December 2, 2012

Europe RoadTrip : 4 Hari Di Netherlands!

Assalamualaikum.

Ok. Cerita trip bersambung ...

Lepas kami stay kat Frankfurt 1 malam dan singgah di Cologne, dari Cologne, kami straight ke Amsterdam. Drive dari Cologne ke Amsterdam lebih kurang dalam 3jam tapi singgah toilet dan solat semua, dekat tengah malam baru kami sampai hotel.

Eksaited masa dah sampai Amsterdam walaupun masa tu dah tengah malam buta. Jadi eksaited sebab nampak bangunan yang ... serius cantikkkkkk dan different from other buildings than in another countries! Suami kat sebelah lagilah dah tak keruan. Sekejap sekejap ... " Ayang ... amik gambar building tu cepat! Yang tu ... yang sana ... bla bla bla ... "

Ye ye o je suami saya ni padahal bukan boleh amik gambar pun sebab dah malam. " Esok je lah B. Sekarang ni apa pun tak nampak. " Kata saya pada suami. Hihihi. :p

So, malam tu, sampai hotel dah kata tengah malam. Dengan parking memang hazab sangat nak carik. Puas pusing sana sini, tak jumpa langsung parking kosong. Tepi-tepi hotel pun dah penuh. Last-last, suami dropped by saya tepi hotel, dan dia carik parking sengsorang.

Nasib baik jumpa. Itupun kebetulan ada satu kereta tu, maybe tuan dia baru balik kerja sebab tempat public parking tu betul-betul berdepan dengan bank. Mujur tak jauh dari hotel kami stay tu. 

Settle parking, terus check in. Extra lucky sebab mamat yang jaga kaunter tu Malaysian chinese. Dari Kedah. Hihihi.  Tapi cakap omputih gak sebab dia tak pandai cakap Melayu sebab lahir pun kat Amsterdam. Menetap dan membesar pun kat Amsterdam gak. So, of course memang out terus nak cakap Melayu. Hihihi.



This is the hotel we stayed. The Concert Hotel. The window on your left tu lah bilik kami stay. ;)

Alhamdulillah kami dapat bilik paling bawah. Takyah nak susah-susah berhimpit naik lif. Suka sebab bilik tu boleh dengar orang lalu lalang. Takdelah sunyi sangat cuma kalau orang keluar masuk hotel, memang ketara sangat bunyinya sebab bilik tu memang at the main entrance of the hotel. So, bunyi pintu sliding bukak tutup memang sangat jelas kedengaran. 

Mujurlah sepanjang 4 hari kat sana, setiap kali balik bilik, memang kami betul-betul dah penat. Bila dah penat, balik bilik, cuma pikir mandi, baring atas katil, terus memasing dibuai mimpi. Tahu-tahu, dah pagi nak bangun Subuh je. Hihihi. ;)

Hari kedua kat Amsterdam, bangun pepagi, bersiap, breakfast kat hotel as it is included in the package. Hmmm ... breakfast ni memang kami kenyang makan roti, cereal dengan buah je. Ada je banyak food lain tapi ... I would like you to know that, kat Amsterdam memang bersepah dengan babi. Be careful

Selesai breakfast, terus set GPS point ke destinasi pertama iaitu Volendam. Volendam ni macam perkampungan nelayan versi wangi, bersih dan sangat-sangat cantik. Serius tak tipu.




Even ada GPS, kena tengok-tengok juga signboard. Can't depends on GPS 100% but so far, our GPS memang the best sebab selalu 'bawak' kami lalu tempat-tempat yang so breathtakingggggg like this!





What can I say, Europe ni kawasan perkampungan dorang, kawasan tepi highway, kawasan ladang ke, memang sangat-sangat cantik! Yang penting, their country memang very clean! Susah gila nak jumpa sampah. Whylah my country doesnt look like this meh? T___T




This is Volendam. Kawasan dia kecik je. Tak besar mana. Like I said, memang clean and clear tempat dorang ni.




