersabar.



Saya solat kat luar je sebab jemaah memang ramai. Pulak masa sampai, memang Imam dah nak start solat dah. Saya stay sampai solat Isyak. Selesai Isyak, barulah naik pi bilik hotel Mertua saya.



Dua-dua gambar di atas adalah view dari bilik Mertua saya. Dorang memang dapat bilik view yang sangat cantikkkkk! Syukur Alhamdulillah. Semoga hamba Allah yang menguruskan perjalanan Umrah group Mertua saya ni dirahmati Allah SWT selalu. InshaAllah.

Oh ya, tahun ni memang ramai betul family, sedara mara dan juga kawan-kawan kami yang datang buat Umrah. Alhamdulillah. Semoga mereka ni semua dipanggil lagi menjadi tetamuNya. Buat yang lain yang belum sampai tu, inshaAllah nanti sampai juga turn korang ya? Yang penting, usaha dan kumpul duit! ;)

InshaAllah hari Selasa ni, group Mertua saya fly balik Malaysia. Kalau takde aral melintang, nak pi tengok and hantar kat airport pulak memandangkan, lokasi rumah kami dengan airport takdelah jauh mana. Cuma lebih kurang dalam 15 minit ke setengah jam sahaja.

Ini hari, ada Pakcik dengan Makcik saya baru nak sampai sini dan juga, ada 2 orang Makcik saya dah ada kat Makkah. Plan kami, kami nak stay Makkah 1 malam hujung minggu ni. Kami still tengah survey memana hotel yang okay. InshaAllah boleh jumpa dorang semua sekali dalam satu masa.

Ok. Saya nak pi tengok movie Avatar. Hewhewhew.

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...