March 5, 2015

Left & Right


So, yesterday was my ever first time keluar berdua dengan Ammar naik teksi. Memang cipta sejarah sebab dari awal sampai sini tahun 2010 sampailah hari semalam, selalunya kalau nak keluar, mesti dengan the husband.

Tak berani nak keluar sendiri kaedahnya sebab diri selalu pikir takut driver teksi culik bawak pi tempat lain. Naya je kang tetiba kena campak kat padang pasir ke apa. Nauzubillah. Jauhkanlah. Simpang malaikat 44!

So, apa menyebabkan nekad nak keluar jugak naik teksi?

Semua adalah kerana nak belikan Emak kesayangan beg baru. Hihihi. Lagi pulak beg yang dia nak memang ada sale sampai 70%! So terjah je la. Selamba. Plus now dah ada Ammar. Boleh angkut dia sekali. Takdelah sorang-sorang dalam teksi.

Alhamdulillah masa nak pegi mall tu, dapat driver teksi yang okay dan tak bawak kete macam orang mabuk. Ammar pulak sangat behave dalam teksi. Duduk diam je sambil-sambil Mummy suap layer cake Yamama buat alas perut untuk dia.

Dah sampai mall, terus selesaikan niat utama beli beg semua. Tak lama pun kat mall. By 12 pm tu da gerak balik.

Dapatlah satu teksi ni kebetulan dia pun tengah drop customer dia kat mall yang sama. 

This teksi memang a big problem masa memula naik sebab entah memana je dia pusing. Dah gelabah jugak masa ni sebab takut dia dok bawak pusing tempat lain.

Mujur diri sendiri kira da expert da selok belok jalan ni kat mana jalan tu kat mana. Jauh sebenarnya teksi tu bawak. Taktau apa motif or maybe jalan tu yang memang dia lalu kot or ke macam mana taktau la.

Sebelum naik teksi tu, dah bagitau. " Quraish Street near to ANB Bank. ".

Ok. Fine.

Dah lepas traffic light and dah nak dekat ANB Bank tu, terus lah inform driver teksi. " Turn right okay. "

Driver teksi ; " Left? " ... Hand gesture ke arah kanan.

Myself ; " No, right right. " .... Hand gesture arah kanan.

Driver teksi tengok muka saya kat belakang macam muka nak marah ...

Myself ; " What? " ... Rasa macam nak marah balik tapi cuma mampu bermonolog dalam hati je.

Driver teksi ; " No madam, this is left! LEFT! " ... Dok tekan suara dia nak bagi saya paham tapi hand gesture ke arah kanan.

Bila dia cakap macam tu, terus diri sendiri pun jadi confuse. Dah terus jadi dok pikir ; " Aku salah ke dia yang salah ni? "

.........................

Disebabkan memang dah nak dekat sangat simpang nak belok kanan tu dan juga taknak panjangkan cerita takut ada jugak driver teksi kena tumbuk, so I was just ...

" Ok. Turn LEFT. " =___="

Walaupun sebenarnya turn RIGHT! T_____T

I keep continued ; " Alatul ( Terus in Arab ) and then turn left ... " Hand gesture suh belok kiri.

Again. Driver teksi dengan muka confident dan marah ; " No madam, turn right ... " Hand gesture dia tunjuk belok kiri! 

" WHAT IS THIS???? "

Myself ; " Yeah you're right. Turn RIGHT! " ... Walaupun sebenarnya belok kiri! Hati dah terbakor dah ni. Hahahaha.

Dah elok sampai area rumah, nak bayar tambang teksi, rilek je driver teksi tu cakap dengan muka confident ; " Remember Madam. This is left ( Sebenarnya kanan ) , this is right ( Sebenarnya kiri ) ... Okay? " 

Zzzzzzzzz ...

Masuk lif, gelak sorang-sorang. Rasa macam bangang bertingkat-tingkat pulak ngadap orang confident lebih. Hahahahaha. 

February 11, 2015

Ammar's 1st Birthday Party!


It is an unplanned birthday party actually.

Memula memang taknak buat sebab kat sini, susah sangat nak dapat bakers yang pandai buat kek lawa-lawa macam kat Malaysia nun.

Ada je kedai yang boleh buat tapi design bodoh-bodoh pun adalah terlalu mahal. Memang tak berbaloi sangat. 

Pulak tu, saya memang berangan, first birthday party Ammar ni memang nak buat tema Charlie and The Number.

Penah tau tak kewujudan Charlie and The Number? Hihi. I knew it from BabyTV. Boleh tengok kat YouTube. Sangat comel Charlie and his numbers character. Ammar memang crazy over it. Kalau tengah tengok Charlie tu, orang panggil pun, dia boleh buat bodoh je dan cuma akan toleh bila Charlie tu dah habis. Huhuhu.

