Assalamualaikum.
Lately ni, aku tengok, ada di kalangan kawan-kawan dah mula berhijab. HAPPY KEMAIN AKU! Hehehe. Yelah. Siapa tak suka kan? Orang berubah nak buat benda baik, mestilah suka. Kan? Tambah lagi, ada jugak yang BERTANYA DAN MINTA PENDAPAT dari aku juga tanya pengalaman, macam mana aku boleh berubah dulu.
Aku berubah bukan sekelip mata. Amik masa gak. Tapi boleh kata, aku BERUBAH LEPAS AKU DAH KAHWIN. Hehehe. Aku pun taktau cemana aku boleh berubah cuma bila dah kahwin tu, ada satu malam tu, aku macam terpikir sendiri : " Dah kahwin, dosa pun suami dah tanggung. Takkan nak tambahkan dosa lagi dengan tak pakai tudung semua kan? ". Betul tak?
Tapi ada yang kata, mungkin aku dah dapat seru lah, hidayah lah, Allah dah bagi petunjuk lah, itulah, inilah. Itu semua memanglah kan. Tapi semua tu kalau kau tak cari, TAKKAN DATANG SENDIRI punyalah dekat kau. Memang kau kena cari. Kau tak boleh nak tunggu semua tu datang cari kau tapi KAU KENA CARI. ( Apa ayat aku ni? Pusing-pusing. Aku baca pun pening! Hahaha. )
Aku tengok, ada yang nak berubah nak pakai hijab tu, kekadang ada yang malu. Bukan setakat malu je, ada yang takut. Malu sebab nanti mungkin KAWAN-KAWAN EJEK ke apa ke, pastu takut nanti berubah tak lama. Berubah hangat-hangat tahi ayam. Kang dah elok pakai tudung, lepas setahun, bukak balik. Takpun, dah ada anak, bukak tudung sebab konon nak jadi EMAK YANG GOJES SEKSI di kalangan kawan-kawan. =_=
Kalau kau dalam keadaan macam ni, kau tanya hati kau balik : " Kau takut dan malu dekat kawan-kawan kau atau kau nak takut dan malu dengan Pencipta kau? Mana satu kau nak? Mana satu yang lebih baik? ". Kan? Kau pilih.
Pada aku, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan atau kepada sesuatu yang lebih baik, kita kena BUANG RASA MALU DAN TAKUT kita jauh-jauh. Kita kena sentiasa positif. Pikir benda yang baik. Pikir yang dunia ni sementara je. Hidup kat akhirat tu yang kekal.
Dulu, masa aku berubah pun, ada je kawan-kawan cakap : " Ala kau ni. Muda lagi. Rilek lah. ". Ada jugak cakap : " Sayangnyaaaaa kau ni. Patutnya kau enjoy lah dulu. ". Ok. KAU JE LAH ENJOY! Aku dah puas enjoy zaman muda-mudi aku. Dah tiba masa aku kena CARI JALAN LURUS aku balik. Ni dah bengkok bebenor dah jalan aku. Hahaha.
Tapi biasanya, kalau nak berubah ni, memang kau TAKKAN DAPAT JALAN YANG SENANG. Hati kau kena kuat. Telinga kau kena macam telinga kuali, takpun telinga kau kena macam badak sebab orang akan sentiasa je BAHANKAN KAU atau akan cuba buat kau rasa macam TAK JADI NAK BERUBAH.
Kau kena ada semua tu. Senang cerita, kau kena SIAPKAN DIRI KAU DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL. Sebab kalau kau sendiri tak kuat nak hadapi macam tu, itu yang ada kes pakai hijab kejap bukak, kejap pakai, pastu bukak balik, pastu pakai, lepas tu bukak ... sepanjang masa lah macam tu. Memang kesian. T____T
Lagi satu, korang perasan tak, contohnya lah kan ... let say orang yang betul-betul nak berubah tu, orang tu memang hidup dia banyak dosa. Minum arak, tak tutup aurat, tak solat, pergi club. Tetiba bila dia berubah, mesti orang akan cakap : " Kau kenapa? Dah nak mati ke tetiba jadi alim ni? Jadi ustaz/ustazah? Kau sihat tak ni? ". Realitikan? =_=
Hah! Kenapa orang Melayu Islam suka pikir macam tu? Kenapa tak kita bagi motivasi, bagi support kat dorang yang nak berubah ke arah kebaikan ni? Kenapa? 0_o
Semuanya sebab ...
Sesetengah orang Melayu memang berperangai macam tu. Memang PEMIKIRAN, MENTALITI semua macam tu. Benda tu yang kena ubah sebab kalau kau support orang nak buat benda baik, DAPAT PAHALA tau. Silap-silap, kau yang tak berubah lagi pun boleh berubah jugak. Kan dah dapat ke Syurga sebab sesama mencari keredhaanNya. Ye dok?
Benda baik macam nilah kita kena bagi support sepenuhnya. Kau jangan asyik nak bahan atau nak keji orang je bila orang tu nak berubah ke arah kebaikan. Tahu?
Pada yang MASIH DALAM PROSES dan ke arah nak berubah untuk kebaikan ni, terus mencari dan mencari apa yang hilang. Kalau tak mendapat sokongan, solat. Mintak petunjuk dan kekuatan dariNya. Sebab hanya DIA yang bisa menolong kita dalam apa jua keadaan sekalipun.
Pada yang masih JAUH PERJALANAN untuk berubah ke arah kebaikan, semoga Allah SWT memberikan hidayah dan menggerakkan hati kalian untuk berubah demi mencari keredhaanNya juga untuk kehidupan hakiki dan abadi. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya.
Semoga kita semua terus dipelihara dan dirahmati supaya ditetapkan iman kita dan terus beribadah kepadaNya hingga ke Syurga. Amin Ya Rabb.
Apapun, aku hepi tengok ramai artis lelaki dah berubah. Paling seronok mestilah tengok Ashraf Muslim tu ha. Memang Alhamdulillah. Semoga dengan penghijrahan sesetengah artis ni buat artis lain pun ikut sama. InshaAllah. Doakan lah yang terbaik untuk mereka semua.
Sekian. Masalamah.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.