Sepatutnya kami ke muzium yang boleh amik gambar pakai baju tradisional Holland tu tapi kami tak pergi pun sebab dah sangkut dengan kawasan 'perkampungan' near to that museum. Seriusssssss rasa nak rumah macam ni! Walaupun kecik tapi sangat-sangat tenang sebab ada tasik dengan udara segarrrr! Bestnya hoiiiiiii!




Bangunan yang color biru tu kedai, yang coklat sebelah dia tu pulak, rumah. Rumah dengan kedai rilek je sebelah menyebelah. Takdak hal!




Ni kira pattern rumah dekat Volendam. Bumbung tajam tinggi macam tu and besar rumah pun macam tu. Standard size.




Rumah-rumah kat Volendam ni, kedudukannya semua rapat-rapat. Jalan atau lorong kat kawasan ni memang sangat-sangat sempit. Masa kat sini, serius saya tak tahu di manakah ciri-ciri kawasan nelayan. Like seriously? Sebab semua nampak moden dan klasik. Langsung takde ciri kawasan perkampungan nelayan. Hihihi. 

Lepas puas amik gambar kat Volendam, terus gerak ke Zaans Schans! Eksaited sebab nak tengok windmill dalam jarak paling dekatttttt! Hurrehhh!

Dari Volendam nak ke Zaans Schans tak lama. Dalam setengah jam sajo dah sampai. ;)




Ok. Masa sampai ingatkan museum ni je ada tapi rupa-rupanya kawasan Zaans Schans ni sangat-sangat besar okay! Museum ni kira kat luar. Kena bayar pulak tu. Kalau rasa taknak masuk pun takpe sebab museum tradisional dia lebih dari cukup untuk kita jalan-jalan and learn something from it.

Museum atas tu belah kanan, and bila kami jalan depan sikit, terus nampak ni ...






Super eksaitedddd! Terus masuk ke kawasan dalam dia sebab free tapi masa sangat limited sebab program hari kedua ni memang sangat penuh. Kami pergi mana yang sempat je which is ... :




Mini museum buat clog!




Masuk je dalam, terus dapat tengok demo buat clog! Clog ni sebenarnya ada mesin acuan. Cara buat dia sama macam orang duplicate kunci tu. Sejibik! 




Ada banyak clogs boleh pilih. Errr ... mahal pada saya sebab sepasang macam ni dalam EUR40 ke atas. Kalau beli, entah pakai entah tidak sebab yang dalam gambar ni memang untuk pakai. Bukan perhiasan. Huhuhu. Kalau untuk perhiasan, saiz lebih kecik dan ringan. Yang ini, berat nak mampus! Mahu kurus kaki pakai clogs ni hari-hari! Hehehe.




Dari mini museum clogs tu, kami jalan ke dalam lagi dan jumpalah mini museum yang lain-lain. Tasik cantik kat atas ni kami lalu masa nak ke mini museum buat cheese. Seriously Zaans Schans was too beautiful and such an awesome place! Puas datang sini. Rasa berbaloi-baloi masukkan dalam itinerary. ;)




Gambar-gambar view kat atas ni semua unedited ok? Yang saya edit cuma nama tu je. Yang lain, original punya. Cantik kan? First time sampai sini, memang rasa macam tengok lukisan. Tak sangka wujud tempat cantik macam ni. Mash'Allah, isn't our Allah SWT is The Greatest of all sebab cipta semua ni? ;')

Puas tengok views cantik kat Zaans Schans, terus kami gerak ke lokasi seterusnya iaitu, The Hague, The Delft and bandar Rotterdam. Malangnya, tiada gambar sebab kami singgah lalu je. Amik gambar pun, tak cantik. Hahaha. So takdelah saya nak tepek kat sini. :p

Anyway, kat Rotterdam, gigih carik restoran halal sebab memasing dah kebulur. Even ada GPS pun sangat tak membantu. Bukan GPS tu tak betul tapi jalan kat Rotterdam lagi super maha sempit! Belum lagi confius mana satu laluan kereta, mana satu laluan tram dan mana satu laluan pejalan kaki. Huhuhu. 

