Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarrah .
As'salam .
Alhamdulillah . Tadi mak call . Bagitahu yang rombongan dia semua dah selesai buat Tawaf Wida'. Lepas ni semua akan menyambung mengerjakan amal ibadat Haji kat Madinah Al-Munawarrah pulak . Selepas semua dah selesai solat Zuhur baru mereka akan gerak ke sana menaiki bas .
Kat sana nanti , mereka akan stay kat Hotel Al-Anwar Movenpick . Semalam kami dah booked hotel yang sama . InshaAllah kami akan bergerak ke Madinah pagi esok . Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang . Semoga juga MakAbah selamat dalam perjalanan mereka ke Madinah Al-Munawarrah .
Pstttt ... masa on call tadi , sempat lagi tu mak aku pesan suruh bawak kotak tisu dengan juice Mango Tropicana . Katanya abah nak . Alahhh ... dua-dua nak sebenarnya ! Mereka sudah jatuh hati dengan juice yang sungguh pure itu ! Silap-silap , next time kami balik Malaysia , dorang nak kirim . Kekekeke .
nailah..kte tag awk dalam bloglarian...
ReplyDeletehttp://ainunmata.blogspot.com/2010/12/bloglarian-jommm.html