Assalamualaikum.
Dari malam tadi sampailah saat pindah Khamis pagi ni, rumah aku takkan ada air ataupun cerita yang tepat, rumah ni dah kehabisan bekalan air.
Ni pun aku tak mandi lagi. Fikir banyak kali nak mandi. Walaupun laki aku gigih dah, pergi beli air mineral setong 6 gallon tu, aku macam tak sampai hati pulak nak guna untuk mandi semata walaupun memang itu niat dia beli. Nak bagi bini guna untuk cuci pinggan dan mandi. =___=
Kenapa aku cakap rumah ni dah kehabisan bekalan air?
Sebabnya, sistem bekalan air dekat Saudi ni tak macam dekat Malaysia. Kalau sistem bekalan air dekat Malaysia, air yang dah ditapis, terus disalurkan dari satu ke satu rumah. Tapi kat sini?
Ini contoh gambar macam mana lori air masukkan air dalam tangki bawah tanah bangunan |
Kalau kau nak rumah kau ada air, kau yang kena panggil Lori Air datang rumah kau, hantar air satu lori. Rupa lorinya adalah seperti lori minyak. Kalau kat Malaysia, kita akan kerap nampak lori minyak seperti Shell, Petronas, Esso dan sebagainya, tapi kat sini rupa lori yang sama digunakan cuma bezanya, lori sini bawak air.
Kat sini, setiap masa kau akan jumpa lori air ni. Memang terpampanglah dekat shell lori tu akan tulis "Moya". Pastilah dalam Bahasa Arab. Aku tukar, tulis dalam Rumi. Hehehehe.
Kalau dekat sini, setiap rumah ke, apa jenis bangunan sekalipun, akan ada dua tempat tangki simpanan air di rumah iaitu di bawah rumah ( dalam tanah ) dan juga lagi satu, pastinya di bumbung rumah.
Setiap masa kau kena memang tengoklah tangki air kau. Misalnya kalau dah nak kosong, memang kau sendiri kena uruskan panggil lori air datang hantar bekalan air. Setiap masa akan macam tu kat sini memandangkan kat sini memang tiada langsung bekalan air yang bersih yang boleh disalurkan terus pada setiap bangunan.
Nak bina empangan pun, memang kirim salam je lah! T_____T
Kat sini, kalau tak silap aku, sumber air adalah dari laut dan akan disedut dan ditapis sebelum di hantar ke kilang ke, apa entah nama tempat tu. Dari situlah, kalau mana-mana bangunan yang memerlukan bekalan air, baru dorang sedut bekalan air ke dalam lori dan lori pulak akan hantar bekalan air pada rumah yang memerlukannya.
Oh, kalau korang nak tahu, aku kat sini, kalau masak atau minum untuk kegunaan harian, memang biasanya akan beli air mineral sebab kalau nak guna direct dari paip, errr ... tak berapa baguslah untuk kesihatan. Tapi kalau mandi ke, nak amik wudu' ke apa ke, memang guna air paip je lah dan rasa air paip sini adalah masin ye. Nak rasa tak? Nah ... * hulur gelas berisi air paip *
Ni nak pindah, kalau nak telefon suruh isi air dalam tangki bawah, memang tak lah kan sebab aku pun nak pindah dah. Pandai betul Tuan Rumah ni isi tangki air kan? Mentang-mentanglah dia nak pindah, tak pikir pulak aku dengan laki aku yang dok menyewa atas rumah villa dia ni.
Sudahnya, pagi tadi, nak wudu' solat Subuh kan, Alhamdulillah, ngam-ngam air habis untuk wudu' aku dengan laki aku. Pagi tadi pun .. hehehe ... nasib baik laki aku bijak pergi turun bawah, mandi dekat paip bawah rumah. Itupun ngam-ngam jugak dia siap mandi, air pun habis.
Itu yang dia terus keluar pergi kedai beli air 2 tong ( 12 gallon ) untuk bagi bini dia guna buat mandi dan cuci pinggan. Masak? Oh tidakkk. Aku amik cuti harini. Heh.
Nampaknya, macam terpaksa je tidur rumah baru harini ataupun boleh jadi juga, mandi dekat sana nanti. Hmmm. Harap-harap semoga semuanya dipermudahkan olehNya. InshaAllah.
Sekian. Masalamah. Muah.
kat doha dulu turun transit kat airport. air toilet dia panas!!! terkejut eden..
ReplyDelete1st - baru tahu sana takde empangan.
ReplyDelete2nd - baru tahu sana punya air paip masin.
3rd - baru tahu akak belum mandi lagi.eh? haha.ok gurau2.
selamat kakneklahhhhhh.terus tabah packing-unpacking! :P
Ariff - Hahaha. Tergelak baca komen kau. Air dekat negara Arab ni memang gitu. Kalau musim panas, lagilahhh. Boleh melecur kulit. Huhuhu.
ReplyDeleteLynn - Wahhhh! Campak Mok baru tahu. Biar kena cakar-cakar dengan Mok! :p
dok saudi kt ne??dlu wa belajar kt timur tengah gak..hehe
ReplyDeleteNailah..
ReplyDeletepasal air ni .. yg bawak lori tu .. actually bukan semua tempat.. uamh kita tak.. umah mak mertua pun sama.. takda lori air.. mcm biasa je Hehe. kata Abdullah , ade sesetengah tenpat je lori anta air.. tapi tak banyak.. maybe area salamah lori anta air sbb mereka buat mentainance ..4 years buat mentainance .. maybe area salamah kawasan terlibat ^^. InsyaAllah maybe next time tak de masalah lagi ok..
one more.. air masin tu kan.. sbb dtg dari lorry kot sbb kalau dari bawah tanah mmg air da di tapis oleh pekerja2 dari shuwaibah dan tahlia..
( tmpt penapisan air kat jeddah-tempat keja hubby Haida dan ina )kam nya air dari shuwaibah..dan awak dari Tahlia.. ^^
air kat KSA adalah PERCUMA.. ^^ tak pelu bayar ape2.. ^^
panjang nye tulis.. ^^ anywan missed u ilah. ^^ see u soon ^^ insyaAllah