Sesat sampai 2,3 kali pusing pun tak jumpa-jumpa restoran kami nak pegi tu. Tapi bila dah jumpa, masalah parking pulak. Mood nak makan kat restoran pun dah hilang dan solutionnya, suami je pergi beli makanan dan tapau bawak balik.

Sampai hotel dah malam dan kepenatan. Terus mandi, tidur dan recharge tenaga balik sebab esoknya tu, kami kena bangun pagi-pagi sebab nak pusing around Amsterdam city.

Esoknya, which is hari ketiga kat Amsterdam, like a day before, bangun Subuh, lepas solat, terus mandi, bersiap dan pegi breakfast. Aktiviti hari ketiga ni memang pakai kaki je. No need car sebab nak pusing around city je kan.

Dari hotel, kami jalan ke I AMSTERDAM tu. Bila jalan kaki ke situ, baru kami sedor yang hotel kami stay tu rupanya dekat je dengan menatang tu tapi kami tak perasan pun. Hihihi. 5 minit je jalan, dah sampai destinasi yang pertama di hari yang ketiga. ;)





Lama jugak dok melepak kat sini amik gambo sebab suami sekejap suh duk kat hurup tu la, hurup ni lah. Semua hurup dia nak suh saya duduk amik gambo. Kuasa okay? Dahlah semenjak kahwin ni memang dah retired dari bergambo ni. Memang jenuhlah dia memaksa suh posing memolek. Huhuhu.

Habis kat sini, shopping sikit kat museum shop sebelah dia, terus jalan kaki lagi ke Max Euplein. Ada juga singgah kat streets yang penuh dengan designer butik tapi tak lama pun kat situ sebab dalam kepala suami masa ni, sibuk nak pi Hard Rock Cafe shop.

Maka, marilah kita jangan membuang masa. Terus ke sini ...




Hard Rock ni tepi canal. Ini canal pertama yang kami lalu. Cantik dan bersihhhhh!





Hard Rock Amsterdam! Kedai Hard Rock kedua yang kami singgah dalam Europe RoadTrip ni. Alhamdulillah, the SA was a very nice person and funny. Shopping baju, FM, terus sambung jalan kaki ke destinasi seterusnya!




Selain ada Hard Rock kat Max Euplein ni, kat sini juga ada chess beso tu! Tapi ..... malangnya masa kami ada kat situ, chess tu ada dalam bekas! Dorang tak keluarkan lagi maybe sebab still early morning. Sobs. So, amik gambo tapak chess pun jadik lerrrrr buat kenangan. Hahaha. I is sad you know because saya suka main chess! T__T

Then, dari Max Euplein tu, kami jalan kaki lagi ke destinasi yang seterusnya. Actually takde spesifik pun ke mana, cuma go with the flow je. Jalan ikut suka. Sambil-sambil tu tak lupa juga tengok map sebab takut jalan jauh sangat dari tourist spot

Sempat jugak kami singgah lunch kat satu restoran halal ni. Walaupun masa tu kalau diikutkan perut masih kenyang, tapi makan juga sebab susah nak jumpa yang halal, jadi bila dah jumpa ni, makan sajooooo! 





This is our lunch. Kebab je lah menu utama dan paling lazat pada perut dan tekak kami. Alhamdulillah, presentation seiring dengan rasa dia. Sedap! Portion banyak. Lebih dari kenyang. Nasi tu pun order sepinggan je buat syarat nak hilangkan rasa rindu kat nasik. Huhuhu.

Lepas makan, sambung lagi berjalan kaki. Canals kat bawah ni semua yang kami lalu sepanjang kami jalan kaki satu hari round Amsterdam city. Serius cantikkkk! I is never boring to say their canals memang cantikkkkk! Paling penting, bersih siap ada itik-itik berenang lagi .... ;)








Jalan punya jalan, terjumpa pulak Flowers Market. Geram tengok fresh flowers dorang ni. Kalau kira currency 1:1, kira murah sejambak banyak macam tu jual less than EUR10. Terus tetiba rasa nak duduk Europe. :p





Dari Max Euplein tu, kami jalan kaki ke Dam Square! Kat sinilah ada Museum Tussaude ( Betul ke ni saya eja? ), Museum Dungeuon tu. Tapi kami tak masuk pun sebab suami taknak bagi saya peluk David Beckham! Hahaha. 