Anyway, the birthday party not exactly on his birthday sebab December 8th tu jatuh on weekdays. Not weekend. So, saya pilih buat the coming weekendnya tu. 

Last minute nak buat sebab, a good sister of mine, Kak Asiah * Bakal biras ehem batuk ehem. Hahaha. * tau mana tempat nak order kek ikut design kita. 

Ok. Cun. Eksaited dah ni nak tanya and buat order. Sekali baker yang memula saya pi tanya ni, kekwat pulak. Bukan kekwat je tapi dia macam sekejap cakap boleh buat, sekejap cakap tak confident nak buat, pastu e'eh boleh pulak buat. So, saya pun jadi tak confident la nak order kat dia. Kang kek Ammar jadi entah apa rupa kang.

Frust jugaklah masa tu sebab dah pikir, bukan rezeki Ammar kot. Kalau dok Malaysia, memang buat sebab kat Malaysia berlambak-lambak bakers yang kreatif boleh buat kek ikut design yang kita nak.

Then, Kak Asiah recommended another baker ni but unfortunately, penuh pulak. Pilih tarikh lain, dia tak boleh buat pulak sebab travel.

Mummy is so sad again.

Dalam pada nak redha tu sebab plan tak jadi, ada satu malam tu, saje google cari bakers kat Jeddah. Google punya google, terjumpa satu kedai ni. So, I just save the phone number and checked their instagram. 

Bila bukak instagram dorang, kek semua lawa-lawa. Cupcakes pun sama. Mummy punya eksaited pun mencanak-canak naik balik siap pakej debar-debar takut nanti frust lagi. Huhuhu.

Terus whatsapp tanya boleh tak buat kek birthday design tema Charlie and The Numbers and sekian sekian. Siap tanya harga terus. Sonang macam tu. Then, tak lama tu, the owner itself reply and cakap, " Ok, no problem. We could proceed the order. ". Hohohoho.

Eksaited, eksaited, eksaited.

Lepas order kek, bermulalah kerja yang seterusnya iaitu tempah food, helium balloons and also goodies bag untuk bebudak.

Alhamdulilalh everything went well as per planned. Syukur sangat. 



Yang ni main food. Ada Nasi Lemak Lauk Sambal Paru together with Ayam Goreng. Ada Bihun Goreng Putih and also Roti Jala cicah Kari Ayam. 




Yang ni dessert table. Ada Kuih Lopes, Kuih Bakar Pandan, Macaroons and Fruit Tart. Fruit Tart Kak Gee bawak. And the rest macam Kak Asiah bawak Dino Cookies and Kak Ton bawak Karipap Sardin and Sambosa. * Not in the picture * 



Semangat okay siap pi tempah helium ballons ni. Nasiblah harga okay. Pulak kedai dia dekat belakang rumah je. So, amik ballons ni pun, the husband jalan kaki je. Hihi. Happy sangat sebab bila the husband bawak ballons ni masuk rumah, Ammar kind of speechless tengok balloons banyak-banyak macam ni. Happy gila muka dia! Weeeeee. 




Our guests. Semua closed friends. Dah macam family sendiri kat sini. Thank you for coming anyway. 


Haaaa ... Nilah kek birthday Ammar! Comel tak? Okay tak dorang buat? Ni bahagian depan kek ...



Ni bahagian kiri belah belakang ...


Ni bahagian belakang belah kanan ...

On my side, memang puas hati sangat. Dorang buat kek ni sama macam apa yang saya mintak thru WhatsApp. Sejibik sejibon apa yang saya imagine kan. Extra happy sebab guests pun cakap cantik. Kek pun sedap. InshaAllah next time boleh order lagi dengan dorang.

Last but not least ...


 Haruslah tepek family photoooo! Wohoooo! Picture ni credit to Yunos. 

And also ....



Tak lupa picture Ammar dengan his all birthday present! Yeayyyy! Alhamdulillah murah rezeki Ammar. Banyak gila dapat toys. Jimat duit Papa setahun tak payah beli toys dah. * Yekeeee? Hahaha. * . Toys semua best best pulak tu. Suka suka sukaaaaaaa!

Apapun, Happy Birthday Ammar! Semoga Ammar sentiasa doakan Mummy & Papa bila Mummy & Papa dah takde nanti. Doa anak soleh takde hijab tau. Semoga jodoh kita sampai ke Syurga. I am so sorry kalau Mummy kadang macam singa betina kelaparan. What to do. Mummy kena belajar lagi supaya lepas ni jadi singa betina manja pulak. Kahkahkah. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...