No. Am kidding. Memang taknak masuk pun sebenarnya. I don't know why. Hihihi. 

Luckily, the day yang kami pergi tu, kat Dam Square ada fun fair. Banyak gila game and benda boleh naik. Saya nak naik benda yang lagi thrill dari roller coaster tapi dalam mimpi lah nak dapat permission dari suami. Dia cakap saya ni pelik. Penakut tapi suka betul nak cuba benda yang saya takut. Last-last, dia ajak saya naik roda besar tu. Haih. Jadilah sebab dari atas boleh nampak satu Amsterdam city. ;)




Dam Square view dari atas. 

Turun bawah, amik gambar kat Dam Square, teruskan perjalanan yang seterusnya iaitu Vondel Park. Tetiba terlalu kat kedai waffle. Rezeki nampaknya! Terus sengih senyum manis menawan dekat suami. Nasib dia dah paham kegemaran isteri apa. Hahaha.




Macam-macam pilihan topping ada. Selain waffles, mini pancakes pun ada juga! Saya beli mini pancakes. Satu bekas dia jual tu adalah dalam 12 keping mini pancakes. Saya pilih topping gula letak whipped cream dengan coklat syrup. Dia punya sedap tu memang tak boleh nak deny langsung! Nyumssss! ;)




Muka gembira dapat food kegemaran! Suami kat sebelah tengok je sebab dia memang tak suka pun benda manis-manis macam ni. Even kena paksa pun, boo layan je tengok saya makan. Sikit tak heran tapi saya suka sebab tak perlu share makanan! Yahooo! Hahaha. :p

Sepanjang jalan kaki dari Dam Square ke Vondel Park tu, still akan lalu canals. Memang cantik. Tak terasa penat langsung berjalan walaupun hakikatnya, kalau diikutkan, lebih dari 10km kot kami dah berjalan satu hari tu.











Houseboats. Boleh sewa duduk kat dalam tu. 

On the way nak ke Vondel Park ni, kebetulan tersesat kat Jordanian Streets. Such a nice place sebab Jordanian Streets itself memang femes dengan kedai art yang ada kat sepanjang jalan tu.

As expected, kami sesat dan dah berjalan jauh sangat dari arah nak ke VondelPark. Terus memerlukan perkhidmatan map dari phone. Mujur ada kredit. Hihihi.




Finally and the last place we visited on our third day in Amsterdam! That is VondelPark. Public park ni memang cantik sangat. Hijau seluas pemandangan. Rumput semua bersih dari sampah. Memang park ni tempat untuk local people picnic, cycling, jogging and bermadu kasih semestinya seperti ini :



Us at VondelPark! ;)

Kami duduk lepak kat sini tak lama sebab kejarkan waktu solat. Memang awal sangat balik hotel. Selain nak kejar solat, kaki memang dah tahap tak boleh nak berjalan sangat dah. Balik hotel, memang lepak terbongkang. Dah malam sikit, baru kemas barang nak check out keesokkan harinya. Suami pulak, malam tu, dia keluar berjalan seorang diri sebab bini memang dah out of energy sungguh!

Sekian cerita di Amsterdam. Selepas ini menyusul cerita di Belgium pula. Till then awak semua! Semoga sentiasa dalam redha Allah SWT sentiasa.

Sekian. Ma'asalamah!

4 comments:

  1. excited sorang2 baca sambil hayati gambar2 semua. :p
    ps,pic last WIN! :p

    ReplyDelete
  2. saya suka, saya suka.. pics sumer cantik2 maa... !

    ReplyDelete
  3. salam... i plan nk ke sana hujung thn nie... agak2 ble share x u nyer itinerary n affordable hotel kt sana...

    ReplyDelete
  4. i plan nk ke sana ujung thn nie. apprecuate if u nle share ur ittinerary n affordablw hotel kt sana...

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...